Monday, December 9, 2013

Entry Posing-posing Pameran Pengantin Malaysia SACC Convention Centre 2013

Assalamualaikum koranggggg!! What a nice Monday! Setuju ke idokkk.. kitorang kat ofis hari ni agak busy sebab hari ni Megasale yang kami war-warkan sedang berlangsung!! Yang duk atas katil bermalas-malasan lagi tu, come onn.. bangun buat aktiviti yang berfaedah sikit.. hehe.. tak lupa yang sedang bekerja, kami kira hari ni hari ‘Monday Blues’ anda kan? Kami pun macam tu jugak, tapi.. still kena pergi kerja kan.. Semangat!
 
Korang semua, ingat lagi tak hari tu kami ada update pasal Pameran Pengantin Malaysia yang kami adakan di SACC Convention Centre? Sape yang pergiii? Angkat tangan tinggi-tinggi nak tengok ni, sayang korang tau! Thanks banyak-banyak sebab support event kami.. hari tu kami janji nak update entry untuk hari ketiga pameran kan? Haaaa..ni nak tunaikan la ni janji hari tu.. Nak tengok gambar Irma Hasmie dan Hafiz Hamidun tak? Siapa kat sini yang minat dengan selebriti kita ni? Untuk tatapan korang semua, jeng jeng jengggg.. ini lah dia gambar-gambar aktiviti sepanjang pameran yang berlangsung pada hari terakhir..
 
Ha.. haa. Haa… sebelum itu, ini lah diaaaa..pemenang tempat pertama booth vendor yang terrrcanntiikk.. jatuh kepadaaa.. Mahligai Creative!! Yeaaayyyy!! Cantik uollsss diorang punya decoration.. hopefully pameran akan datang korang akan buat lagi gempak dan terbeliakkk mata juri nak memilih ya! Hehe.. Congratulation.. !



Kita juga adaaaaaaaaaaa.. Shahmie Catering!! Tahniah kami ucapkan buat Shahmie Catering, pemenang tempat kedua untuk booth vendor tercantik..

 
Wah gitu abang kitaaa.. manis pulak dia senyum ye!

 
 
Andddddd.. the third place goes toooo.. Something Sweet by Mimi!! Congratulation!!!
 
 

Wahhh!! Brader Shajiri kitaa..bukan main seronok lagi menyanyi ..hehe.. Sodap jugak! Ingatkan boleh berlakon je.. berlakon boleh, business boleh, nyanyi pun boleh! Kelassss gituuu..


Nyanyi Cik Seha, jangan tak nyanyiii..
 
Client-client Urban Vibe mesti kenal dengan Cik Umi kita ni kan, selaku Marketing & Sales untuk Pameran Pengantin Malaysia.. Haaa.. kebetulan hari ni dah start megasale, apa tunggu lagi cepat-cepat contact Cik Umi kita ni untuk urusan sewa booth pameran pengantin yang akan datang!
 
Alhamdulillah, aktiviti untuk sesi pagi berjalan dengan lancar dan masih ramai lagi pengunjung yang datang pada hari terakhir pameran.. Masing-masing sibuk membuat urusan ‘closed deal’ dengan customer.. CAiyokk! Caiyokk!! Pada sesi sebelah petang pula kita ada bual bicara yang bertajuk “Kutub Utara, Kutub Selatan” bersama selebriti Irma Hasmie dan suami, Redza Shah, Ustaz Syed Mohammad NorHisyam Al-Idruss (Wah-wah panjangg nya nama ustaz kita),  serta Ustaz Muhammad bin Abdullah (Al-Amin). Sesuai sangat-sangat lah topik yang dibincangkan, kerana topik yang diketengahkan ini berkisar mengenai ibu kandung dan ibu mertua.. masing-masing penting bagi kita, tetapi kita haruslah bijak menguruskan tanggungjawab kita terhadap kedua ibu tak kira la, ibu sendiri atau pun ibu mertua.. Untuk pasangan muda yang bakal berkahwin, memang elok la kalau korang dengar topik yang dibincangkan ini..Hati ibu ni sensitif tauuu..jangan buat main, nak dapat restu terbaik katanya, berbaik-baiklah dengan kedua belah ibu, korang jugak yang akan dapat manfaatnya nanti! Hehe..


 
Kak Irma kita ni ceria sangat orangnya!


 Ustaz Syed Mohammad NorHisyam Al-Idruss manis orangya..


 Ustaz Muhammad bin Abdullah (Al-Amin). .seriusnya muka ustaz bukak tudung botol tu..hehe.
 
 
Selepas sesi bual bicara, kita ada penampilan khas perdari Hafiz Hamidun yang mengalunkan 3 buah zikir terapi Sangat merdu suara Saudari Hafiz..
 

 

Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan Pameran Pengantin Malaysia 2013, SACC Convention Centre. Yeaaaa!! Kami akan berada di PWTC pada 3 hingga 5 Januari 2014. Jumpa korang semua dekat sana ya!
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 

 
 

Oh My Megasale!! Mai rapat rapatt..!

Assalamualaikum semuaaaaa!!! Peeeeerrrrrrhatiaan semuaaa..diulangiii..Perrrhaaattiaann semuaa..Urban Vibe Event nak hantar merpati putih untuk sebarkan berita baik ini kepada anda semua, supaya anda, anda dan anda semuaaa, especially untuk pengusaha industri perkahwinan Malaysia di luar sana tahuuu bahawa kami di sini akan mengadakan MEGASALE!!! Wahhhh..bunyi je Megasale mesti meletopsss letopsss sale yang bakal kami adakan nanti!! Excited tak? Excited tak? Hehe..
 
Mana-mana butik, studio photography, spa-spa, saloon, apa lagiii.. haaa..katering yang sodap-sodap tunggu apa lagiii.. anda semua dijemput datang ke pejabat urusan kami, UrbanVibe Event bermula hari Isnin, 9 Disember sehingga 14 Disember untuk mendapatkan pakej-pakej yang lumayan dan berbaloi-baloi untuk mengembangkan lagi business anda, kita bagi exposure yang meluas kepada anda semua.. Sape nak femesss? Haaa.. yang belum join Pameran Pengantin Malaysia anjuran Urban Vibe Event, ini lah masa nya!!!
Cop cop copppppppp… bukan ini sajaaa.. anda juga bakal mendapat rebat istimewa, bombastic, fantastic dari kami , disamping menjadi antara yang pertama memilih lokasi booth yang strategic dan terrrrbaaaaiikkkkk punyaa lahhhh ..First come first serve.. haaa. Kalau habaq je korang tak percaya, datang duluu. Tak kenal maka tak cinta kan? Hehe.. Nak cerita lagi ni, kita juga ada harga pakej yang istimewa untuk vendor-vendor yang sememangnya bumiputera, haaa..special ni, tak kan tak nak kan kan kan? J
 
Kami nak remind lagi ni, jangan lupa bawa bersama cek/cash/m2u transaction kerana transaksi untuk bayaran deposit nak cop booth tu, anda semua kena buat dekat pejabat urusan kami, bawa sekali bersama anda cop rasmi syarikat untuk pengesahan kontrak atau perjanjian.. senang macam tu kan..
 
Apa korang kerut kan dahi lagi tuuuu.. cepat-cepat datang ke pejabat urusan kami dengan segera!!! Kami menantikan anda dengan tangan yang terbuka.. haaa.nak tau alamat pejabat urusan kami, sila refer dekat poster kat bawah ni. Lekas-lekas, kami tunggu anda datang.. Tak sabar nak kenal-kenal rakan business yang baru!!
 


Friday, December 6, 2013

We Rock You! Pameran Pengantin Malaysia SACC Convention Centre


Assalamualaikum semuaaaaaa!!! Selamat hari Jumaat warga Urban Vibe Event ucapkan kepada semua..Fuhhhh.. Alhamdulillah, event kami , Pameran Pengantin Malaysia di SACC Convention Centre dah berakhir dengan jayanyaaaa!!! Terima Kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, especially untuk para sponsor kita yang bermurah hati menaja hadiah dan peralatan untuk menjayakan Pameran Pengantin pada kali ini serta vendor-vendor yang terlibat dan berusaha keras untuk mendapatkan customer yang sedang membuat persiapan untuk meniti hari bahagia mereka. Terima Kasih dan Tahniah kami ucapkan.. dannnn.. tidak lupa juga kepada pengunjung yang tidak putus-putus datang sepanjang hari pameran berlangsung. Korang memang Havoc!! Hehe..

Hari ni kami sangat teruja untuk kongsikan gambar sekitar hari pameran berlangsung, iaitu pada 29 November, 30 November dan hari penutup pameran pada 1 Disember. Kepada sesiapa yang terlepas atau tak sempat untuk mengunjungi pameran kami, hari ni kami nak sajikan mata anda dengan banyaaakkk gambar untuk tatapan semua.  Cekidauutttttt…
29 November 2013

Taraaaaaaa.. cantik tak stage kami? Cantk tak? Terima Kasih kami ucapkan kepada KS Entourage kerana sudi menaja pelamin yang cantik ini sebagai stage aktiviti kami sepanjang pameran berlangsung. Siapa-siapa yang belum ada planner untuk pelamin, boleh la hubungi KS Entourage dengan segera!! Pasti pelamin anda vogue semasa hari persandingan nanti. Kelassss gitu. Tak caye, cer try J

Ada lagiii?? Adaaaa..




Siap ada bunga-bunga sakura lagi uolss..korang suka tak?
Pada sesiapa yang berkunjung ke pameran kami, mesti korang familiar dengan DJ Saiful ni kan, sangat peramah, rajin dan bijak mengacara majlis bagi pihak kami, pada bakal pengantin yang nak ada PA System atau DJ untuk majlis perkahwinan anda, rasanya tak salah kalau kami cadangkan DJ Saiful dari Seri Bergema Sound System. Pasti majlis anda akan lebih berseri lagi dengan ada nya lagi-lagu kahwin serta DJ yang mampu mencuit hati anda dan tetamu yang hadir.




Dannnn..tidak lupa jugaaa.. kita ada penampilan khas dari Ustaz Ebit Lew secara solo pada petang Jumaat yang indah, dalam sesi bual bicara yang membentangkan cerita mengenai “Romantiknya Rasulullah”. Bagi yang hadir ke pameran kami dan sempat bersama Ustaz Ebit Lew apa komen anda mengenai sesi bual bicara ini? Seronok jugak kan kalau ada sesi ilmiah, boleh refresh balik apa yang kita sedia tahu dan menambahkan lagi ilmu kita. Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan yang tidak terhingga. Terima Kasih Ustaz kerana sudi hadir bersama-sama kami.

Gambar yang ini pula, salah satu dari sponsor kami yang sangatt baik hati, dari ASMR EQUINE SERVICES, diorang sponsor kami untuk kereta kuda perarakan pengantin dan bawak hulubalang dan dayang-dayang mereka untuk menjayakan aktiviti perarakan pengantin pada hari ke dua pameran berlangsung. Untung pasangan model pengantin kami, dapat bersanding untuk kali kedua dan berarak naik kereta kuda berhias lagi..Kelasss gitu
Okayhh…sebelum kita bukak cerita untuk hari kedua pameran, jom kita jengah siapa para pempamer kita yang turut sama ada dalam Pameran Pengantin Malaysia pada kali ini.. memang sangat sesuai untuk bakal pengantin datang bertapak ke pameran kami kerana anda boleh memilih sendiri butik-butik , photographer, catering, spa kecantikan dan pelbagai produk lagi yang disajikan oleh para pempamer yang mengikuti pameran ini.




Woot woott.. kita adaaaa. Ari Wedding Couture. Terbeliak mata tak tengok baju-baju Ari Wedding? Rugi sapa yang tak datang tengok sendiri. Hehe..

Kita juga adaaaa.. Shahmie Catering, korang..serious..serious korang kena rasa masakan catering dari Shahmie Catering. Kompem korang menambah-nambah.. Sedappp.. lauk kena dengan selera. Memang perrgghh laa.. tak caya nanti cuba..
Inilah diaaa..pemenang tempat pertama yang kami pilih untuk dekorasi booth paling cantik.. cantik kann? Macam cantikkkk jeee.. Siap ada jurai-jurai berantai, bling bling lagi..

Tak lupa jugaaa.. booth dari De N Shima Bridal. Nampak fresh kan dekorasi diorang? Wahhh.. brader tuu… suka dia kita amik gambar yeeee..! J Thanks, korang memaanggg sporting!
Butik Pengantin Duhassia in Da Houszeeeeeeeeee..!!
Yuhuuuuu.. ini lah dia, abang-abang hensenggg kita dari KS Entourage, penaja pelamin stage kami yang vogue the vast.. Eh2, Cik Seha pun ada jugak menyelit? Hehe..Thanks korang!!


Feewwiittt.!!! Korang mesti familiar kan dengan brader ni? Retis niii.. haaa.. sape kata retis reti berlakon je..Pum pang pum pang, dah ada business sendiri.. Sape-sape yang datang ke pameran kami, mesti korang dah jumpa dengan brader Shajiri di butik  Anita Wedding Galore kan? Tersengih-sengih brader shajiri amik gambar. Hehe..
Turut sama menyertai Pameran Pengantin Malaysia…AJ Bling Star
Kita juga ada Kad Lestari, haaa..kat sini anda-anda yang bakal menjadi pengantin baru boleh dapatkan kad-kad kahwin yang comel dan menarik.
SACC Convention Centre turut mengambil bahagian dalam Pameran Pengantin Malaysia

Wahhh..tengok tu, ramai kan orang dekat booth Wan Nur Catering? Pilih..pilih pakej menarik,murah dan sedapp!! Yang penting deco fresh flowers tu memang cantik..



Copppp..sebenarnya raaaaammaaaiii lagi pempamer yang turut serta dalam Pameran Pengantin pada kali ini, seperti Nurul Izzah Catering, Exclusize by Izz, Kashfi Zulkufli, Skoodeng Photography, Elyza’s Home, Nur Nadia Catering, Feel Motion Picture dan banyaakkk lagi.. Maaf kalau kami tak sebutkan di sini kerana terdapat lebih kurang 101 booth dan disertai oleh 91 buah syarikat wedding planner yang fofuler dari Malaysia.
30 November 2013
Nowwwww.. guys, we move to the next chapter, selak muka surat baru, kami nak kongsi kan gambar untuk hari kedua pameran pulak.. hari kedua lagi gempak, ramai yang datang kerana semestinya hari Sabtu ramai yang bercuti hujung minggu dan ada masa untuk cari kelengkapan untuk hari perkahwinan. Enjoiceeeeeeee!!!!
Tadaaaaaaaaaa!!! Hari yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh para hadirin. Cewahhhh.. Segak bergaya si kacak pengantin lelaki dan cantik berseri sang pengantin perempuan dengan mengenakan busana pengantin yang sangatlaahh cantik, tajaan dari Dwen Raha Kuala Lumpur. Kita juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Sue Shauki Make Up Team kerana sudi menaja solekan yang cantik sehingga pasangan model pengantin kita Nampak makin segak dan jelita di hari perarakan ini. Nanti korang tengok ya, baju dari Dwen Raha dan Solekan pengantin dari Sue Shauki!! Jangan lupa juga, bunga tangan yang cantik tajaan dari Kashfi Zulkufli..Suka kami tengok si jelita model perarakan ni, manis dan cantik sangat, sesuai dengan pasangan bagai pinang di belah dua. Semoga korang berdua bahagia sehingga ke akhir hayat, doa daripada kami semua!!
Pung pak ke pung pak!! Haaa.. dah bunyi kompang.. moh leee kita sama-sama tengok gambar semasa perarakan pengantin, diorang dah sah berkahwin tau, tapi di sandingkan semula oleh kami. Sape nak disandingkan lagi ? angkat tangan cepat-cepat.. kami nak sponsor ni..Ceewwaahh!! Sweet kan kan kan.. J






STOOOPPPPPPPPPP!!! Pause sekejap. Hehe.. jangan lupa jugakk.. semasa perarakan kita pun ada selawat dari pasukan qasidah, Hufaz yang dibawa khas, merdu sangat-sangat alunan selawat dari mereka.. Okay, okay.. sambung tengok gambar seterusnya..
 
Ceeehhhh..masing-masing tertunduk malu pasangan pengantin kita ni..Sooo Sweet korang ni J



Alahaiii..cantik nya la kan, pengantin perempuan ni, si suami pun apa kurangnya, segak!


Anggota Hufaz mengalunkan selawat dan Qasidah..seriously, sedap suara diorang ni.. merdu dan tenang je bila dengar..




Pasukan Kompang Gema Al-Ikhwan yang sentiasa bersama kami untuk acara perarakan pengantin. Thanks korang!!
Korang nak dengar tak qasidah dari Hufaz? meh sini dengar, kitorang belanja :)
video

Apa? Gambar pengantin tadi? Haaa..mesti korang tak puas tengok kan..kan.. ada lagi, jum tengok pasangan pengantin kita ni bersanding..








Jeng..jeng..jenggggg.. sebelum tuuuuu.. kita tengookkkk gambar kek ni.. sedap nyeeeee.. Rasa macam nak makannnn jerrr.. kek ni tajaan dari CakeBross yang akan dipotong oleh kedua mempelai..
Fuiihhh..nak makan pun rasa sayanggg! Cantik sangat..
Kat bawah lagi lagii.. gambar depa potong kek pulak.. hihi..




 
Ececehh..sooo sweet suap menyuap kek.. aauumm..sedapnyaaa..





Sapuuu..sapuuu jangan tak sapuuu.hehehe..
Jengggg!! Hujan pulak petang Sabtu tu, hujan rahmattt.. bila hujan dah berhenti baru la pengantin kita ni dapat berarak menaiki kereta kuda.. Seronoknyaaaa!!!


Cewaahhh..retis Urban Vibe kita, Cik Seha mengiringi kedua mempelai kita untuk menaiki kereta kuda..


Amboiii..seronok sangat pengantin kita ni J korang memang sporting!

Niiii haaa.. Kak Sue kita yang tengah preggy, menawann.. Kak Sue ni la yang makeup kan model pengantin kita ni, sape nak di makeup kan oleh Kak Sue, cuba lah contact beliau, sangat peramah dan baik orangnya..Thanks Kak Sue..




Okay, ni last ya untuk  hari ni, banyaakkk lagi gambar yang kami nak kongsikan bersama anda sekitar Pameran Pengantin Malaysia.. Tunggguuuuu untuk entry akan datang, kita ada selebriti seperti Irma Hasmie dan suami serta Hafiz Hamidun!!! Nak tengok gambar diorang? Nantikan entry kami yang akan datang.. Moh leee.. kita pulang dari bekerja.. rehatkan minta anda di hujung minggu ini dengan aktiviti riadah yang sihat dan jaga diri semuaaa.. sampai jumpa di entry seterusnyaaaa.. gud byeeeeeeeeeeee!


Salam sayang,
Pameran Pengantin Malaysia