Monday, October 4, 2010

Contest telah tamat secara rasminya, Ahad 3 Oktober 2010, 12 tgh mlm

Assalamualaikum & Hai pada contestant semua,


Kami ingin menyusun sepuluh jari kiranya entri ini lambat di update.. Maaf, masa kami sangat penuh di isi dengan persiapan Pameran Pengantin Malaysia bertempat di KLCC minggu ini. Berdebar juga jantung di buatnya, berharap agar pameran di KLCC ini akan memuaskan hati semua exhibitor dan para pelawat yang menghadirkan diri ke pameran kami.

Para peserta yang di hormati sekalian, tahukah anda semua, Pameran Pengantin Malaysia buat pertama kalinya bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, yang mana sebelum ini kami bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, PWTC dan beberapa shopping mall yang ternama di kawasan Lembah Kelang.

Di pameran kali ini, pertama kalinya aktiviti seumpama 'Lelongan Amal' di adakan bersempena PPM @ KLCC nanti. Insya Allah, kalau sambutan menggalakkan, akan kami adakan edisi seterusnya di pameran yang lain.

Sebagai peneraju utama Pameran Pengantin Malaysia, Urban Vibe Event sedaya upaya menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik supaya para pelawat yang datang tidak pulang dengan tangan yang kosong. Di sebabkan itu, keisetimewaan pameran pada kali terdapat juga 'Demo Gubahan Sirih Junjung' oleh Lovely Wedding by Shaja, 'Demo Gubahan Hantaran' oleh Jemari Kreatif, 'Demo Andaman' oleh Eyra Rizal Touch, 'Demo Andaman' oleh pemenang pertandingan andaman MVEC yang lepas iaitu Puan Ema, Alunan Gamelan Tradisional, 'Pertunjukan Fesyen' oleh butik Muslimah No. 1 di Malaysia ; Butik Udaimatunnur.

Bagi yang berminat menyertai pertandingan, kami juga menyediakan pertandingan 'Gubahan Bunga Tangan Pengantin', pertandingan 'Gubahan Hantaran', pertandingan 'Andaman Muslimah Moden'. Seperti yang anda semua maklum, Pertandingan Andaman Pengantin adalah pertandingan yang wajib di adakan sepanjang tempoh pameran. Bagi juru andam yang berminat, bolehlah menghubungi pihak kami untuk pertanyaan yang lebih lanjut. Bagi para raja sehari yang ingin melihat sendiri gubahan D.I.Y, dan melihat sendiri proses bagaimana juru andam mempersiapkan pengantin dari atas ke bawah, silalah datang beramai-ramai untuk menyaksikan aktiviti-aktiviti yang menarik ini.

Tidk ketinggalan kepada bakal pengantin bukan Melayu, khasnya golongan Cina, pertunjukan fesyen oleh butik 'Monliza Wedding Castle' akan di adakan pada hari Ahad 10 oktober 2010.

Jadi, bakal pengantin semua, tandakan tarikh bermakna ini dan beritahu semua bakal raja sehari yang ingin melangsungkan perkahwinan nanti supaya datang beramai-ramai ke Pameran Pengantin Malaysia bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre 8-10 Oktober 2010.

Bagi para peserta Urban Vibe Online Contest, terima kasih kami ucapkan atas sokongan anda semua. Nantikan kehadiran para juri kami melawat blog anda semua. Sekian, Terima Kasih.


Yang benar,
Nadia H.
Pengarah Urusan
Urban Vibe Event

2 comments :

  1. weee..tak sabar nak jenguk kat klcc this weekend. mana tau ada barang lelong yg berbaloi dibeli..hehe..

    xsabar menanti keputusan juge..=)

    ReplyDelete
  2. hana; berdebar2 yer nak tunggu result? hehehe jumpa kat sana ok!

    ReplyDelete