Thursday, September 23, 2010

Pertandingan Gubahan Bunga Tangan, Gubahan Hantaran dan Andaman Pengantin

Assalamualaikum & Hai kepada bloggers semua,

Pada PPM (Pameran Pengantin Malaysia ) @ KLCC akan datang, kami turut menganjur beberapa pertandingan yang berkaitan dengan raja sehari. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan-pertandingan tersebut, di entri ini akan saya sertakan info mengenainya.

08/10/2010, Jumaat (8.00 malam)
PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA TANGAN PENGANTIN

Syarat-syaratnya adalah :
Bunga utama bagi gubahan ini akan disediakan oleh pihak penganjur. Contohnya, pihak Urban Vibe akan menyediakan bunga Ros. Bagi hiasan tambahan seperti bunga tambahan (baby breath, peacock atau lain-lain) di galakkan peserta membawanya sendiri, termasuklah riben, aksesori yang mengikut kreativiti peserta.
 


09/10/2010 , Sabtu (11.30 pagi)

PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN

Syarat-syaratnya adalah :
Tema gubahan adalah 'Garden Wedding'.  Bahan utama yang disediakan oleh pihak Urban Vibe adalah coklat. Bagi hiasan tambahan seperti dulang, riben, bunga, kristal dan lain-lain di galakkan peserta pertandingan membawanya sendiri, mengikut kreativiti dan tema.


10/10/2010 , Ahad (2.00 petang)

PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN

 Syarat-syaratnya adalah :

Tema andaman adalah 'Muslimah Moden'. Peralatan mekap , model dan baju di kehendaki di bawa sendiri oleh peserta. Model di galakkan siap memakai baju sebelum pertandingan bagi menjimatkan masa kerana bilik persalinan adalah terhad.

Untuk details mengenai syarat-syarat dan borang pertandingan, sila klik banner di bawah untuk imej yang lebih jelas.

Klik imej untuk imej yang lebih jelas



Ada apa-apa pertanyaan? Sila hubungi 012-3282.944 atau email ke pameranpengantin@yahoo.com.my. Jumpa KL Convention Centre nanti!





No comments :

Post a Comment