Wednesday, October 30, 2013

Blog Contest Kembali Lagiiiiii !!!


Selamat pagi semuaaaa!!  ‿♥  Rise and shineee  Alhamdulillah cuaca baik pagi ni, panas je.. Bakal-bakal pengantin especially si gadis-gadis ✿◕‿◕✿ nak keluar tu pastikan berpayung. Hehe.. nak elakkan panas cahaya, nanti sunburn pulak dekat2 nak kawin ni kan..  

Dup..dupp.duppp..dupp.. kami di Urban Vibe sedang berdebar-debar menuggu event Pameran Pengantin kami yang lassstt untuk tahun ni..dah nak masuk bulan November, tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kami buat bersiapan yang mantap dan tip toppp untuk anda-anda semuaaaa.. Butterfly flies awayyy  Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Here we goooooooo...!!

Anda masih ingat BLOG CONTEST? Contest khas untuk blogger-blogger Malaysia kita yang fofulerr dan berbakat menulis blog. Di sini admin nak bagitahu, kami akan umumkan bilaaa akan bermulanya blog contest ini. Soooo.. Stay Tunedddddddd.. sebab banyakkk hadiah yang bakal kami tawarkan kepada pemenang-pemenang.. Confirrmm tak nyesal..That means, korang yang berminat nak sertai boleh lah start from now buat research tentang event kami ya.. Keep in touch n Keep update about us !! Salam Sayangggg .. jumpa lagiiiiii   ....... 
( ( (d[-.-]b) ) )   
 

Tuesday, October 29, 2013

Gaya Kemas dan Sopan Pengantin Berhijab! Cantik di Mata, Manis di Pandang


Assalamualaikum, hai readers.!! Selamat Petang semua.. Dah lunch? Alhamdulillah, admin dah makan, hari ni ada team lunch kat office. Bos belanja. Hehe.. Semoga di murah kan rezeki.. Dah kenyang ni banyak pulak idea untuk bercerita. Hari ni admin nak kongsikan tips mengenai busana dan tudung pengantin yang berhijab. Kalau kita tengok sekarang, baaaannyaakk sangat gaya tudung yang moden dan masih mengetengahkan ciri-ciri keislaman seperti yang dituntut agama Islam. Entry kali ni khas untuk bakal pengantin yang berhijab, tak kira lah sewaktu majlis akad nikah atau majlis resepsi.  Banyak gaya tudung yang boleh dikenakan sesuai dengan busana pengantin  untuk gaya yang minimal dan mempesonakan di majlis pernikahan. “Keep it Simple and Sophisticated!” J

Memang tak dinafikan, membuat persiapan untuk menentukan busana yang sesuai untuk majlis perkahwinan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada anda bermula dari busana sehinggalah kepada persiapan lain, pastinya pelbagai perkara yang perlu diselesaikan. Namun, perkara yang paling penting ialah busana pengantin dan bagi anda yang bertudung pastinya anda inginkan gaya tudung yang hebat dan cantik tetapi masih mengekalkan ciri-ciri yang sopan dan menawan. Sebenarnya terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda lihat jika anda inginkan busana sopan bagi mereka yang berhijab.Pasti manis dan anggun semasa hari bersejarah nanti!
TIDAK KETAT DI BAHAGIAN DADA

Penampilan si gadis yang berhijab semestinya menjadi perhatian semua tetamu yang hadir. Mana tak nya, dengan busana pengantin yang mewah dan solekan yang menawan pastinya menambat hati para tetamu yang hadir. Tapiiii.. setiap mata-mata akan memerhatikan anda, jika tesilap gaya sedikit pastinya akan memberikan persepsi yang kurang memuaskan. Pilihan busana untuk mereka yang berhijab haruslah menampakkan kesopanan dan tidak ketat di bahagian dada. Hal ini kerana apabila tudung anda terlalu singkat maka bahagian dada yang ketat akan menyebabkan bahagian tersebut akan terlalu ‘besar’ untuk didedahkan. Oleh itu, pastikan bahagian dada tersebut di litupi dengan tudung yang labuh dan fitting baju yang tidak ketat di bahagian dada si pemakai.

LABUHKAN TUDUNG ANDA
 

Pastikan tudung yang anda bakal gayakan nanti menutupi bahagian dada. Jika ingin menutupi sebahagian daripada bahagian dada anda, pastikan kurangkan perincian di bahagian tersebut. Tidak dinafikan bahawa busana pengantin moden masa kini meletakkan perincian yang mewah dan bergaya pada bahagian dada busana pengantin, tapi tudung yang sedikit labuh menutupi dada lebih sopan dan memikat hati daripada menampakkan perincian mewah yang mendedahkan bahagian dada si cantik pengantin perempuan. Jangan risau, anda boleh melebihkan perincian di bahagian pinggang ataypun lengan untuk memberikan kesan yang lebih ekslusif dan bergaya. Selain itu, anda juga boleh memberikan idea kepada pereka busana pengantin anda untuk meletakkan perincian pada tudung yang bakal dipakai nanti. Simple dan tidak terlalu sarat untuk majlis perkahwinan anda nanti.


GAYA JUBAH MASA KINI YANG MENAWAN

Gaya jubah moden semakin menjadi pilihan di hati bakal pengantin masa kini. Mana tak nya, penggemar jubah yang dijahit dengan sulaman dan perincian labuci yang mewah bakal memberikan sentuhan magis kepada si pemakainya, pasti cantik dan menawan, terutama si pemakai yang mempunyai  susuk tubuh yang tinggi lampai. Pilihan rekaan dress labuh dan jubah adalah yang terbaik buat anda yang inginkan kelainan dan tampil berhijab semasa majlis pernikahan. Hal ini kerana, rekaan dress atau jubah lebih kemas dan sopan apabila digayakan terutamanya di majlis pernikahan. Bahagian busana yang sedikit longgar di bahagian dada dan pinggul memberikan impak yang cukup besar buat si pemakai, lebih-lebih lagi jika anda melangsungkan akad nikah di masjid. Sopan dan bergaya tampaknya.
❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁

 
 
 

Monday, October 28, 2013

❤After Saying "Yes, I Do!", What is Next?❤

Guide To Wedding Planning
 
Assalamualaikum, hai readers semua!! Hopefully semua sihat, especially bakal-bakal pengantin kita.. J
Anda dah diberitahu, dengar dan baca segala artikel, buku panduan perkahwinan, majalah perkahwinan dan buat pelbagai research mengenai macam mana nak plan sebuah majlis perkahwinan yang bakal menjadi kenangan terindah sepanjang hidup anda! Wah gituuuu..
Haaaa..sekarang anda dah ada semua information mengenai perihal perkahwinan, tapiii.. apakah langkah seterusnya? Bak kata orang putih “Overloaded with information can be very overwhelming!” Hmmm..macam mana ya? Kalau dah banyak sangat information, nanti tak tahu mana satu nak pilih pulak kan, contoh nya jenis fabrik busana pengantin dan warna tema yang bersesuaian dengan majlis perkahwinan nanti. Jangan risau.. hari ni admin nak kongsikan “ Do and Don’ts” , apa yang perlu dibuat dan apa yang tak boleh dibuat untuk membantu anda tahu apa task yang perlu dimulakan dahulu, bermula dari perkara yang simple:
Wedding Do:
Tarikh Perkahwinan :
 
 Set tarikh yang bersesuaian untuk kedua-dua belah pihak, keluarga anda dan juga keluarga si dia. Menentukan tarikh perkahwinan adalah perkara utama dan penting untuk anda membuat tempahan dewan atau hotel, bagi yang melangsungkan majlis perkahwinan luar dari kawasan tempat tinggal. Yang buat majlis perkahwinan di kawasan rumah, it’s okay la, tak payah nak pening-pening kepala nak menyewa tempat untuk majlis. Selalunya, ramai wedding planner yang tak available semasa musim perkahwinan. Jadi, adalah selamat kalau anda membuat tempahan segera berdasarkan tarikh yang bersesuaian agar segala planning anda akan berjalan dengan lancar.
Senarai Tetamu:
 
Buat senarai nama tetamu yang lengkap sebelum anda mencari tempat majlis yang sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda. Bayangkan kalau anda tak buat senarai tetamu, tiba-tiba ramai pulak yang datang waktu hari majlis resepsi tu, tapi dewan nya kecik.. Haaa..macam mana tu? Malu jugak kan? Hehe.. Nak selamat, anda perlu senaraikan nama tetamu yang anda nak jemput untuk elakkan meja makan tak cukup..
Bajet:
“Do set a realistic wedding budget beforehand” Haaa..apa benda pulak ni? Kalau cakap pasal bajet mesti semua tergar-garu kepala kan? Pening nak fikir mana nak cari duit yang banyak untuk buat majlis perkahwinan. Mana tak nya semua barang sekarang mahal-mahal. Bagi yang berkemampuan lebih, boleh la buat majlis yang grand, ada class. Tapi bagi yang menyediakan bajet yang kecil, jangan jemput ramai-ramai pulak, buat sekadar simple-simple saja Okay? J

 
Tempat majlis:
Booking tempat majlis perkahwinan anda, at least setengah tahun atau setahun sebelum tarikh wedding anda especially untuk tarikh perkahwinan yang popularrrr..contohnya, tarikh 14.4.2014..mungkin ada ramai yang nak langsungkan majlis perkahwinan pada tarikh tersebut? Anda boleh senarai kan banyak lokasi yang menarik untuk anda adakan majlis itu nanti.
 
Bantuan:
Minta advise daripada perunding perkahwinan yang berpengalaman untuk merealisasikan impian perkahwinan anda. Semestinya anda tak nak majlis yang cikai-cikai dan tak berbaloi dengan bajet yang anda keluarkan, so inilah masa nya untuk feeling-feeling jadi “project manager” atau “day-of-manager”, pasti anda akan lebih berpuas hati jika idea anda digabungkan dengan idea perunding perkahwinan yang professional.

 
Wedding Don’ts
Jangan membelakangi  pasangan anda!
Para gadis yang bakal menjadi ratu sehari jangan lupa bahawa pasangan anda juga mempunyai pandangan nya sendiri mengenai persiapan perkahwinan. Hormati idea mereka, Don’t Say NO! NO! NO! sebelum si dia memberitahu idea mereka. Contohnya la kan, ada pengantin perempuan yang nak pakai busana warna merah jambu, mungkin yang lelaki enggan mengenakan pakaian berwarna merah jambu. So, masing-masing haruslah bertolak ansur, jangan hanya mementingkan diri sendiri sahaja.
 
Jangan jemput semua orang yang pernah anda kenali!
Spend hari bersejarah anda bersama orang-orang yang special untuk anda dan keluarga pasangan sahaja kerana ia akan memberikan satu memori yang bermakna buat anda dan pasangan.
Jangan risau tentang perkara yang bercanggahan
Yes, there are those few perfect weddings, but in the real world “stuff happens”. Jangan risau jika berlaku percanggahan planning perkahwinan anda. Sentiasa bersikap positif, gunakan “sense of humour dan fleksible dengan keadaan sekeliling. Ini akan membantu anda untuk focus kepada perkara yang lebih penting atau gunakan saja khidmat pakar perunding perkahwinan profesional.
Jangan lupa untuk enjoyyy!
The day is yours. Raikan perkahwinan anda bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. Abadikan saat indah hari perkahwinan anda bersama mereka.
 
 

Wednesday, October 23, 2013

Pameran Pengantin Malaysia Edisi 37

Salam sejahtera semua !! :)
 
Nantikan Pameran Pengantin Malaysia 2013 edisi ke-37 di SACC Convention Centre pada 29 November hingga 1 Disember ini.. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan selama tiga hari berturut-turut, bermula pukul 10 pagi sampai 9 malam..
Turut diadakan perarakan pengantin pada hari Sabtu, 30 November 2013 pada pukul 2.30 petang.
 
Haa..bagi bakal-bakal pengantin yang masih mencari pakej perkahwinan yang murah-murah, busana yang cantik dengan harga yang berpatutan atau pun catering yang sedap dan berbaloi dengan harga pakej, dialu-alukan untuk datang ke pameran kami nanti.
 
Jangan lepaskan peluang juga untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik di sana nanti.. Datanglah beramai-ramai ..! :))
 
 

❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤ ❤

Friday, October 18, 2013

Rumah Sendiri ✔ atau Mertua ✔ ?

Assalamualaikum, Hai semua..
Hari ni admin nak bercerita tentang kebaikan dan keburukan tinggal di rumah sendiri dan di rumah mertua. Ada yang menganggap tinggal di rumah sendiri adalah lebih baik dari tinggal di rumah mertua selepas berkahwin dan sebaliknya.  Sememangnya selepas melangsungkan perkahwinan, pemilihan tempat tinggal merupakan perkara utama yang perlu difikirkan. Adakah anda memilih untuk tinggal bersama dengan keluarga ataupun memiliki rumah sendiri? Apakah pilihan yang tepat sama ada tinggal bersama keluarga ataupun hidup sendiri bersama teman hidup?
Ada baiknya jika tidak tinggal sebumbung dengan keluarga mertua kerana suka duka, pahit dan manis  hanya mereka yang melaluinya.Biar berjauhan, bibit perasaan rindu terhadap mertua, baru dapat rasa kebahagiaannya. ♥♥♥ Juga tak dinafikan, ada baiknya juga jika pasangan baru berkahwin tinggal bersama mertua. Nak tahu apa kebaikan dan keburukannya? Jom scroll kat bawah ni :)
Kebaikan Tinggal Bersama Keluarga Selepas Berkahwin
 ☑ Dapat menjimatkan kos perbelanjaan di awal perkahwinan
  Merapatkan hubungan pasangan dengan keluarga mertua
 Keluarga mertua dapat memberi tunjuk ajar dan selok belok mengenai kehidupan berumah tangga

Kebaikan Tinggal Sendiri atau Menyewa Rumah
  Belajar cara untuk hidup berdikari selepas mendirikan rumah tangga
  Keserasian antara suami dan isteri terutama yang baru berkahwin pasti akan terjalin
  Perancangan keluarga lebih mudah diatur tanpa ada ganguan pihak ketiga



Keburukan Tinggal Bersama Keluarga Selepas Berkahwin
Pergerakan terbatas! Sukar untuk bergerak bebas kerana risau keluarga mertua akan memberi pandangan yang kurang elok
Tiada rahsia antara anda dan pasangan dengan keluarga mertua. Privasi anda pasti terganggu
Kemesraan anda dengan suami pasti terbatas kerana khuatir reaksi keluarga mertua 

Keburukan Tinggal Sendiri atau Menyewa Rumah
Tidak mempunyai peluang untuk belajar ilmu mengenai rumah tangga bersama keluarga mertua @ tak survive.
Di awal perkahwinan selalunya kewangan masih tidak stabil. Melainkan si suami tela menyediakan segala-galanya sebelum masuk meminang.
Perlu pandai membahagikan masa untuk suam, kejaya dan pekerjaan di rumah


Apa pula kata korang? :) Buatlah pilihan yang bijak agar terjaga semua hubungan antara anda dan keluarga mertua. Sebaiknya elakkan segala permasalahan yang berkemungkinan berlaku dan atasi segalanya dengan baik.  

Thursday, October 17, 2013

Jodoh Awal itu Indah :) ❤ ❤ ❤ ❤

Persediaan Awal Perkahwinan Bagi Usia 20-An

✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚
 
✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚✿*゚

Assalamualikum, Salam Sejahtera semua.. Apa khabar hari ini? Selamat bekerja bagi yang sedang bekerja dan selamat beristirehat bagi yang sedang bercuti J Hari ni admin nak kongsi kan mengenai persediaan awal perkahwianan bagi remaja yang merancang perkahwinan mereka di usia yang muda. Usia 20-an bukan lah penghalang untuk melangsungkan perkahwinan dan melayari bahtera rumah tangga yang bahagia. Bagi anda yang masih muda untuk melangkah kealam perkahwinan, pelbagai perkara perlu anda semua ketahui. Banyak perkara yang perlu disediakan selain mental dan fizikal. Hmmm.. rasa berdebarkan? Jika anda membuat persediaan awal , pasti segala masalah akan dapat dielakkan dan komunikasi antara anda dan pasangan akan berjalan dengan lancar.

Mari kita sama-sama lihat apakah sebenarnya persediaan awal yang perlu anda lakukan sebelum melangkah kealam perkahwinan! ♔♕

❧❃Tak tahu memasak?
Betul tak kalau admin teka, ramai yang takut kalau apabila datang ke rumah mertua? Mana tidaknya, pada masa itulah ibu mertua ingin menguji menantunya sama ada pandai memasak dan menguruskan rumah atau tidak. Jangan panik, jangan takut dan segan untuk belajar memasak. Apakah yang perlu dilakukan jika anda tidak pandai memasak?

Tip belajar masak!

 Belilah beberapa buah buku resepi yang berada di pasaran. Banyak cara memasak makanan yang lazat yang anda boleh guna pakai dan mampu membantu anda membuat beberapa juadah atau hidangan untuk suami, keluarga anda atau keluarga mertua.

  Jangan segan untuk bertanyakan ibu atau ibu mertua anda! Pastinya mereka adalah orang yang paling tepat untuk anda ‘berguru’ tentang masakan.

 Jangan putus asa! Cuba dan cuba lagi untuk memasak sehingga anda benar-benar menguasai beberapa jenis hidangan yang mudah,


Tambat Hati Mertua

Tunjukkan keserasian anda dengan keluarga mertua, lebih-lebih lagi dengan si ibu!. Tidak ada jurang perbezaan antara keluarga sendiri dan keluarga mertua. Kenali hati budi mereka, apa yang mereka suka dan tidak suka. Anda akan berasa lebih cepat mesra dengan keluarga baru anda jika selalu berusaha untuk mendekatkan diri dengan mereka. Ingat, jangan jadi kera sumbang dan mengasingkan diri kerana ianya hanya akan membuatkan anda rasa terasing dengan mereka. Yang paling penting adalah selalu menghormati mereka dan jaga tingkah laku anda agar mereka menyenangi sikap anda tersebut. Mana tau anda mungkin jadi menantu kesayangan? ^◕‿◕^



   ツ Murahkan hati, bawa buah tangan semasa berkunjung ke rumah mertua


  ツ Ringankan tulang, jangan malas-malas, buat apa yang patut ^_^


pisssttt## Jangan keterlaluan bila berdandan, seeloknya apabila berjumpa dengan mertua, pakailah pakaian yang sopan dan solekan yang nipis dan sweet-sweet gitu :) sejuk mata memandang.



Kawal Emosi


Orang muda sering dikaitkan dengan emosi yang tidak stabil. Kadang-kadang mereka akan membuat keputusan tanpa berfikir panjang, Hal ini merupakan perkara negatif yang perlu dielakkan dalam hubungan suami isteri. Selalunya perkara yang kecil akan menjadi besar apabila berlakunya perkara yang berbangkit dan tidak mengambil jalan solusi yang tepat untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Komunikasi dan berbincang adalah jalan yang tepat untuk mengelakkan kedinginan di dalam rumah tangga.

 Menguruskan Anak dan Keluarga

Setiap pasangan yang berkahwin sangat mengimpikan kehadiran cahaya mata di dalam keluarga mereka sebagai pelengkap hidup berumah tangga. Walaupun anda berusia 20-an, pastinya keinginan tersebut turut ada. Apatah lagi sekarang ramai yang berumur 20-an sudah mempunyai anak yang comel-comel. Kadang terdetik juga rasa cemburu di hati bukan? J . Oleh itu bincanglah dengan pasangan anda untuk menimang cahaya mata di dalam masa yang terdekat atau tidak. Pengurusan cahaya mata dan keluarga sangat penting lebih-lebih lagi buat anda yang kurang bersedia.


Kawal Kewangan Keluarga

Selepas kahwin, kos perbelanjaan hidup mula berubah. Jangan sesekali membebankan ibu baa anda dengan masalah kewangan yang sedang dihadapi. Oleh sebab itulah anda perlu bijak menguruskan kewangan dan pastikan anda berpendapatan kukuh dan tetap. Buatlah tabung kecemasan antara anda dan pasangan. Hal ini kerana, wang simpanan kecemasan tersebut boleh sahaja digunakan apabila anda terdesak menggunakan wang. Rancanglah perbelanjaan bulanan anda dan jangan boros.

Membahagikan Masa

Pasangan muda yang berkahwin pada usia muda haruslah bersiap sedia untuk berkorban apa saja, termasuklah masa mereka. Kurangkan aktiviti luar selepas berkahwin, sebaiknya lebih menumpukan kepada perihal rumah tangga, Perbanyakkan aktiviti dengan keluarga teruatam dengan isteri dan anak-anak. Pastinya hubungan anda dan keluarga akan bertambah erat.


Semoga berjaya kepada pasangan muda  ❤ ❤ ❤ ❤ 

Monday, October 14, 2013

ATTENTION!! ATTENTION!! ATTENTION!!

CAREER OPPORTUNITIES

ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI KERJA? NAK SERTAI TEAM KAMI?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Berita penting dan baik untuk anda di luar sana yang masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman anda. Kami, warga Urban Vibe Event sedang mencari staff baru yang sudi memberi komitmen sepenuhnya kepada kami. Jom!! Sertai temuramah terbuka untuk pengambilan staff baru bagi jawatan PEMBANTU AKAUN pada 1 November 2013 betempat di office kami. Temuramah terbuka akan berlangsung dalam dua sesi, iaitu sesi pertama pada pukul 10 pagi hingga 1 tengahari dan sesi kedua pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Antara Kriteria yang diperlukan:
1) Menunaikan solat fardhu lima kali sehari 
2) Bagi calon wanita haruslah bertudung dan menutup aurat
3) seorang yang berdisiplin (Punctual, On time)
4) Seorang yang rajin/gigih/mempunyai semangat yang jitu/
5) Yang pentinggggg.. boleh mengendalikan rekod akaun dengan baik dan jujur
6) Berpengalaman luas dalam "book keeping".



Anda ada semua kriteria di atas? Apa tunggu lagi..anda dialu-alukan untuk menyertai temuduga terbuka ini. Tapiii..jangan lupa bawa sekali resume dan dokumen sokongan anda semasa hari temuduga nanti. Jumpa nantiiiiii :)


pisstt: Selamat Hari Raya Qurban semua!! :) Hati-hati balik kampung..