Tuesday, March 19, 2013

Ukiran Hati



Assalamualaikum dan salam hormat kepada anda semua..hari ini saya selaku warga Urban Vibe Event akan terus bekarya di dalam blog ini untuk menggantikan Cik Cekodok yang terus menghilang entah ke mana. Teruskan doa anda untuk berharap dia dapat kembali bersama kita kembali *Amin.


Jadi di sini saya mahu menceritakan topik yang agak menarik di PWTC nanti.haaaa sebelum ni kita da menceritakan apa aktiviti-aktiviti yang menarik di PWTC nanti. Tapi kali ni saya nak memfokuskan Pertandingan Ukiran Buah *Fuhhh!..
Ini bukan kali pertama kami mengadakan pertandingan ini, cuma ini kali pertama kami menganjurkan pertandingan ini dengan lebih professional *Ehem..kerna apa? Kerna kami menawarkan hadiah-hadiah yang menarik minat kepada para pengukir-pengukir. Antaranya, tempat pertama akan memperoleh wang tunai 300 RINGGIT MALAYSIA,tempat kedua RM200 dan tempat ketiga RM 100. Laaa senang-senangnye dapat 300 macam tu je. Da menang nanti boleh la belanja saya  Coki-coki *hehehe.


Bukan tu je, Pemenang juga dapat pas masuk untuk ke FHM (Food and Hotel Malaysia) haa tipu laa kalau pengukir buah taktau.alaa dia macam Pameran Pengantin tapi versi makanan punya *Lebih kurang la. Tetapi nak masuk bukan senang tau. Tu yang kami bagi pas masuk percuma je. Dan yang terakhir sekali, kepada yang tak menang tu jangan la kecewa sampai ukir nama di pohon kemboja pula. Kalian juga akan membawa pulang sebuah sijil Penyertaan. Haaa boleh menunjuk kat jiran sebelah rumah nanti yang korang dah pun menyertai Pertandingan ini. Tak pun boleh tampal dekat cermin kereta kalian,baru la bangga dengan semua orang yang anda sudah mengukir nama di Pertandingan Ukiran Buah di Pameran Pengantin Malaysia 2013.



Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa buat apa termenung di tepi jendela lagi cepat la daftarkan nama anda sementara stok masih ada, dan kami juga menjemput orang ramai hadir untuk memberi sokongan kepada jiran-jiran anda yang menyertai pertandingan ini yang akan berlangsung pada 30 Mac 2013 yang bersamaan pada hari Sabtu.



Ni ha poster sekali dengan syarat-syarat Pertandingan Ukiran Buah..Masuk je..Menang kalah lain cerite.ehehe

Yang Menulis ikhlas dari hati ke hati,




2 comments :

  1. cik cekodok dah menghilang?? padan la senyap je blog ni...huhu..btw, best contest ni...tp xde bakat mngukir..huahuahua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Cekodok sedang menangani isu negara tetapi dia tetap akan kembali suatu hari nanti.
      masuk je contest tu bakatkan boleh dipupuk :)

      Delete