Saturday, April 10, 2010

Urban Vibe Online Contest *STICKY MODE* sila scroll ke bawah untuk entri baru

LATEST UPDATE :
Setelah perbincangan di adakan oleh pihak Urban Vibe Event, kami dengan besar hati melanjutkan Pertandingan Online bersempena Pameran Pengantin @ KLCC sehingga 3 Oktober 2010. Oleh yang demikian, secara rasminya pihak kami ingin mengumumkan, Urban Vibe Online Contest akan di tutup pada 3 Oktober 2010 tepat 12 tengah malam.

So, spread the news ladies! :))





Assalamualaikum & Hai kepada semua bakal pengantin,

Buat julung-julung kalinya pihak kami ingin menganjurkan Urban Vibe Online Contest bersempena PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA di HALL 4, KL CONVENTION CENTRE pada 8 hingga 10 Oktober 2010 khusus kepada semua bakal pengantin di Seluruh Semenanjug Malaysia.

Sila baca syarat-syarat penyertaan dengan teliti dan segala pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 012-3282 944 atau email terus ke pameranpengantin@yahoo.com.my.


Sila linkkan banner/badge rasmi ke blog Pameran Pengantin Malaysia




1) Pertandingan terbuka kepada bakal pengantin Seluruh Semenanjung Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas sahaja. Tidak di benarkan mewakili mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini.


2) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/ / dan add kami di Facebook Pameran Pengantin Malaysia.


3) Entri hendaklah bertajuk 'URBAN VIBE ONLINE CONTEST'.


4) Sila letak banner badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA.


5) Buat satu ESEI (tidak kurang dari 200 patah perkataan) yang bertajuk :
Pameran Pengantin Malaysia ; Pilihan Utama Bakal Pengantin.


6) Namakan penganjur Pameran Pengantin Malaysia dan di manakah lokasi & tarikh Pameran Pengantin Malaysia seterusnya.


7) Letakkan LOGO penganjur & LOGO rasmi Pameran Pengantin Malaysia.


9) Letakkan gambar 'Candid Tercomel' anda & pasangan anda. (Hanya dibenarkan meletak sekeping gambar, dan pastikan gambar anda berdua sopan dan tidak menyinggung mana-mana pihak).


10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun 2010 sehingga 31 MEI 2011 (TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH BAJU SANDING).



11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA. InsyaAllah pihak kami akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan.


Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 27 September 2010 sebelum 12 tengah malam.



HADIAH-HADIAHNYA BERUPA:



TEMPAT PERTAMA :  Wang Tunai berjumlah RM200.00
                                       Sepasang Baju Sanding (Lace) (Lelaki + Perempuan)
                                       Custom Album
                                       Sijil Penyertaan


TEMPAT KEDUA :     Wang Tunai berjumlah RM100.00
                                     Sepasang Baju Songket Bunga Tabur (Lelaki + Perempuan)
                                     Custom Album
                                     Sijil Penyertaan

TEMPAT KETIGA :     Wang Tunai berjumlah RM50.00
                                      Custom Album
                                      Sijil Penyertaan


*Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang di menangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan untuk additional cost (refundable security deposit untuk baju sanding lace mahupun songket).Semua hadiah tidak boleh ditukar nilai wang Ringgit atau di tukar dengan barangan lain.


Best Regards from Urban Vibe Event Team Members.