Thursday, June 27, 2013

Tips Bertemu Bakal Mertua..hehe

Assalamualaikum semua!! hehe
Lamanya rasa tak bersua kan.ecewah bersua konon.padahal dalam alam maya je ni.hahah
Korang-korang semua tengah buat apa?tengok telebisyenn ker??tengah makanggg ke??tengah study kerr??ke tengah lepak2 jerr sambil blogwalking?hehe.

Tak kesah la apa pun yang korang tengah buat kan.tapi sy kat sini nak pesan skit..jagalah kesihatan korang ye.tengah musim jerebu ni kan.bahaya tauu..walaupun sekarang bacaan IPU udara kat sekitar kawasan yang agak teruk jerebunya dah berkurang,kita tetap kena alert tau..kalau rasa tak sihat je,,terus pergi klinik,check okay!

Amboi mukadimah bukan main pnjang..hehe.
Tengok tajuk entry kali ni..haaa kemain kannn..


cerita pasal bakal mertua pulak..ecewah
Ha ni nak story mory sikit la ek.tentang tips berjumpa bakal mertua..untuk pertama kali nya..hehe.


Ni setelah mengkaji dari pak cik google,kengkawan dan makcik pakcik yang dak kahwin ye..hehe
Tips ini digalakkan untuk pasangan yang memang betul-betul nak mengikat hubungan ke arah yg lebih serius la ek..bukan hubungan yg semata-mata hubungan cinta.tak nak lebih serius pun tapi ngengade nak bawak jumpa mak ayah la kononnya nak menunjuk..acane tu.ish3..

Ha..moh kita pergi ke tips pertama.

Tips 1 :

Masa
Ha..bila pasangan kita tu bercadang nak bawa berjumpa dengan bakal mertua,sila pastikan rancang betul-betul dulu,cari masa yang betul-betul sesuai untuk berjumpa dengan bakal mertua tu.Make sure mereka telah diberitahu awal so dua-dua belah pihak boleh bersiap sedia kan.Betul tak betul tak? ha..korang boleh get ready, bakal mertua korang punnn boleh get ready.. ha cuba bayangkan kalau tiba-tiba korang tak plan pun kan,tiba-tiba main datang je jumpa dorang, maybe time tu dorang tengah ada problem family ke..tengah tak bersedia ke..or maybe tengah bersiap nak ke tempat lain ke..atau tiba-tiba tak ada kat rumah, ha kan da haru jadinya..kan dah rosak plan jadinya..hehe

Tips 2 :

Sikap/sifat/peribadi
Ehem eham..kalau dah tahu nak pergi jumpa bakal mertua,mestilah pandai ingat kan diri sendiri..jaga tingkah laku..jaga adab..first impression tu penting tahu! hehe..mula-mula jumpa tu jangan la lupa nak salam tangan bakal mak mertua ttu sebagai tanda hormat..hehe jangan la pulak sebab nebess gila sampai lupa benda-benda yang pemting mcm tu..Then tingkah laku kena la jaga ye..cakap elok-elok..bersopan santun berbudi bahasa..tapi jgn la sampai macam kartun kat bawah ni..hahah


ha kalau boleh time datang tu, bawa la buah tangan ke 
hadiah ke kan..mcm ni ha..


sekurang-kurangnya da buat dorang rasa senang dan gembira buat
pertama kalinya jumpa korang..hehe


Tips 3 :

Pakaian/kekemasan diri
Okay yang ni penting sebenarnya tau! Eh korang jangan lah pergi jumpa bakal mertua dengan pakai pakaian yang tak sesuaiii..huhu..segan je tahu?..yang lelaki,janganlah pergi jumpa bakal mertua pakai t-shirt gambar tengkorak mcm pirates carribean tu.ha tak pun, ada tulis mafia besar-besar.hahah.atau pun kat belakang t-shirt ada tulis perkataan-perkataan atau gambar-gambar yang urghhhh langsung tak berkenan bila mata bakal mertua tu tengok..sakit mata aihh..silap-silap terus boleh jadi antara faktor dorang tak suka kat korang tau! ha..beware lah ye..yg perempuan pulak jangan lah pakai pakaian yg ..menjolok MATA..ni untuk yg beragama Islam lah ye..aduhh sedih tau..silap-silap boleh sakit jantung kalau dorang tengok..pakailah pakaian yang menutup aurat..yang sopan..yang sedap mata memandang..sejuuk sikit hati bakal mertua tu tengok.. :)



Tips 4 :

Topik perbincangan
Hehe yang ni agak serious sikit..Yela bila masuk bab topik perbincangan ni mesti korang akan berpikiaq panjang sikit kan.hehe..maklum je la,kita ni orang muda-muda..kadang-kadang kalau jumpa dengan orang-orang tua ni,macam tak tahu nak sembang apa sangat kan..nak-nak pulak kalau korang jenis yang pendiam,kena pulak bakal mertua tu pun sama pendiam..ahh sudahh..suasana pun boleh jadi ...krikk ..krikk..
hahah..tapi biasanya lelaki okay je,dorang boleh sembang banyak benda mcm kereta ke..hal semasa ke..etc..tapi perempuan ha dia mcm susah sikit mula-mula..hehe..so kalau boleh sebelum jumpa tu,tanya la pasangan kita tu,ha apa yang mak atau ayah dorang suka buat..apa yang dorang minat or apa-apa lah yang berkaitan kan..ha jadi bila jumpa nanti boleh la bukak topik pasal benda yang dorang minat tu.ha gerenti dorang suka punya lah! hehe


Tips 5 :

Kemahiran
Haaaa..yang ni biasanya lebih ditujukan buat si perempuan la kann..haih semestinya la dalam dunia majoriti mak mertua mesti nak cari menantu yang kalau boleh tuuu pandai masak..pandai kemas rumah..pandai buat kerja-kerja dapur..pendek kata pandai buat kerja-kerja rumah la..so nanti time korang datang rumah bakal mertua tu,bagi yg perempuan la kan..pergi ikut mak mertua korang ke dapur..pi tolong apa-apa yang patut..tunjukkan diri tiu rajin sikit..heheYang paling penting sekali ada sesetengah mak mertua tu mesti nak tahu,bakal menantu dia tu pandai masak ke tak.hahah!..Ha..kalau bab-bab masak-memasak ni,pendapat sy la kan..perempuan nak tak nak kena jugak tahu masuk dapur, kena jugak tahu masak..walau masak telur sekalipun tak kisah lah janji dia kena tahu memasak....kalau dalam keluarga saya, malu aihhh kalau tak pandai masak..bukan apa,,bila mak mertua kita tu tengok kita pandai masak..pandai buat kerja rumah..haa secara tak langsung,automatik, da tinggalkan kesan positif kat dorang tau..


sekurang-kurangnya dia akan fikir yang insyaAllah korang akan jaga makan minum anak dorang bila dak kahwin nanti.ha tak gituu..heheh

So..nilah antaranya tips-tips yang saya boleh kongsikan buat panduan pasangan-pasangan di luar sanadan juga diri saya sendiri.heheh.

Jumpa lagi di lain masa ya!!



Ikhlas,





Sumber : google















No comments :

Post a Comment