Tuesday, October 29, 2013

Gaya Kemas dan Sopan Pengantin Berhijab! Cantik di Mata, Manis di Pandang


Assalamualaikum, hai readers.!! Selamat Petang semua.. Dah lunch? Alhamdulillah, admin dah makan, hari ni ada team lunch kat office. Bos belanja. Hehe.. Semoga di murah kan rezeki.. Dah kenyang ni banyak pulak idea untuk bercerita. Hari ni admin nak kongsikan tips mengenai busana dan tudung pengantin yang berhijab. Kalau kita tengok sekarang, baaaannyaakk sangat gaya tudung yang moden dan masih mengetengahkan ciri-ciri keislaman seperti yang dituntut agama Islam. Entry kali ni khas untuk bakal pengantin yang berhijab, tak kira lah sewaktu majlis akad nikah atau majlis resepsi.  Banyak gaya tudung yang boleh dikenakan sesuai dengan busana pengantin  untuk gaya yang minimal dan mempesonakan di majlis pernikahan. “Keep it Simple and Sophisticated!” J

Memang tak dinafikan, membuat persiapan untuk menentukan busana yang sesuai untuk majlis perkahwinan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada anda bermula dari busana sehinggalah kepada persiapan lain, pastinya pelbagai perkara yang perlu diselesaikan. Namun, perkara yang paling penting ialah busana pengantin dan bagi anda yang bertudung pastinya anda inginkan gaya tudung yang hebat dan cantik tetapi masih mengekalkan ciri-ciri yang sopan dan menawan. Sebenarnya terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda lihat jika anda inginkan busana sopan bagi mereka yang berhijab.Pasti manis dan anggun semasa hari bersejarah nanti!
TIDAK KETAT DI BAHAGIAN DADA

Penampilan si gadis yang berhijab semestinya menjadi perhatian semua tetamu yang hadir. Mana tak nya, dengan busana pengantin yang mewah dan solekan yang menawan pastinya menambat hati para tetamu yang hadir. Tapiiii.. setiap mata-mata akan memerhatikan anda, jika tesilap gaya sedikit pastinya akan memberikan persepsi yang kurang memuaskan. Pilihan busana untuk mereka yang berhijab haruslah menampakkan kesopanan dan tidak ketat di bahagian dada. Hal ini kerana apabila tudung anda terlalu singkat maka bahagian dada yang ketat akan menyebabkan bahagian tersebut akan terlalu ‘besar’ untuk didedahkan. Oleh itu, pastikan bahagian dada tersebut di litupi dengan tudung yang labuh dan fitting baju yang tidak ketat di bahagian dada si pemakai.

LABUHKAN TUDUNG ANDA
 

Pastikan tudung yang anda bakal gayakan nanti menutupi bahagian dada. Jika ingin menutupi sebahagian daripada bahagian dada anda, pastikan kurangkan perincian di bahagian tersebut. Tidak dinafikan bahawa busana pengantin moden masa kini meletakkan perincian yang mewah dan bergaya pada bahagian dada busana pengantin, tapi tudung yang sedikit labuh menutupi dada lebih sopan dan memikat hati daripada menampakkan perincian mewah yang mendedahkan bahagian dada si cantik pengantin perempuan. Jangan risau, anda boleh melebihkan perincian di bahagian pinggang ataypun lengan untuk memberikan kesan yang lebih ekslusif dan bergaya. Selain itu, anda juga boleh memberikan idea kepada pereka busana pengantin anda untuk meletakkan perincian pada tudung yang bakal dipakai nanti. Simple dan tidak terlalu sarat untuk majlis perkahwinan anda nanti.


GAYA JUBAH MASA KINI YANG MENAWAN

Gaya jubah moden semakin menjadi pilihan di hati bakal pengantin masa kini. Mana tak nya, penggemar jubah yang dijahit dengan sulaman dan perincian labuci yang mewah bakal memberikan sentuhan magis kepada si pemakainya, pasti cantik dan menawan, terutama si pemakai yang mempunyai  susuk tubuh yang tinggi lampai. Pilihan rekaan dress labuh dan jubah adalah yang terbaik buat anda yang inginkan kelainan dan tampil berhijab semasa majlis pernikahan. Hal ini kerana, rekaan dress atau jubah lebih kemas dan sopan apabila digayakan terutamanya di majlis pernikahan. Bahagian busana yang sedikit longgar di bahagian dada dan pinggul memberikan impak yang cukup besar buat si pemakai, lebih-lebih lagi jika anda melangsungkan akad nikah di masjid. Sopan dan bergaya tampaknya.
❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁❁

 
 
 

No comments :

Post a Comment