Saturday, September 13, 2014

Kriteria Busana Pengantin Muslimah

Kami selitkan 5  kriteria yang perlu untuk memastikan busana yang akan anda gayakan nanti menepati makna muslimah itu sendiri.
  1. Menutup Aurat
Adalah sangat penting sebelum anda bercadang atau memiliki idea untuk menghasilkan busana idaman bagi majlis bahagia anda, pastikan busana itu menutup aurat.  Contohnya berlengan panjang dan tidak pendek potongannya terutama di bahagian punggung.  Potongan jenis jubah atau baju kurung biasa adalah sangat menepati bagi anda yang mahu tampil anggun di hari berbahagia nanti.

  1. Tidak Jarang
Jarang dalam konteks pemilihan busana ialah kain yang boleh menampakkan susuk tubuh si pemakainya.  Sebaik-baiknya busana yang akan dikenakan itu mempunyai lapisan lain di dalam atau biasa dikenali sebagai ‘inner’ untuk memastikan ia tampak lebih sopan sekali gus menarik.  Contoh sifon dan ‘lace’.

  1. Tidak Terlalu Ketat
Dalam pemilihan fabrik juga ia sangat memerlukan ketelitian, fabrik yang tidak mudah melekat ke tubuh apabila digayakan juga penting.  Contoh fabrik seperti satin adalah tidak digalakkan jika anda mahu gayakan kerana sifatnya yang mudah melekat dan mengikut bentuk badan.

  1. Warna
Ketika memilih untuk menggunakan warna apa sebagai warna tema busana pengantin anda, diingatkan untuk memilih warna yang tidak terlalu menonjol dan terang kerana dikhuatiri warnanya akan menarik perhatian tetamu yang hadir dan itu tidak digalakkan.  Seelok-eloknya pilihlah warna yang lembut dan sedap mata memandang.

  1. Hiasan Tambahan
Hiasan seperti manik, ropol-ropolan yang terlalu sarat sangat tidak sesuai mengikut makna busana muslimah itu sendiri.  Hiasan yang ringan dan tidak terlalu sarat tetapi bakal menimbulkan impak eksklusif adalah lebih baik untuk digayakan.  Elakkan memilih busana pengantin yang terlalu panjang berjela-jela kainnya kerana ia bakal menampakkan ciri yang lain bagi si pemakai.

Saturday, September 6, 2014

Assalamualaikum bloggers !


Happy Weekend ! Hehe.. Manfaatkan cuti hujung minggu anda bersama yang tersayang. Ceewahhhh.. 

Bila berhujung minggu nie, banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama sama keluarga kan..Masa ni lah boleh menikmati bersarapan bersama, makan tengahari bersama dan bersantai bersama keluarga.. Apa aktiviti korang hari ni? Mesti seronok kalau dapat bersantai di tepi pantai..Hehehe

Hari ni admin keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan.. So admin try outfit of the day macam gambar dekat bawah ni. Ala-ala ootd gituuu. Nice tak? Admin suka simple-simple je.. Hehe.. 



Apa pun aktiviti korang hari ni, just take care yourself ye... Jaga diri dan kesihatan ye dearies! ;)





Tuesday, September 2, 2014

Perlu Bijak Pilih Warna Tema Kahwin

Kebanyakan bakal pengantin mengakui masalah paling ketara ialah memilih baju pengantin yang ingin dipakai ketika majlis akad nikah dan hari persandingan



Walau apa juga pendapat, pelbagai faktor harus diambil kira. Antaranya warna kulit, ukuran badan serta bajet yang akan menentukan jenis dan gaya padanan bersesuaian serta warna tema pakaian.

Antara panduan yang boleh diikuti:
  
Pilih warna lembut untuk majlis pernikahan 

Untuk majlis pernikahan, sebaiknya pilih warna lembut dan tidak terlalu terang. Warna Putih (Pearl White) yang biasa dipakai dan warna selamat. Jika mahukan kelainan, pilih warna merah jambu lembut, kelabu, keemasan atau coklat bagi menandakan anda akan menghadiri majlis pernikahan. Warna ini sesuai untuk semua jenis kulit. 

Dapatkan panda­ngan pakar perunding majlis perkahwinan 

Sebaiknya sebelum memilih tema majlis atau menempah baju, pastikan anda mendapatkan pandangan pakar daripada jurusolek atau perunding majlis perkahwinan supaya warna dipilih bersesuaian dengan personaliti anda.

Kebiasaannya apa yang disukai mempelai tidak semestinya cantik pada pandangan mata ramai.  

Pilihan warna sepadan

Sekiranya anda sudah menetapkan tema pakaian, pilih rona tudung dan kasut sepadan dan tidak berbeza dengan warna busana bagi mengelak anda nampak janggal pada hari bahagia. 

Ada juga mempelai yang ingin memakai warna tudung berbeza tetapi pastikan ia masih di dalam ton warna yang sama, begitu juga dengan kasut. Ini kerana bagi mempelai yang mengenakan layah, ia cukup menaikkan seri pengantin terutama apabila berjalan memasuki pintu utama dewan menuju ke pelamin. 

Pandangan Photographer

Sekiranya anda takut dikenakan cas atau mahu khidmat nasihat, Photographer upahan adalah yang terbaik. Kerana mereka tahu apakah yang sesuai kerana di mata mereka mencari kesesuaian objek dengan mengambil kira warna dan lokasi bergambar.


Dapatkan khidmat nasihat dari pakar kerana:
- Mengurangkan risiko majlis anda dari memilih padanan warna yang salah
- Jimatkan masa dan tenaga serta wang ringgit
- Modal tidak menjadi besar JIKA memilih padanan yang betul
- Majlis anda akan nampak cantik dan kemas.