Friday, February 22, 2013

Do It Yourself

Assalamualaikum, eveghybody!*baca dengan kepelatan 'R'. Nada mesti comel tahu!

Dalam menongkah arus pemodenan yang pesat dan membangun, masih ramai lagi pengantin yang suka konsep DIY. Ini semua berkait rapat dengan taste pengantin itu sendiri dan entah mengapa, pendahuluan
post ini sangat skema sampaikan saya terasa seperti cikgu BM saya yang akan check karangan ini. 

:O

Okay, sekarang ni, B2B memang in trend dengan Konsep DIY.  Sejujurnya, saya pun suka konsep tu sebab ianya comel dan sangat mendatangan kepuasan yknow. The moment kita memintal sendiri reben-reben yang warnanya mengikut pilhan hati kita, sambil berangan-rangan lepas tu tak jadi nak berangan sebab baru tersedar yang kita masih ada 1000 pieces undangan kad kahwin yang belum dipintal rebennya. Sobs.

Sejujurya juga, saya suka DIY tapi saya bukan wanita elegan yang penyabar dan jari jemari ku ini bukanlah jejari emas yang mampu membuat kraftangan sendiri. Sobs sekali lagi. Hakikatnya, cik cekodok pemalas orangnya. Hoho. Kan sonang cerito. Tak payah ayat nak berbunga-bunga siap mengaku diri ini elegan. Motif?!

Berbalik-balik kepada topik yang penting ni, DIY. Baiklah. DIY untuk majlis perkahwian memang dapat save budget, dapat kepuasan kepada diri sendiri. Oleh ituwwww, kita perlukan sifat ketelitian yang sangat tajam. Kita kena survey harga bahan-bahan dan tools yang comel lagi murah. "Dimana nak cari barang yang comel lagi murah, wahai cik cekodok?" Jangan khuatir, awak cuma perlu banyak berjalan dan banyak mencuci mata. Jauh perjalanan, luas pengetahuan tentang shopping. (Haih, kedengaran seperti saya sedang menghasut kalian untuk bershopping. Hew)

Ada sesetengah b2b yang rajin, dorang akan guna konsep DIY hampir secara menyeluruh dalam majlis perkahwinan dorang Contohnya, photobooth, candy buffet, centerpiece, hand bouquet, dan macam-macam lagi. Jimat sangat-sangat dan mereka patut diberi Gred A++ kerana rajin dan cekal dan tabah dan sabar. Ini semua sebab minat mereka yang mendalam terhadap seni DIY dan i is kagum uolsss. Apa yang penting masa buat barang-barang DIY ni, korang seharusnya banyak buat rujukan kat internet, buku-buku dan youtube.

Benda ni bukannya senang okay tapi boleh belajar ken?
Ni cara untuk DIY envelope. Memang la leceh nak buat 1000 keping tapi korang boleh je buat DIY envelope untuk tetamu VIP kan?

Ini pulak DIY untuk buat tempat letak lilin. Haa boleh jadi centerpice jugak ken? Cantik :D

Okay, saya sangat suka dengan pomander ball. Tau kan pomander ball tu apa? 



Ini ialah pomander ball. Korang boleh la search kat google atau youtube untuk hasilkan pomander ball mengikut idaman masing-masing. 


Setakat ini dulu beberapa pendapat saya tentang DIY. Hehe. Nantikan post berkenaan DIY edisi kedua pulak! 

P/s: setakat ni, DIY yang saya reti ialah mensepahkan meja kerja saya secara semulajadi. DIY la tu kan? (malu i tunjuk meja kerja i yang macam baru lepas berlaku ribut taufan di situ)

Truly lagi bajet DIY,
Cik cekodok




















No comments :

Post a Comment