Friday, June 28, 2013

Dari Poster ke Dinar Emas!

  Assalamualaikum dan Salam Jumaat kepada semua ^^

Baru-baru ini kami telah pun mengumumkan pemenang bagi Like, Share and Win yang mana hadiah utamanya merupakan Dinar Emas yang ditaja oleh Urban Vibe Event !..untung laa siapa yang menang tu kan..


dekat atas ni laa rupa poster yang perlu di share tu..contest ni bukan susah sangat pun cuma kena like page Pameran Pengantin dan poster ini kemudian Share la sampai muak..pemenangnya diambil kira siapa yang Share paling banyak...

Setelah tamatnya tempoh contest ini iaitu 15 Jun 2013 apa yang kami perolehi sebanyak 2,432 Share. Wah! banyaknyaaa sampai juling kami punya juri untuk mengira Share tersebut..

  
tak percaya?? ni haa bukti yang kami sempat rakamkan.hehehe


Apa pun kami ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Lily Insani (ni nama facebook dia nama betulnya Nur Amalina Md Ali)..tahniah lagi sekali kami ucapkan kerana dia sahaja telah share poster tersebut sebanyak 2,040 share( tuuuuuuu diaaaa )..kami pun taktau la macam mana dia boleh sampai banyak tu sekali.hehehe


Yang ni plak Official Poster yang dikeluarkan untuk pengumuman pemenang

 So hadiah boleh dituntut sehingga kami beritahu anda ok? psstt..da dapat nanti belanja la saya makan sikit-sikit.haha..Dan tak lupa kepada yang tak berjaya jangan laa sedih ya,usaha anda amat kami hargai..cuma kena kerja keras lagi sikit. InsyaAllah lepas ini akan ada lagi contest seperti ini dan hadiah dia Pakej Percutian di Angkasa Lepas.(haha..gurau je..hadiah dia "Biarlah Rahsia" :p).

Ok sampai disini sahaja topik kita pada hari ini.semoga kita bertemu lagi di hari dan waktu yang sama dalam Blog ini..wasalam :)




Yang menulis dengan penuh harapan dan impian:





Thursday, June 27, 2013

Tips Bertemu Bakal Mertua..hehe

Assalamualaikum semua!! hehe
Lamanya rasa tak bersua kan.ecewah bersua konon.padahal dalam alam maya je ni.hahah
Korang-korang semua tengah buat apa?tengok telebisyenn ker??tengah makanggg ke??tengah study kerr??ke tengah lepak2 jerr sambil blogwalking?hehe.

Tak kesah la apa pun yang korang tengah buat kan.tapi sy kat sini nak pesan skit..jagalah kesihatan korang ye.tengah musim jerebu ni kan.bahaya tauu..walaupun sekarang bacaan IPU udara kat sekitar kawasan yang agak teruk jerebunya dah berkurang,kita tetap kena alert tau..kalau rasa tak sihat je,,terus pergi klinik,check okay!

Amboi mukadimah bukan main pnjang..hehe.
Tengok tajuk entry kali ni..haaa kemain kannn..


cerita pasal bakal mertua pulak..ecewah
Ha ni nak story mory sikit la ek.tentang tips berjumpa bakal mertua..untuk pertama kali nya..hehe.


Ni setelah mengkaji dari pak cik google,kengkawan dan makcik pakcik yang dak kahwin ye..hehe
Tips ini digalakkan untuk pasangan yang memang betul-betul nak mengikat hubungan ke arah yg lebih serius la ek..bukan hubungan yg semata-mata hubungan cinta.tak nak lebih serius pun tapi ngengade nak bawak jumpa mak ayah la kononnya nak menunjuk..acane tu.ish3..

Ha..moh kita pergi ke tips pertama.

Tips 1 :

Masa
Ha..bila pasangan kita tu bercadang nak bawa berjumpa dengan bakal mertua,sila pastikan rancang betul-betul dulu,cari masa yang betul-betul sesuai untuk berjumpa dengan bakal mertua tu.Make sure mereka telah diberitahu awal so dua-dua belah pihak boleh bersiap sedia kan.Betul tak betul tak? ha..korang boleh get ready, bakal mertua korang punnn boleh get ready.. ha cuba bayangkan kalau tiba-tiba korang tak plan pun kan,tiba-tiba main datang je jumpa dorang, maybe time tu dorang tengah ada problem family ke..tengah tak bersedia ke..or maybe tengah bersiap nak ke tempat lain ke..atau tiba-tiba tak ada kat rumah, ha kan da haru jadinya..kan dah rosak plan jadinya..hehe

Tips 2 :

Sikap/sifat/peribadi
Ehem eham..kalau dah tahu nak pergi jumpa bakal mertua,mestilah pandai ingat kan diri sendiri..jaga tingkah laku..jaga adab..first impression tu penting tahu! hehe..mula-mula jumpa tu jangan la lupa nak salam tangan bakal mak mertua ttu sebagai tanda hormat..hehe jangan la pulak sebab nebess gila sampai lupa benda-benda yang pemting mcm tu..Then tingkah laku kena la jaga ye..cakap elok-elok..bersopan santun berbudi bahasa..tapi jgn la sampai macam kartun kat bawah ni..hahah


ha kalau boleh time datang tu, bawa la buah tangan ke 
hadiah ke kan..mcm ni ha..


sekurang-kurangnya da buat dorang rasa senang dan gembira buat
pertama kalinya jumpa korang..hehe


Tips 3 :

Pakaian/kekemasan diri
Okay yang ni penting sebenarnya tau! Eh korang jangan lah pergi jumpa bakal mertua dengan pakai pakaian yang tak sesuaiii..huhu..segan je tahu?..yang lelaki,janganlah pergi jumpa bakal mertua pakai t-shirt gambar tengkorak mcm pirates carribean tu.ha tak pun, ada tulis mafia besar-besar.hahah.atau pun kat belakang t-shirt ada tulis perkataan-perkataan atau gambar-gambar yang urghhhh langsung tak berkenan bila mata bakal mertua tu tengok..sakit mata aihh..silap-silap terus boleh jadi antara faktor dorang tak suka kat korang tau! ha..beware lah ye..yg perempuan pulak jangan lah pakai pakaian yg ..menjolok MATA..ni untuk yg beragama Islam lah ye..aduhh sedih tau..silap-silap boleh sakit jantung kalau dorang tengok..pakailah pakaian yang menutup aurat..yang sopan..yang sedap mata memandang..sejuuk sikit hati bakal mertua tu tengok.. :)



Tips 4 :

Topik perbincangan
Hehe yang ni agak serious sikit..Yela bila masuk bab topik perbincangan ni mesti korang akan berpikiaq panjang sikit kan.hehe..maklum je la,kita ni orang muda-muda..kadang-kadang kalau jumpa dengan orang-orang tua ni,macam tak tahu nak sembang apa sangat kan..nak-nak pulak kalau korang jenis yang pendiam,kena pulak bakal mertua tu pun sama pendiam..ahh sudahh..suasana pun boleh jadi ...krikk ..krikk..
hahah..tapi biasanya lelaki okay je,dorang boleh sembang banyak benda mcm kereta ke..hal semasa ke..etc..tapi perempuan ha dia mcm susah sikit mula-mula..hehe..so kalau boleh sebelum jumpa tu,tanya la pasangan kita tu,ha apa yang mak atau ayah dorang suka buat..apa yang dorang minat or apa-apa lah yang berkaitan kan..ha jadi bila jumpa nanti boleh la bukak topik pasal benda yang dorang minat tu.ha gerenti dorang suka punya lah! hehe


Tips 5 :

Kemahiran
Haaaa..yang ni biasanya lebih ditujukan buat si perempuan la kann..haih semestinya la dalam dunia majoriti mak mertua mesti nak cari menantu yang kalau boleh tuuu pandai masak..pandai kemas rumah..pandai buat kerja-kerja dapur..pendek kata pandai buat kerja-kerja rumah la..so nanti time korang datang rumah bakal mertua tu,bagi yg perempuan la kan..pergi ikut mak mertua korang ke dapur..pi tolong apa-apa yang patut..tunjukkan diri tiu rajin sikit..heheYang paling penting sekali ada sesetengah mak mertua tu mesti nak tahu,bakal menantu dia tu pandai masak ke tak.hahah!..Ha..kalau bab-bab masak-memasak ni,pendapat sy la kan..perempuan nak tak nak kena jugak tahu masuk dapur, kena jugak tahu masak..walau masak telur sekalipun tak kisah lah janji dia kena tahu memasak....kalau dalam keluarga saya, malu aihhh kalau tak pandai masak..bukan apa,,bila mak mertua kita tu tengok kita pandai masak..pandai buat kerja rumah..haa secara tak langsung,automatik, da tinggalkan kesan positif kat dorang tau..


sekurang-kurangnya dia akan fikir yang insyaAllah korang akan jaga makan minum anak dorang bila dak kahwin nanti.ha tak gituu..heheh

So..nilah antaranya tips-tips yang saya boleh kongsikan buat panduan pasangan-pasangan di luar sanadan juga diri saya sendiri.heheh.

Jumpa lagi di lain masa ya!!



Ikhlas,





Sumber : google















Thursday, June 13, 2013

Apa yang berlaku di PICC tempoh hari?

Assalamualaikum..hai semua!!!..hehe..
Tengah buat apa korang2  semua?..sihat2 kah anda2 semua?hihi..
kami di Urban Vibe Event alhamdulillah baik2 sihat2 saja..hee..

Macam yang korang semua tau kan..kitorang baru sahaja habis event 
Pameran Pengantin Malaysia kat PICC tempoh hari..debaran untuk event di PICC baru-baru ni telah berlalu..hehe..dan sekarang berdebar untuk next event pulak..hehe..dekat manaaa?? 
ha jeng jeng jeng..tungguuuu..hehe

So kalau korang semua nak tahu macam mana hari tu event kami dekat PICC..ha..jom layan gambar-gambar kat bawah ni...tapi sebelum tu..nak cakap sikit..ha...best sangat2 tau..
first time jumpa Adam Corrie, Heliza,Hilal Asyraf dan Imam Muda Asyraf..
hehe best sangat! deborrr ..fuhhh...

Kak Heliza comey cantik sangat macam barbie doll.hehe...
Fazima isteri Adam Corrie pulak cantik dan baik orangnya..hehe..

Waktu perarakan pengantin pun best sangat!!
sebab perarakan kali ini agak berlainan kerana ada Qasidah.
Qasidah Darul Ulum Wal Isnad sangat menarik tau.
..hehe..antara media yang hadir, RTM..
dan dah keluar pun berita kat RTM malam Ahad tu..iaitu hari last day event..
dan insyaAllah artikel berkaitan event kami kali ni akan 
masuk magazine dan paper..hehe..magazine dan 
paper apa?tunggguuu..hehe

So..jom layan gambar-gambar..
hehe..

Ramainya yang daftar

Bual Bicara Selebriti (dari kiri Heliza Helmi, Puan Fazi, Adam Corrie,  Imam  Muda Asyraf dan Hilal Asyraf)


Hilal Asyraf dan Imam Muda Asyraf 

Team Urban Vibe Event bersama Selebriti

Pentas Utama Tajaan Ari Wedding Couture

Pemenang no-1 Booth Tercantik

Pemenang no-2 Booth Tercantik



Pemenang no-3 Booth tercantik

tempat ke-3 booth tercantik

tempat ke-2 booth tercantik

tempat ke-1 booth tercantik




Perarakan Pengantin

Perarakan Qasidah










Persembahan Silat



Terima Kasih kepada semua pengunjung kerana sudi meluangkan masa anda bersama kami.
Jasamu tetap akan dikenang!

Nantikan pula Pameran Pengantin Malaysia pada masa akan datang. ;)


yang benar dan tulus ikhlas..



Friday, June 7, 2013

Pembukaan tirai Pameran Pengantin Malaysia, PICC Putrajaya 2013

Assalamualaikum dan hai semua!! ^^ Dah makan ke korang semua??hehe..
gendang gendut tali kecapi..kenyang perut senanggggg hati..hee^^..
Siapa belum makan lagi tu, pergi la makan cepat-cepat eh..
jgn makan lewat malam sangat,nanti geeeeeee..mok..
ahaha..just kidding hihi..:P

Okayyy dup dap dup dap..fuhhh banyak sungguh perkara yang terjadi pada hari pertama ni..hehe..
dari pagi hingga la petang pelbagai kaum agama dan bangsa yang dtanag...wah..wah..wah..ayat...hehehhehe...^^ pada sebelah pagi kami membuka tirai dengan pendaftaran pengunjung2 yang hadir...sebagai menyambut kedatangan pengunjung2 ke Pameran Pengantin 2013 di PICC, Putrajaya yang juga merupakan sambutan Ulang Tahun Urban Vibe yang ke - 8,tinggal berapa jammmm je lagi sebelum event bermula 7-9 Jun ni..
hari apa?hari Jumaat laa...huhu....

Haaaa...ada benda yang sangat menarik menanti anda di sana !
 Jika anda datang anda akan dapat Doorgift yang sangat istimewa
antaranya seperti :
-Ma' thurat istimewa daripada kami (balik nanti boleh ngaji dengan family.hehe)
-Car Sticker
-Dapat Voucher inai.boleh buat inai tangan secara percuma (terhad untuk 100 pengunjung terawal je)
dan Pelbagai lagi! (nak tau? datang la ye :p)

Dan kami ada "Purchase And Win" 
hanya perlu deposit RM100 sahaja anda boleh dapat no untuk cabutan bertuah.
Pelbagai Hadiah menarik menanti anda antaranya:
-Barangan Elektrik (seperti Dvd player, Seterika, Mesin Basuh(Wow!) dan pelbagai lagi)
-Voucher kasut ( Ditaja oleh Fashion Way).Boleh dapat Kasut Pengantin dengan harga yang berbaloi.
-Hadiah utama ialah Dinar Emas (Ditaja oleh Gold Silver Resources)

Waaaaaaahhhh....banyaknye!
Pameran Pengantin Malaysia PIC, Putrajaya 7-9 Jun ni..ha...best-best semuanya kan...:hehe

dan ini merupakan Sebuah tajaan daripada Henna Dayu Design
Anda boleh membuat inai di tangan Secara Percuma!
nak tahu caranya?
hanya perlu mendaftarkan diri kaunter urus setia dan anda mendapat voucher inai
(tetapi Voucher terhad hanya untuk 100 pengunjung terawal
sepanjang Pameran Pengantin Malaysia.




Dan tak lupa juga kepada penganjur-penganjur kami..




dannnnn akhir sekali........
jom kita saksikan video teaser Pameran Pengantin Malaysia 2013, 
PICC Putrajaya, yang dihasilkan khas oleh 
designer kami yang kacak lagi baik hati..haha*kahkah puji bukan main.:P..
istimewa untuk anda semua yang kami kasihi!!..cewahhh..hihi





Amacam???so apa tunggu lagi wahai kalian semua...
jom ajak satu kampung,satu kolej,satu universiti,satu kampus,
satu office,satu..satu..satu apa lagi korang nak?hehehe..mai la jom ramai-ramai 
datang memeriahkan pameran kami..
sure puas hati punya lah..hehe


Jadi...kita jumpa hari Jumaat sampai Ahad nanti ye!!! Undur diri dulu..bye3...^^



Ikhlas,
















Saturday, June 1, 2013

Limited Booth Available For Pameran Pengantin Malaysia 2013 PICC, Putrajaya

Assalamualaikum....dan hye semua!! ^^..
haa..cuti-cuti camni apa yang korang tengah buat?hehe..
lagi-lagi petang2 cmni kan..ada yang tengah rehat,tengok tv..ada yang tidur..
upsss tak baik tau tidur petang2 cmni..hhehe..saya pulak..
sat g nak ke dapur dah siap2 nak tolong mak 
masak kat dapur..hee

Okeylah kali ni nak share sikit tentang booth untuk 
Pameran kami yang tak lama lagi sahaja ni..Masih ada beberapa lagi 
kekosongan booth untuk para vendor pengantin di luar sana yang berminat untuk 
sertai kami di Pameran Pengantin Malaysia 2013 bertempat 
di PICC Putrajaya minggu hadapan, iaitu 7-9 Jun. 
So limited booth sahaja yang tinggal untuk para vendor..
Jadi apa tunggu lagi..inilah masa yang sangat sesuai untuk 
korang memperluaskan lagi bisnes korang, dan untuk mendapatkan 
sales dan prospect yang tinggi.Kat mana lagi,dekat 
Pameran Pengantin Malaysia lah..
apa tunggu lagi??hehe..

Dan kali ni, ada mcm2 aktiviti yang kitorang akan buat
bersempena dengan ulang tahun Urban Vibe Event yang ke-8..
Antaranya perarakan pengantin..persembahan Gamelan..
persembahan silat..Talk show bersama selebriti seperti 
Heliza helmi, Imam Muda Aysraf, Adam Corrie Lee dan isteri dan Hial Asyraf..
So rugi nya kalau tak join kami..hehe



Khas buat para vendor, jika berminat bolehlah terus hubungi nombor yang tertera..:)

Jadi apa tunggu lagi..jom sertai kami, 
Pameran Pengantin Malaysia 2013 PICC Putrajaya. 
7-9 Jun 2013 oleh Urban Vibe Event.



Ikhlas dari kami,