Thursday, June 5, 2014

Dah Umum Pemenang Dah????





Assalamualaikum uoolllsssss!!!!!

Pelik x kenapa admin post poster ni?  Yela..poster ni kan poster bagi blog contest event kami di Wangsa Walk dulu...Tajaan Ari Wedding Couture kan!!!

Pihak kami memohon maaf atas kelewatan dan kecuaian yang dilakukan....
*eceh macam rayeeeee je..tau la raya nk dekat, tp puasa pun blm habis ganti lagi...*-*

Namun yang demikian, 
*eh dh mcm ayat cikgu BM pulak*

pihak kami telah pun mengumumkan pemenang melalui inbox nya......
*dalam syarat-syarat pun dah inform*

---->> (Pemenang akan diumumkan melalui inbox mereka.  Keputusan penganjur adalah muktamad).

---------------------------------------------------------------------------

Dengan ini ,
Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan padu, kental, padat anda untuk sama-sama menjoin *erk ;p blog contest tersebut.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG!!!!!

*Dengar cerita dia baru kahwin...hihi.....

TAHNIAH UNTUK MEREKA!!!!
*Semoga dimurahkan rezeki, 
*Semoga dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah,
*Semoga bahagia selalu,
*Semoga sentiasa dibawah lindunganNya,
*Semoga jadi isteri yang solehah.
*Semoga....
*Semoga...
*Semoga...
eittt barapa banyakk daaaaaa
Yang baik-baik sahaja dari kami okayyyyy!!!!



Wednesday, June 4, 2014

JAWATAN KOSONG : SALES EXECUTIVE !!!!!

Assalamualaikum........

Puasa ke harini? hihi...*puasa ganti  yang sepatutnya dah ganti (macam admin)* kiki

----------------------------------krik..krik...krik-----------------------------


Okay straight to the point...

Ada tak sesiapa kat sini yang adik, kakak, abang, makcik, pakcik, sedara, mak sedara, yang tengah cari kerja??? Kami kt Urban Vibe Event nak menambahkan ahlilnujummmmm .... eh eh...tak la... *kami kat sini nak menambahkan ahli committee di syarikat kami ni....Hopefully la dorang berminat....

Lagi bagus kalau korang yang terpilih kan.....

Jom refer kejap apa position & juga detail qualification *eh kejap melayu kejap omputih* ok la tuhhh kan...
Ok meh tengok sini ----------->

JAWATAN:  

SALES EXECUTIVE

KELAYAKAN:   

  • Mempunyai minat yang mendalam dalam jawatan yang ditawarkan
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi (Bahasa Inggeris / Bahasa Melayu)
  • Mempunyai tahap motivasi diri yang tinggi
  • Mempunyai kenderaan sendiri


Sekiranya berminat dengan sungguh-sungguh, korang boleh EMAIL RESUME kepada:

hr@urbanvibe.com.my

atau call terus kepada:

Pn. Ilyana : 012-683 5590 / Pn. Nadia :  012-344 5672

*cantik kan poster ni? hihi...tq Cik Mawar atas design hebat ini :)


SEMOGA ANDA YANG KAMI CARI!!!!!! TQ. ^^


Monday, June 2, 2014

Program Seminar Mempertahankan Hadith Nabi S.A.W.

Assalamualaikum semua.....^^..

ada orang tak ni.hehe..ehem ehem.admin rindu la dekat korang semua.sihat ke korang hari ni?hehe.lama rasanya tangan ni tak menaip.aduuuhai.hehe.


Hari ni hari isnin..hurm hurm..siapa suka hari isnin angkat tangan!! siapa tak suka hari isnin??


mesti ada rasa 'Monday Blues' kan??





 haaa...takmo takmo..kita tak boleh ada perasaan negatif tauuu...

cer tengok ni cer tengok


haa..so..kengkawan semua..tak elok tau permulaan hari lagi, kita dah tak suka,takde motivasi diri..negative thinking..kalau mcm tu mcm mana kita nak face hari yg seterusnya..ye dak??

hehe..so..come onnn..let's rock our Monday!!..yeayyyy


ok..habis mukadimah..(^,^).hee.

Actually admin nak cerita sikit....haaaa meh sini semua kak kiah mak pah mak bedah kak peah semua..akak mawar nak story morry sikit nehhhh..

pasal apa???

haa..kak nak cerita pasal event kita yang dah lepas hari tu la..meh nak cerita kat kengkawan semua..hari tu, 5 Mei 2014, kami telah bersama-sama membantu Maahad Tahfiz Darul Masri, dalam menganjurkan satu program yang diberi nama,

'Seminar Mempertahankan Hadith Nabi S.A.W'

bertempat di Masjid Negeri Shah Alam.






Seronok sangat tau..kami dapat macam-macam pengalaman..(^_^)..
pengalaman yang sangat berharga pada kami.

Program bermula dari hari Sabtu iaitu persiapan kami lah untuk program yang berlangsung Ahad nya itu..dan hari Ahad tu, seawal 8.00 pagi kami semua dah bersiap-siap di masjid.

Kami bersama-sama dengan sukarelawan-sukarelawan dari maahad-maahad dan pusat tahfiz di sekitar Selangor telah berkumpul dan diberi tugasan masing-masing..

Subhanallah....

berada di antara mereka membuatkan kami berasa kerdil. Malu pula rasanya di kelilingi oleh mereka yang tentunya banyak ilmunya dari kami ni..)-:

Ok meh akak nak cerita aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang hari itu.

Majlis bermula dengan pertandingan Qasidah pada jam 2 petang ..(',)  dan ketibaan para jemputan yang bertugas sebagai juri untuk pertandingan Qasidah tersebut..

ha...sebelum tu..meh nak tunjuk sikit..



Inilah dia Ustaz Syeikh Abdul Razak Al-Masri..Pengasas Maahad Tahfiz Darul Masri. Dan juga selaku penganjur program seminar ini.



Dan yang ini pulak.Juri untuk pertandingan Qasidah kita.
Datang dari jauh tau..Dari Yaman.


Dan Pertandingan Qasidah ini diakhiri dengan sedikit penyampaian tazkirah dan seterusnya penyampaian sijil dan cenderahati.


Pemenang pula diumumkan sewaktu malam kemuncaknya selepas habis program di sebelah malam pula..hehe ^^

Ok beralih pula ke aktiviti di sebelah petang..

Agenda pada waktu petang iaitu dalam jam 5.40 petang selepas Asar adalah Tausiah Pengenalan oleh Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al-Hamid dan diterjemah oleh Habib Najmuddin Bin Usman Al-Khered.

Dan seterusnya Forum bertajuk 'Pengorbanan Ulama' Dalam Mempertahankan Hadith Nabi Sebagai Sumber Rujukan Umat'.



Antara panel jemputan adalah :
i ) Ustaz Azahar Hashim Al-Hadrami
ii) Ustaz Aswad Al-Kubra
iii) Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali
iv) Moderator : Dr. Zulkarnain Bin Kedah


Dan seterusnya,

haa....agenda pada sebelah malam pula..(^^)

Pada sebelah malam pula, majlis bermula pada jam 9 malam selepas solat Isya'. Bermula dengan Tausiyah Pengenalan Ustaz Mohd Fadzil B. Ismail.

Dan kemudian bermulalah Forum yang bertajuk, 'Keuntungan Mengamalkan Hadith Nabi Dan Bahaya Meninggalkannya'



Dan akhir sekali...

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah pemenang Pertandingan Qasidah yang berlangsung pada siang hari nya.

Pertandingan Qasidah tersebut telah dimenangi oleh
Maahad Tahfiz Darul Hufaz


Alhamdulillah..ramai yang hadir memberi sokongan dan mengikuti program kami ini..

Masjlis bersurai dalam jam 11 malam..Kami di Urban Vibe Event berasa sangat bertuah kerana dapat menimba pengalaman dalam membantu menganjurkan program sebegini..Banyak pengalaman baru yang kami perolehi bukan sahaja dari segi luaran malahan dalamam,rohani kami.

Berada di majlis ilmu yang dipenuhi dengan Ulama' - Ulama' dari dalam negara dan luar negara membuatkan kami semua lebih mengingati dan dekat dengan Allah Yang Maha Esa.

Semoga apa yang kami lakukan mendapat barakah dan dirahmati oleh Allah..dan yang paling kami harapkan, semoga boleh menjadi bekalan kami sewaktu di Akhirat nanti..Amin...

Andai ada waktu, tenaga, kelapangan ingin sekali lagi kami menganjurkan program bermanfaat seperti ini..Semoga Allah mudahkan dan memberi petunjuk kepada kami..


Ok lah....rasanya sampai sini sahaja lah kot cerita akk nehhh
Heheheh panjang berjela ceritanya ye dak?? haha.



Sampai ketemu lagi ya ibuk-ibuk..bapak-bapak..kengkawan semua..
Jumpa di next event kami!!

Aidilfitri Extravaganza 2014
Ikano Power Centre
14-20 Julai 2014





* Event Aidilfitri Extravaganza akan diupdate tidak lama lagi..tunggggguuuuuu..hehe


Sincerely,










Wednesday, April 2, 2014

Pameran Pengantin Malaysia dah kali ke-40?? fuyyyoooo ada hadiah best lahhhh!!!!

Assalamualaikum......*knock *knock *knock!!! *ketuk pintu hati...cewahahhhhhh

Weekend ni apa perancangan korang? Meh la kita ke SACC....kan ada Pameran Pengantin Malaysia...
Kali ni edisi ke-40 tau!!! Alhamdulillah.....Banyak gile aktiviti yang menarik...haaaa meh bace kejap antara sebab KENAPA KORANG KENA DATANG PPM DI SACC KALI NI.....huhu




Haaaa ni diaaaa.........................!!!

Wahai Bride To Be (B2B) Sekalian, Antara Sebab Kenapa Korang Wajib Datang ke Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event di Shah Alam Convention Centre (SACC) Official nanti pada 4-6 April 2014 ni!!!

1. Sebab...korang akan dapat voucher Honeymoon Package bernilai lebih RM500 tajaan Shahmie Travel & Tours; make sure korang register dlu di mana-mana kaunter urusetia okay!!

2. Bukan tu je...korang jugak akan dapat voucher bernilai RM100 dari Astana Era Mewah - Dewan Pengantin untuk booking dewan korang buat majlis kahwin kat sana nanti..

3. Nak tempah kad kahwin? Sticktoyou.com akan bagi anda voucher untuk anda yang penting, register dulu di kaunter urusetia kami.

4. Selain tu, korang juga akan dapat Kuih Bahulu tajaan Aisyhana' Cookies & Food Industries. Kuih Bahulu mereka yang sgt popular dan sesuaiiiii sangat utk dijadikan doorgift buat tetamu korang masa majlis perkahwinan korang nanti. Confirm dapat! Make sure datang awal sebab....kuih bahulu mereka laris...dan cepat habis..ngeh ngeh ngeh....

5. Nak lagi? Mad About Cake pun ado...dtg kaunter organizer, dan dapatkan cup cake mereka yang sedap tu..sape xnak kan? Mad About Cake (MAC) kowtt....fofuler tuuu..

6. Sebab..... Glow & Glamour akan bagi korang voucher eye mask & hand spa bernilai lebih rm100....syok tu..ambil voucher tu di kauner urusetia tau..korang yang nk kawin wajib ambil voucher ni...bia lembuutt jek tangan tu nanti...hihi

7. okay, pastikan korang dapat gift yang disediakan oleh Shajaratul Design. Confirm ada gift yang comel2 dan menarik.



8. SEBAB...Selain dari gift-gift tu semua yang memang confirm korang akan dapat, korang kena datang SACC kali ni sebab.....ada PERTANDINGAN PASANGAN CERIA BERSAMA VENDOR PILIHAN!!!!.
Hadiah ape? WANG TUNAI....xnk? Rugiiiii woooooo



9. sebab...kita ada PERTANDINGAN GUBAHAN SANTAI menggunakan Towel..korang boleh join on the spot...rilex2 je...join jgn xjoin okay!!



10. sebab..of course la korang kena datang SACC kali ni sebab ada PERARAKAN PENGANTIN....Baju pengantin tu ditaja oleh Jemari Kreatif Design Page Jemari Kreatif..

11. sebab...ada selawat perarakan yang diketuai oleh saudara Munif Hijjaz. Di

a pun akan buat persembahan secara solo tau!! boleh mintak otograp!! hihi

12. sebab...ada persembahan Qasidah!!! dari Institut Maahad Tahfiz Al-Azim. WAJIB tengok ye...sambil2 cari pakej tu, boleh sambil2 berselawat....tenang sikit hati....^^

13. sebab...ada slot DIY: Ukiran Buah, DIY: Hantaran, DIY: Bunga Tangan...boleh nanti buat sendiri utk wedding korang...dahhh jimat...ye dok??

14. Paling gempak!!! kenapa korang kena datang PPM di SACC kali ni sebab....ada 3 Ustaz...bukan 3 Ustazah ye...hihi...kali ni, PPM akan menampilkan Kami Peminat Ustaz Ebit Lew (Ustaz Ebit Lew), IMAM MUDA Asyraf, dan Ustaz Hafiz - Pencetus Ummah..Topik hangat yang akan dibincangkan adalah "SETIAKU HANYA SATU". Walaweehhh confirm! banyak ilmu yang korang dapat tau!!



15. Lasssssttttt sekali...antara sebab kenapa korang kena datang PPM di SACC kali ni adalahhhhhhhhh..............korang kan nk kawin, kena datang, WAJIB cari pakej kat sini...semuanya ada....In Shaa Allah kami membantu anda utk memudahkan urusan preparation anda sebelum kahwin. soooo, datang jgn xdtg!!!


Selain tu jugak, korang boleh join like, share & win dekat fanpage PPM kami..siapa menang, hadiah best tau!!!


Apa lagi? Korang jugak boleh join purchase & win semasa di PPM nanti...lebih kurang cabutan bertuah la...siapa booking dengan minimum RM100, korang akan dapat 1 nombor cabutan bertuah....sama jugak kalau korang buat booking dengan minimum RM500 sekali pun, korang akan dapat 5 nombor cabutan bertuah...makin banyak korang buat booking payment, makin banyak la peluang korang untuk menang cabutan bertuah tu....haaaaa pehey dok? hihi...

Jom ramai-ramai datang ke PPM kali ni kerana pastinya banyak hadiah menarik yang korang boleh dapat....

Ingat!!!!

Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event
4-6 April 2014
Shah Alam Convention Centre, SACC
MASUK PERCUMA!!!!!!
Jumpa di SANAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!








Monday, February 24, 2014

ALAMAK!!! BLOG CONTEST "SEGALANYA MUNGKIN" DAH HABIS LAHHHHHH!!!! ^_*

Assalamualaikum.....*mak cakap wajib jawab tau!*

^^BLOG CONTEST DAH HABIS^^


Sebenarnya firsstt skali, admin nk ucapkan berrrbanyak terima kasih / riiiibbuuuaann terima kasih *kalau boleh nk letak thousands* kat uollss yg tak henti2 support blog contest yang kitorang anjurkan.  *yelahh sape xnk hadiah dari Ari Wedding kot*

Alhamdulillah banyak penyertaan yang kami dapat. TERIMA KASIH.  Sampai tarikh tutup dah lepas pun masih ada lagi yg join. tp yg tu, oopsss admin mintak mahap banyak2 la sebab dh xmenepati syarat. Walaubagaimanapun, penulisan korang, tetap admin publish okay! ^^

Admin ada nampak salah seorang contestant contest ni haritu dekat event Wangsa Walk Mall.  Tq sebab tegur admin yang tengah bz time tu....^^ *nasib baik admin tgh cun time tu hakhakhak....sorry terperasan sikit. sape lagi nk puji diri sendiri kalau bukan admin sendiri...ahhahaha DUSHHHH!!!! *

Hookayh....sila bagi admin dan keseluruhan pengurusan kami masa utk men-judge korang punya penulisan blog sehingga diberitahu kelak...*kena la tunggu kan ^^*

Sehingga bertemu kelak...hahaha...cewaahhhh ayat puitis sangat!

Love,
#adminfs


Sunday, February 16, 2014

“SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST”- (Semuanya disini!!!) (Tugasan Ketiga)

Tugasan ke Ketiga!!

Ingat lagi tak syarat-syarat tugasannya??

Haaa cepat follow syarat ni sekarang !!

Peserta yang hanya melakukan tugasan 1 dan 2 boleh menyertai pertandingan seterusnya.
Penyertaan bermula pada 14 Februari 2014 dan tamat pada 20 Februari 2014 pada jam 4:00 petang.

Entri anda hendaklah tidak kurang dari 300 patah perkataan menceritakan tentang riview post-event kami di Pameran Pengantin Malaysia Wangsa Walk.  Anda boleh mendapatkan gambar-gambar yang kami update dari masa ke semasa ketika pameran berlangsung di fanpage Pameran Pengantin Malaysia.

Tetapi, extra markah akan diberikan sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan anda berada di pameran kami.  Sekiranya anda ingin mengambil gambar ketika di pameran kami, anda haruslah berperwatakan sopan.  Ingat ya...sopan tau!! J

(Tinggalkan komen di entry ini setelah anda membuat post tersebut)

====SELAMAT MENCUBA!!!!==================

Wednesday, February 5, 2014

“SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST” - (Ari Wedding Couture, You’re My Wedding Inspiration!!) (Tugasan Kedua!!)


Tugasan Kedua!!!!! Alert ye semua!!!!

Tajuk post: “SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST” - (Ari Wedding Couture, You’re My Wedding Inspiration!!)

Ingat lagi tak syarat-syaratnya semua??? **garu kepala buat-buat lupa

Nahhhhh!!!! Hamek syarat ni:

1. Peserta yang hanya melakukan tugasan 1 (satu) boleh menyertai  pertandingan seterusnya.
2. Penyertaan bermula pada 1 Februari 2014 sehingga 13 Februari 2014.
3. Entry hendaklah tidak kurang dari 400 patah perkataan yang menceritakan tentang penaja utama bagi contest ini iaitu ARI WEDDING COUTURE.
4. Jangan lupa inbox kami gambar tugasan kedua anda di fanpage kami okay!!!
5. Make sure letak link post tugasan kedua anda di ruangan komen post ini.


====SELAMAT MENCUBA!!!!==================