Thursday, March 17, 2011

:: Who is Really Behind PPM ::

Assalam semua. 

Sihat2 ker. PPM crew sumer masih bertahan, walau ada yang kuar masuk hospital, kuar masuk klinik, yang makan sebeban ubat tiap2 hari, yang accident masa tgh kerja dan macam2 lagi , kami semua masih di sini masih bertahan dan kental Inshaallah terhadap semua dugaan yang mendatang ecececeh...

As mention earlier dlm entry sebelum ni by "Pn Nadia H", kami semua amatlah busy... tak menang tangan... lepas settle satu event terus sibuk kan diri dengan next event plak... Sampaikan blog bersawang tahap gaban sorang pun takde nak tebas... tapi jangan risau mulai hari ni kita akan cuba sentiasa menghapdet blog, blog selepas ini akan dihapdet oleh semua crew secara bergilir2... for a start kita akan kenalkan semua crew behind PPM supaya korang semua aware sape lah kiranya gerangan yang update entry tu kan.  Besides kita pun nak "rebranding" our team supaya takde plak mamat atau minah perasan mana tetiba mengaku mereka adalah crew PPM by Urban Vibe Event plak kan hehehehe (ini btol2 jadi tau!!)... Utk pengetahuan sumer team PPM ni tak ramai pun, org tu2 jer... cumer bila ada big2 event baru lah kita hire sorang dua staff part time. Part timer tu pun org yang kita kenali n dah biasa dgn team kita, lagi lah memudahkan kerja kan! :P.

Secara jujurnya, kita sangat bangga dgn team kita sekarang. Ramai yang datang dan pergi, tapi org2 ni tetap ada disini... We are proud of who we are. Of course kita semua selalu berbeza pendapat & idea tapi bak kata pepatah "sedangkan lidah lagi tergigit...." :P. Kami sentiasa berkongsi idea, dan sama2 memerah idea untuk memperbaiki event kami dari masa ke semasa... So lets check out! who is really behind PPM by Urban Vibe Event!



Management Site

Drama Queen; The name itself explained everything, should I say more hehehe ni adalah queen of our heart (bodek sikit ni :P) -“Nadia H” or now will be officially known as “Drama queen”

Makcik Kantin; Tak taulah naper kejam sangat Si comel ni dinamakan sebegitu rupa; ni mungkin sebab  bermulut becok n suka membebel macam makcik kantin sekolah rendah... Tapi camner tak membebel kalau cawan tu siap dah ada kulat berbulan tak basuh.. stress tau tak! Dah lah tu, order makan pandai kan.. bila time bayor sumer pun larik!!!

Creative Site
encik RawkStar; Ni kita nyer inhouse designer a.k.a Ketua designer. Nampak cam relaks je kan , tapi jangan sesekali korang berani kemas meje dia, lepas tu korang tau lah Rawk tak RawkStar nyer dia... 

Marketing Site
Beruang Putih; Gambar tu dah explain kenapa hahahaha (jgn marah bro!), he is our tulang belakang on marketing site... org pertama yang akan dibambu sekiranya ada yang tak kene... dan beliau selalu menghabiskan masa di gym utk membina 6pack... Impress tak? hihihi

Official Maskot; kalau sumer nak tau beliau ni berbakat besar, selain telah dicop sebagai "maskot urban" beliau juga telah menjadi salah satu talent utk our commercial ad Hotfm utk event feb lalu... see how talented he is..

Artis Terlampau; yang melampau... dia anggota kumpulan sebuah kugiran yang tak berapa nak popular, walau bagaimanapun beliau amat dikenali difacebook dan pernah beberapa kali ditawarkan kontrak rakaman tapi beliau terpaksa menolak demi komitmen beliau terhadap Urban Vibe Event sob! sob!

Account Site
Pengurup Wang Berlesen; Sekiranya anda terserempak dengan gadis cantik molek ni jangan lah pulak nak larik... hehehe beliau amat bersopan santun dalam menjalankan kerja... dengan tagline "saya bukannya along, saya cume nak payment" beliau semakin dikenali dikalangan vendor2 kami... :P


Urban Vibe Event

  1.  Kami adalah Peneraju Utama dalam Penganjuran Pameran Pengantin di Malaysia yang dikenali sebagai "Pameran Pengantin Malaysia"
  2. Kami tidak pernah berkerjasama dengan mana-mana badan kerajaan bagi setiap pameran yang kami anjurkan (Inshaallah jika diberikan peluang kami akan menerima dengan hati yang terbuka)
  3. Kami tidak pernah berkerjasama dengan mana-mana syarikat lain dalam menganjurkan mana-mana pameran anjuran syarikat kami
  4. Kami juga menganjurkan beberapa pameran lain seperti, "Property & Home", "Beauty & Health", "Toys & Hobby", "Merdeka Fair", "Ramadhan Fair", "Consumer Fair" dan akan kembali aktif pada tahun 2011 ini
  5. Kami menjalankan perniagaan atas dasar minat dan tidak menganggap ia sebagai satu trend/fesyen
  6. Kami amat menghormati pesaing2 kami, dan amat terbuka kepada persaingan yang Sihat bagi memantapkan industri ini, walau bagaimanapun kami tidak akan melayan atau menunjukkan rasa hormat kami kepada pesaingan yang tidak sihat.
  7. Kami sentiasa menerapkan nilai2 murni kepada kakitangan kami, dan sekiranya kami mendapat maklum balas ada kakitangan kami yang tidak beretika, tindakan akan diambil terhadap mereka.
  8. Kami sentiasa ingin memperbaiki kelamahan setiap event yang kami anjurkan, dan amat terbuka kepada semua kritikan yang membina.
  9. Walaubagaimanapun sekiranya ada kritikan yang tidak berasas atau penyebaran maklumat yang tidak tepat kami tidak akan teragak2 untuk mengambil tindakan undang2.
  10. Kami akan menjadi kreatif dan mempelbagaikan lagi aktiviti & gimik di event2 kami yang akan datang (Janji kami)
cukuplah kot utk hari ni kita sambung lagi esok ek :P

Makcik Kantin
PPM Crew
UVE

9 comments :

  1. hehe,,, hye kak nadia !! lawak tau mak cik kantin.hehe....tak sbr nk ke PPM lagi!

    ReplyDelete
  2. wah!dh leh kenal PPM nyer member!:)

    hari 2 dba contact lisa..lisa yang mana eyh?huhu~

    ReplyDelete
  3. hehehehe bila baca dah boleh agak kak yana tulis boleh bayangkan kak yana bercakap ni hehehe go go PPM

    ReplyDelete
  4. Makcik Kantin, nak mee goreng 1! ehehe

    Kami disini doakan korang crew@team urbanvibe semoga berjaya hendaknya. Mmg support korang punya event dr dulu sampai sekarang. Cuma sekarang ni kami telah fokus kepada produk coklat untuk konsumer. Baru-baru ni telah dpt kebenaran dr Les'Copaque Production Sdn Bhd untuk hasilkan produk Coklat Upin & Ipin. Moga PPM akan pergi lebih jauh lagi.

    - Abg Azam & Kak Amy
    Grandeur Chocolate
    Marvelcakes Online Bakery

    ReplyDelete
  5. miss puteri: yang update tu "makcik kantin" tau, tapi kak Nadia tu "drama queen" hehehe

    lovelyadibah; lisa tu yang "pengurup wang berlesen tuh" comel kan dia hahaha

    anaztasias; hehehe Nora siap bole bayangkan hehehe. thanks yer sebab selalu support kita

    coklat.my; abg azam & kak amy tahniah atas perkembangan bisnes skrg. Terima kasih sebab selalu support PPM. Nak mee goreng satu datang lah office.

    ReplyDelete
  6. Slm emmm leh sy tau syarat-syarat peryertaan jika ingin menyertai pertandingan pengantin tersebut...

    ReplyDelete
  7. go UV Event...!.. ttp menyokong dari blkg..!.

    hihi..

    best dpt jmpe face to face dgn kak yana n kak nadia last week... interview utk asgment...hihi..

    thanks a lot..!..

    ReplyDelete
  8. kak yana....xde ke entry utk hari ni..... ala...rindu la nk taw updated xtvt UV Event...hehehe......

    ReplyDelete