Saturday, September 13, 2014

Kriteria Busana Pengantin Muslimah

Kami selitkan 5  kriteria yang perlu untuk memastikan busana yang akan anda gayakan nanti menepati makna muslimah itu sendiri.
  1. Menutup Aurat
Adalah sangat penting sebelum anda bercadang atau memiliki idea untuk menghasilkan busana idaman bagi majlis bahagia anda, pastikan busana itu menutup aurat.  Contohnya berlengan panjang dan tidak pendek potongannya terutama di bahagian punggung.  Potongan jenis jubah atau baju kurung biasa adalah sangat menepati bagi anda yang mahu tampil anggun di hari berbahagia nanti.

  1. Tidak Jarang
Jarang dalam konteks pemilihan busana ialah kain yang boleh menampakkan susuk tubuh si pemakainya.  Sebaik-baiknya busana yang akan dikenakan itu mempunyai lapisan lain di dalam atau biasa dikenali sebagai ‘inner’ untuk memastikan ia tampak lebih sopan sekali gus menarik.  Contoh sifon dan ‘lace’.

  1. Tidak Terlalu Ketat
Dalam pemilihan fabrik juga ia sangat memerlukan ketelitian, fabrik yang tidak mudah melekat ke tubuh apabila digayakan juga penting.  Contoh fabrik seperti satin adalah tidak digalakkan jika anda mahu gayakan kerana sifatnya yang mudah melekat dan mengikut bentuk badan.

  1. Warna
Ketika memilih untuk menggunakan warna apa sebagai warna tema busana pengantin anda, diingatkan untuk memilih warna yang tidak terlalu menonjol dan terang kerana dikhuatiri warnanya akan menarik perhatian tetamu yang hadir dan itu tidak digalakkan.  Seelok-eloknya pilihlah warna yang lembut dan sedap mata memandang.

  1. Hiasan Tambahan
Hiasan seperti manik, ropol-ropolan yang terlalu sarat sangat tidak sesuai mengikut makna busana muslimah itu sendiri.  Hiasan yang ringan dan tidak terlalu sarat tetapi bakal menimbulkan impak eksklusif adalah lebih baik untuk digayakan.  Elakkan memilih busana pengantin yang terlalu panjang berjela-jela kainnya kerana ia bakal menampakkan ciri yang lain bagi si pemakai.

Saturday, September 6, 2014

Assalamualaikum bloggers !


Happy Weekend ! Hehe.. Manfaatkan cuti hujung minggu anda bersama yang tersayang. Ceewahhhh.. 

Bila berhujung minggu nie, banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama sama keluarga kan..Masa ni lah boleh menikmati bersarapan bersama, makan tengahari bersama dan bersantai bersama keluarga.. Apa aktiviti korang hari ni? Mesti seronok kalau dapat bersantai di tepi pantai..Hehehe

Hari ni admin keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan.. So admin try outfit of the day macam gambar dekat bawah ni. Ala-ala ootd gituuu. Nice tak? Admin suka simple-simple je.. Hehe.. 



Apa pun aktiviti korang hari ni, just take care yourself ye... Jaga diri dan kesihatan ye dearies! ;)





Tuesday, September 2, 2014

Perlu Bijak Pilih Warna Tema Kahwin

Kebanyakan bakal pengantin mengakui masalah paling ketara ialah memilih baju pengantin yang ingin dipakai ketika majlis akad nikah dan hari persandingan



Walau apa juga pendapat, pelbagai faktor harus diambil kira. Antaranya warna kulit, ukuran badan serta bajet yang akan menentukan jenis dan gaya padanan bersesuaian serta warna tema pakaian.

Antara panduan yang boleh diikuti:
  
Pilih warna lembut untuk majlis pernikahan 

Untuk majlis pernikahan, sebaiknya pilih warna lembut dan tidak terlalu terang. Warna Putih (Pearl White) yang biasa dipakai dan warna selamat. Jika mahukan kelainan, pilih warna merah jambu lembut, kelabu, keemasan atau coklat bagi menandakan anda akan menghadiri majlis pernikahan. Warna ini sesuai untuk semua jenis kulit. 

Dapatkan panda­ngan pakar perunding majlis perkahwinan 

Sebaiknya sebelum memilih tema majlis atau menempah baju, pastikan anda mendapatkan pandangan pakar daripada jurusolek atau perunding majlis perkahwinan supaya warna dipilih bersesuaian dengan personaliti anda.

Kebiasaannya apa yang disukai mempelai tidak semestinya cantik pada pandangan mata ramai.  

Pilihan warna sepadan

Sekiranya anda sudah menetapkan tema pakaian, pilih rona tudung dan kasut sepadan dan tidak berbeza dengan warna busana bagi mengelak anda nampak janggal pada hari bahagia. 

Ada juga mempelai yang ingin memakai warna tudung berbeza tetapi pastikan ia masih di dalam ton warna yang sama, begitu juga dengan kasut. Ini kerana bagi mempelai yang mengenakan layah, ia cukup menaikkan seri pengantin terutama apabila berjalan memasuki pintu utama dewan menuju ke pelamin. 

Pandangan Photographer

Sekiranya anda takut dikenakan cas atau mahu khidmat nasihat, Photographer upahan adalah yang terbaik. Kerana mereka tahu apakah yang sesuai kerana di mata mereka mencari kesesuaian objek dengan mengambil kira warna dan lokasi bergambar.


Dapatkan khidmat nasihat dari pakar kerana:
- Mengurangkan risiko majlis anda dari memilih padanan warna yang salah
- Jimatkan masa dan tenaga serta wang ringgit
- Modal tidak menjadi besar JIKA memilih padanan yang betul
- Majlis anda akan nampak cantik dan kemas.

Saturday, August 30, 2014

Assalamualaikum semua. 

Watcha doing guys? Hehe. Korang sihat? 

Sempena hari kemerdekaan ni admin nak ucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke 57 buat negara kita, Malaysia ! Yeyyyyy! Korang celebrate tak? Hari minggu ni mesti ramai pegi event-event yang berlangsung sempena hari merdeka kan? Hehe. 

Okay admin ade idea ni nak bagi tips dekat korang. Alah... DIY je babe.. Hihi.. Tapi bila kita buat DIY ni sebenarnye saving masa dan menjimatkan. Haaa betul tak? :D

Korang tengok gamba dekat bawah ni.. Senang je cara-cara nyee.... Okay have fun guys! :D


Saturday, August 23, 2014

CUTE DESSERT TABLE

Assalamualaikum semua..


Hari ni admin ada idea untuk korang bakal-bakal pengantin. Untuk majlis lain selain wedding pun boleh je seperti birthday party, majlis keramain pun boleh. Ikut kreativiti anda.. Hehe

Pencuci mulut adalah makanan sampingan selepas atau sebelum makan makanan yang berat. Di dalam majlis perkahwinan sekarang, ianya dikenali sebagai dessert table yang disediakan untuk kanak-kanak ribena mahupun yang dewasa.. hehehe. 

Ada di antara bakal pengantin yang mahukan dessert table ketika majlis perkahwinan diadakan di rumah sahaja. Tak kurangnya yang mahukan majlis di hotel, atau pun dewan. Perkahwinan di dalam taman ataupun konsep ‘garden wedding’, bersesuaian dengan dessert table yang ala-ala vintage


Admin ingin kongsikan dengan pembaca pelbagai jenis dessert table bertemakan vintage bersesuaian dengan citarasa anda untuk pelbagai majlis. Semoga bermanfaat buat pembaca Pameran Pengantin Malaysia !

 




 Haaa... Cantik tak? Korang boleh buat sendiri..  Diy gittew.. Buat simple tapi still cantik.. Hihi
Korang boleh refer dekat link ni : http://www.intimateweddings.com/blog/diy-dessert-table/
Confirm korang teruja & eksaited nak buat sendiri ! Weeee.....



Okay admin undur diri dulu ye.. tataa~~


Wednesday, August 20, 2014

Hukum berinai bagi perempuan.

Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.

i. Berinai yang sunat
Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.
ii. Berinai yang makruh
Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.
iii. Berinai yang haram
Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.
Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan
Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.
Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala Syarh al-Minhaj, katanya:
Ertinya:
“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”
Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu.
Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.
Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.
Kesimpulannya, Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias selama mana berhias itu selari dengan apa yang disyariatkan syara‘. Termasuk dalam hal inai, Islam telah memberikan garis
panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.

Saturday, August 16, 2014

Tanda Jodah Itu Kua Bersama Si Dia

tanda jodoh
Secara umum yang kita tahu, tanda-tanda jodoh adalah keserasian, saling memahami, masing-masing pandai bertanggungjawab dan saling bertolak ansur. Itu adalah secara asasnya. Tapi dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan perkara yang berbeza. Masih tentang tanda-tanda jodoh kita kuat bersama seseorang tetapi dalam konteks yang sedikit berbeza. Bukan senang untuk membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. Macam mana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menayerahkan soal jodoh kepada Allah.
Orang kata cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta? Tidak semestinya! Kisah cinta nyata bukan macam kisah cinta dalam novel. Tidak semestinya sesuatu perkahwinan itu membahagiakan. Mereka ada jodoh, tetapi mereka masih tiada cinta. Jadi jangan terlalu menekan atau mempercayai sesuatu mitos. Jadi apa yang penting sebenarnya adalah cinta dan jodoh. Ia harus datang bersama. Jika sesebuah cinta itu tidak ada dalam hati seseorang, sampai bila-bila lah dia tidak akan ada.
Cinta boleh dipupuk? Adakah ia benar? Bagi saya, jika cinta itu dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Dipupuk bermaksud kita berusaha menekan diri kita melakukan sesuatu yang bukan asalnya kita mahu. Boleh kalau korang nak cuba. Tapi seeloknya cinta itu datang dari hati secara semula jadi. Barulah sesuatu cinta itu akan kekal. Berbalik kepada persoalan cinta dan jodoh. Memang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, tapi Allah sebenarnya dah tunjuk pada kita secara halus siapa jodoh kita. Tak percaya? Pernah tak korang dengar atau berdepan dengan situasi macam ni:-
“Hisyh, asyik asyik terserempak dengan dia je, hari-hari pandang muka dia je”,
“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”
Ha, tu tandanya apa tu? Hehe, memang lah tidak semuanya betul mereka yang selalu terserempak bersama tu memang berjodoh, tapi kebanyakkannya macam tu kan? Cuba perhatikan mereka yang berpasangan, kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat-dekat. Paling tidak pun mempunyai minat yang sama secara kebetulan. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh dengan orang yang minat berniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang berlaku.
.
Antara beberapa persoalan dan tanda berkaitan soal jodoh adalah:-
Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita
Percaya tak, sebenarnya jodoh yang korang cari berada berdekatan dengan korang. Korang mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan korang. Bahkan korang akan jatuh cinta dengan seseorang yang korang kenal suatu masa dulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita.
Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh korang adalah daripada kenalan korang di suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara korang yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk korang akan tetap juga sampai nanti.
Sebenarnya, jika kita perhatikan betul betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan korang, ia tetap akan jadi milik korang. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.

Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi
Ok, sekarang adalah situasi di mana korang sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Korang sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama sama. Tidak dinafikan, pasti wujud konflik di saat ini kan? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang datang untuk menguji cinta korang kan? Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula timbul dan mengugat hubungan korang. Di sinilah sebenarnya korang kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat putus asa.
Ok, jika korang berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran seolah seolah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Korang pulak dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan korang berdua kembali seperti dulu lagi. Malah mungkin semakin memahami dan bahagia.
Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan korang rasa putus asa, Allah tunjukkan jalan korang untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh korang kuat bersama si dia InsyaAllah. Banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jangan sesekali mudah mengalah. Apa apa pun ia sebenarnya bergantung pada sikap kita sendiri juga. Jika korang jenis yang cepat putus asa dan kuat mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?

Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang. Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.
Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik korang. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya.
Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk korang di masa akan datang nanti InsyaAllah.

Jangan serahkan pada takdir semata-mata
Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata jodoh tak perlu dicari, tetapi ia datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas-batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan.
Jangan kurung diri korang daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam. Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan?
Duduk diam? Salah tu. Sekurang kurangnya korang harus mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya selama-lamanya!
Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalamsoal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.
.
.
Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga korang.
Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah dapat. Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang. Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalanjodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.