Tuesday, December 28, 2010

:: Pemenang Urban Vibe Online Contest - Edisi Ke 2 ::

salam.....

Dengan bangganya pada hari ni PPM nak umumkan siapakah gerangannya pemenang "Urban Vibe Online Contest - Edisi Ke 2"... walaupun pertandingan kali ini kurang mendapat sambutan.. pihak kami amat menghargai semua pihak yang bertanding... dan kita benar2 berharap anda semua supporter PPM akan terus bersama kami dan menyokong aktiviti PPM di semua lokasi untuk tahun 2011 dan tahun akan2 datang....

Sebelum tu  nak ingatkan anda semua apakah hadiah2nya...

"Persandingan 'Real Wedding' bertempat di pentas utama Ampang Point Shopping Centre pada tarikh 8 Januari 2011. Segala persiapan pengantin akan di taja sepenuhnya oleh Urban Vibe Event dengan kerjasama para penaja. Hadiah-hadiah berupa ;
Wang Tunai berjumlah RM200.00
Sepasang Baju Sanding  (Lelaki + Perempuan)
Aksesoris lengkap
Make Up sanding (Perempuan)
Bunga Tangan
Pelamin di pentas utama Ampang Point Shopping Centre
Perarakan lengkap dengan iringan kompang, silat dan tarian
Meja Makan Beradap Pengantin
Jemputan tetamu menghadiri mini resepsi seramai 30 orang terdekat pasangan pengantin
Sijil Penyertaan"


so, dengan ini diisytiharkan Pemenang Pertandingan Ampang Urban Vibe Online Contest-Edisi ke2 jatuh kepada








cik fifie.... dari http://dollachantek.blogspot.com/  so dengan ini secara rasminya cik fifie yang mana akan bernikah pada hujung minggu ini akan disandingkan dalam satu majlis resepsi di Ampang Point Shopping Centre bertemakan "crystal blue" pada hari sabtu jam 2.00 ptg. Majlis ini telah mendapat beberapa tajaan, yang mana persalinan pakaian akan ditaja oleh Izz Studio dan perkhidmatan katering ditaja oleh Syahmie Catering beserta wang tunai beserta sijil dari penganjur.. owh cik fifie juga boleh menjemput 30 org ahli keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan majlis tersebut.... nantikannya yer anda semua....  Tahniah sekali lagi kepada cik fifie & bakal suami (bakal yer sebab belum 31 dec lagi tau!!)... tak sabar nak berkenalan dengan anda berdua :P

Note: Pada hari jumaat (7 dec 2010) jam 8mlm akan diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang Urban Vibe Online Contest-Edisi Pertama... dijemput anda semua ramai2... datang memeriahkan acara... 

Majulah PPM untuk semua :P
PPM Crew
Urban Vibe Event


Sunday, December 26, 2010

Terima kasih, sekalung budi..

Assalamualaikum & Hai kepada semua,

Saya sebenarnya berhutang entri dengan sesorang. Beliau dan pasangan telah banyak membantu kami semua menjayakan Pameran Pengantin Malaysia sejak dari akhir tahun 2009, sewaktu PPM pertama kalinya bertapak di PWTC.

Sejak dari itu, pasangan yang serasi bersama ini sentiasa menghulurkan bantuan kepada kami. Tidak di sangka, rupanya mereka ni blogger yang agak terkenal. Si gadis yang berkulit cerah dan pemalu ini rupanya seorang blogger yang aktif, seaktif kakak-kakak dan abangnya. Betapa seorang yang merendah diri, langsung tidak pernah bercerita mengenai kepopularan atau berbangga diri sehinggalah pada suatu hari, beliau akhirnya memberikan alamat blog kepada saya. Agak terkejut kerana beliau rupanya Sepet , adik kepada Ceeramoon dan Viruspadu.

Seperti yang semua sedia maklum, Sepet & Qery memang tidak boleh di pisahkan. Satu yang saya kagum mengenai mereka, masih berusaha menjaga batas-batas pergaulan walaupun kelihatan mesra di dalam blog. Siapa sangka, Sepet yang kedengaran kecoh di dalam blog sebenarnya seorang gadis yang agak pemalu dan air muka Qery yang kelihatan serius sebenarnya suka berceloteh dan membuat lawak yang menghiburkan, menjadikan kami semua tidak janggal bekerjasama dengan mereka.

Tidak hanya menghulurkan bantuan jika kami memerlukan model untuk tujuan perarakan, Sepet juga amat bermurah hati selalu mempromosi event kami di blognya yang sekarang sudah mencecah lebih 2000 follower. Satu angka yang besar bagi seorang blogger. Alhamdulillah, advetorial Sepet sangat-sangat membantu kami sewaktu Pameran Pengantin Malaysia KLCC Oktober 2010 yang lepas. Buktinya, setiap kali kami masuk Nuffnang, blog Sepet sentiasa menjadi referral teratas dan unique visitor blog PPM juga bertambah-tambah sepanjang periklanan berlangsung dalam blog Sepet.

Sesiapa yang ada produk untuk di iklankan? Jangan segan-silu untuk email Sepet bagi mendapatkan rate yang berbaloi-baloi..


Terima kasih, sekalung budi buat Sepet & Qery


Nota Kaki : Sepet juga baru-baru ini telah melancarkan Sepet's Shop yang menjual bag, perfume dan stockin (ada lagi ke stockin eh?)... Tapi main business Sepet rasanya Handbag yang cantik-cantik dan berkualiti tinggi. Bagi sesiapa yang menggilai handbag, bolehlah browse kedai cik Sepet,ok?

Sunday, November 14, 2010

Urban Vibe Online Contest - Edisi Ke-2 (Persandingan 'Real Wedding')

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua bakal pengantin,

Seperti yang semua sedia maklum, online contest edisi pertama telah pun berakhir dan pemenang-pemenang telah pun di umumkan secara rasmi pada entri yang lepas.

Atas sambutan yang menggalakkan, pihak Urban Vibe Event dengan berbesar hati mengadakan 'Urban Vibe Online Contest' edisi ke- 2 bersempena PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2011 yang bertempat di Ampang Point Shopping Centre pada 7hb Januari sehingga 9hb Januari tahun depan.

Sila baca syarat-syarat penyertaan dengan teliti dan segala pertanyaan boleh menghubungi Cik Lisa, di talian
03-6185 6633 (waktu bekerja Isnin - Sabtu) atau email terus ke pameranpengantin@yahoo.com.my atau info@urbanvibe.com.my.





1) Pertandingan terbuka kepada bakal pengantin Seluruh Semenanjung Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas sahaja. Tidak di benarkan mewakili mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini.


2) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/ dan add kami di Facebook Pameran Pengantin Malaysia.

3) Entri hendaklah bertajuk 'URBAN VIBE ONLINE CONTEST EDISI KE-2 (Persandingan Real Wedding)'.

4) Sila letak banner badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA.

5) Sertakan gambar penuh yang terang dan jelas (Sila pastikan gambar anda berdua sopan dan tidak menyinggung mana-mana pihak) :

a- Gambar penuh anda
b- Gambar penuh pasangan
c- Gambar penuh anda dan pasangan


6) Nyatakan ketinggian dan berat badan anda berdua.

7) PENTING : Tarikh pernikahan anda berdua hendaklah antara tarikh 1 Disember 2010 sehingga 6 Januari 2011 sahaja.

8) Namakan penganjur Pameran Pengantin Malaysia dan di manakah lokasi dan tarikh Pameran Pengantin Malaysia seterusnya.


9) Letakkan LOGO penganjur dan LOGO rasmi Pameran Pengantin Malaysia.


10) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA. InsyaAllah pihak kami akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan.



Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 15 Disember 2010 sebelum 12 tengah malam.



HADIAH UTAMA  :


Persandingan 'Real Wedding' bertempat di pentas utama Ampang Point Shopping Centre pada tarikh 8 Januari 2011. Segala persiapan pengantin akan di taja sepenuhnya oleh Urban Vibe Event dengan kerjasama para penaja. Hadiah-hadiah berupa ;

Wang Tunai berjumlah RM200.00

Sepasang Baju Sanding  (Lelaki + Perempuan)

Aksesoris lengkap

Make Up sanding (Perempuan)

Bunga Tangan

Pelamin di pentas utama Ampang Point Shopping Centre

Perarakan lengkap dengan iringan kompang, silat dan tarian

Meja Makan Beradap Pengantin

Jemputan tetamu menghadiri mini resepsi seramai 30 orang terdekat pasangan pengantin

Sijil Penyertaan





NOTA PENTING : Hadiah Utama adalah untuk kegunaan 'Persandingan Real Wedding' yang bertempat di Ampang Point Shopping Centre pada 8hb Januari 2011 anjuran pihak Urban Vibe Event sahaja. Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang di menangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan untuk additional cost (Jika ada).Semua hadiah tidak boleh ditukar nilai wang Ringgit atau di tukar dengan barangan lain.





Best Regards from Urban Vibe Event Team Members

Monday, November 8, 2010

Urban Vibe Online Contest - Edisi Kedua

Assalamualaikum & Hai kepada semua bakal-bakal pengantin,

Team UVE sedang berusaha untuk mengupdate Urban Vibe Online Contest - Edisi Kedua. Hadiah kali ini lebih gempak dan kedebaboom!! Hehe..

Jadi, nantikan kemunculan poster contest dan syarat-syaratnya..

Pemenang Urban Vibe Online Contest!!

Assalamualaikum & Hai,

Setelah berbincang dengan Team Urban Vibe Event, akhirnya pihak kami telah dengan rasminya memilih pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga bagi 'Urban Vibe Online Contest'. Kami sebulat suara juga dengan besar hati tetap akan memberikan hadiah saguhati kepada pemenang tempat keempat dan kelima.

Ok, dengan ini kami mengumumkan tempat saguhati dahulu ye. Tempat saguhati di menangi oleh....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
NOOR AZEANA

dan

EDA ELIANA

Pemenang Tempat Ke-3 bagi 'Urban Vibe Online Contest' jatuh kepada......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




*



*



*



*



*



*



*



*



*



*

*

*

*

*



*

*

*

*

*

*

*

*



*



*



*

*

*

*

*

*



*



CIK BELLE - Tempat Ke-3
Esei Cik Belle mungkin agak ringkas, tapi kami mementingkan isi cerita dan juga cara penceritaan Cik Belle yang bersahaja. Selain daripada itu, gambar candid Cik Belle turut membantu dalam pemarkahan keseluruhan. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Cik Belle! Sila hubungi kami untuk details (ada di bawah entri) lebih lanjut.
 
 
Ok, mari kita scroll bawah lagi untuk pemenang Tempat Ke-2...
Berdebar tak? Hehe..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




*



*



*



*



*



*

*

*

*

*



*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



*

*

*



*



*



*



*

*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*

*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*

*

*

*

*

*

*



*



*



*



*



*

*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*

HERNYZAR HELMIZAN - Tempat Ke-2
Hernyzar adalah antara peserta terawal yang bercerita mengenai pameran yang di anjurkan oleh Urban Vibe Event. Gaya penceritaan Hernyzar yang bersahaja, dan juga pengalaman Hernyzar pergi ke pameran telah menarik minat juri. Tahniah kami ucapkan pada Hernyzar!

Maka, dengan ini.. Tentunya si empunya diri iaitu Juara bagi 'Urban Vibe Online Contest' sudah mengetahui yang kemenangan telah berpihak pada dirinya. Tahniah kami ucapkan kepada pemenang Tempat-1 iaitu...


NORA A.K.A AIRA - Tempat Pertama
Tahniah, tahniah kami ucapkan kepada Nora kerana telah menjadi Juara bagi petandingan online yang julung-julng kalinya kami adakan anjuran Urban Vibe Event ini. Bahasa yang mudah, ringka, esei yang padat dengan info mengenai kami dan pameran anjuran kami telah melayakkan beliau menjadi juara.


Terima kasih kami ucapkan kepada semua pemenang. Sila hubungi :

Cik Lisa di talian 03-6185 6633 untuk keterangan lebih lanjut.

Kepada semua visitor blog, sila follow kami kerana kami akan menganjurkan online contetst yang seterusnya. Hadiah, lebih menarik, serius. Sangat-sangat menarik! Follow kami di blog dan juga FB 'Pameran Pengantin Malaysia' ok?


Regards,
Nadia H.
Pengarah Urusan
Urban Vibe Event
http://www.urbanvibe.com.my/

Tuesday, October 26, 2010

PENGUMUMAN "TOP 5" PERTANDINGAN URBAN VIBE ONLINE CONTEST

Salam.

Owh malunya pihak-pihak juri terlewat 11 hari dari tarikh yang dijanjikan.. Harap-harap para peserta dapat memaafkan pihak kami. Kerana faktor kesibukan dan sebenarnya Urban Vibe Event sedang dalam proses untuk berpindah ke ofis baru insyaallah, disebabkan itu internet connection semua dah dipindahkan , jadi tak dapatlah nak online, nasib baik ada broadband yang dtg membantu.

Atas sebab kelewatan membuat pengumuman, kami disini hanya menyenarai pendekkan 5 peserta akhir sahaja, so selepas ini pihak juri akan sekali lagi membuat perkiraan (harap-harap tak ambik masa lama lah!) dan harapan kami juga anda semua peserta tidak lah jemu menanti yer.. tunggu sat je lagi ok!

Dengan ini diumumkan Top Five, jeng! jeng! jeng!
                                                   


Hernyzar; http://hernyzar-helmizan.blogspot.com/2010/09/urban-vibe-online-contest.html


Cik Belle; http://renda-perancis.blogspot.com/2010/09/pameran-pengantin-malaysia-pilihan.html



Eda Eliana; http://riwayatcatalystku.blogspot.com/2010/10/urban-vibe-online-contest.html


Nora a.ka. aira; http://anzcis.blogspot.com/2010/09/urban-vibe-online-contest.html

Noorazeana; http://noorazeana.blogspot.com/2010/09/urban-vibe-online-contest.html


So kepada yang tak tersenarai jangan bersedih hati, Insyaallah pihak kami akan menyemarakkan lagi blog ini dengan contest2 lain yang lebih menggegarkan. Nantikan semuanya dalam pameran pengantin malaysia 2011. Ada kejutan yang akan pihak kami lakukan.. Mungkin ada pasangan bertuah yang akan pihak kami sandingkan didalam satu mini resepsi hihihi mana lah tau kan.... sila angan2... Akhir kata terima kasih diatas sokongan semua blogger2 yang cantik manis ..

Nantikan keputusan akhir ini, insyaallah tak lama lagi nak diumumkan... Jumpa lagi

Urban Vibe Crew

Thursday, October 21, 2010

Gambar-gambar sekitar TFIPPM2010 di Kuala Lumpur Convention Centre












Pameran Pengantin Malaysia 2011

A'kum wbt

Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung-pengunjung dan terutamanya kepada para exhibitors yang telah memeriahkan Pameran Pengantin Malaysia 2010 di KLCC baru-baru ini.

Dengan ini, kami ingin mengumumkan bahawa Pameran Pengantin Malaysia 2011 akan diadakan di Ampang Point Shopping Centre bermula dari 7 Januari 2011 hingga 9 Januari 2011. Jadi, sila tandakan pada diari anda tarikh2 tersebut ye.. Kami akan terus mengupdate dari masa ke semasa perkembangan serta aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan di sana.. dan jangan lupa, terdapat beberapa kejutan yang bakal membuatkan anda terkejut menunggu anda di Ampang Point Shopping Centre.. Jangan lupa ye..

Pameran Pengantin Malaysia 2011 (Edisi ke 16), 7 hingga 9 Januari 2011, 10.00pg hingga 10.00mlm dan masuk adalah percuma!!

Jumpa di sana..

PPM Crew
Urban Vibe Event

Saturday, October 9, 2010

PERMOHONAN MAAF

Kepada semua peserta pertandingan "Urban Vibe Online Contest" , PPM ingin memohon maaf kerana tidak dapat mengeluarkan keputusan pertandingan tersebut, ini disebabkan ada dikalangan juri masih gagal membuat penilaian, atas faktor tersebut pihak kami memohon maaf dan hanya akan mengumumkan keputusan tersebut pada 15 Oktober 2010 dan hadiah masih seperti yang dijanjikan.

Pihak PPM dan Urban Vibe Event benar-benar memohon maaf diatas perkara tersebut. Sekiranya mana-mana blogger yang datang bertandang ke PPM di Kuala Lumpur Convention Centre pada hujung minggu ini, janganlah segan-segan memperkenalkan diri kepada crew kami.

Sekali lagi kami memohon maaf diatas kesulitan ini

PPM Crew
Urban Vibe Event

Friday, October 8, 2010

Pemilihan Top Ten 'Urban Vibe Online Contest' sedang di jalankan

Assalamualaikum & Hai,

Pihak pengurusan ingin memohon maaf atas kelewatan pengumuman 'Top Ten' bagi peserta 'Urban Vibe Online Contest'. Pengumuman akan di adakan di blog rasmi PPM tidak lama dari sekarang. So, nantikan sama-sama ye!

Monday, October 4, 2010

Aktiviti "The First International Pameran Pengantin Malaysia 2010 (TFIPPM)"

Salam,

Jangan lupa datang beramai-ramai ke TFIPPM hujung minggu ini. Pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung selama tiga hari ini. Luangkan masa anda untuk sama-sama memeriahkan Pameran kali ini. Check out Our activities ok!

                                               Sila klik gambar untuk imej yang lebih jelas

PPM Crew
Urban Vibe Event

Demonstrasi Andaman By Emma (Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Andaman PPM 2010-MVEC)

Salam..

Masihkah anda semua ingat siapakah pemenang tempat pertama Pertandingan Andaman Yang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre pada 6-10 Julai 2010 yang lalu. Tak lain tak bukan beliau adalah Pn Emma, so jom citer profile dia sikit;



Nama : Nurul Emarina Bt Sukaime
T.Lahir : 22 Feb 1986 di Tawau Sabah
Status : Berkahwin dan mempunyai seorang anak
Kerjaya Tetap: Setiausaha di Jabatan Kerajaan di Putrajaya.
Pengalaman: Mula berkecimpung dalam arena mekap selama 2 tahun. Memiliki butik kecil di beri nama D'iman Bridal Couture.. Bidang andaman ini telah menjadi sebahagian dari impian beliau semenjak kecil lagi , apatah lagi mendapat seorang suami yang amat menyokong dan menjadi tulang belakang kepada beliau untuk mencapai impiannya. Kelahiran bayi comel Nur Imanina Qaisara melengkapkan lagi kehidupan mereka sekeluarga. Nak tau macam2 tentang Pn emma dan cerita andaman beliau , layari lah link ini yer!

Nantikan Demonstrasi Puan Emma pada hari ahad, jam 12 tengahari, so jangan lupa yer!

PPM Crew
Urban Vibe Event

Contest telah tamat secara rasminya, Ahad 3 Oktober 2010, 12 tgh mlm

Assalamualaikum & Hai pada contestant semua,


Kami ingin menyusun sepuluh jari kiranya entri ini lambat di update.. Maaf, masa kami sangat penuh di isi dengan persiapan Pameran Pengantin Malaysia bertempat di KLCC minggu ini. Berdebar juga jantung di buatnya, berharap agar pameran di KLCC ini akan memuaskan hati semua exhibitor dan para pelawat yang menghadirkan diri ke pameran kami.

Para peserta yang di hormati sekalian, tahukah anda semua, Pameran Pengantin Malaysia buat pertama kalinya bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, yang mana sebelum ini kami bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, PWTC dan beberapa shopping mall yang ternama di kawasan Lembah Kelang.

Di pameran kali ini, pertama kalinya aktiviti seumpama 'Lelongan Amal' di adakan bersempena PPM @ KLCC nanti. Insya Allah, kalau sambutan menggalakkan, akan kami adakan edisi seterusnya di pameran yang lain.

Sebagai peneraju utama Pameran Pengantin Malaysia, Urban Vibe Event sedaya upaya menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik supaya para pelawat yang datang tidak pulang dengan tangan yang kosong. Di sebabkan itu, keisetimewaan pameran pada kali terdapat juga 'Demo Gubahan Sirih Junjung' oleh Lovely Wedding by Shaja, 'Demo Gubahan Hantaran' oleh Jemari Kreatif, 'Demo Andaman' oleh Eyra Rizal Touch, 'Demo Andaman' oleh pemenang pertandingan andaman MVEC yang lepas iaitu Puan Ema, Alunan Gamelan Tradisional, 'Pertunjukan Fesyen' oleh butik Muslimah No. 1 di Malaysia ; Butik Udaimatunnur.

Bagi yang berminat menyertai pertandingan, kami juga menyediakan pertandingan 'Gubahan Bunga Tangan Pengantin', pertandingan 'Gubahan Hantaran', pertandingan 'Andaman Muslimah Moden'. Seperti yang anda semua maklum, Pertandingan Andaman Pengantin adalah pertandingan yang wajib di adakan sepanjang tempoh pameran. Bagi juru andam yang berminat, bolehlah menghubungi pihak kami untuk pertanyaan yang lebih lanjut. Bagi para raja sehari yang ingin melihat sendiri gubahan D.I.Y, dan melihat sendiri proses bagaimana juru andam mempersiapkan pengantin dari atas ke bawah, silalah datang beramai-ramai untuk menyaksikan aktiviti-aktiviti yang menarik ini.

Tidk ketinggalan kepada bakal pengantin bukan Melayu, khasnya golongan Cina, pertunjukan fesyen oleh butik 'Monliza Wedding Castle' akan di adakan pada hari Ahad 10 oktober 2010.

Jadi, bakal pengantin semua, tandakan tarikh bermakna ini dan beritahu semua bakal raja sehari yang ingin melangsungkan perkahwinan nanti supaya datang beramai-ramai ke Pameran Pengantin Malaysia bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre 8-10 Oktober 2010.

Bagi para peserta Urban Vibe Online Contest, terima kasih kami ucapkan atas sokongan anda semua. Nantikan kehadiran para juri kami melawat blog anda semua. Sekian, Terima Kasih.


Yang benar,
Nadia H.
Pengarah Urusan
Urban Vibe Event

Saturday, October 2, 2010

Demonstrasi Gubahan Sireh Junjung & Hantaran

Salam...

PPM memang gigih arini yer, kali ni nak citer sikit tentang seni gubahan. Salah satu kelainan PPM yang akan datang ni , kita juga memfokuskan kepada aspek gubahan dan rekaan. Untuk itu kita telah mendapat kerjasama dari dua orang yang handal dalam bidang ini untuk membuat demonstrasi gubahan di pentas utama kita.

Jemari Kreatif
http://jemarikreatif.blogspot.com/
Dimiliki sepenuhnya oleh Puan Siti Hamidah seorang isteri dan ibu yang masih muda , yang sangat meminati seni gubahan hantaran. Idea gubahan beliau yang segar dan menarik membuatkan beliau semakin mendapat tempat di hati bakal-bakal pengantin untuk mengabdikan hasil gubahan beliau didulang hantaran hari bahagia mereka. So jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan hasil kerja Puan Amy,apa bentuk gubahan yang akan dibuat beliau masih lagi rahsia! jeng!jeng! jeng! jadi jangan ketinggalan;

Slot: Demonstrasi Gubahan Hantaran By Jemari Kreatif
Hari: Jumaat (08/10/2010)
Masa: 3.00 - 04.00 petang
Tempat: Pentas Utama, Dewan 4, Kuala Lumpur Convention Centre


Lovely Wedding By Shaja
http://shajaratuldesign.com
Dimiliki oleh Puan Shajaratul Ismail, beliau amat kreatif dan versatile hasil gubahan beliau amat diminati dan juga menjadi pilihan dikalangan VIP.So untuk PPM kali ini beliau akan membuat demonstrasi sireh junjung dan beliau juga akan membawa sample2 hasil kerja beliau yang terdahulu, jadi apa lagi bride 2 be ini lah masanya untuk mendapat idea dan juga tips dari mereka yang handal dalam bidang ini..

Slot: Demonstrasi Gubahan Sireh Junjung dari Pn Shajaratul
Hari: Jumaat (08/10/2010)
Masa: 5.00 - 06.30 petang
Tempat: Pentas Utama, Dewan 4, Kuala Lumpur Convention Centre

Kepada Puan Shaja & Puan Amy terima kasih PPM ucapkan diatas sokongan anda berdua yer... :P

PPM Crew
Urban Vibe Event

Eyra Rizal Touch Our Official make Up Artist - The First International PPM 2010

Salam

Sangat tegar PPM arini back to back update.. kali ni nak citer sikit tentang kita punyer Official Make Up Artist, dan dia adalah EYRA RIZAL TOUCH , jom kita check out portfolio ownernya dulu;



Nama: Eyra Rizal

Portfolio:
-BACKSTAGE STUDIO MAKEUP MACAM2 AZNIL
-BACSTAGE STUDIO MAKEUP JANGAN LUPA LIRIK
-BACKSTAGE STUDIO MAKEUP OLALA PHOTOSHOOT & SHOW
-KALAMULLAH RECORDING TV9
Beliau memulakan langkah dalam industi ini semenjak 2 tahun yang lepas, dan mula membuka kelas semenjak 2009 dan beliau juga gigih membentuk 'team' atas nama Eyra Rizal Touch semenjak tahun 2009 dan terus berkembang.
boleh check out information tentang eyra rizal touch di website dan blognya..

Bersempena PPM kali ini, Eyra Rizal juga akan mengadakan demonstrasi andaman di pentas utama, pada hari jumaat, bermula jam 08.00 mlm sehingga 09.00 mlm di dewan  4, Kuala Lumpur Convention Centre. Kepada adik2 yang masih tercari2 juru mekap untuk sentuhan hari bahagia, boleh lah saksikan demonstrasi ini dan tak lupa juga yang mana berminat untuk mendaftar kelas yang disediakan oleh Eyra Rizal Touch boleh berjumpa beliau di sana..

PPM Crew
Urban Vibe Event


Butik Muslimah No 1 Di Malaysia- Udaimatunnur By Syahirah

Salam...

Urban Vibe Event & Pameran Pengantin Malaysia (PPM) sangat berbesar hati di atas kesudian En Ismail Abdul Rahman Pemilik Butik Muslimah No 1 Di Malaysia di Malaysia untuk bekerjasama bagi mengadakan Pertunjukkan Fesyen Pakaian Pengantin Muslimah dari koleksi terbaru beliau yang belum lagi disiarkan di mana-mana majalah (Fresh lagi ni!!) di Pameran pengantin yang bakal diadakan dia Kuala Lumpur Convention Centre minggu hadapan. So sebelum tu tengok sikit Info berkaitan Udaimatunnur ni;



 Profile;
Nama Pemilik; Ismail Bin Abdul Rahman
Pengasas; Butik Syahirah yang kini dikenali sebagai Udaimatunnur "Cahaya Putih"
                Anak Tudung Ikat & Manik serta Lilitan Tudung
Impian; Imej Pengantin Wanita bertudung agar sentiasa kelihatan cantik dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Tentunya rekaan-rekaan udaimatunnur yang sopan dan tidak jarang menepati aspek pengantin muslimah yang sebenar...
Menaja Artis & Selebriti: Yatt, Maizawati & akan datang (Bienda)
Oh adik2 semua ziarah lah link ke  Udaimatunnur ni ok!

Antara koleksi2 Udaimatunnur yang direka oleh En ismail;



                                                                                        Picture: Courtesy Of Udaimatunnur
                                                                                           Model: Amrina Aziz


 Nak tengok banyak lagi, check out lah link tadi ok!

 So apa lagi kepada semua bakal pengantin sila booked calendar anda pada hari sabtu , 9 Oktober jam 3.00 petang!.. anda mungkin berpeluang menjadi pengantin pertama yang memakai koleksi terbaru Udaimatunnur apa lagi jangan lupa bawa pasangan anda... PPM pun sangat excited menunggu fesyen show ni ok jumpa nanti yer....

     PPM Crew
Urban Vibe Event

Monday, September 27, 2010

Part Time Job (The Ist International PPM 8 - 10 Oktober 2010)

Salam...

Berminat untuk menjadi sebahagian dari crew kami??
Anda Mempunyai syarat2 dibawah ini??

a)Bole bekerja dari 9a.m- 11p.m (setiap hari selama 3 hari)
b)Pandai Berinteraksi
c) Berperwatakan  menarik
d) Lelaki atau perempuan
e) Rajin Bekerja
g) Kemas
h) Bole bekerja di dalam kumpulan
i) Bole menerima arahan

Apa lagi sila lah menghubungi cik mallisa di 0123282944 atau 0361856633 untuk satu temuduga ringkas dan sekiranya terpilih anda akan menjadi sebahagian dari crew kami selama 3 hari ini.


Note; kami menjanjikan suatu pengalaman yang berharga kepada anda yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit :P...

HR Department
Urban Vibe Event

Urban Vibe Online Contetst - Di Lanjutkan sehingga 3 oktober 2010!!

Assalamualaikum & Hye to all brides to be!!


Setelah perbincangan di adakan oleh pihak Urban Vibe Event, kami dengan besar hati melanjutkan Pertandingan Online bersempena Pameran Pengantin @ KLCC sehingga 3 Oktober 2010. Oleh yang demikian, secara rasminya pihak kami ingin mengumumkan, Urban Vibe Online Contest akan di tutup pada 3 Oktober 2010 tepat 12 tengah malam.

So, spread the news ladies! :))

Thursday, September 23, 2010

Pertandingan Gubahan Bunga Tangan, Gubahan Hantaran dan Andaman Pengantin

Assalamualaikum & Hai kepada bloggers semua,

Pada PPM (Pameran Pengantin Malaysia ) @ KLCC akan datang, kami turut menganjur beberapa pertandingan yang berkaitan dengan raja sehari. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan-pertandingan tersebut, di entri ini akan saya sertakan info mengenainya.

08/10/2010, Jumaat (8.00 malam)
PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA TANGAN PENGANTIN

Syarat-syaratnya adalah :
Bunga utama bagi gubahan ini akan disediakan oleh pihak penganjur. Contohnya, pihak Urban Vibe akan menyediakan bunga Ros. Bagi hiasan tambahan seperti bunga tambahan (baby breath, peacock atau lain-lain) di galakkan peserta membawanya sendiri, termasuklah riben, aksesori yang mengikut kreativiti peserta.
 


09/10/2010 , Sabtu (11.30 pagi)

PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN

Syarat-syaratnya adalah :
Tema gubahan adalah 'Garden Wedding'.  Bahan utama yang disediakan oleh pihak Urban Vibe adalah coklat. Bagi hiasan tambahan seperti dulang, riben, bunga, kristal dan lain-lain di galakkan peserta pertandingan membawanya sendiri, mengikut kreativiti dan tema.


10/10/2010 , Ahad (2.00 petang)

PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN

 Syarat-syaratnya adalah :

Tema andaman adalah 'Muslimah Moden'. Peralatan mekap , model dan baju di kehendaki di bawa sendiri oleh peserta. Model di galakkan siap memakai baju sebelum pertandingan bagi menjimatkan masa kerana bilik persalinan adalah terhad.

Untuk details mengenai syarat-syarat dan borang pertandingan, sila klik banner di bawah untuk imej yang lebih jelas.

Klik imej untuk imej yang lebih jelas



Ada apa-apa pertanyaan? Sila hubungi 012-3282.944 atau email ke pameranpengantin@yahoo.com.my. Jumpa KL Convention Centre nanti!





Thursday, September 16, 2010

Pameran Pengantin Malaysia 2010 @ Mid Valley Exhibition Centre

Assalamualaikum & Hi...

First of all, nak inform para pengikut setia Pameran Pengantin, website http://www.urbanvibe.com.my/ dah berfungsi seperti biasa! Yeayyy!! Saya bagi pihak pengurusan Urban Vibe Event ingin meminta maaf kepada semua pihak, terutamanya para klien kami, yang sering menunggu update dari official website kami. Sungguh, memang ada masalah teknikal, tapi Insya Allah, lepas ni website akan pulih serta berjalan dengan lancar.

Lagipun, saya sendiri sudah mengambil alih pengurusan mengupdate info-info terkini Urban Vibe Event menggunakan blogspot (yangmana lebih mesra~~) sebagai back up ; kalau-kalau info di website utama kami tidak mengcukupi.

So, di bawah ini saya upload serba-sedikit gambar yang sempat di snap pada Pameran Pengantin Malaysia 2010 @ Mid Valley Exhibition Centre yang lepas. Enjoy ya!

Model perarakan pengantin , tajaan Dina Halim Bridal Boutique

Salah seorang peserta pameran yang sedang menjalankan demo andaman di booth beliau, Eyrarizal Makeup Artist

Puan Ilyana , orang kuat Urban Vibe sedang memasukkan flyers ke dalam paper bag untuk visitors.

Pelamin kali ini, di taja oleh Dina Halim

Sebahagian dari krew Urban Vibe Event


 
 Permulaan perarakan sebagai pembuka majlis


 Encik Hafiz, pengurus pemasaran Urban Vibe Event sedang merenjis pasangan pengantin. 

 Pelawat pameran juga memeriahkan majlis dengan merenjis pengantin.

 Demo andaman dari salah satu peserta pameran ; Mustika Ratu


 Krew Urban Vibe Event , dari kiri ; Matt Helmi, Hafiz, Eddie

 Bergambar kenangan dengan pengantin yang comel.


Ok, setakat itu untuk entri kali ini. Esok akan saya update lagi entri yang kedua dengan gambar yang lebih banyak sepanjang pameran berlangsung. Jangan lupa, tarikh keramat 8-9-10 Oktober 2010 ini.. Pameran Pengantin Malaysia akan berada di KL Convention Centre (Hall 4) pada julung-julung kalinya. Don't miss it out to all pengantin to be! See you there!


Regards,
Nadia H.
Pengarah Urusan
Urban Vibe Event


Tuesday, August 31, 2010

Urban Vibe Online Contest

Assalamualaikum kepada bakal-bakal pengantin,

Kami ingin memaklumkan bahawa hadiah pertandingan 'Urban Vibe Online Contest' yang berupa baju persandingan, telah di lanjutkan sehingga akhir MEI 2011.

Harap maklum.

Nota tambahan : Esei tak semestinya menggunakan bahasa yang serius, kami mengira markah mengikut kreativiti juga.

Tq!

Thursday, August 19, 2010

The 1st International Pameran Pengantin Malaysia 2010 @ KLCC | 8 - 10 Oct 2010

A'kum wbt

Kali ni kami akan mengadakan The 1st International Pameran Pengantin Malaysia 2010 yang akan di adakan di Kuala Lumpur exhibition Centre (KLCC) bermula dari 8 hingga 10 Oktober 2010. Pelbagai acara dan pertandingan akan diadakan seperti Pertandingan Andaman, Pertandingan Gubahan Bunga Tangan dan Pertandingan Gubahan Hantaran. Juga Pelbagai hadiah-hadiah menarik dan lumayan menanti setiap pengunjung yang bertuah. Tidak lupa juga banyak aktiviti-aktiviti akan diadakan seperti Pertunjukan Fashion serta demo-demo make-up dan demo menggubah hantaran.

Acara yang di jangka akan mendapat sambutan ialah acara lelongan baju-baju dan kelengkapan pengantin. Cepat.. masukkan tarikh ini di dalam diari anda untuk mendapatkan promosi-promosi yang hangat.


Tuesday, June 29, 2010

Saturday, April 10, 2010

Urban Vibe Online Contest *STICKY MODE* sila scroll ke bawah untuk entri baru

LATEST UPDATE :
Setelah perbincangan di adakan oleh pihak Urban Vibe Event, kami dengan besar hati melanjutkan Pertandingan Online bersempena Pameran Pengantin @ KLCC sehingga 3 Oktober 2010. Oleh yang demikian, secara rasminya pihak kami ingin mengumumkan, Urban Vibe Online Contest akan di tutup pada 3 Oktober 2010 tepat 12 tengah malam.

So, spread the news ladies! :))





Assalamualaikum & Hai kepada semua bakal pengantin,

Buat julung-julung kalinya pihak kami ingin menganjurkan Urban Vibe Online Contest bersempena PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA di HALL 4, KL CONVENTION CENTRE pada 8 hingga 10 Oktober 2010 khusus kepada semua bakal pengantin di Seluruh Semenanjug Malaysia.

Sila baca syarat-syarat penyertaan dengan teliti dan segala pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 012-3282 944 atau email terus ke pameranpengantin@yahoo.com.my.


Sila linkkan banner/badge rasmi ke blog Pameran Pengantin Malaysia




1) Pertandingan terbuka kepada bakal pengantin Seluruh Semenanjung Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas sahaja. Tidak di benarkan mewakili mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini.


2) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/ / dan add kami di Facebook Pameran Pengantin Malaysia.


3) Entri hendaklah bertajuk 'URBAN VIBE ONLINE CONTEST'.


4) Sila letak banner badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA.


5) Buat satu ESEI (tidak kurang dari 200 patah perkataan) yang bertajuk :
Pameran Pengantin Malaysia ; Pilihan Utama Bakal Pengantin.


6) Namakan penganjur Pameran Pengantin Malaysia dan di manakah lokasi & tarikh Pameran Pengantin Malaysia seterusnya.


7) Letakkan LOGO penganjur & LOGO rasmi Pameran Pengantin Malaysia.


9) Letakkan gambar 'Candid Tercomel' anda & pasangan anda. (Hanya dibenarkan meletak sekeping gambar, dan pastikan gambar anda berdua sopan dan tidak menyinggung mana-mana pihak).


10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun 2010 sehingga 31 MEI 2011 (TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH BAJU SANDING).



11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA. InsyaAllah pihak kami akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan.


Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 27 September 2010 sebelum 12 tengah malam.



HADIAH-HADIAHNYA BERUPA:



TEMPAT PERTAMA :  Wang Tunai berjumlah RM200.00
                                       Sepasang Baju Sanding (Lace) (Lelaki + Perempuan)
                                       Custom Album
                                       Sijil Penyertaan


TEMPAT KEDUA :     Wang Tunai berjumlah RM100.00
                                     Sepasang Baju Songket Bunga Tabur (Lelaki + Perempuan)
                                     Custom Album
                                     Sijil Penyertaan

TEMPAT KETIGA :     Wang Tunai berjumlah RM50.00
                                      Custom Album
                                      Sijil Penyertaan


*Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang di menangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan untuk additional cost (refundable security deposit untuk baju sanding lace mahupun songket).Semua hadiah tidak boleh ditukar nilai wang Ringgit atau di tukar dengan barangan lain.


Best Regards from Urban Vibe Event Team Members.

Wednesday, March 31, 2010

Pameran Pengantin *STICKY MODE*

Assalamualaikum kepada semua,

Pihak Urban Vibe Event dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Pameran Pengantin 2010 seterusnya adalah pada 12-14 Mac 2010 bertempat di PWTC.



Acara : PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2010 (Edisi ke - 12)
Penganjur : Urban Vibe Event
Tarikh : 12 - 14 Mac 2010
Lokasi : Putra World Trade Centre (PWTC)
(Tingkat 4, Dewan Tun Razak 4)
Masa : 11 pagi - 9 malam

Nama - nama peserta (exhibitor) akan di update dari semasa ke semasa. Dan jangan ketinggalan, borang Pertandingan Andaman & Pertandingan Mengukir Buah.
Sebarang pertanyaan mengenai tapak pameran sila hubungi pihak penganjur di talian 03- 61856633 (Puan Ilyana & Encik Hafiz).
Pertanyaan mengenai pertandingan sila hubungi Cik Mallisa di talian 012 - 3282 944.
Atau email sebarang pertanyaan ke info@urbanvibe.com.my

Thursday, February 18, 2010

Galeri Pameran Pengantin Malaysia 2009


Demo Majlis Persandingan.


Kesibukan yang dapat dilihat sepanjang berlangsungnya Pameran.


Zarina bersama peminat.


Lan Kristal & En Hafiz dari Urban Vibe Event.

Pameran kali ini diadakan di Ampang Point Shopping Centre pada 17-21 Jun 2009.
Terima Kasih kepada semua yang bermandi peluh, sanggup mengisi masa & melangkah ke pameran ini. Diucapkan terima kasih banyak-banyak juga kepada para penaja, peserta pameran & semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.