Monday, October 4, 2010

Demonstrasi Andaman By Emma (Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Andaman PPM 2010-MVEC)

Salam..

Masihkah anda semua ingat siapakah pemenang tempat pertama Pertandingan Andaman Yang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre pada 6-10 Julai 2010 yang lalu. Tak lain tak bukan beliau adalah Pn Emma, so jom citer profile dia sikit;



Nama : Nurul Emarina Bt Sukaime
T.Lahir : 22 Feb 1986 di Tawau Sabah
Status : Berkahwin dan mempunyai seorang anak
Kerjaya Tetap: Setiausaha di Jabatan Kerajaan di Putrajaya.
Pengalaman: Mula berkecimpung dalam arena mekap selama 2 tahun. Memiliki butik kecil di beri nama D'iman Bridal Couture.. Bidang andaman ini telah menjadi sebahagian dari impian beliau semenjak kecil lagi , apatah lagi mendapat seorang suami yang amat menyokong dan menjadi tulang belakang kepada beliau untuk mencapai impiannya. Kelahiran bayi comel Nur Imanina Qaisara melengkapkan lagi kehidupan mereka sekeluarga. Nak tau macam2 tentang Pn emma dan cerita andaman beliau , layari lah link ini yer!

Nantikan Demonstrasi Puan Emma pada hari ahad, jam 12 tengahari, so jangan lupa yer!

PPM Crew
Urban Vibe Event

No comments :

Post a Comment