Sunday, March 31, 2013

Last Day Di PWTC!

Assalamualaikum semua...^^
Hari ini merupakan hari terakhir untuk Pameran Pengantin Malaysia.!!!...
Cepat-cepat-cepat!!! terdapat package yang menarik dan tawaran hanya akan dibuka pada hari ini sehingga jam 9 malam nanti..^^

Hari ini juga terdapat aktiviti yang menarik antaranya, Talk-Show, Lucky-Draw dan Catch You..^^
Untuk pengunjung yang bertuah, akan memenangi hadiah yang menarik dan lumayan seperti kain songket tradisi dan juga butang baju melayu yang bernilai lebih dari RM2000 yang ditaja oleh Sofia Iman dan pengunjung juga boleh membawa pulang barangan elektrik seperti mesin basuh, dvd player dan juga kipas jika menyertai peraduan Lucky-Draw yang hanya perlu membayar deposit yang melebihi dari RM100 dan terus datang ke Booth Urusetia untuk memdaftar peraduan Lucky-Draw..insyaallah kalau menang tak payah nak beli barang elektrik dah..hehhehe..^^ dan tunggu apa lagi! datanglah segera sebelum jam 9 malam.
 
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ini merupakan gambaran yang di Pameran Pengantin Malaysia di legar Putra PWTC.















Pemenang Booth Tercantik :




Pemenang Lucky-Draw

Acara Perarakan Pengantin


Pengunjung berpusu-pusu pada hari semalam dan hari Jumaat




Thursday, March 28, 2013

Debaran Kian Terasa....^^

Wahhh..~..memang la tersangat-sangat nervous..Opss!..lupa pulak..Assalamualaikum semua..heheheh..sorri nervous sangat sebabbb.... Pameran Pengantin Malaysia Edisi ke- 32 di PWTC akan membuka tirai pada hari yang cukup mulia iaitu pada hari Jumaat bersamaan 29 March 2013 1434H....^^


Dah bersedia semua...??.^^..kalau dah bagusla..tapi bagi yang belum atau pun first-time untuk hadir ke Pameran Pengantin ini...kami ada tips yang berguna dan juga akan membantu anda setibanya anda hadir ke pameran nanti...


Tips yang Pertama....
  • Sila list-kan barang-barang yang anda perlu cari atau pun memerlukan khidmat yang professional seperti:-barang hantaran, door-gift, design kad kahwin, dan laiin2..^^


Tips yang Kedua...
  • Sila check di Facebook kami, hehehe..xde la maksud saya kena menghadap page kiteorang 24 jam..maksud sebenarnya..kami telah mempromosikan vendor-vendor yang bakal berada di PWTC nanti..atleast bila tengok....boleh tahu atau meilihat package apa yang ditawar kan..so esok boleh dapatkan maklumat yang lebih lanjut...^^


Tips yang Ketiga..
  • Apabila tiba di Pameran Pengantin kami esok, jangan lupa untuk daftarkan diri di booth penganjur "Urban Vibe Event"..sebab kami akan memberi check-list kepada pengunjung yang hadir, check-list tu untuk tolong bakal pengantin mencatat perkara ataupun benda yang telah dibeli or disewa.



Tips yang Keempat..

............................................................................


Dah habis tips da...heheheheh...> < 

Datang la esok ye..^^....

Ini merupakan gambar persiapan kami untuk pembukaan Pameran Pengantin Malaysia pada esok hari...^^




Seikhlas Hati Dari,

 








Thursday, March 21, 2013

Aktiviti - Aktiviti di PPM...

Assalamualaikum semua..^^ hari *nie saya akan menyambung informasi mengenai aktiviti - aktiviti yang bakal diadakan di Pameran Pengantin Malaysia minggu depan..!!..wah..!! next week *je weyhh!!, agak mendebarkan jugak*lah huhuhuhu...ok ok ok we back to the main story,


Seperti yang sedia maklum, salah satu daripada highlight aktiviti *kiteorang ialah Fruit Carving competition atau secara melayu *nye Pertandingan Ukiran Buah, tapi semua mesti macam, "*ala..aktiviti tu mesti la untuk pengukir buah *je kan, kite2 yang biasa *nie mane boleh masuk, for sure kalah *punye", pasal yang*nie jangan *lah risau sangat..semua nya di tanggung *berehhhh...disana nanti aktiviti untuk para pengunjung yang hadir pun ada jugak seperti Catch You..!! and Lucky Draw, kedenganran aktiviti *nie memang *lah macam biasa tapi......yang orang tak tahu ialah Hadiah nya!!..



Untuk Lucky Draw, pemenang yang cukup-cukup bertuah dapat membawa pulang Butang Baju Melayu yang bernilai lebih dari RM 100, ok x..???, so for sure *lah barang tu memang cantik...*andddddddddd....ada lagi...Songket Tenun Tradisi yang berharga lebih dari RM900.(*o*).*sapa yang dapat *nie confirm balik rumah letak dalam *frem gambar or gantung kt dinding rumah *kan..sebab mahal sangat sampai sayang *nak guna *kan..^^ Special thanks to "Sofia Iman"

ni la logo Sofia Iman. comelkan?

Pihak Urban Vibe juga ada menyediakan hadiah yang lumayan yang berbentuk barangan elektrik, seperti Mesin Basuh, pada sesiapa yang mencari dan ingin membeli barangan rumah *tak perlu susahkan diri untuk mengeluarkan duit, cuma hadirkan diri *je, insyaallah ada rezeki dapat *la Mesin Basuh *tu..*kan dah settle masalah..*opsss lupa pulak nak inform, nanti sesiapa yang dapat mesin basuh *tu jangan lupa bawak balik sendiri *ek Mesin Basuh *tu..ikat *kat belakang kereta senang sikit jimat duit *nak sewa lori..(just kidding..^^)  Catch You..!! pula kami akan zoom kepada pengunjung yang bertuah dan wajah sesiapa yang terpampang di skrin akan dipanggil ke pentas untuk memjawab soalan SPM then baru dapat hadiah beg and baju tajaan Urban Vibe...*hihihi xkan lah soalan SPM *pulak kan..*hehehe... bagi sesiapa yang mugkin tidak dapat langsung hadiah-hadiah yang berharga tersebut jangan *lah frust *menonggeng *pulak ye, sebab kami ada aktiviti yang dapat menarik perhatian anda seperti Talk-Show Carving Fruit,  dan juga perarakkan pengantin yang menjadi keutamaan kami selama ini.

 Minggu depan event Pameran Pengantin Malaysia akan bermula, so persiapkan diri anda semua untuk serbu ke PWTC nanti..^^..Assalamualaikum...


 Yang ikhlas dari hati nurani..^^



Tuesday, March 19, 2013

Ukiran Hati



Assalamualaikum dan salam hormat kepada anda semua..hari ini saya selaku warga Urban Vibe Event akan terus bekarya di dalam blog ini untuk menggantikan Cik Cekodok yang terus menghilang entah ke mana. Teruskan doa anda untuk berharap dia dapat kembali bersama kita kembali *Amin.


Jadi di sini saya mahu menceritakan topik yang agak menarik di PWTC nanti.haaaa sebelum ni kita da menceritakan apa aktiviti-aktiviti yang menarik di PWTC nanti. Tapi kali ni saya nak memfokuskan Pertandingan Ukiran Buah *Fuhhh!..
Ini bukan kali pertama kami mengadakan pertandingan ini, cuma ini kali pertama kami menganjurkan pertandingan ini dengan lebih professional *Ehem..kerna apa? Kerna kami menawarkan hadiah-hadiah yang menarik minat kepada para pengukir-pengukir. Antaranya, tempat pertama akan memperoleh wang tunai 300 RINGGIT MALAYSIA,tempat kedua RM200 dan tempat ketiga RM 100. Laaa senang-senangnye dapat 300 macam tu je. Da menang nanti boleh la belanja saya  Coki-coki *hehehe.


Bukan tu je, Pemenang juga dapat pas masuk untuk ke FHM (Food and Hotel Malaysia) haa tipu laa kalau pengukir buah taktau.alaa dia macam Pameran Pengantin tapi versi makanan punya *Lebih kurang la. Tetapi nak masuk bukan senang tau. Tu yang kami bagi pas masuk percuma je. Dan yang terakhir sekali, kepada yang tak menang tu jangan la kecewa sampai ukir nama di pohon kemboja pula. Kalian juga akan membawa pulang sebuah sijil Penyertaan. Haaa boleh menunjuk kat jiran sebelah rumah nanti yang korang dah pun menyertai Pertandingan ini. Tak pun boleh tampal dekat cermin kereta kalian,baru la bangga dengan semua orang yang anda sudah mengukir nama di Pertandingan Ukiran Buah di Pameran Pengantin Malaysia 2013.



Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa buat apa termenung di tepi jendela lagi cepat la daftarkan nama anda sementara stok masih ada, dan kami juga menjemput orang ramai hadir untuk memberi sokongan kepada jiran-jiran anda yang menyertai pertandingan ini yang akan berlangsung pada 30 Mac 2013 yang bersamaan pada hari Sabtu.



Ni ha poster sekali dengan syarat-syarat Pertandingan Ukiran Buah..Masuk je..Menang kalah lain cerite.ehehe

Yang Menulis ikhlas dari hati ke hati,




Thursday, March 14, 2013

Apa Yang Menarik Di PWTC....??



Pameran Pengantin Malaysia, so far, semua orang da well known tentang Pameran Pengantin Malaysia, tapi mesti ada orang yang tertanya-tanya, apa kelainan untuk pameran kali ini,??
Pada tanggal 29 March 2013 yang akan datang ini, kami akan ‘sajikan’ pada para pengunjung satu tema yang cukup-cukup berbunga.. >.<.. geli pulak bila dengar kan, tapi bagi saya, kaum hawa mungkin akan menyukainya dengan bertemakan warna pink dan juga putih sweet x..???..^^. Tapi untuk golongan kaum adam jangan rasa tersisih, kami juga mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan untuk anda semua. ^^.



Ok..dari segi aktiviti pula, aktiviti adalah perkara yang paling paling paling.. di tunggu-tunggu oleh para pengunjung yang hadir pada pameran ini. Kerana apa? Kerana mereka yang bertuah akan berpeluang untuk membawa pulang peralatan rumah antaranya Dvd Player, Kipas Elektrik (takkan kipas tangan pulakkan?) dan barangan paling menjadi idaman semua isi rumah di Malaysia ialah Mesin Basuh..saya ulangi lagi sekali MESIN BASUH..*WOWWW! Dah kahwin nanti tak payah dah nak serabut untuk memikirkan bagaimana nak membeli mesin basuh.



Mesti ada yang terfikir,”best memang best nak pergi tapi saya duduk jauh dan tidak tahu untuk pergi ke lokasi pameran” dan mungkin juga ada yang terfikir “saya boleh datang tapi cuaca sekarang nie agak panas la macam mana ye?” jangan risau…  heheheh da macam iklan dalam TV la pulak kan.. 
Untuk kemudahan orang awam memang telah disediakan..^^


Ok macam nie, 

Untuk yang menaiki bas..^^



                           Bas yang menuju ke KL tau                           dah sampai ^^
Dari stesen bas utama     ----------->        Hentian Putra      ------------>      PWTC




Dan..
Untuk yang menaiki LRT..^^


       

 Faham betul-betul ye..nanti sesat pulak..^^


P/S : Pada sesiapa dari Ampang/Sri Petaling, korang xperlu tukar tren semasa di Masjid Jamek sebab tren yang korang naik tu(LRT Star) memang direct ke PWTC tapi make sure ke Sentul Timur tau..and yang dari Gombak/ Kelana Jaya korang memang kena tukar ke (LRT Star) semasa di Masjid Jamek ..^^



dan untuk anda yang tinggal berdekatan dengan PWTC, untuk keselamatan anda terutama kaum perempuan, jejantas disekitar kawasan PWTC disediakan, and jejantas itu boleh je kalau-kalau nak berlindung dari panas and hujan. Untuk keluarga yang datang dari jauh-jauh dari Utara, atau belah Timur ke boleh menginap di hotel-hotel yang berdekatan..^^



Sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik yang tak dapat untuk saya berkongsi bersama kerana ianya adalah KEJUTAN. Haa bayangkan anda masuk ke PWTC anda akan terkejut separa pengsan kerana ia terlalu banyak kejutan yang ada disana *sebenarnya takda la terkejut sangat jadi jangan risau kepada ibu-ibu mengandung ya.hehe. TUNGGU APA LAGI TEMAN-TEMAN? Jom la kita berjumpa disana mana la tahu kita dapat ketemu dan berbual bersama bersama.hihi...^^




Jom kita serbu ramai-ramai ke Pameran Pengantin Malaysia 2013 !!!  (^o^)


Yang Benar,