Assalammualaikum & Salam Satu Malaysia buat semua Bakal Pengantin
yang baca yang dihormati disayangi sekalin,
Bertemu lagi bersama saya di hujung minggu ini. Buat masa ini, semua
orang asyik berkempen sana sini. Saya juga ingin berkempen mengenai macam mana
nak kahwin dengan cara yang betul, disini ada la sikit masalah yang ingin saya
berkongsi bersama anda.
Sebelum berkahwin, anda mesti telah mempunyai calon yang sesuai untuk
menjadikan bakal isteri anda, yelakan takkan calon wakil rakyat pulakkan?hehe..jadi
anda mesti tak sabar-sabar untuk berkahwin tetapi masih lagi gusar dan keliru
kerana anda masih lagi di kelilingi hutang dan bebanan sara hidup yang makin
meningkat.
Bakal mertua anda pula sudah seringkali bertanya, "Bila la nak masuk
meminang ni?".. sehinggakan telinga mesti berbulu je asyik mendengar
soalan yang sama diajukan berulang-ulang kali. Kalau ikutkan hati, sekarang
juga anda nak kahwin. Tapi apakan daya.. duit simpanan belum cukup lagi.
Belanja perkahwinan zaman sekarang bukannya murah, duit hantaran sahaja
sudah boleh mencecah hingga RM10,000, belum lagi campur dengan duit belanja
kenduri? barang-barang hantaran? sewa pelamin? upah mak andam? jurgambar? kad
jemputan? bunga telur? cincin kahwin? sewa kanopi? catering?.. argghhh!! pendek
kata, kalau tak ada RM20,000 dalam tangan.. usahlah bermimpi nak kahwin.
Jom kita cekidaut! Berapakah kos anggaran MINIMUM yang
anda perlukan jika ingin mendirikan rumahtangga pada masa kini?
BAJET BELANJA KAHWIN??
- Mas Kahwin RM100
- Barang-barang Hantaran RM600
- Wang Hantaran RM7000
- Cincin Kahwin RM1000
- Belanja Kenduri RM4000
- Sewa Pakej Pelamin & Baju Pengantin RM1,500
- Tempahan Kad Kahwin RM500
- Upah Jurufoto RM800
Pergh!!!!! Mana nak cari duit sebanyak itu? Itu belum campur lagi pakej
honeymoon? sewa rumah serta barang-barang kelengkapan di dalam rumah selepas
berkahwin nanti? MEMANG TERTEKAN!!!...
Jalan mudah?! Buat pinjaman bank!.. Tambah satu lagi hutang.. sekarang
sudah ada..
- Hutang Motorsikal Kawan
- Hutang Kereta Pinjam
- Hutang PTPTN
- Hutang Rumah Sewa
- Hutang Roti Canai Mamak
- Hutang Komputer Riba
- Hutang Koperasi
- Hutang Kad Kredit
- HUTANG KAHWIN?!
Adui bersepah pulak hutang?... kalau begini, jawapnya.. sampai ke tua,
anda bekerja semata-mata hanya untuk membayar hutang sahaja. Terus-terang saya
katakan, membuat pinjaman/hutang memang mudah! Ia boleh
menyelesaikan masalah anda buat sementara waktu! Namun begitu, ia bukanlah
suatu jalan penyelesaian yang bagus. Malahan, ia sebenarnya boleh
membuatkan hidup anda lebih tertekan lagi.
KENAPA??
Pertama, selepas sahaja anda selesai melayari "malam pertama",
fikiran anda akan mula berserabut semula.. jika dulu fikiran anda tertekan "Bagaimana
hendak cari duit kahwin?" , kini masalah baru .."Bagaimana
hendak membayar semua hutang-hutang anda?" pula timbul. Bukankah
ia sesuatu yang amat mengecewakan? Sedangkan..pada waktu-waktu begini, anda
sepatutnya perlu bergembira kerana baru sahaja menempuhi alam baru di dalam
kehidupan anda, iaitu alam rumahtangga.
Kedua, jika sebelum berumahtangga pun anda sudah kurang bijak di dalam
menguruskan kewangan anda, bagaimana keadaannya pula selepas berumahtangga?
Tanggungjawapnya adalah lebih besar.. jika dulu anda hanya perlu memikirkan hal
makan-minum diri anda sahaja, tetapi kini, anda perlu fikirkan pula mengenai
makan minum isteri anda, anak-anak anda, pakaian mereka? perbelanjaan hospital
apabila si isteri mulai mengandung? pendidikan anak-anak? dan sebagainya...
TAKKAN setiap kali tidak cukup duit.. anda mahu membuat PINJAMAN? Ianya amat
bahaya untuk kesejahteraan rumahtangga anda..
Oleh sebab itulah, adalah amat penting
untuk anda menguasai ilmu menguruskan kewangan sewaktu anda masih bujang lagi. Ianya bukan sahaja
akan dapat menyelesaikan masalah tidak cukup duit kahwin, tetapi ia juga
membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih cemerlang selepas
berumahtangga.
Jadi di sini, pada pendapat saya
(terpulanglah pada pendapat masing-masing.ikutlah nak ikut ke tak,taknak ikut
pun takpa, saya takkan tacing *percayalah.heheh) jika anda ingin melayari
bahtera rumah tangga buatlah dengan cara yang paling sederhana, ya saya tahu perkahwinan
ini mungkin hanya berlaku sekali seumur hidup (yang kahwin lagi tu mungkin
merasa la dua tiga kali perkahwinan.hehe) tetapi anda akan menanggung sebuah
keluarga sepanjang hidup anda.
Saya cadangkan bahawa jika anda
ingin mencari pakej perkahwinan yang berbaloi dan murah datanglah ke PAMERAN
PENGANTIN MALAYSIA 2013 di Dewan Utama PICC Putrajaya pada 7-9 Jun ini. Disana
anda akan disajikan dengan pelbagai pakej istimewa barangan perkahwinan. Mungkin pameran ini dapat serba sedikit membantu anda untuk menguruskan perjalanan perkahwinan anda :)
haa kalau nak tahu maklumat dengan lebih lanjut klik di sini facebook
haa kalau nak tahu maklumat dengan lebih lanjut klik di sini facebook
artikel ini telah dirujuk sedikit artikel daripada pelbagai rujukan daripada Encik Google.
yang menulis dengan penuh kecekalan dan kesabaran,
No comments :
Post a Comment