Wednesday, December 19, 2012

Perhatian followers dan vendors


Assalamualaikum an salam sejahtera *senyum*

dear followers and vendors,

Pejam celik, pejam celik, tahun depan (2013) genaplah usia Urban Vibe Event 8 tahun. Phew.. Alhamdulillah.. Walaupun 8 tahun merupakan tempoh yang agak lama, pihak Urban Vibe Event dan Pameran Pengantin Malaysia khasnya masih lagi dalam proses pembelajaran dalam usaha untuk mencapai visi dan misi kami untuk menjadi penganjur pameran yang dipercayai. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua vendor-vendor yang sentiasa memberikan sokongan padu dan kepercayaan kepada Urban Vibe Event dan Pameran Pengantin Malaysia khasnya, tidak lupa juga kepada pengunjung-pengunjung dan bakal-bakal mempelai yang sudi mengunjungi Pameran Pengantin Malaysia. Diharapkan dengan kehadiran Pameran Pengantin Malaysia di dalam indsutri perkahwinan di Malaysia ini dapat sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada anda semua. Tanpa anda siapalah kami :)

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada para staff dan pihak pengurusan Urban Vibe Event yang menggembeleng tenaga dalam meningkatkan usaha mereka dalam mencapai kejayaan sehingga ke tahap ini. Memandangkan kami berpengalaman dalam ‘Event Organizing’ seperti Pameran Pengantin Malaysia, kami ingin menyeru semua pihak yang berhasrat untuk menjadi vendor di Pameran Pengantin Malaysia supaya memberi kepercayaan yang padu tanpa sebarang ragu untuk ‘join’ kami kerana sememangnya kami pakar dalam menyusun booth-booth di tempat yang strategik. Selain itu kami juga ingin memberi peluang kepada vendor-vendor yang baru memulakan perniagaan secara kecil-kecilan atau yang sudah lama bertapak untuk melebarkan sayap mereka di dalam bidang masing-masing.

Seterusnya, kami juga mengadakan sessi perkongsian ilmu serta tips-tips berguna kepada para vendor agar sedikit sebanyak dapat membantu mereka meningkatkan mutu perniagaan masing-masing. Kami juga menerima komen-komen para vendor sebaik sahaja selesai event supaya kami dapat menambah baik kualiti perkhidmatan kami untuk manfaat bersama.

Pada tahun hadapan, Pameran Pengantin Malaysia di Ampang Point Shopping Centre yang bermula dari 4 hingga 6 Januari 2013 merupakan Pameran Pengantin Malaysia edisi yang ke-30. Alhamdulillah.. Sudah 30 edisi Pameran Pengantin Malaysia yang telah kami anjurkan. Kami juga berpegang kepada kata-kata kami iaitu TANPA AGENDA YANG TERSEMBUNYI. Kami ikhlas di dalam pekerjaan kami dan tidak hairanlah jika nama Urban Vibe Event agak dikenali dalam kalangan para vendor-vendor yang dihormati.

Akhir sekali, untuk setiap pengunjung, kami sentiasa memastikan bahawa vendor-vendor yang menyertai Pameran Pengantin Malaysia ini merupakan vendor-vendor yang berkualiti serta diiktiraf sesuai dengan produk-produk dan servis-servis yang mereka tawarkan kepada setiap pengunjung-pengunjung yang mengunjungi Pameran Pengantin Malaysia. Rebutlah peluang promosi yang ditawarkan oleh setiap vendor-vendor Pameran Pengantin Malaysia. Buatlah pilihan yang bijak dengan menilai segala aspek-aspek keperluan atau kehendak. Rancanglah dan uruskan segala persiapan perkahwinan seawal yang mungkin dan setiasalah berlapang dada dan bersangka baik.. InsyaAllah.. Allah akan memudahkan segala perancangan anda.. Jika terdapat sebarang kesukaran di pameran-pameran anjuran Urban Vibe Event atau sebarang komen-komen yang boleh meningkatkan mutu penganjuran kami, silalah jangan segan-silu untuk berhubung dengan kami di facebook kami (www.facebook.com/pameranpengantin) atau melalui email kami info@urbanvibe.com.my

Sekali lagi, JUTAAN TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada anda semua dan insyaAllah, kita jumpa di tahun 2013 di Pameran Pengantin Malaysia 2013 di Ampang Point Shopping Centre yang bermula dari 4 hingga 6 Januari 2013 jam 10pg hingga 10mlm, masuk adalah PERCUMA!!


No comments :

Post a Comment