Thursday, August 16, 2012

:: Purchase & Win ::


Istimewa kepada semua bakal2 pengantin!!! 
Kepada pengunjung yang membuat tempahan semasa PPM di Ampang Point (7-9 September ini, anda berpeluang mendapatkan ticket cabutan bertuah dari penganjur. Bagi setiap resit RM 100 (bayaran pendahuluan/deposit yang dibayar kpd vendor kami) anda akan mendapatkan 1 ticket.
** Contoh resit RM 200 -anda akan mendapat 2 ticket cabutan bertuah...

Anda mungkin bertuah dan berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik...
Jangan lupa temujanji anda bersama kami hanya di PPM

Tuesday, August 14, 2012

:: Pertandingan Andaman ::

Tema Pertandingan : Bila Cinta Bertasbih Rindu
Konsep : Pengantin SOLEHAH Moden

Terbuka kepada semua juru make up yang HOT di luar sana...
Sertai kami



:: Urban Vibe Online Contest ::


Contest lagi tetapi kali ini pula di fanpage PPM dan terbuka kepada pasangan yang bakal berkahwin selewat-lewatnya 30 Jun 2013..


1) Sila ambil gambar anda & pasangan yang sopan bersama PAPER BAG @ DIREKTORI Pameran Pengantin Malaysia di Sacc Convec (13 - 15 Julai ini)

2) Terbuka kepada pasangan yang bakal berkahwin selewat-lewatnya pada 30 June 2013 dari Semenanjung Malaysia sahaja.

3) Peserta tidak boleh mewakilkan mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini.

4) Sebarang kos tambahan adalah tertakluk kepada penaja.


Cara-cara Penyertaan:

1) Sila "LIKE" page Pameran Pengantin Malaysia-by Urban Vibe Event (sekiranya anda masih belum berbuat demikian)

 2) Peserta perlu menggunakan Gambar Yang diupload sebagai profile picture facebook anda sehingga 18 September 2012 jam 4ptg

3) Sila  "upload" di Fanpage Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event sekeping gambar penuh berwarna anda & pasangan yang terang, jelas bersama PAPER BAG @ DIREKTORI Pameran Pengantin Malaysia di Sacc Convec (13 - 15 Julai ini) (sila pastikan gambar tersebut dalam keadaan sopan, iaitu perbuatan dan pakaian, tidak bersentuhan & tidak menyinggung mana-mana pihak) Gambar Edit juga tidak diterima

4) Sila nyatakan maklumat berikut digambar yang telah di"upload";
            Tarikh Pernikahan:
            Nama Penuh Peserta (salah seorang):
            Tempat Berkahwin:
            Email address(salah seorang):
           
contoh: 

Tarikh Pernikahan: 30 Oktober 2012
            Nama Penuh Peserta (salah seorang): Ali Bin Abu
            Tempat Berkahwin:Kluang, Johor
            Email address(salah seorang): alibu@yahoo.com

*email adalah penting supaya mudah dihubungi pihak penganjur jika ada sebarang kekeliruan

5) Pihak penganjur hanya menerima penyertaan gambar yang mempunyai MAKLUMAT LENGKAP sahaja untuk menyertai pertandingan ini. 

6) Penyertaan bermula dari 13 Julai 2012 sehingga 4 September 2012 pada jam 3 ptg. Sekiranya ada penyertaan baru selepas jam 3 petang 4 September 2012 ia tidak akan diproses

7) Sila beri tempoh selama "24 jam" agar pihak admin dapat memindahkan gambar anda ke album pertandingan

8) "Like" atau undian pada gambar peserta TIDAK akan dikira, sila mengundi atau "like" gambar dari album pertandingan sahaja.

 Maklumat berkaitan Proses Mengundi atau "LIKE"
 
A) Bilakah boleh mengundi?
--------------------------------------
Sebaik sahaja gambar anda telah di”upload” ke “album pertandingan”. Proses undian terbuka sehingga 18 September 2012, jam 3ptg

B) Siapa yang boleh mengundi?
--------------------------------------
Semua adalah dibenarkan mengundi.

C) Bagaimanakah anda bole mengundi?
--------------------------------------

Pilih ikon “Photo” di Fan page ini, dan pilih album pertandingan
anda terus boleh mengundi gambar pilihan anda. Sila “like” gambar pilihan anda didalam album tersebut.

Bagi memastikan rakan anda telah mengundi dari “album pertandingan” sila pastikan anda klik "Share +" dari gambar pilihan Anda dan sebarkan tentang pertandingan ini.

***** UNDIAN HANYA DIKIRA DARI “ALBUM PERTANDINGAN” SEBARANG UNDIAN DARI GAMBAR ALBUM PERSONAL PESERTA TIDAK AKAN DIKIRA
 


:: Urban Vibe HOTTEST Blogger CONTEST ::


Assalamualaikum...

Blogger2 yang HOT sekalian dengan ini, PPM dengan rasminya ingin melancarkan sebuah Contest istimewa untuk anda semua... Terbuka kepada anda sekalian.... Seperti namanya yang HOT itu... Tasknya juga adalah Super Hot berserta hadiah yang tak kurang Hot nya...


 Syarat2nya adalah seperti berikut:

a) Peserta perlulah “like” Fanpage (http://www.facebook.com/pameranpengantin)

b)Peserta hendaklah mempunyai BLOG, dan terbuka kepada semua penulis blog, tiada had umur, status dan jantina dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/ . Sila letak Event Banner(poster seperti di atas) di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA

c) Pertandingan ini mewajibkan peserta membuat 3 tugasan berkaitan Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event;

d) Task 1: tajuk Post”Urban Vibe HOTTEST Blogger Contest(PREVIEW)”
Penyertaan bermula 14 Ogos 2012 – 05 September 2012 jam 2 ptg.
Entri tidak kurang dari 150 patah perkataan menceritakan tentang Pameran Pengantin Malaysia yang bakal berlagsung di Ampang Point Shopping Centre (apa yg anda ingin lihat disana pada 7-9 September). Serta ceritakan tentang contest yang anda sertai.
      (Sila tinggalkan komen di entri ini setelah anda membuat post tersebut)
               
e) PPM akan mengeluarkan entri amaran bagi mengingatkan peserta mengenai tugasan ke-2
Task 2: tajuk Post”Urban Vibe HOTTEST Blogger Contest(PREVIEW-Ampang Point)"
Peserta yang hanya melakukan tugasan 1 boleh menyertai pertandingan seterusnya 
Penyertaan bermula 07 September 2012 – 25 Oktober 2012
Entri tidak kurang dari 200 patah perkataan menceritakan pengalaman anda hadir ke Pameran Pengantin Malaysia (7-9 September , di Ampang Point Shopping Centre) tersebut, serta vendor pilihan anda. Sertakan sekurang-kurangnya sekeping gambar anda disana.(Sila tinggalkan komen di entri amaran setelah anda membuat post tersebut)

f) PPM akan mengeluarkan entri amaran bagi mengingatkan peserta mengenai tugasan ke-3
 Task 3: tajuk Post”Urban Vibe HOTTEST Blogger Contest(PREVIEW-PWTC)"
Peserta yang hanya melakukan task 1 dan task 2 boleh menyertai pertandingan seterusnya 
Penyertaan bermula 28 Oktober 2012 – 10 November 2012
Entri tidak kurang dari 200 patah perkataan menceritakan pengalaman anda hadir ke Pameran Pengantin Malaysia (28-30 Oktober , di Legar Putra, PWTC) tersebut, serta vendor pilihan anda. . Sertakan sekurang-kurangnya sekeping gambar anda disana.
(Sila tinggalkan komen di entri amaran setelah anda membuat post tersebut)

Hadiah: Tempat Pertama Wang Tunai bernilai RM 500 
Tempat Kedua: Wang Tunai bernilai RM 300.00 
Tempat Ketiga: Wang Tunai bernilai RM 200.00
*** Sebarang hadiah tambahan akan dimaklumkan kemudian
...

***PS: Sila guna pakai syarat2 yang dinyatakan di entri ini, kerana terdapat perubahan tarikh jika dibandingkan diposter.
Selamat Mencuba!!