Berdirinya saya disini untuk menyatakan mengenai apa yang kami ingin sampaikan kepada kalian semua. *Da macam wakil rakyat dah.(provokasi pilihan raya.hehe). bukan apa pun, cuma saya ingin menyatakan yang kami akan membuat sedikit pembaharuan iaitu kami akan mengadakan segmen-segmen menarik di facebook/pameranpengantin. Pembikinan segmen-segmen ini adalah untuk kami dapat menyelami hati bakal-bakal pengantin dengan lebih mendalam. Kiranya akan membincang isu semasa, isu panas,isu sejuk,isu suam dan pelbagai lagi.
Segmen-segmen ini akan bertukar mengikut hari setiap minggu. Antaranya segmen luahan hati ke hati,rindu ke rindu yang di sampai oleh Professor Cacu pada setiap malam rabu. *ewaahh so kepada yang mempunyai pelbagai masalah dalaman yang cuba untuk dihuraikan tetapi tidak berjaya, anda boleh kongsikan masalah anda kepada Prof Cacu ini InsyaAllah dia akan cuba membantu. Prof ni pakar bab cintan-cintan ni,tanye je pape mesti dijawab punyalah,cuma jawapan tu taktau la membantu ke tak.hehe, anda hanya cuma perlu e-mailkan masalah anda kepada Prof Cacu kemudian di akan kongsikan di Facebook untuk menyelesaikan bersama tetapi takpayah la risau,semua butiran anda kami akan rahsiakan cuma prof dan Tuhan je yang tahu.Tapi kalau prof gelak baca masalah anda saya berjanji saya akan cubit telinga dia *inilah manifesto saya.muahaha.
ni lah cover photo untuk segmen bersama Professor Cacu |
Sebenarnya banyak lagi segmen yang ada kami akan cerita lagi di lain hari. Cuma kena la rajin-rajin membaca facebook/pameranpengantin baru dapat tahu banyak info gosip-gosip realiti dunia terkini.hehe. Eh jap-jap sebelum saya mengundur diri jangan lupa Urban Vibe Event akan mengadakan ulang tahun ke 8 di Putrajaya! haaaaaa bawak sekampung datang kerana pelbagai aktiviti lagi menarik akan kami sajikan.
Ikhlas yang manaip,
No comments :
Post a Comment