Tuesday, August 23, 2011

:: Online contest Hot di PPM muncul lagi "REAL WEDDING - CUTE COUPLE CONTEST"::

assalam semua!

puasa ker? dah ada baju raya? wah!!! kelas.... eh tapi PPM pun kelas gak... time sumer sibuk2 prepare barang raya ni PPM nak menyibuk gak ni, nak buat online contest... tapi kali ni special lah sebab ia terbuka utk pasangan yang baru berkahwin hanya di Fan page PPM;

Dengan ini dibawakan terhangat dari PPM  

"REAL WEDDING - CUTE COUPLE CONTEST"
Syarat2nya:

1) Terbuka kepada seluruh pasangan yang sudah atau bakal bernikah dari tarikh 1 januari 2011 sehingga 30 jun 2011 diseluruh Semenanjung Malaysia sahaja

2) Peserta tidak boleh mewakilkan mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini

3) Peserta & pasangan mestilah berperwatakan menarik

Cara2nya:

1) Sila "like" page Pameran Pengantin Malaysia-by Urban Vibe Event (sekiranya anda masih belum berbuat demikian)

 2) Peserta perlu menggunakan Poster pertandingan sebagai profile picture facebook anda sehingga 18 September 2011 jam 5ptg

3) Sila  "upload" sekeping gambar penuh anda & pasangan yang terang & jelas (sila pastikan gambar tersebut didalam keadaan sopan & tidak menyinggung mana-mana pihak) Gambar Edit juga tidak diterima

4) Sila nyatakan maklumat berikut digambar yang telah di"upload";
            Tarikh Pernikahan:
            Nama Penuh Peserta:
            Nama Penuh Pasangan:
            Email address(salah seorang):
contoh:  Tarikh Pernikahan: 17 September 2011
               Nama Penuh Peserta: Ahmad Bin Kassim
               Nama Penuh Pasangan: Zainab Binti Ali
              *Email address(salah seorang):zainab@yahoo.com
*email adalah penting supaya mudah dihubungi pihak penganjur jika ada sebarang kekeliruan

5) Pihak penganjur hanya menerima penyertaan gambar yang mempunyai MAKLUMAT LENGKAP sahaja untuk menyertai pertandingan ini. 
6) Penyertaan bermula dari 23 Ogos 2011 sehingga 16 September 2011 pada jam 5 ptg. Sekiranya ada penyertaan baru selepas jam 5 petang 23September 2011 ia tidak akan diproses

7) Sila beri tempoh selama "24 jam" agar pihak admin dapat memindahkan gambar anda ke album pertandingan iaitu "Real Wedding-Cute Couple Album"

8) "Like" atau undian pada gambar peserta TIDAK akan dikira, sila mengundi atau "like" gambar dari album pertandingan sahaja.

 Maklumat berkaitan Proses Mengundi atau "LIKE"
 
A) Bilakah boleh mengundi?
--------------------------------------
Sebaik sahaja gambar anda telah di”upload” ke “album pertandingan”. Proses undian terbuka sehingga 18hb September 2011 (Ahad) pukul 5.00 P.M
 

B) Siapa yang boleh mengundi?
--------------------------------------
Semua adalah dibenarkan mengundi.

C) Bagaimanakah anda bole mengundi?
--------------------------------------

Pilih ikon “Photo” di Fan page ini, dan pilih album "Real Wedding-Cute Couple Album"
anda terus boleh mengundi gambar pilihan anda. Sila “like” gambar pilihan anda didalam album tersebut.

Bagi memastikan rakan anda telah mengundi dari “album pertandingan” sila pastikan anda klik "Share +" dari gambar pilihan Anda dan sebarkan tentang pertandingan ini.

***** UNDIAN HANYA DIKIRA DARI “ALBUM PERTANDINGAN” SEBARANG UNDIAN DARI GAMBAR ALBUM PERSONAL PESERTA TIDAK AKAN DIKIRA


dan hadiahnya yang superb adalah:

  • Sebuah "Persandingan 'Real Wedding' bertempat di pentas utama Ampang Point Shopping Centre pada tarikh 24 September 2011. Segala persiapan pengantin akan di taja sepenuhnya oleh Urban Vibe Event dengan kerjasama para penaja. Hadiah-hadiah berupa ;
1)Sepasang Baju Sanding  (Lelaki + Perempuan) lengkap dgn aksesori
2)Make Up sanding (Perempuan)
3)Bunga Tangan
4)Pelamin di pentas utama Ampang Point Shopping Centre
5)Perarakan lengkap dengan iringan kompang, silat dan tarian
6)Meja Makan Beradap Pengantin
7)Jemputan tetamu menghadiri mini resepsi seramai 30 orang keluarga terdekat pasangan pengantin
8)Sijil Penyertaan
wowwwww best kan!!!!!
NOTA PENTING: Hadiah utama adalah untuk kegunaan "Real Wedding" yang bertempat di Ampang Point Shopping Centre pada 24 September 2011 bersempena pameran Pengantin Malaysia anjuran Urban Vibe Event sahaja.
Semuanya tertakhluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang dimenangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan atau terdapat kos tambahan (jika ada).Semua hadiah tidak boleh ditukar dengan nilai wang ringgit atau barangan lain. HARAP MAKLUM!
so apa lagi spread the news u ollss... jumpa kat ampang point nanti OK!

Friday, August 19, 2011

PPM Di Ampang Point Pada Bulan September

Assamualaikum...

Macam mana puasa hari ke-19 ni..harap harap jangan ada yang dah ponteng puasa ye..dan tinggal beberapa hari je lagi bulan ramadhan akan tinggalkan kita untuk tahun ini..jangan lupa, insyaallah besok tinggal lagi 10 hari kita akan berpuasa..jangan nak excited sangat ye nak raya!!!, excited dulu untuk mengadapi malam Lailatulqada...*ok fine ustazah mallisa memulakan pembuka bicara dgn muka insaf dan tawadok*

Nak sambung dengar tazkirah jumaat ke nak sambung dengan Tajuk utama kita..hihihi..oklah kita sambung dengan tajuk utama kita lah..bukan apa, nanti ada pulak yg mcm tak percaya je..bulan bulan puasa ni ada org berangan nak jadi ustazah pulak..hihihi..*gelak tutup mulut dgn tangan*

Ok ok..jom rapat2 tgk nih..bukak kelenda anda semua ye..kita ada dating lagi tau bulan September ni..set ye jangan ada yang lupa pulak..nanti i mengajuk baru tahu...^_^'

Tempat : Tingkat 1, Ampang Point Shopping Center.
Tarikh : 23 - 25 September 2011
Masa : 10 pagi - 9 mlm.
Tema : Summer Love


TARA!!!!!!!!!!!!!!!!!




Summer Love...September 2011

Aktiviti menarik menanti anda, dan..kepada semua..jangan lupa join contest untuk event kali ini..pemenang akan berpeluang bersanding di Event kami di AMPANG POINT..yang penting semua di sponsor..

Nanti kami akan umumkan details mengenai Contest terbaru ini ye..hadiah dah tentu tentu lah gempak kan..:)

ok bye..

Assalamualaikum...:)

Diupdate oleh..

MallisaSaila..

Monday, August 15, 2011

Selamat berpuasa.....

            Assalamualaikum..alhamdulillah.....
Waduh...dah lama jari jemari ini tidak menekan keyboard laptop si artis melampau yg sememangnya melampau itu...ha ha ha...harap pembaca-pembaca blog ini tidak jemu menjengok blog kami...Hari ni masuk hari yg ke-15 umat islam di Malaysia berpuasa..alhamdulillah,allah masih lg memberi kesempatan menyambut Ramadhan Al-Mubarak pd tahun ini di Malaysia dgn aman skali...Tak terasa pun..dah masuk 15 hari dah...dah nak dekat raya dah...bestnya nak raya...
    Tapi dalam bulan Ramadhan ni juga kami sibuk untuk menghabiskan booth yg x terjual lagi bagi Pameran Pengantin Malaysia 2011 di Shah Alam Convention Centre..dah x banyak dah..alhamdulillah,sambutan untuk pameran pada kali ini amatlah memberangsangkan.terutama dari peserta2 kita yg dah mmg regular ngan kami..
      So,kepada bakal2 pengantin yg akan bakal melangsungkan perkahwinan anda,temui kami nnt di pameran pengantin malasia 2011 di Shah Alam Convention Centre...jumpe kami di sana..selamat berpuasa kepada selurah umat islam di malaysia..semoga dapat puasa penuh pd tahun ni ek..ha ha yeeeeeeehhhhhhhhhhaaaaaaaaaaa


ikhlas dari aku'
official moskot
urban vibe event
kami lebih hangat dari yg lain

Wednesday, August 10, 2011

Kuiz Mingguan by Urban vibe Event

Assalamualaikum..

Firstly nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan..dah terlambat ke..eh taklah baru 10 hari puasakan..sempat lagi..:p

Alamak...blog kami semakin bersawang ye..maaf lah..bukannya apa kesebukan melanda semua crew urban..sekarang sedang sebuk dengan event yang akan datang..nak tahu ke next event bile n dimane..eammm...kalau nak tahu kene lah selalu  tunggu update dari kami..yg pasti nya next event ini akan lebih meletop kata koo...eh lupa nak tanya, dah Like ke belom Fan Page kami..ada yang belum ke..ni nak kene ni..haih..

Siapa yang belum Like..like cepat..kalau tak lisa xnak kawan..haaa..kepada yang tak Like lagi mesti tak tahu yang sekarang ni PPM sedang buat kuiz mingguan kat Fan Page..Kuiz setiap hari jumaat ye..kadang2 tu ada jugak kami buat hari Rabu, tgk kepada permintaan penaja lah kan..tapi setiap hari JUMAAT adalah WAJIB..setiap pukul 3.30 petang, tapi sebab bulan puasa nikan kami cepatkan kepada pukul 3.00petang..yeah takut pulak ada yang tak sempat nak join almaklumlah..bulan puasakan ada yang nak masak lah bagai..hihihi..hadiah mmg menarik okey..yelah tgk pulak penaja-penaja kan..semua sporting2..sponser hadiah yg grand2..

kepada mereka mereka yang belum Like fanpage kami cepat like kalau nak hadiah  menarik, boleh lah kurangkan bajetkan..biasalah nak kawin mesti banyak nak pakai duit..mane tahu ada rezeki boleh dapat kurangkan bajet B2B semua..;)


update oleh:

MallisaSaila


Wednesday, July 27, 2011

:: Crew PPM korang semua mana haaaaa ::

aik main kasar punya tajuk kan??? hehehe...

as salam semua apa khabar?
hari ni baru ada masa nak tebas segala sawang yang ada (taip ni pun sambil bersin2)

apa yg terbaru tentang PPM ek; 
1) kita baru habis event kat PICC aritu kan, alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada kesluitan alhamdulillah kita semua berjaya mengharunginya. ye lah setiap event mesti ada kesukaran dan kelemahannya inshaallah kita semua akan perbaiki lagi... terima kasih kepada semua vendor yg menyertai PPM-21 ni, hanya dengan sokongan anda semua kami masih berada disini (ayat#klise#menang#award)... terima kasih jugak kepada semua pengunjung yg hadir... ada yg kita nampak datang ketiga2 hari pameran huh! cayalah!

2) habis di PICC kami semua berangkat ke bandung-jakarta selama 5 hari untuk menghadiri #Jakarta Wedding Festival 2011# kami menghabiskan masa sehari suntuk disana dah buat cam event sendiri lah... banyak idea n ilmu yg kami perolehi yg inshaallah yang mana sesuai bole kita guna untuk memperbaiki mutu penganjuran PPM... satu hari je pun kami habiskan masa di JWF tu... tu pun hari terakhir kami disana.. kerana beberapa hari sebelum tu kami semua dah habiskan masa shopping di bandung n jakarta sebab tu lah sebaik sahaja sampai di Malaysia semua crew makan maggi je hahahaha

ok sekarang ni dah pun masuk hari ke-3 balik malaysia so semua pun dah bertugas seperti biasa, so nantikan update2 seterusnya dari kami, jap g inshaallah "artis terlampau" nak update gambar2 so tunngu ok!

cheers!

Wednesday, May 25, 2011

:: ONLINE CONTEST TIBA LAGI "Dream Wedding-Candid Contest ::

As salam sumer B2B, online contest tiba lagi, kali ini inconjunction of PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA DI PICC  ( 8-10 JULY 2011) yang betemakan "Pretty In Red - Snowy White"   apa lagi amik lah peluang ini untuk mendapatkan pelbagai hadiah menarik antaranya set bilik tidur bernilai RM 6999.00 tajaan Roxxi gallery, mini pelamin tajaan Zaifie Zainal, dekorasi 5 dulang hantaran tajaan Asyiq's Bridal, outdoor photography tajaan Eddie Photovideo International, 2 pasang baju pengantin tajaan Jez wedding, tajaan make-up majlis resepsi oleh Eyra Rizal dan pelbagai lagi hadiah menarik disediakan oleh penganjur saper lagi kalau bukan Pameran Pengantin Malaysia- by Urban Vibe Event.

Ok kat bawah ni adalah details2 bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan  ini ok... owh ia adalah TERBUKA KEPADA PASANGAN YANG BAKAL BERKAHWIN, PENYERTAAN UNTUK SATU GAMBAR SAHAJA.
 

Bagaimana untuk mengambil bahagian?
--------------------------------------
(1) "Like" page Pameran Pengantin Malaysia- by Urban Vibe Event. (Sekiranya anda masih belum berbuat demikian)

(2) ‘Upload’ gambar hitam-putih yang merupakan gambar kandid (anda & pasangan) di album gambar kami dengan memilih “ikon photo” daripada ruang “Attach" di dinding Pameran Pengantin Malaysia- by Urban Vibe Event.

(3) Sila tulis maklumat berikut (anda & pasangan) di gambar yang telah di “upload’:
 Tarikh Penyertaan- Tarikh
- Nama (Kedua-dua Peserta)
- Umur (Kedua-dua Peserta)
                Contoh: Tarikh Penyertaan – 25 Mei 2011
            - Nama (M): Hisham Bin Hashim       Umur   : 26thn
             (F): Hasanah Bt Abdullah      Umur   : 24thn
            - Lokasi: Restoran Wang Sulu, Ampang


 Syarat2 Penyertaan

1)Kami hanya menerima penyertaan gambar yang mempunyai MAKLUMAT LENGKAP sahaja untuk menyertai “DREAM WEDDING-CANDID CONTEST” mulai 25hb Mei 2011 sehingga 25hb Jun 2011 pada jam 5.00 ptg. Sekiranya ada sebarang gambar terbaru di “upload” selepas tarikh akhir penyertaan ia tidak akan diproses.
2) Sila beri tempoh selama “24 jam” agar pihak admin memindah gambar anda ke “album pertandingan”
3) “Like” atau undian pada gambar peserta TIDAK akan dikira, sila mengundi atau “Like” gambar dari Album Pertandingan sahaja

A)  Bilakah boleh mengundi?
--------------------------------------
Sebaik sahaja gambar anda telah di”upload” ke “album pertandingan”. Proses undian terbuka sehingga 30hb Jun 2011 (Khamis) pukul 5.00 P.M

B) Siapa yang boleh mengundi?
--------------------------------------
Semua adalah dibenarkan mengundi.


C) Bagaimanakah anda bole mengundi?
--------------------------------------
Pilih ikon “Photo” di fan page Pameran Pengantin Malaysia- by Urban Vibe Event , dan pilih album “Dream Wedding-Candid Contest” anda terus boleh mengundi gambar pilihan anda.
Sila “like” gambar pilihan anda didalam album tersebut
Bagi memastikan rakan anda telah mengundi dari “album pertandingan” sila pastikan anda klik "Share +" dari gambar pilihan Anda.

D) 5 peserta yang mendapat undian tertinggi akan ke peringkat akhir yang mana akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya sempena Pameran pengantin Malaysia 2011.

***** UNDIAN HANYA DIKIRA DARI “ALBUM PERTANDINGAN” SEBARANG UNDIAN DARI GAMBAR ALBUM PERSONAL PESERTA TIDAK AKAN DIKIRA


so apa lagi, heboh2kan berita tergempar ini, spread the news.... kepada yang bakal menyertai 'good luck" kepada semua...

Monday, May 9, 2011

:: STICKY MODE (scroll bawah utk New Entry) **EDISI BAJET** PPM di SELAYANG MALL SHOPPING CENTRE ::

"HARGA MAMPU MILIK" YANG BOLEH ANDA MILIKI di PPM 6-8 MEI INI DI SELAYANG MALL;
Tawaran Pakej dari Butik Pengantin : dari "SERENDAH" RM 5,000 ke bawah
Tawaran Pakej Fotografi : dari "SERENDAH" RM 1500 ke bawah
Tawaran Katering : dari "SERENDAH" RM 10 ke bawah (sekepala)
Tawaran Kad Kahwin : dari "SERENDAH" RM 0.35 ke bawah (sekeping)
apa lagi anda juga mampu merealisasikan perkahwinan anda seadanya :P


Friday, April 29, 2011

:: PPM di Selayang Mall (***EDISI BUDGET) on Pakej Deal/Sponsorship/Activity/

Hi semua B2B dah ready ker sumer nak datang PPM kat Selayang Mall 6-8 Mei ni. Dah list kan dah contoh2 soalan yang nak ditanya dengan vendor2 nanti. PPM cadangkan bawak lah senarai semak supaya memudahkan anda sumer taklah sampai2 di PPM nanti rambang mata menengok pelamin2 yang superlicious cantik dan kebaboom, dah lah tu kenyang perut plak  lepas merasa sumer makanan2 yang dibawa oleh vendor2 kat sana...sampai dah jadi lupa nak tanya apa, nak survey apa... ish! ish! ish! rugi lah anda2 sumer ni tau tak.... naper rugi??? ha meh sini kakak nak citer.....

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA *** EDISI BAJET
nampak tak ***Edisi Bajet tu, nananana itu lah dia keistimewaan PPM kali ni... Untuk tahun 2011 ni macam yang kita war-warkan PPM betul2 nak buat macam2 perubahan untuk tahun 2011 antaranya untuk mengadakan "PPM edisi bajet" sebagai salah satu event tahunan, yang mana akan menampilkan pakej2 atau harga yang semua mampu miliki. Ini juga bagi membantu B2B yang mempunyai budget terhad membuat persiapan perkahwinan mereka maklumlah B2B sumer modal kahwin sekarang bukan sikit2 kan... so dengan adanya "PPM edisi bajet" ni mungkin penjimatan dapat dilakukan. 

Roughly tawaran harga di PPM kali ini seperti berikut;
"HARGA MAMPU MILIK" YANG BOLEH ANDA MILIKI 
Tawaran Pakej dari Butik Pengantin : dari "SERENDAH" RM 5,000 ke bawah
Tawaran Pakej Fotografi : dari "SERENDAH" RM 1500 ke bawah
Tawaran Katering : dari "SERENDAH" RM 10 ke bawah (sekepala)
Tawaran Kad Kahwin : dari "SERENDAH" RM 0.35 ke bawah (sekeping)

yup! sebegitu rendah tawarannya sepanjang 3 hari pameran berlangsung, tapi TAWARAN INI HANYA BOLEH DIDAPATI SEPANJANG 3 HARI INI SAHAJA TAU. Selepas 3 hari ni PPM tak pastilah, butik2, fotographer, atau vendor2 yang lain tu akan still offer harga yang sama. Tapi rasanya sumer pun memang tau kan harga pameran tak kan sama dengan harga di show room atau di kedai mereka... apa maknanyatu? memang kene datang lah ke PPM kali ini kan!...

Selain itu ada macam2 lagi aktiviti sepanjang 3 hari pameran berlangsung..... aktiviti wajib PPM iaitu demonstrasi perarakan pengantin akan dibawakan oleh Dina Halim ,pada jam (2ptg 7 Mei) dan untuk acara memotong pulut, pulut yang sedap lagi terbaikkk akan dibawakan khas oleh Anjung Serai Catering. Yang penting dah tau blum ni, si cantik manis amy ameera adalah MUA official PPM kali ni, so kalau nak berjumpa lebih dekat dgn cik amy ni kenelah datang, cik amy pun akan buat demonstrasi juga pada hari ahad (8 Mei jam 12tgh). Selain tu ada juga beberapa make up artis lain yang akan membuat demonstrasi iaitu kak Anna joe (1ptg 6 Mei) & kak annasha (5ptg 6 Mei). Bagi yang masih tercari2 MUA hari bahagia anda bolelah grab peluang ini yer...

Bagi yang ingin melihat fesyen2 perkahwinan terkini, bole saksikan pertunjukkan fesyen yang akan dibawakan oleh, Mentari Kreatif (4-5ptg 7 Mei), Davency Wedding Workshop (1-2ptg 8 Mei) & D'intan Collection (4-5ptg 8 Mei 2011).

Sepanjang 3 hari PPM berlangsung, kita juga akan disajikan dengan keasyikkan persembahan gamelan TERMURAH DI MALAYSIA yang dibawakan oleh Kumpulan Adunan Gamelan Irama Melayu (AGIM), yang tentunya menjadi tarikan istimewa disini.

Pelbagai hadiah menarik juga boleh B2B yang dtg miliki dgn menjawap soalan2 kuiz yang mudah2 antaranya;

a) 100pax pakej katering hari pertunangan yang ditaja oleh Asyiq's Bridal
b) 3 buah album (edisi terhad) yang ditaja oleh Haidar Rahman
c) Mini Pelamin yang ditaja oleh D'intan Collection
d) Sewaan sepasang baju songket bernilai RM 550 yang ditaja oleh Dina Halim
e) Dekorasi 5 dulang hantaran yang ditaja oleh Teratai Kencana 
f) 5 buah album yang ditaja oleh EddiePhotovideo

So dari Team PPM kami benar2 mengharapkan sokongan anda untuk sama2 memeriahkan event kali ini, dan kami mendoakan semoga anda semua berjaya mendapatkan "Best Deal" untuk merealisasikan impian perkahwinan anda...

Much LOVE from PPM

Monday, April 18, 2011

:: PPM akan menyerang ::

Assalam...
Dah lama tak menaip bagi laluan kat team members yang lain, kalau asyik2 org tu jer yang mengupdate karang cam nampak giler koser plak kan :P. Sumer rindu ker kat M.k ecececeh... M.k busy selain buat kuih dan sibuk berjual masa rehat, sibuk2 kan diri dgn preparation event PPM ni, next project mei ni tapi biasalah dr awal2 lagi dah sibuk infact skrg ni pun sumer PPM Crew dah sibuk bukan shj utk persiapan event bulan mei nanti malahan dah start brainstorm and kene attend meeting julai nyer project tau.
Nak bg info sikit ni; event mei ni (6-8 Mei Selayang Mall Shopping Centre) sumer dah tau ker temanya "apple green". Kenapa kita buat kat selayang mall? Ini kerana kita dah lihat & survey potensi Selayang Mall Shopping Centre sebelum membuat keputusan utk mengadakan PPM yang pertama kat Selayang Mall. Utk PPM mei ni kita dah war-warkan ia adalah special edition yang mana kita buat pengkhususan (mak aiii bahasa :P) utk "edisi bajet" yang mana, kita advise peserta2 (vendor) menawarkan pakej2 atau harga2 yang sesuai dgn pengantin yang mempunyai bajet yg rendah dgn erti kata lain (harga mampu milik).. kenapa PPM tampil dgn idea ni, btol tak kalau PPM cakap bajet nak kawin skrg mmg besar kan tak sumer b2b ada bajet yang besar, dan sesetengah b2b tu takut nak approach butik2, catering2 sebab takut tak terjangkau dek poket harga yang ditawarkan. So dgn adanya edisi bajet ni PPM telah mensarankan kpd semua vendor2 utk tampil dgn "harga mampu milik" tapi pada masa yang sama jika ada b2b yang mempunyai lebih kemampuan bole jer kalau nak request pakej harga yang lebih tinggi sekiranya berkemampuan.. antaranya yang akan turut serta Dina Halim Bridal Boutique, D'ratu Bridal, Aura Raja Sehari, Anjung Serai catering & Nurul Izzah Catering.

Event Julai ni pun ada sumer dah tau ker? (PICC, Putrajaya 8-10 Julai), tema warnanya "Pretty in Red - Snowy White" dengan tema "Mirror-mirror On The Wall'... ok sekarang cuber teka adaptasi dari princess disney yang mana tu??? jawap sendiri ok! Dan dgn rasminya diumumkan pelamin utama & runway akan di deco oleh yang tak asing lagi "NAS GREAT IDEA"... hihihi kita org dah tengok dah sketch En Nas memang terbaboooooom lah... itu baru sketching nya .... memang gerenti gempak lah.... PPM dah lama bekerjasama dgn En nas & team dorang ni mmg professional and sangat lah mudah bertimbang rasa... En Nas pun akan ada sepanjang 3 hari pameran berlangsung nanti.. dengar2 En nas pun nak buat fashion show wah! bikin panas ini memang gerenti gempaxs...:P

Akhir kata semoga semua b2b sudi luangkan masa dtg ke pameran kita nanti. dan terus menyokong "Pameran Pengantin by Urban Vibe Event".

Note; Friendlist FB PPM dah full sesaper yang x dapat nak add tu bole click "like" kat fanpage kita orang yer


lots of love;
M.K
PPM Crew
Urban Vibe Event

Friday, April 15, 2011

ce cite,ce cite....bende yg jadi kat pwtc


 Assalamualaikum...
Waduh letih bangat dong eventnya pwtc.....lagi skali kita adakan Pameran Pengantin Malaysia di PWTC.
ramai jugak pengunjung2 yang hadir pd hari 2..alhamdulillah..semua berjalan lancar..biasa ar kan setiap satu majlis x mungkin 100% sempurna...mesti ada cacat celanya....tp kebanyakan peserta Pameran Pengantin Malysia pada kali ini berpuas hati....Kami sendiri dr pihak Urban Vibe Event amat2 berterima kasih kpd peserta2 Pameran pd kali ini...
...Dgn adanya pelamin comel yg di hias cantik oleh Pelamin Hati ini menabahkan lagi keserian Pamearn kami..waduh makasih ya team Pelamin Hati(Ibu Min,Bapak Ihsan n sama Bapak Botak)kerana menjayakan majlis ini dgn penuh etika..(ayat bodek...ha ha ha)..aktiviti lain jg di persembah oleh peserta2 pameran pd kali ini jg menarik pengunjung yg hadir di PWTC..ada fesyen show,pertandingan andaman,kuiz dan pelbagai lg
   Insyaallah,dgn sokongan yg padu oleh peserta2 Pameran Pengantin Malaysia..kami akan adakan lg edisi ke 18 di selayang mall pd 6-8 may 2011....edisi budget tau..so sape2 yg nak majlisnya cantik,comel n tebaboom meletup gitu tp budget agak kurang bleh lah kunjungi kami di selayang mall ye...
  Akhir kata,kepada peserta2,tenaga2 kerja yg terlibat secara langsung @ tidak langsung pd Pameran Pengantin Malaysia 2011(1-3 April 2011,PWTC) pd kali ini,beribu2 leman n jutaan terima kasih kami ucapkan kerana terus menyokong kami untuk menjayakan majlis pd kali ini..dan x lupa juga kepada crew Pelamin Hati,korang mmg best.....lain kali bleh korang belanja aku nasi lemak New Village lg...hi hi hi..Wokehhhh...Majulah sukan untuk negara..Salam Satu Malaysia......Jumpe anda lagi untuk Pameran Penganti Malaysia 2011 yg akan datang....yihaaaaaaaaaaa


Post By
Official Maskot(Urban Vibe Event)
aku lebih hangat daripada biasa

Thursday, April 14, 2011

:: Senyum Sesame Sendiri ::

As-salam kepada semua para blogger... Artis Terlampau punye turn nk update blog!! da lame nk update tp selalu jer banyak keje luar jumpe client la , itu la ini la .....okeh2 ni info projek terbaru yang PPM Crew sibok2-kan diri. Event kali ni adelah Edisi Budjet sape2 pon bole kahwin maaaaa :)
harap korang semua bole free kan mase waktu tu untuk singgah Selayang Mall pada tarikh ni.

Theme :: Green Apple :)
Venue :: Selayang Mall
Date :: 6 ~ 8 May 2011
Time :: 10 am - 10 pm


Kalau ade sesape yang berminat untuk menyertai event PPM jgn la segan untuk hubungi sy di no.
  012-2333 877  utk mem-booking tapak pameran.Untuk pengetahuan korang cmua event pada kali ini kami ade beberapa butik baru yang fresh akan menyertai kami, kalau korang nak tau sape kene la datang kalau nk citer lebey2 nnt da x best pulak.

Okey mari kte flash back event PPM yang di SACC @ Shah Alam Convention Center, disini dengan murah hati ingin sy kongsikan beberape picture yang telah di~snapkan oleh Official Photographer kami. khas untuk tatapan korang cmua.




Nas Great Idea

 
 
 
 
 
 
 

Grand giler kan?? hehehe okey ni pulak picture Crew PPM. 









okey bye~bye jumpe lagi ni next update by Artis Terlampau :)



Diupdate dengan penuh Kasih Sayang oleh :: Artis Terlampau
Crew Urban Vibe
Urban Vibe Event



Wednesday, April 13, 2011

::Terima Kasih Daun Keladi::

Salam...

Sunyi je blog ni sekarang...bukannya crew urban ni pemalas..masing masing berebut rebut nak update taw..nak nak si artis telampau..tapi..lepas je event kat PWTC hari tu crew urban kesebukan untuk event yang akan datang pulak..

Alhamdullilah..Pameran Pengantin Malaysia yang berlangsung di Ruang legar PWTC pada 1-3 April 2011 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya dengan sokongan semua exhibitor dan bakal bakal pengantin. Pihak Urban Vibe Event juga ingin mengucapkan terima kasih dengan sokongan yang telah diberikan.*big hug* 

Nanti kami upload gambar gambar semasa di PWTC..sekarang gambar-gambar tue belum sempat lagi nak edit..jangan lupa temu janji kita yang akan datang..Pameran Pengantin Malaysia  di Selayang Mall n Putrajaya International Convention Centre(PICC)  dan pastinya kami akan berikan yang terbaik..=)

Update Secara Serius :
Pengurup Wang Berlesen(PWB)
Crew Urban Vibe.

Monday, April 4, 2011

:: Updated Info Untuk PPM di PWTC ::

::Sticky Mode::
 Sila scroll ke bawah untuk entry terbaru...=)

hi semua . Ni short update, activity di PPM PWTC nanti! Jangan Lupa Date kita next week OK!
 1-3 April 2011, dari jam 10pg - 9mlm, di legar putra, PWTC.


Thursday, March 24, 2011

Aktiviti Selepas Kerja.

yaallah>>>aku x tau nak cakap ape...ni 1st time aku tulis kat blog.siap budak2 ofis pakse.tidakkk aku di pakser..ok utk 1st time ni sile beri kemaafan pade aku.seyes aku xde idea n kekok sgat.n aku pun x pernah bace blog org.sbb aku kalau g cc mmg layan game je.xde mase nak buat2 ni,tp ni urban nyer pasal.dah masuk dalam jadual kerje la pulak..

ok tadi intro,this is story about bErUaNg pUtIh,

name sebenar: hafiz
pekerjaan : marketing =)
kehidupan : seronok,happy go bertuah,kadang2 tension
status : tidak single (dah bertunang) 
rupabentuk : A++ (tinggi,bergaya,cute,ayat manis,high mantanence) wahahahah
                   stakat 'artis terlampau n maskot urban' tu abg pukul habis la.xde tandingan nyer =)
hobi : layan game dota,poker fb,gym,(kumpul stem)<< zaman hahahaha<="" p="" skolah="">
ok ni serba sikit about beruang putih laaa...

ok ni nak cite aktiviti lepas kerje
gurls,u olse nak tau ke?i g gym ngan artis terlampau.nanty cube tgok gamba kat bawah tu.sian artis terlampau,die dah la xde gaya,kurus,muke x seberape.so sian..so grls i ajak die g gym.utk kuat kan otot2 supaye aweks2 kat luar sane comfident sikit ngan die..hehehe tunggu la lagi 3 bulan,mesty ade perubahan nyer.si maskot urban tu pulak,cite jek nak best.stakat suare keluar kat HOT FM baik x yah.ni abg ni ha,kua kat TV3.abg relex jek..xde kecoh2 kat bolg...hahah (padahal baru jek 1st time tulis,kalo x same jek)

Beruang Putih /White Bear...


Artis Terlampau kepenatan..

  
sebelum main *4 biji telur*

ok la gurls....xnak merapu sgat tuk 1st time ni..tgok la gamba2 kami yg baru kay...muahh luv u ols(kiss pipi)


Oleh ;
Beruang Putih
Crew Urban Vibe
Urban Vibe Event.

Wednesday, March 23, 2011

Lunch at T.G.I Friday

Hai...

Pengurup wang berlesen in the house...^_^'

Hari ni Pengurup Wang Berlesen (selepas ini akan dikenali sebagai PWB) nak upload gambar2 masa crew urban pergi lunch kat TGI Friday..Encik Rawkstar ada update kan hari isnin hari tue..dan En. Rawkstar ada janji nak upload video..tunggu taw video yang akan menyusul kemudian..nie PWB nak upload gambar2 je..=)

 Sesi memilih menu...harap maklum ye..pemilihan order sahaja sudah membuatkan kami kekenyangan..sebabnya banyak sangat pilihan..semuanya nampak sedap..sampai nak tembus meje 2 official maskot tenung nak pilih menu..

Akhirnya setelah beberapa minit..order kami sampai..
 
nampak sedapkan..cuba tenguk En. Rowkstar sampai tersenyum girang..makanan yang last sekali tu makcik kantin yang punya..banyak kan..tapi percayalah makcik kantin berjaya habiskan sehingga tinggal 1 je french fries didalam pinggannya itu..hihihi..kenapa tak percaya..?

hahaha...memanglah habis tapi bukan makcik kantin makan sampai habis..tapi makcik kantin telah membuat agihan kepada mereka mereka yang kuat makan..antaranya adalah beruang putih dan drama queen..hah???drama queen??iye betul drama queen kuat mkn, tak tipu...adam yang cakap..(*_*)'

ok2...Cepat cepat kita pergi ke gambar yang seterusnya..(habislah PWB tak dapatlah jadi best employee lagi tahun depan) =( 

 Nie lah bday boy yang diraikan...Beruang putih dan Artis Terlampau...beruang putih bday hujung bulan nie..memang boleh dimaafkan nak celebrate sekarang tapi si artis telampau ni bday die hujung tahun..nak jugak celebrate minggu ni..motif...??beliau memang terlampaukan..^_^'
 
 


kene paksa naik atas kerusi untuk buat ucapan n wish..tapi suruh nyanyi satu lagu..artis terlampau telah tersipu2 malu..memang tak boleh terima..kami kecewa..hihihi...

Ok..jom kita layan gambar..maaf ye terpaksa mengedit gambar nie sebegitu rupa.sebab untuk mengupload gambar satu satu sangat lah malas..so jalan terbaik kita satukan..peace...



Nampak tak kami semua kegembiraan..memang best sangat sebab drama queen sudi belanja kami..nie ayat bodek..harap2 tahun depan PWB pulak dapat jadi best employee...Puan...PWB xnak tiket pergi jakarta macam official maskot dapat...PWB nak tiket pergi korea..(dengan suara mengoda)..hihihi..

Di taip dengan bersungguh-sungguh oleh ;
Pengurup wang berlesen (PWB)
Crew Urban.
For Urban Vibe Event..

aku lebih hangat daripada biasa.......

yahooooooooooo....2nd time beb pg hot fm.jd hidden tallent utk pameran pengantin nyer iklan..bestnyer...satu dunia dgr suara aku..aku bkn nak ckp ape ar kan...mesti si artis melampau n beruang putih jeles kek aku..jap lg kol 12 aku dah nak kena ada kat sane...aku gi ngan makcik kantin..2 yg best 2..tgh2 duit x de ni mak cik kantin ar jadi mangsa..ha ha ha..

Masa first time aku jd hidden tallent aku beregu..skang aku beregu gak...tapi kali ni awek cun yg beregu ngan aku..perghhhhhh...lagi ar budak2 tu jeles dol...ha ha ha ha(gelak jahat)..aku sebenarnya bersyukur pada allah ta'ala yg memberikan kelebihan pd diri aku dan x ada kelebihan pada beruang putih dan artis terlampau(dgn nada berlagak)...kah kah kah kah...astarafilullahhalazim.....x baik ejek org kan..dan x lupa jugak aku berterima kasih pada drama queen selaku bos aku(kene bodek sket..ha ha ha) and mak cik kantin selaku pengurus aku(tiba2 jek die mengaku die pengurus aku..ha ha ha) sbb bagi aku peluang dan kepercayaan utk menjayakan iklan Pameran Pengantin Malaysia 2011 di PWTC pd kali ini..dah 2 kali beb....jauh di sudut hati ini amat terharu dgn kepercayan yg di berikan oleh mereka....ayat poyo lah pulak..

Nnt aku dah balik opis aku nak suruh sang pengurup wang berlesen wat kan air untuk aku n kipaskan aku..kan aku artis..ha ha ha..dah ar letih aku nak menaip keybord laptop sang artis melampau nih...ni...,nnt aku dh sampai kat hot fm,aku kasi tangkap gambar byk2..aku pose maut nyer,aku kasi upload ar dalam ini blog...nnt kan kemunculan suara Official Maskot  Urban Event di radio Hot Fm...aku lebih hangat daripada biasa....ha ha ha ha


yang menulis ;
Official maskot.
PPM Crew.
Urban Vibe Event


Monday, March 21, 2011

PPM2011 di PWTC suda semakin dekat..

A'kum wbt

Encik Rawkstar di sini.. First time nak tulis blog (setelah dipaksa-secara bertalu-talu oleh budak-budak nih) akhirnye saye tulis jugak entry utk kali ni. Saye sebenarnye tak reti nak tulis ape, seperti yang budak-budak nih (Beruang Putih, Maskot Urban & Artis Terlampau) tulis kat bawah, diorg dah pasang dah bunting kat area-area K.L. nih, saye cuma nak ingatkan korang je tentang Pameran Pengantin Malaysia 2011 yang akan berlangsung tidak lame lagi, cuma di tepi korner sahaje bak kate orang putih.

Di sini saye ade sertakan poster-poster untuk dua Pameran Pengantin Malaysia, satu di PWTC iaitu pada 1 - 3 April 2011 (bukan April Fool tau, betul2 nih) dan satu lagi di Selayang Mall pada 6 - 8 Mei 2011 (yang Selayang Mall ni edisi budget tau, semua harga-harga pakej kat sane harga yang budget baekkk punye, gerenti mampu milik!!). Dan gerenti juga banyak aktiviti-aktiviti menarik yang akan berlangsung. Dan jangan lupe pulak, nanti amik gambar beramai-ramai kat pelamin utama yang bertemakan purple dan black, ala-ala gothic gituuu..

Dan saye juge ade mengupdate skit-skit website Urban Vibe Event tu yang dah sekian lame tak update.. Sile klik kat sini http://www.urbanvibe.com.my/

Iklan-iklan untuk PWTC nih pon dah keluar kat sokkabar, Harian Metro dan mungkin next week kuar kat radio HOTfm (lebih hangat daripada biase).. hehehe.. bulehlah dengar suare Maskot Urban kat radio nanti.. Nanti kitorg upload pulak gambar-gambar mase recording iklan tu ehh?

Hahaha.. dan tadi kitorg satu opis dah kenyang sekenyang-kenyangnye sebab boss yang tercinte iaitu Drama Queen sudi membelanja kitorg semua makan kat TGI Fridays kat Wangsa Walk, sempena menyambut birthday si Beruang Putih dan Artis Terlampau (nanti saye upload video yek..)

Ok, itu ajelah buat sementara nih, lenkali saye buat entry lain plak ye.. Ape-ape hal jangan lupe dan jangan segan-silu untuk kontek kitorg kalau korang ade sebarang persoalan tentang ape-ape je.. Dan kalau datang kat pameran tu, tegur-tegurlah kitorg ye.. mane tau nanti dapat barang-barang free ke.. pelamin free ke.. kad kawin free ke.. (bini free takde laa oi!)

Bye..

Di karang oleh:
Encik Rawkstar

PPM Crew, [not so] Creative Dept.
Urban Vibe Event

p/s - sile klik pada poster-poster di bawah ni untuk tumbesaran yang lebih besar dan jelas ye.. tq






:: Sesi Pasang Bunting ::

As-salam semua..

Degupan jantung berdenyut~denyut tak selari, hembusan nafas dan oksigen disedut dan dihembus dengan pantas kerana debaran menantikan tarikh 1-3 April nih..okey2 tanpa intro yang over nak panjang-panjang kte teruskan dengan info terbaru dr team marketing.

Malam sabtu (19/03) selesai sudah fasa pertama proses pemasangan banting dibeberapa hot spot.. mungkin korang ade perasan tetibe ade banting PPM di Jalan Kuching (menghala ke PWTC), Jalan Ipoh, Wangsa Maju (LRT seksyen 2 , Petronas Wangsa Maju & Trafik Light yang terpilih) .

Fasa seterusnye akan dilakukan dalam beberapa hari lagi, harap korang semua jangan terkujat kalau tetibe ade banting PPM digantung kat pagar rumah korang :p.

Disini dengan machonye disertakan beberapa snap picture edisi terhad

 Artis Terlampau sedang memberi arahan kepada Beruang Putih.

Inilah dia Maskot Urban


By :

Artis Terlampau.
PPM Crew.
UVE