Monday, September 27, 2010

Part Time Job (The Ist International PPM 8 - 10 Oktober 2010)

Salam...

Berminat untuk menjadi sebahagian dari crew kami??
Anda Mempunyai syarat2 dibawah ini??

a)Bole bekerja dari 9a.m- 11p.m (setiap hari selama 3 hari)
b)Pandai Berinteraksi
c) Berperwatakan  menarik
d) Lelaki atau perempuan
e) Rajin Bekerja
g) Kemas
h) Bole bekerja di dalam kumpulan
i) Bole menerima arahan

Apa lagi sila lah menghubungi cik mallisa di 0123282944 atau 0361856633 untuk satu temuduga ringkas dan sekiranya terpilih anda akan menjadi sebahagian dari crew kami selama 3 hari ini.


Note; kami menjanjikan suatu pengalaman yang berharga kepada anda yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit :P...

HR Department
Urban Vibe Event

Urban Vibe Online Contetst - Di Lanjutkan sehingga 3 oktober 2010!!

Assalamualaikum & Hye to all brides to be!!


Setelah perbincangan di adakan oleh pihak Urban Vibe Event, kami dengan besar hati melanjutkan Pertandingan Online bersempena Pameran Pengantin @ KLCC sehingga 3 Oktober 2010. Oleh yang demikian, secara rasminya pihak kami ingin mengumumkan, Urban Vibe Online Contest akan di tutup pada 3 Oktober 2010 tepat 12 tengah malam.

So, spread the news ladies! :))

Thursday, September 23, 2010

Pertandingan Gubahan Bunga Tangan, Gubahan Hantaran dan Andaman Pengantin

Assalamualaikum & Hai kepada bloggers semua,

Pada PPM (Pameran Pengantin Malaysia ) @ KLCC akan datang, kami turut menganjur beberapa pertandingan yang berkaitan dengan raja sehari. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan-pertandingan tersebut, di entri ini akan saya sertakan info mengenainya.

08/10/2010, Jumaat (8.00 malam)
PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA TANGAN PENGANTIN

Syarat-syaratnya adalah :
Bunga utama bagi gubahan ini akan disediakan oleh pihak penganjur. Contohnya, pihak Urban Vibe akan menyediakan bunga Ros. Bagi hiasan tambahan seperti bunga tambahan (baby breath, peacock atau lain-lain) di galakkan peserta membawanya sendiri, termasuklah riben, aksesori yang mengikut kreativiti peserta.
 


09/10/2010 , Sabtu (11.30 pagi)

PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN

Syarat-syaratnya adalah :
Tema gubahan adalah 'Garden Wedding'.  Bahan utama yang disediakan oleh pihak Urban Vibe adalah coklat. Bagi hiasan tambahan seperti dulang, riben, bunga, kristal dan lain-lain di galakkan peserta pertandingan membawanya sendiri, mengikut kreativiti dan tema.


10/10/2010 , Ahad (2.00 petang)

PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN

 Syarat-syaratnya adalah :

Tema andaman adalah 'Muslimah Moden'. Peralatan mekap , model dan baju di kehendaki di bawa sendiri oleh peserta. Model di galakkan siap memakai baju sebelum pertandingan bagi menjimatkan masa kerana bilik persalinan adalah terhad.

Untuk details mengenai syarat-syarat dan borang pertandingan, sila klik banner di bawah untuk imej yang lebih jelas.

Klik imej untuk imej yang lebih jelas



Ada apa-apa pertanyaan? Sila hubungi 012-3282.944 atau email ke pameranpengantin@yahoo.com.my. Jumpa KL Convention Centre nanti!





Thursday, September 16, 2010

Pameran Pengantin Malaysia 2010 @ Mid Valley Exhibition Centre

Assalamualaikum & Hi...

First of all, nak inform para pengikut setia Pameran Pengantin, website http://www.urbanvibe.com.my/ dah berfungsi seperti biasa! Yeayyy!! Saya bagi pihak pengurusan Urban Vibe Event ingin meminta maaf kepada semua pihak, terutamanya para klien kami, yang sering menunggu update dari official website kami. Sungguh, memang ada masalah teknikal, tapi Insya Allah, lepas ni website akan pulih serta berjalan dengan lancar.

Lagipun, saya sendiri sudah mengambil alih pengurusan mengupdate info-info terkini Urban Vibe Event menggunakan blogspot (yangmana lebih mesra~~) sebagai back up ; kalau-kalau info di website utama kami tidak mengcukupi.

So, di bawah ini saya upload serba-sedikit gambar yang sempat di snap pada Pameran Pengantin Malaysia 2010 @ Mid Valley Exhibition Centre yang lepas. Enjoy ya!

Model perarakan pengantin , tajaan Dina Halim Bridal Boutique

Salah seorang peserta pameran yang sedang menjalankan demo andaman di booth beliau, Eyrarizal Makeup Artist

Puan Ilyana , orang kuat Urban Vibe sedang memasukkan flyers ke dalam paper bag untuk visitors.

Pelamin kali ini, di taja oleh Dina Halim

Sebahagian dari krew Urban Vibe Event


 
 Permulaan perarakan sebagai pembuka majlis


 Encik Hafiz, pengurus pemasaran Urban Vibe Event sedang merenjis pasangan pengantin. 

 Pelawat pameran juga memeriahkan majlis dengan merenjis pengantin.

 Demo andaman dari salah satu peserta pameran ; Mustika Ratu


 Krew Urban Vibe Event , dari kiri ; Matt Helmi, Hafiz, Eddie

 Bergambar kenangan dengan pengantin yang comel.


Ok, setakat itu untuk entri kali ini. Esok akan saya update lagi entri yang kedua dengan gambar yang lebih banyak sepanjang pameran berlangsung. Jangan lupa, tarikh keramat 8-9-10 Oktober 2010 ini.. Pameran Pengantin Malaysia akan berada di KL Convention Centre (Hall 4) pada julung-julung kalinya. Don't miss it out to all pengantin to be! See you there!


Regards,
Nadia H.
Pengarah Urusan
Urban Vibe Event