Tuesday, November 26, 2013

SERTAI INSTAGRAM CONTEST SEKARANG!!


Assalamualaikum semuaaaa!!

Hai readers, korang semua dah join blog contest belum? Pada blogger yang dah join blog contest kami, buat tugasan pertama, terima kasih kami ucapkan. Hari ni kami nak announce satu lagi contest.. Tapi contest ini khas untuk sesiapa saja especially bakal-bakal pengantin yang ada account ‘instagram’

Jom semua sertai instagram contest, dengan hanya follow kami, #pameranpengantinmalaysia, dan lihat syarat-syarat untuk memenangi contest ini.  Jangan lupa jugaaaa.. kami ada hadiah yang menarik untuk ditawarkan kepada anda. Especially untuk bakal-bakal pengantin, kami ada hadiah tajaan dari Tajrii Spa, iaitu pakej spa bernilai RM500 – RM600. Apa tunggu lagiiiii.. Jom semua, follow instagram kami, #pameranpengantinmalaysia sekarang!!!
 
 

Tuesday, November 19, 2013

BLOG CONTEST KEMBALI !!! HERE WE GOOOOO.. !!!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Jeng..jeng..jenggg!!.. Siapa ingat, entri yang lepas kami ada update mengenai ‘Blog Contest’, Ingat tak? Ingat tak?Sape ingat sila angkat tangan tinggi-tinggi.. Haaaa.. kepada sesiapa yang terlepas pandang entri lepas, meh baca kat sini dulu http://pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/2013/10/blog-contest-kembali-lagiiiiii.html
 
Seperti yang dijanjikan..hari ni blog contest kembali lagi sempena Pameran Pengantin Malaysia anjuran Urban Vibe Event yang akan diadakan pada 29 November hingga 1 Disember 2013 ini di Shah Alam Convention Centre. Khas buat blogger blogger kat luar sana yang kreatif dari segi penulisan dan idea penceritaan blog, kami menawarkan pelbagai hadiah yang menarik dan lumayan untuk anda menangi !!  Anda hanya perlu mengikuti semua syarat yang telah kami tetapkan dengan idea penulisan yang kreatif, bersahaja dan menarik. Apa tunggu lagiiiii.. jom kita sama-sama baca syarat-syarat “Blog Contest” kali ini…

Pertandingan terbuka kepada bakal pengantin yang bakal berniakah selewat-lewatnya pada 31 Disember 2013 di seluruh semenanjung Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.

Peserta perlulah “LIKE” fanpage (http://www.facebook.com/pameranpengantin),dan menukar ‘profile picture’ anda kepada ‘profile picture’ kami dari tarikh 19 November penyertaan sehingga 8 Disember 2013.
 
Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan hendaklah menjadi follower blog kami, http://pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/. Sila letak event poster di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan serta link kepada blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA.

Pertandingan ini mewajibkan peserta membuat 3 (tiga) tugasan berkaitan Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event;
     TUGASAN 1:

Tajuk post “URBAN VIBE EVENT ONLINE CONTEST- Lingkaran Kasih Firdausi (PREVIEW)”

Penyertaan bermula hari ini, 19 November 2013 hingga 23 November 2013, jam 11:59 malam.

Entry mestilah tidak kurang dari 300 patah perkataan, yang menceritakan tentang Urban Vibe Event dan Pameran Pengantin Malaysia, serta pendapat anda tentang PPM anjuran kami, Sertakan Logo Urban Vibe Event dan logo PPM pada kali ini di dalam entri tersebut. (Sila tinggalkan komen di entri ini setelah anda membuat post tersebut).

             TUGASAN 2:

Tajuk post “URBAN VIBE EVENT ONLINE CONTEST- Lingkaran Kasih Firdausi (TRIBUTE PENAJA)”

Peserta yang hanya melakukan tugasan 1 (satu) boleh menyertai pertadingan seterusnya.

Penyertaan bermula pada 25 November hingga 28 November 2013.

Entry hendaklah tidak kurang dari 400 patah perkataan yang menceritakan tentang penaja kami sempena PPM pada 29 Nov, 30 Nov dan 1 Dis 2013 nanti di Shah Alam Convention Centre.

Penaja-penaja hadiah:

Izz Studio, Sue Makeup Artist, Kad Lawo

(Sila tinggalkan komen di entri ini setelah anda membuat post tersebut)

             TUGASAN 3:

Tajuk post “URBAN VIBE EVENT ONLINE CONTEST- Lingkaran Kasih Firdausi (REVIEW)”

Peserta yang hanya melakukan tugasan 1 dan 2 boleh menyertai pertandingan seterusnya.

Penyertaan bermula pada 28 November hingga 8 Disember 2013, jam 4:00 petang.

Entri anda hendaklah tidak kurang dari 300 patah perkataan menceritakan tentang pengalam anda ketika berkunjung ke PPM tersebut, serta pendapat anda berkaitan event kami dari segi dekorasi, aktiviti dan lain-lain yang berkaitan. Nyatakan juga apa yang anda ingin lihat di PPM anjuran kami pada masa akan datang dan mengapa anda patut memenangi hadiah-hadiah tersebut.

Sertakan juga gambar ‘sopan’ anda di photobooth kami atau di mana-mana lokasi yang mempunyai logo PPM atau Urban Vibe Event sebagai bukti kehadiran anda di PPM November & Disember nanti. Ingat yaaa.. gambar perlulah sopan J

(Tinggalkan komen di post amaran Tugasan ke-3 apabila telah selesai)
   Hanya mereka yang melakukan ketiga-tiga tugasan akan dinilai oleh juri iaitu    para penaja. Tugasan ketiga mewajibkan anda hadir ke Pameran kami pada    29 November hingga 1 Disember 2013 (masa dan waktu adalah pilihan anda    sendiri)

   Pemenang akan diumumkan pada entri kami yang akan datang, iaitu bertarikh  16 Disember 2013, hadiah tidak boleh ditukar dengan wang ringgit Malaysia.   Sebarang kos pengangkutan atau kos tambahan lain adalah di bawah              tanggungan anda. Hadiah juga tidak boleh dipindah milik.

   Tugasan anda semua akan diadili oleh para penaja, bukan dari kami selaku penganjur. Sebarang keputusan adalah muktamad.

  Penganjur (Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event) mungkin akan ‘mengupdate’ syarat tambaan dari masa ke semasa.

   Sebarang Perubahan tertakluk kepada penganjur

                      ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Hopefully anda dah baca syarat-syarat yang telah kami tetapkan dengan teliti dan faham dengan jelas mengenai ‘blog contest’ ini. Jangan fikir lama-lama, jom ramai-ramai sertai blog contest ini, dan silalah berkunjung ke Pameran Pengantin anjuran kami di SACC Convention Centre, Shah Alam. Apa tunggu lagiiiii..let’s get started!!!!!! ✈✈✈✈

"WISH YOU GUYS LUCK!!"

 

 

Tuesday, November 12, 2013

ILHAM UNIK ‘PHOTOBOOTH’ INSPIRASI PERKAHWINAN MASA KINI!!

Assalamualikum, Selamat petang semua..Walau apa jua yang kita lakukan, lapangkan dada dengan kalimah ‘Alhamdulillah’ untuk setiap apa yang telah dikurniakan kepada kita, dan ucapkan ‘Astaghfirullahalazim’ untuk segala apa yang kita buat, lihat dan rasa melalui pancaindera sempurna yang telah dikurniakan.Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur dan mampu bernafas di bumi yang indah ini.Apa kabar bakal-bakal pengantin kita? Di harap semua yang korang rancang untuk majlis yang berbahagia nanti berjalan dengan lancar dan segala persiapan dapat disempurnakan dengan baik.

Suka untuk kami ingatkan, Jommmmmm.. ramai-ramai pakat datang ke event Pameran Pengantin kami nanti di SACC Convention Centre pada hujung bulan ini, bermula pada hari Jumaat, 29 November sehingga Ahad, 1 Disember 2013. Yang mana tarikh wedding masih jauh, mungkin tahun depan, apa salah nya kalau korang datang dan survey pakej-pakej yang menarik yang ditawarkan oleh pempamer kami yang terlibat. Sure, Confirm takkan nyesal kalau datang sebab banyak stage activiti akan dijalankan semasa hari event nanti sebab ramai artis yang terlibat sama untuk menjayakan event kami nanti antara nya kita ada Irma Hasmie dan suami serta Hafiz Hamidun. Datang, jangan tak datang..

Dah bercerita pasal event nanti, untuk entry kali ni kami nak kongsikan mengenai ‘Wedding Photo Booth’, mesti korang dah familiar kan dengan photobooth ni? Mana tak nya sekarang dah ramai yang menggunakan khidmat photobooth untuk menceriakan majlis perkahwinan mereka. Para tetamu dapat mengambil gambar bersama-sama dengan pengantin dan juga sesama mereka yang menghadiri majlis berbahagia pasangan rakan atau saudara mereka. Pasti seronok!! Teruja kan?

Seperti di UK,  fenomena photobooth juga makin digemari dalam majlis-majlis perkahwinan di kalangan masyarakat kita pada masa kini. Keindahan suasana bergambar dengan kemudahan photobooth bukan sahaja memberikan kepuasan, Ia juga memberi peluang pada tetamu-tetamu kita mengeratkan hubungan silaturahim sambil bergambar tanpa bantuan Jurugambar professional malah secara percuma. Konsep ini juga boleh dijadiakan sebagai cenderamata door gift yang sudah menjadi kebiasaan kita di majlis-majlis perkahwinan.
Untuk menghangatkan lagi suasana bergambar di photobooth, anda  juga boleh menyediakan pelbagai jenis prop dan tema. Bagi anda yang berjiwakan kelainan, kini anda boleh memilh antara koleksi props kami, sama ada ‘Vintage & Classic’, ‘Comic & Superhero’, ‘Fairytale Love Story’, mahupun ‘The Royal Wedding’.
Sebenarnya photo booth juga boleh dijadikan tema penarik , bukan sahaja tema perkahwinan.Sebagai contoh, ekspresikan ilham studio dan fun fair yang pasti menjadi tarikan para tetamu majlis perkahwinan anda. Ilham ini boleh diinspirasikan seolah-olah anda berada dalam studio mini dan funfair, ala-ala Charlie Chaplin atau Willy Wonka yang berada dalam dunia coklat. Idea ini memberi kelebihan kepada dekorasi supaya lebih kreatif dan unik, Pahatkan memori indah anda dengan dekorasi photobooth untuk tetamu dan sediakan sahaja ‘props’ yang menarik dan sesuai mengiku tema dan warna majlis anda. Jika meriah anda sediakan, suasana yang dihasilkan juga akan lebih ‘funky’. Untuk kali ini kami ingin kongsikan mengenai dekorasi photobooth yang bertemakan karnival!!

Jom baca tips untuk buat photo booth, bagi anda yang nak buat photobooth pada hari bersejarah anda nanti!

Sediakan ‘props” yang menarik dan comel untuk merakam aksi kandid dan bersahaja tetamu yang bertandang ke majlis.

Hiasan ‘flash’ studio turut dijadikan ‘props’ tambahan untuk mengabadikan potret terindah.

Pilih mana berkenan.. ruangan meja tersusun atur menempatkan ‘props’ seperti ‘masquerade mask’ dan beberapa ‘props’ seperti ‘bubble talk".

Stesen mini carnival.. rakamkan memori indah dengan mainan warna tertentu dengan penuh keseronokan dan kebebasan.








TIPS PENTING!

Tema carnival untuk dekorasi photobooth tidaklah begitu sukar untuk dilakukan sendiri. Memandangkan tema ini sangat unik, bebas untuk menggunakan kretiviti tersendiri untuk menghasilkan stesyen photobooth yang unik mengikut cetusan idea tersendiri.

Sebenarnya terdapat banyak lagi tips bagi photobooth ini mengikut tema yang anda inginkan. Nak dapatkan contoh-contoh photobooth dan props yang boleh digunakan untuk majlis anda, boleh lah berkunjung ke event kami nanti, pastinya terdapat banyak pempamer dari studio fotografi yang berpengalaman untuk anda melihat pakej-pakej istimewa yang bakal ditawarkan oleh mereka nanti!! Jumpa di sanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!