Wednesday, January 15, 2014

SEGALANYA MUNGKIN - BLOG CONTEST!!!!




  1. Pertandingan terbuka kepada semua blogger tidak kira yang belum berkahwin mahupun yang telah berkahwin.  Hadiah yang bakal dimenangi juga boleh dipindah milik kepada saudara mara atau sesiapa sahaja yang diinginkan.
  2. Peserta perlulah “LIKE” fanpage (http://www.facebook.com/pameranpengantin), dan menukar ‘profile picture’ anda kepada ‘profile picture’ kami (Poster Pameran Pengantin Malaysia Wangsa Walk) dari tarikh 15 Januari sehingga 20 Februari 2014.
  3. Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan hendaklah menjadi follower blog kami, http://pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/. Sila letak event poster di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan serta link kepada blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA.
  4. Pertandingan ini mewajibkan peserta membuat 3 (tiga) tugasan berkaitan Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event;


✍     TUGASAN 1:

Tajuk post:  “SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST” - (Urban Vibe Event, You Rock!!)

Penyertaan bermula hari ini, 15 Januari 2014 sehingga 31 Januari 2014, jam 11:59 malam.

Entry mestilah tidak kurang dari 300 patah perkataan, yang menceritakan tentang Urban Vibe Event dan Pameran Pengantin Malaysia (Wangsa Walk), serta pendapat anda tentang Pameran Pengantin Malaysia anjuran kami, Sertakan Logo Urban Vibe Event dan logo Pameran Pengantin Malaysia  pada kali ini di dalam entri tersebut. 

(Sila tinggalkan komen di entri ini setelah anda membuat post tersebut & print screen tugasan anda, kemudian hantarkan kepada kami melalui inbox fanpage Pameran Pengantin Malaysia untuk mendapatkan like terbanyak). 

        ✍     TUGASAN 2:

Tajuk post: “SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST” - (Ari Wedding Couture, You’re My Wedding Inspiration!!)

Peserta yang hanya melakukan tugasan 1 (satu) boleh menyertai pertandingan seterusnya.
Penyertaan bermula pada 1 Februari 2014 sehingga 13 Februari 2014.
Entry hendaklah tidak kurang dari 400 patah perkataan yang menceritakan tentang penaja utama bagi contest ini iaitu ARI WEDDING COUTURE.

(Sila tinggalkan komen di entri ini setelah anda membuat post tersebut)

        ✍     TUGASAN 3:

Tajuk post: “SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST”- (Semuanya disini!!!)

Peserta yang hanya melakukan tugasan 1 dan 2 boleh menyertai pertandingan seterusnya.
Penyertaan bermula pada 14 Februari 2014 dan tamat pada 20 Februari 2014 pada jam 4:00 petang.

Entri anda hendaklah tidak kurang dari 300 patah perkataan menceritakan tentang riview post-event kami di Pameran Pengantin Malaysia Wangsa Walk.  Anda boleh mendapatkan gambar-gambar yang kami update dari masa ke semasa ketika pameran berlangsung di fanpage Pameran Pengantin Malaysia.

Tetapi, extra markah akan diberikan sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan anda berada di pameran kami.  Sekiranya anda ingin mengambil gambar ketika di pameran kami, anda haruslah berperwatakan sopan.  Ingat ya...sopan tau!! J

(Tinggalkan komen di entry ini setelah anda membuat post tersebut)

❤   Hanya mereka yang melakukan ketiga-tiga tugasan akan dinilai oleh juri.  Tugasan ketiga mewajibkan anda hadir ke Pameran Pengantin Malaysia di Wangsa Walk pada pada 14 Februari 2014 hingga 16 Februari 2014 (masa dan waktu adalah pilihan anda sendiri).

❤   Pemenang akan diumumkan pada entri kami yang akan datang, iaitu bertarikh 26 Februari 2014, hadiah tidak boleh ditukar dengan wang ringgit Malaysia.  Sebarang kos pengangkutan atau kos tambahan lain adalah di bawah tanggungan anda.

❤   Sebarang keputusan adalah muktamad.

✎           Penganjur (Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event) mungkin akan ‘mengupdate’ syarat tambaan dari masa ke semasa.

              Sebarang Perubahan tertakluk kepada penganjur.
                      ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Hopefully anda dah baca syarat-syarat yang telah kami tetapkan dengan teliti dan faham dengan jelas mengenai ‘Segalanya Mungkin Blog Contest’ ini. Jangan fikir lama-lama, jom ramai-ramai sertai blog contest ini, dan silalah berkunjung ke Pameran Pengantin anjuran kami di Wangsa Walk Mall. Apa tunggu lagiiiii..let’s get started!!!!!! ✈✈✈✈
"WISH YOU GUYS LUCK!!"


Saturday, January 11, 2014

PWTC masihkah kau ingat ?

Assalamualaikum semua!!

Salam weekend dari kami..so hari ini kitorang nak sambung cerita pasal Pameran Pengantin Malaysia 2014 dekat PWTC.. Hari tu kitorang sempat cerita untuk hari pertama jee jadi mesti korang tertunggu-tunggukan?

so kitorang nak tunjukkan dekat korang apa yang terjadi pada hari kedua dan ketiga..bak kata orang putih a "picture is worth a thousand words".Hehe.. jadi kami paparkan kepada anda gambar-gambar yang terdapat semasa Pameran Pengantin Malaysia kali ini.

haa pada hari kedua ni.pagi-pagi lagi orang dah ramai..semua dok berebut nak pakej best-best.




Sampai waktu di tunggu-tunggu iaitu..Perarakan Pengantin..Disertai oleh alunan Kompang Kahwin
 Model ini bukan cubaan tapi betul-betul dah kahwin,

Tribute untuk Dwen Raha dan Shadila Izani kerana menaja model tersebut baju dan solekan yang menawan gituw..hehe

Tak lupa juga BungaTangan yang model tengah pegang tu daripada Kashfi Zulkufli.
Dan dekorasi Pelamin/Stage daripada Kusha Wedding & Event..

bersemangat sungguh dorang ni main kompang..Hehe..


ni plak gambar Close up sikit bunga tangan tu.hihi


Para-para penaja bergambar dengan model perarakan ini..
oh ya tak lupa juga Lensagrafix sebagai Official Photography.

Da puas amek gambar semua..sekarang time untuk model ni makan pulak..
terima kasih Mahligai Impian kerana menyediakan makanan untuk abang dan akak model kita.

siap main suap-suap lagi.sweet tak? 


Encik Hafiz sedang ditemu ramah oleh wartawan RTM tuuu....

okay yang ni pulak dah masuk untuk hari yang ke-3 dah..
orang lagi la bersesak-sesak sebab hari tu adalah Last Dayyy..







Cantik tak baju ni? haa yang ni baju special daripada I.S. Bridal Wedding Planner







masing-masing happy..yela last day mesti para vendor buat promotion yang hebat-hebat..
jadi pengunjung gembira, Vendor gembira dan kami juga gembiraa..hehe


okay hari ketiga ni aktiviti yang special adelahhh TalkShow daripada Imam Muda Asyraf..
Nama tajuk pun da sweet macam orang dia."Ashiteru untuk yang merinduimu".





semua kusyuk je dengar ni.




dah penat bagi talkshow pihak management ajak Imam Muda Asyraf ni makan-makan sambil sembang santai..Terima Kasih kami ucapkan kepada Imam Muda Asyraf kerana sekali lagi sudi untuk datang ke Pameran Pengantin Malaysia..

lepas tu semua orang sambung balik bershopping.hehe






okayy sampai di sini sajalah Pameran Pengantin Malaysia 2014 di PWTC hari tu..so kepada yang tak datang jangan sedih k kerana kami akan mengadakan Pameran seterusnya di Wangsa Walk.
haa nak tau lagi lanjut..tunggu la minggu depan.hehe

Untuk Info-info mengenai Pameran Pengantin Malaysia anda boleh klik di sini ----> PPM

Friday, January 3, 2014

Pameran Pengantin Malaysia - Opening 2014

Assalamualaikum semuaaaaa dan salam Jumaaaat!!

Okay, hari ni kita nak bukak chapter baru untuk Pameran Pengantin Malaysia.. Dalam beberapa hari lagi ni, kita nak masuk lembaran tahun baruuu!! Yehuuuuu!!! Sekejap je kan 2013 ke 2014, pejam celik- pejam celik , tup tup dah nak tahun baru.. Apa azam korang semua untuk tahun baru ni? Ada yang nak kawin awal tahun ni? dah sedia ke? Hehe.. Pastikan korang dah bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum menempuh alam yang baru..

Nak habaq mai kat korang ni, especially yang tengah dok merancang nak kahwin tu.. yang tengah nak buat persiapan kahwin, Urban Vibe Event nak ajak korang semua datang ke event Pameran Pengantin Malaysia 2014, pada 3 Januari hingga 5 Januari 2014 bertempat di Ruang Legar, PWTC. kali ni kita ada lebih kurang 77 buah booth dari vendor yang pelbagai seperti butik pengantin, katering, photo dan video, kad-kad kahwin dan banyaaakkk lagi. Dan hari ni lah Pembuka tirai !


Sebelum tu kami ingin Berterima Kasih banyak kepada Penaja-penaja kami antaranya The Fotokraft yang telah meminjamkan kami gambar pengantin untuk dijadikan tema Pameran Pengantin Malaysia ni.Cuun sangat pasangan tu..lepastu Terima Kasih Juga dekat Kusha Weddings & Event sebab telah deko pentas cantik lagi menawan dekat Legar Putra ni..Tak Lupa juga kepadaaaa Kashfi Zulkufli Creation taja Kuiz untuk pengunjung..

Untuk pembukaan ni kitorang nak bagi korang tengok kecantikan booth-booth yang ada ni supaya anda terpegun jap..Hehe



Nilah rupe Pentas Utama Dekorasi oleh Kusha Weddings & Event.Cantik tak?








sebenarnya baaaanyak lagi yang kami nak tunjuk.taaapi tak suprise laa nantikan.so nak tengok lagi anda kena staaaay tuned di blog ni..Hee~

Japp jap..sebelum tu kitorang nak bagitau korang yang minggu ni banyak jugak event berlangsung dekat PWTC ni..jadi di sini dengan rasa prihatinnya dekat korang..kitorang suggestkan untuk korang kalau boleh nak pengangkutan awam la kalau boleh. Untuk memudahkan korang jugak.takut nanti korang sangkut jem ke.tak jumpa parking ke.stress pulak kan.so kami nak memudahkan korang semua naiklah LRT atau Bas Awam ataupun Teksi dalam masa yang sama ia juga dapat menyihatkan lagi tubuh badan anda.Hehe..

Siap sediakan map lagi dekat korang.Nampak tak keprihatinan kami kat korang? nampak?..Hehe

Untuk aktiviti pula, kita ada Visitor Quiz,Purchase and Win, Perarakan Pengantin daaan yang paling Istimewa kita Talk Show Oleh Imam Muda Asyraf..haa suke tak,suke tak?? petang tadi baru sahaja berlangsung Visitor's Quiz nama die "You Deserve To Win"..Dengar nama pun dah boleh tau senang je nak menang.Hehe..Visitor's Quiz tadi di taja oleh Kashfi Zulkufli Creation..soalan tak susah pun tapi hadiah dia bukan main gempaq! hadiah dia sepasang Kasut Pengantin Khas daripada Kashfi Zulkufli bernilai  RM500 !!


ni peserta yang paling bertuah hari ini.free-free je menang.

tengah teruja ni menang kasut! sape la yang tak teruje ye dak?
Nak tau lagi update mengenai Pameran Pengantin Malaysia korang boleh terus pergi klik PameranPengantinMalaysia..sebenaqnya banyak lagi benda yang kami nak tunjuk tapi cukup laa setakat ni je hari ini..esok terdapat aktiviti yang cooool so korang kena stay tune la.nanti kitorang update lagi yekk!
Yang boleh maii tu mai la cepat-cepat banyak benda yang korang boleh dapat kat sini..kitorang tunggu korang sampai hari ahad ni..
datang tauuuu ~

Psst/..Pameran Pengantin Malaysia 2014 di PWTC pada 3-5 Januari bermula jam 10 pagi - 9 malam dan masuk adalah percumaaa