Saturday, January 29, 2011

:: KELONGGARAN SYARAT "Urban Vibe Online Contest Edisi Ke-3" ::

Hi adik2 manis semua, dah join "Urban Vibe Online Contest Edisi Ke-3" ke belum?? la, tak join lagi ker? ala janganlah camtu, jomlah join....

Adik2 semua dengan ini diumumkan; 
PPM telah melonggarkan syarat ke-8 untuk "Urban Vibe Online Contest Edisi Ke-3", iaitu

 {8) Letakkan gambar perkahwinan @ gambar terkini ayah & ibu anda}
Syarat tersebut dilonggarkan kerana memahami amat sukar bagi sesetengah daripada adik2 untuk mendapatkan gambar tersebut. Ye lah zaman dulu 2ada yang tak mampu upah jurugambar, mungkin ada gambar yang dah tak lagi dalam simpanan . Jadi PPM tak maulah syarat ni membuatkan B2 B semua bersedih hati. So apa lagi, letakkan je lah gambar terkini ayah & ibu anda, letak lah gambar yang mesra2 sikit adik2 semua, tapi bukan Terlampau ok! :P.. ok PPM crew tunggu entry peserta2 baru. Bagi peserta yang dah menyertai pertandingan ini, syabas semua & terima kasih atas sokongan anda... nantikan je result nya yer :P

Dengan ini pihak kami memohon maaf diatas kesulitan yang anda semua hadapi :P, dengan melonggarkan syarat tersebut PPM berharap lebih ramai yang akan participate didalam contest ini.  Kalau tak PPM lah yang bersedih hati huhuhu....


PPM Crew
Urban Vibe Event

Sunday, January 16, 2011

Hadiah tambahan bagi 'Urban Vibe Online Contest Edisi Ke-3'!!!

Salam & hye to all brides to be out there =)

Saya dengan rasminya ingin mengumumkan yang 'Urban Vibe Online Contest Edisi Ke-3' ; "...and they live happily ever after.." ada hadiah tambahan sebagai pelengkap hadiah utama.

Nak tahu apa dia???

Best..best sangat-sangat.. Pihak Urban Vibe sangatlah berbesar hati menerima hadiah ini. Bagai pucuk dicita ulam mendatang kata orang.. Walaupun bukan kami yang dapat guna hadiah tersebut, satu kepuasan kepada kami kerana dapat memberi hadiah yang best kepada bakal pengantin yang sudi menyertai pertandingan yang kami adakan.

Nak tahu apa hadiah yang best tu??

Hehe.. Saja kasi berdebar. Selepas berbincang secara pantas dengan pemilik Pelamin Hati , akhirnya mereka telah bersetuju untuk menaja sebuah Mini Pelamin yang grand, bernilai RM1200.00 (Wow! murahnya hati diorang..semoga murajlah rezeki Pelamin Hati hendaknya. Ameen~~) sebagai hadiah utama pertandingan online ini. Haaaaaaaaaa.... Best tak? Bestttt sangat-sangat..

 Maka, lengkaplah hadiah utama kali ini. Jom tengok, apa hadiah yang kami sediakan :


Tempat Pertama                                                                                                                                          
Pelamin Mini yang ditaja oleh Pelamin Hati beharga RM1200.00
Bunga Tangan Fresh Flower berharga RM200.00
1 Sesi Make Up yang ditaja oleh Eyra Rizal Touch berharga RM 450.00
Sijil Penyertaan


Tempat Kedua                                                                                                                                            
Bunga Tangan Fresh Flower berharga RM 150.00
Sijil Penyertaan


Tempat Ketiga                                                                                                                                             
Bunga Tangan Fresh Flower berharga RM 100.00
Sijil Penyertaan


Rugi tak, kalau tak join?? Rugiiiiiiiiiiiiii.... Sebab, hadiah dah melengkapi semua yang penting. Apalagi, sendkan entri contest cepat-cepat. Jangan lambat-lambat... Nanti terlepas! (^_^)

Saturday, January 15, 2011

:: Session with PPM Crew - intrested? ::

hai adik2, kakak2, abang2 sumer... apa plan weekend ni? tentunya macam2 nak buat kan, yang mana dah survey pakej2 menarik di PPM minggu lepas tu, weekend cam ni lah masanya nak gi terjah kedai vendor2 tu...

PPM ada idea nak buat perjumpaan dengan blogger2 B2b ni... maybe kita bole jumpa2, bincang2, kita pun nak dengar jugak idea u all untuk memantapkan penganjuran PPM pada masa akan datang.. So nak tanya ada yang berminat ker???? jom bagi idea!!!... 

PPM Crew
Urban Vibe Event

Friday, January 14, 2011

:: Main Decorator Pameran Pengantin Malaysia di Shah Alam Convention Centre::



PPM tak sabar, rasanya kalau brides to be sumer tau pun sure tak sabar. Secara rasminya diumumkan bahawa Encik nas dari Nas Great Idea telah bersetuju untuk memberi sentuhan beliau di pameran yang akan datang. Anda semua bakal saksikan pelamin indah yang mengikut tema kita "... and they live happily ever after".. jom sama2 kita berangan dekorasi macam manakah yang bakal digubah oleh en Nas dan crew2 nya... wah tak sanggup nak tunggu bulan dua ni nak tau  betapa indahnya pelamin angan en Nas ni, apa lagi jangan lupa tulis dalam diari siap2.. mana yang jauh2 tu jom "Cuti-cuti PPM"...

Buat pengetahuan anda semua, Nas Great Idea memang telah pernah menyertai Pameran Pengantin Malaysia beberapa kali sebelum ini dari 2008 - 2009. Namun atas kesibukan beliau tidak turut serta pada tahun 2010. Pihak kami amatlah berbesar hati kerana akhirnya beliau dapat meluangkan masa bersama Pameran Pengantin Malaysia Februari 2011 ini. Thanks Encik Nas

Apa lagi "Jom gi berangan..... and they live happily ever after.........."

PPM Crew
Urban Vibe Event

Monday, January 10, 2011

:: Pameran Pengantin Malaysia 2011 ( 7 - 9 Jan ) :: *STICKY MODE*


Brides 2 be sumer, jangan lupa checkout our first event for year 2011 this coming january. Cuba tengok promo ni nampak kan ada "crystal blue" tu, so kita nak umumkan kat sini, pameran kali ini ada kelainan. Bermula tahun 2011 ni semua event kita akan diberi tema dan semua participant akan buat decoration mengikut tema tersebut dan tentunya akan memberikan impak yang lebih menarik kepada para pengunjung. Apa lagi , sila kosongkan diary anda untuk sama2 nantikan pameran kali ini.. 

Pemenang pertandingan Urban Vibe Online Contest-2nd Edition yang bakal diumumkan, akan berpeluang bersanding di atas pelamin di pameran kali ini dan ditaja secara ekslusif ole Izz studio & Syahmie Catering pada Jam 2.00 petang hari sabtu. Jangan lupa nantikan juga pertunjukkan fesyen dari DEE BOUTIQUE WEDDING, yang terkenal dengan kebaya2 Ekslusif yang didatangkan khas dari Indonesia pada hari Ahad jam 3.00 petang.


so jumpa disana yer..

PPM Crew
Urban Vibe Event