Assalamualaikum semua..hai2..^^..sihatkah kalian di luar sana?
hehe..kami di Urban Vibe alhamdulillah sihat-sihat je..*ecewahh..so mcm mana dengan
minggu-minggu school holiday korang semua?apa perancangan korang semua?
hehe..kalau yang bekerja tu..hurmmm
confirm2lah still kerja kan..haha..
Yang bersekolah tu lah gembira sakan sebab dapat cuti dua minggu.grrr best nya...
hihi..Jeles betul..haha apa-apa pun zaman-zaman sekolahku da lama berakhir..tskkkk..sob2..
rindu la pulak time2 sekolah dulu.hikhik.
So cuti-cuti sekolah ni mesti ramai ibu bapa yang plan nak
bawa family pergi bercuti ke..balik kampung ke..or kemana-mana la kan..
Yela bila lagi kan,time2 ni lah nak bawak family pergi berjalan-jalan makan angin
atau melawat nenek dan atuk di kampung..hehe..*hurmm rindu pulak kat kampung
So for us di Urban Vibe..kitorang pergi berjalan-jalan melancong ke.......
Yeayyy..Batu Feringghi, Penang..Terima kasih banyak-banyak kepada management
kerana menaja percutian kami..hikhik..
Seronok sangat..Banyak aktiviti yang best and extreme korang boleh buat!
haha..serious, memang fun..dan memang suggest kat korang untuk bercuti kat sini..
Kat sini kitorang menginapdi Holiday Inn..
memang syok bilik hotel dia.hehe.
Antaranya, untuk aktiviti pantai korang boleh naik banana boat,
paraasailing dan juga jetski..Banana boat tu apa??
ala..yang naik atas benda yang bentuk mcm pisang tu..lepas tu bot
kat depan tarik pakai tali laju-laju.haha that's why la
nama dia banana boat kot.haha.
Yang parasailing tu pula...haa..terbang atas pantai.wahaha..
memang syok habis....mula-mula memang takut nak naikkk..
hihi..tapi bila dah kat atas..fuhh bebas sangat rasa..seram rasa nak turun tapi
lama-lama best pulak..haha..tiba-tiba rasa sekejap
gila dah kena turun.hahah.
Apa-apa pun korang layan dulu gambar-gambar kat bawah okay..hehe
*sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.hihi
*sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.hihi
Dalam perjalanan ke Batu Feringghi..
Bilik hotel yg sangat selesa..:)
Tadaaaa!! Ni lah Hotel Holiday Inn Batu Feringhi.
Kitorang tidur kat sini selama 3 hari 2 malam..
Bilik hotel yg sangat selesa..:)
Swimming pool kat bawah..kt sebelah sana tu dah nampak pantai..
Dekat sangat.. :)
Pandangan dari swimming pool..:)
(Dari kiri) 1) Bangunan KFC yang sangat classic kat Penang.hihi. 2) Sampai je kat sana bangunan tinggi2 gak boleh tahan.. 3) Ada arch basikal dengan orang dkt tengah2 jalan..unik..4) Night market betul-betul kat bawah area hotel kitorang..5) Jalan-jalan di Taman Rama-Rama..6) Entrance Taman Rama-Rama
Ni semua gambar-gambar sekitar Taman Rama-Rama tu..
Okay yang ni pulak gambar di sekitar pantai..(Dari kiri) 1) Aktiviti banana boat..hehe..2) Ha yang ni la parasailing..memang best! 3)hehe ada pulak budak-budak ni main tanam-tanam dalam pasir. hehe 4) Tu dia parasailing terbang jauhhhh 5) Okay get ready nak lari laju-laju pastu terbang tinggi..wuuu.. 6) Dua orang gadis sedang bersiap sedia nak terbang..hhehe..
Close up gambar tourist nak terbang dengan parasailing.
(Dari atas) 1) Ni pulak time makan pasembur..hehe..sedap la jugak kan..sebelum ni tak pernah pun rasa pasembur tu..tapi lebih kurang mcm rojak ke kot ek rasa dia..2)Ramai gila yang makan kat sini ouh..
Dua orang kanak-kanak riang dan comel sedang bermandi-manda dalam kolam..hehe
Okay kalau tadi kita bercerita tentang aktiviti sekitar pantai dan kolam renang.
Sekarang nak cerita pulak aktiviti darat.hehe.
Aktiviti yang adventure dan boleh dikatakan extreme jugak.Hehe.
Hari kedua lepas je balik dari Taman Rama-Rama,
kitorang ternampak satu tempat ni.Namanya Escape.
Ingat kan tempat apa, rupanya, Extreme Park.Woohoo..
Escape ni baru je bukak dalam November tahun lepas kalau tak silap.
Ada aunty kedai kat dlm tu cakap, sekarang dorg tengah nak buat water world.So dijangka 2014 siap sepenuhnya Extreme Park ni.
Dalam ni ada mcm2 aktiviti boleh buat antaranya
Flying Fox,Tubby Racer,Climbing,jalan atas tali antara pokok-pokok yang tinggi,
dan mcm2 lagi lah..hehe
Survey2 harga, RM 60 untuk satu hari bermain tapi untuk Malaysian dlm RM 48 dapat.Haa main la kat situ sampai puas.hehe.
So tengok harga pun ok,kitorang pun decide nak pergi hari Ahad tu.Heee
Cabar diri sendiri nak buat aktiviti yg extreme ni even tak pernah buat pon sebelum ni..
Teringin sangat nak buat tapi tak pernah dpt peluang..
So da dpt peluang mcm ni kitorang pun apa lagi..
rembat lah chance yang ada. Heee..
So inilah Escape,Penang.
Ni pulak peta lakaran di dalam Escape. Check point untuk aktiviti2 yang korang nak buat.
Ni gambar tourist,gambar kitorang tak dapat nak ambil cantik2 sebab kamera tak bawa.Takut jatuh time nak buat aktiviti.Hehe.Ambil pakai fon kamera je..huhu
Ni aktiviti Tubby Racer. Lepas dah penat tarik pelampung berat tu naik ke atas,then abang2(instructor) kat atas tu tolak kitorang.apa lagi menjerit sakan la waktu turun tu..Heehe.
Ni pulak terjumpa lakaran Escape ni kat Pak Cik Google..Heee
Ni ada tree climbing..tapi kitorang tak sempat buat yg ni..sebab nk balik dah..
huhu tsskkk tskk..T.T
Ha yang ni pulak gambar dari bawah..atas tu tali-tali yang tergantung
untuk para pelawat buat aktiviti..hehe
See the tali-tali yang banyak tu?hehehe...
Yang ni lagi syok..terjun mcm nak bunuh diri..tapi bukan nk bnuh diri kat sini ye..
tp nak buat aktiviti yang mencabar fizikal dan mental..howyeahh..
haha tapi yang ni ada safety..kikiki..
Ni contoh gambar flying fox.Sumber dari http://crazykyn.blogspot.com/2013/02/escape-penanggggggg-d.html sebab gambar sendiri tgh terbang takde..huhu.
The best flying fox rasanya..!!hahah. Seriusly sebelum ni da la tak pernah try buat flying fox..dtg2 sini je terus buat flying fox yang tinggi gila n jauh route dia..perghh memang terbaik lah!haha..fuhh memang best sgt!
Yang ni pun kitorang buat.hahah.seronok gila walaupun penat tak ingat dunia.hihihi.
Seriously best sangat2 kat sini.
Kalau dpt peluang pegi sini memang confirm2 akan pergi Escape lagi.
Tak jauh pun dari Batu Feringhi.Lokasi dia dekat Teluk Bahang dan tempat dia tepi jalan je.
Takkan sesat punya lah kalau nak ke sini.Tapi make sure dtg sini pagi-pagi lah,
baru dpt main banyak game sampai puas.
Kalau mcm kitorang, x sempat main byk game pun..huhu.
Dapat 3 jam je, lepas tu dah siap2 nak balik KL dah..
Hari terakhir memang kitorang jalan puas-puas..haha.sampai KL pukul 2 pagi..
siang nya terus masuk office sambung kerja..-.-'
hhaha memang terbaikk..hihik.
Selamat jalan Pulau Pinang!..Jumpa lagi di lain masa..:D
p/s : actualy banyak lagi gambar-gambar best2 tapi x larat upload banyak2.hikhik.
so memang sangat di suggest kan untuk korang datang bercuti kat sini okay..;)
tapi upset sikit tak dapat naik Bukit Bendera sebab ramai sangat org.
yela time cuti sekolah kan..memang padat lah.hehe
Okay lah semua..jumpa lagi...bye2..assalamualaikum...^_^
psssstttt...jangan lupa ye Pameran Pengantin Malaysia 2013, PICC Putrajaya..7-9 Jun 2013..
Ikhlas dari kami,
No comments :
Post a Comment