Thursday, January 31, 2013

quick update!


Assalamualaikum, everybody !
Korang tau ken yang 1-3 Februari(minggu ni) yang jatuh pada Jumaat, Sabtu dan Ahad tu hari yang penting sebab Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event edisi yang ke-31 dah start. So, cik cekodok yang manis lagi gewdik ni nak ajak Bride-to-Be, ramai-ramai datang. Pastu survey-survey pakej yang ditawarkan kat SACC ni sebab banyak vendor-vendor wedding yang best kat sini. Harga pun best. Hewhew *Lap peluh.

So, harini(khamis) team kitorang dengan team vendors tengah sibuk-sibuk set up booth masing-masing. Semua orang dah penat sebab kerja dari pagi tadi. The tema is comel you guiseee. Vintage + Pastel. Team Mahligai Creative pun tengah berusaha siapkan main stage(pelamin) dengan decoration entrance arch. Terima kasihhhhhh *tepuk tangan*

Setakat ni, Alhamdulillah. Semua kerja berjalan dengan lancar.
Eh! Esok , 1 Februari 2013 kan hari Wilayagh. B2B yang kerja kat KL kan cutiii. Ha…. Boleh la singgah. Jumpa dengan cik cekodok tanpa sebab. *lempang diri sendiri*. Maksud saya, boleh datang sini. Bawak tunang sekali. Hehe.
Sekian, itu sahaja update dari saya untuk hari ini uolss. Lepcheww ,<3 p="">

Truly lagi manis,
Cik Cekodok(tak sedap). Haha cik amalina ckp “makan cekodok pun sodapp”. Saya tak sedap taww. 


Friday, January 25, 2013

Nama pemenang bagi kuiz Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event. Ring ding ding!

Assalamualaikum, everybody!


:0

Sorry sebab mulut ternganga. Hehe.
Ni ha, saya nak umumkan nama 10 peng-komen terawal yang join kuiz ni. Sabar..sabar.. Saya akan umumkan nama pemenang dan jawapannya sekali. Tapi saya takkan siarkan komen-komen korang tu sebab ada number telefon ngan IC korang. Ianya confidential so, saya akan copy paste korang punya jawapan dan link blog ya!

Tahu tak yang saya iaitu cik cekodok sangatlah excited dengan kuiz ni. Sebab first time saya anjurkan kuiz ni. Sebab tu kuiz ni mcm 'noob'(newbie) je. So, ampunkan lah dinda kalau ada salah dan silap sepanjang kita bersama. Maksud saya, sepanjang korang join kuiz ni. (=. .=)"

Kuiz kali ni kurang dapat sambutan mungkin kerana faktor hadiah dari pihak kami kut. Hewhew, tunggu next kuiz, ada hadiah best. Hopefully korang join la eh Bride-to-be sekalian.

Antara 10 peng-komen yang terawal ialah........

cik amalina ali
jawapan : Nama penuh: Amalina Binti Ali

 "Saya Suka Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event kerana memberikan banyak informasi tentang perkahwinan terutama sekali vendor-vendor yang ohsemmmm"

Jawapan bagi soalan yang pertama ialah Shah Alam Convention Center (SACC)
Jawapan bagi soalan yang kedua ialah vintage + pastel.
Jawapan bagi soalan yang ketiga ialah edisi ke-31.

Cik anna
Jawapan : NAMA: NURFARHANA BINTI MOHAMED YUSOP

"SAYA SUKA PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA BY URBAN VIBE EVENT KERANA
ini satu-satunya pameran pengantin yang paling stylo di Malaysia."

Jawapan bagi soalan yang pertama ialah SHAH ALAM CONVENTION CENTRE
Jawapan bagi soalan yang kedua ialah VINTAGE (CREAM PEACH, SALMON PINK & MINT GREEN PASTEL COLOUR)
Jawapan bagi soalan yang ketiga ialah EDISI KE-31

Cik Herni Nadia(cik herni tkda link blog)
Jawapan :  Nama Penuh: HERNI NADIA BINTI MAD HASSAN

Slogan: “Saya Suka Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event kerana MEMUDAHKAN BAKAL PENGANTIN MENCARI KELENGKAPAN PERKAHWINAN DI BAWAH SATU BUMBUNG.”

Jawapan bagi soalan yang pertama ialah SHAH ALAM CONVENTION CENTRE
Jawapan bagi soalan yang kedua ialah VINTAGE: CREAM PEACH, SALMON PINK & MINT GREEN PASTEL COLOUR
Jawapan bagi soalan yang ketiga ialah kalau yang FEBRUARI DI SACC EDISI KE-31 DAN SELEPAS DI SACC INI EDISI KE-32! ;)

Cik Orked
Jawapan : Salam. Nak joinnn!! =) 1. Nurhanis Elena binti Mohd Noh

"Saya Suka Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event kerana banyak sangat informasi tentang vendor-vendor perkahwinan boleh didapati disini!!! =)"

Jawapan bagi soalan yang pertama ialah SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC).
Jawapan bagi soalan yang kedua ialah VINTAGE + PASTEL.
Jawapan bagi soalan yang ketiga ialah EDISI KE-31. Thanks!

Cik Honeylalala
 Jawapan : Nama Penuh: Sofahani Binti Mohamad Sakroji,

“Saya Suka Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event kerana ianya ibarat 'Wedding Planner' bagi bakal pengantin seperti kami .”

Jawapan bagi soalan yang pertama ialah Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event akan berlangsung pada 1-3 Februari 2013 ini di Shah Alam Convention Centre
Jawapan bagi soalan yang kedua ialah tema Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event pada 1-3 Februari ini ialah Vintage (Cream Peach,Salmon Pink & Mint Green)-Pastel Colour
Jawapan bagi soalan yang ketiga ialah Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event pada 1-3 Februari 2013 ini merupakan edisi yang ke 31! Sekian terima kasih :)

Cik Syazwani(cik wani pun tkda link blog)
 Jawapan : Nama :  Nama: Nor Syazwani Binti Baharom.
"Saya suka Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe event kerana tema yang dianjurkan mampu memberi inspirasi kepada bakal pengantin"
Jawapan bagi soalan yang pertama ialah di Shah Alam Convention Centre (SACC) 2)
Jawapan bagi soalan kedua ialah vintage dan pastel.
Jawapan bagi soalan ketiga ialah edisi ke-30. Saya suka Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe event kerana tema yang dianjurkan mampu memberi inspirasi kepada bakal pengantin.

Cik Atikah
Jawapan : NAMA: NOR'ATIKAH ZAID

"SAYA SUKA PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA BY URBAN VIBE EVENT KERANA SANGAT MEMUDAHKAN PERSEDIAAN PENGANTIN UNTUK HARI BAHAGIA SEKALI SEUMUR HIDUP."

JAWAPAN BAGI SOALAN PERTAMA IALAH SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC). JAWAPAN BAGI SOALAN KEDUA IALAH VINTAGE + PASTEL.
JAWAPAN BAGI SOALAN KETIGA IALAH EDISI KE 31.

Jawapan : Nama : . NAMA :SITI HAZIRAH
" SAYA SUKA PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA BY URBAN VIBE EVENT KERANA TEMA YANG DITAMPILKAN BEGITU VERSATILE DAN TERKINI."
Jawapan bagi soalan yang pertama ialah…: SACC MALL SHAH ALAM. 
Jawapan bagi soalan yang kedua ialah…:VINTAGE DAN PASTEL. 
Jawapan bagi soalan yang ketiga ialah…:EDISI KE-31. 
Jawapan : 
bismillahirrahmanirrrahim.. mintak2 sempat lg nak menang walaupun last minit :) Siti Noorhaniza Hamdan  
"Saya Suka Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event kerana UVB sentiasa menyediakan vendor2 perkahwinan yang marvellous dan mantap di abad ini" 
Jawapan bagi soalan yang pertama ialah Shah Alam Convention Centre. 
Jawapan bagi soalan yang kedua ialah Vintage. 
Jawapan bagi soalan yang ketiga ialah Edisi Ke 31. TQ uols! (:

Kepada para pemenang, nanti cik cekodok akan call kamu ya untuk confirmkan bila kamu nak collect hadiah. Hehe. Lepcheww yang join contest ni. Meh peluk meh.

truly dan manis,
Cik Cekodok

Wednesday, January 23, 2013

Kuiz Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event Tahun 2013 siri 1.

Assalamualaikum, everybody!

Soalan Kuiz Siri 1 berbunyi seperti ini :

1. Di manakah Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event akan berlangsung pada 1-3 Februari 2013 ini?

2. Apakah tema Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event pada 1-3 Februari ini?

3. Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event pada 1-3 Februari 2013 ini merupakan edisi yang ke berapa?


Terma dan syarat-syarat penyertaan:

1. Sertakan Nama penuh, No. IC , No. Telefon
2. Lengkapkan slogan dia bawah
“Saya Suka Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event kerana……..”
(tidak melebihi 10 patah perkataan)
3. Jawab s
oalan dengan menggunakan ayat yang bermula seperti yang berikut :

Jawapan bagi soalan yang pertama ialah…..
 

Jawapan bagi soalan yang kedua ialah……
Jawapan bagi soalan yang ketiga ialah…..



p/s : Jawapan nanti saya collect hari Jumaat yang bertarikh 25 Januari 2013 dan saya akan umumkan nama pemenang-pemenang hari yang sama jugak pada pukul 3 petang. Sekian



Tuesday, January 22, 2013

The Battle beggin!

Assalamualaikum, everybody!

Hello... hello..

Esok! Start kuiz Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event tau.

Masa : 3 petang
Tarikh : 23 Januari 2013
Tempat : dekat blog yang korang tengah lepak ni. Blog Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event

So, tunggu saya post soalaan kuiz kat sini pukul 3 esok. Kalau dahaga atau lapar sementara tunggu saya post soalan, boleh la order apa2 yang korang teringin nak makan. Okay gurau-gurau dan guarauan saya tak lawak tadi. Saya sedar tu.

Apapun, gegirls ngan beboys sekalian, tunggu saya esok kayhh.
Ingat, 10 peng-komen yang terawal bagi jawapan kat saya, dapat T-shirt, paperbag, dengan Pen.
Pastu, next kuiz, ada hadiah yang lebih menarik wooooo~~
dah ada orang nak sponsor.

"Nak sponsor apa?"

jawapan : Rahsia (hampeh bukan? saya sedar tu)
Mohon Sabar. Okay then, jumpa esok, Doakan Cik cekodok panjang umur supaya boleh post soalan kuiz tu.


Terma dan syarat-syarat penyertaan:

1. Sertakan Nama penuh, No. IC , No. Telefon
2. Lengkapkan slogan dia bawah
“Saya Suka Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event kerana……..”
(tidak melebihi 10 patah perkataan)
3. Jawab s
oalan dengan menggunakan ayat yang bermula seperti yang berikut :

Jawapan bagi soalan yang pertama ialah…..
 

Jawapan bagi soalan yang kedua ialah……
Jawapan bagi soalan yang ketiga ialah…..

 




Truly dan benar lagi tulus dan manis,
Cik Cekodok




Monday, January 21, 2013

ianya percuma untuk mempunyai harapan. kan? kan?


Assalamualaikum, everybody !

Pertama sekali, maafkan saya untuk tajuk post yang poyo kali ni. Huhu. Gedik bukan? Sorry-sorry. Macam ni, saya and the gang(cehceh dah macam geng apa dah), dah decide nak bagi hadiah apa kat korang yang jadi peng-komen 10 terawal untuk jawab kuiz-kuiz yang saya akan bagi nanti. So, untuk membangkitkan urat-urat korang supaya nak join kuiz kami ni, saya upload la gambar hadiah yang bakal kami berikan.

Kalau kuiz ni dapat sambutan yang hangat dan mampat, saya memang akan buat lagi kuiz ni dan banyak lagi hadiah-hadiah yang saya nak bagi, InsyaAllah. Ni kiranya trial la untuk tengok yang korang sanggup ke nak join kitorang ni. Hehe. So, kalau korang nak hadiah yang lebih gempak, perbanyakkan penyertaan korang sebab kitorang memang tengah berusaha cari penaja untuk bagi hadiah-hadiah best / hebak-hebak(hebat-hebat) kat korang. Serius ni.*muka serius yang tak berapa nak menjadi*













Tantaraaaaaaa~
Ni lah hadiahnya. Dapat T-shirt khas dari Urban Vibe Event, Paper bag khas dari Urban Vibe Event jugak(hehe) dan Pen dari Urban Vibe Event jugak. So, Nantikan soalan-soalan kuiz kami yang senang je nak jawab ni. Korang kena cari jawapan di fan page kami !

So, umm, yeah, Tu je kot setakat ni. Hopefully korang join la ye...

*menari zapin*(ewahhh~)

truly,
cik cekodok

Saturday, January 12, 2013

*cough* respon ! respon!


Assalamualaikum, everybody!

Hehe. Dah lama tak update disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Maaf ye: )
Melalui pemerhatian saya kat previous post yang saya dah post haritu, TAK ADA ORANG KOMEN. Wahwahwah (sedih). Haha. Mental.

Dear korang / followers,
Jangan la takut dengan saya. Komen je la apa-apa yang terlintas dekat fikiran korang tu. InsyaAllah saya layan punya. Percayalah (adakah kedengaran meyakinkan?). Kita perlu berinteraksi antara satu sama lain tahu? Untuk merapatkan ukhwah kita sesama Islam ni, yang makin besar jurangnya. Okay, stop cekodok, stop. *tutup mulut dengan tangan*. Korang jangan la segan-segan nak share apa-apa yang korang rasa penting. Saya bukannya makan orang pun: (

*sedang berfikir*


*10 minit kemudian....

Berpandukan otak saya yang separa bijak ni, saya ada cadangan. *gosok-gosok tangan*. Ke Korang nak masuk contest siapa peng-komen yang 10 terawal, kitorang kasi gift? “itu gift pun tak mau ka?itu flee(free) punya lohh. Manyak senang wo mau dapat itu flee(free) gift”.

So, kitorang sangat memerlukan respons korang untuk menjayakan benda ni, okay?

*buat muka terasa seperti bijak*

p/s: saya perlukan respon melalui komen-komen kalian ye kat post ni:’)


truly,
cik cekodok

Thursday, January 3, 2013

Highlights untuk event kat Ampang Point 4-6 Januari 2013


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Harini saya nak highlight sikit aktiviti-aktiviti masa dekat Pameran Pengantin Malaysia yang Urban Vibe Event anjurkan di Ampang Point tu nanti supaya korang dapat rasa feel nak pergi kat event tu nanti. Hehe *kenyit mata sambil buat tarian hawaii*.
Kalau nak tau, iklan Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event ni ada keluar kat paper Metro hari tu(Ahad,30 Disember) . Hari ni ada keluar lagi. So,jangan lupa beli ye kalau nak tau dengan lebih detail lagi.

4 Januari 2013
Aktiviti cabutan bertuah untuk pengunjung pukul 3 petang. So,kalau korang datang petang tu,boleh lah korang cuba nasib untuk aktiviti yang cabutan bertuah ni. Mana la tau bertuah kan? Hadiahnya berupa barangan elektrik. Haaa,mesti nak tau hadiah apa kan? Ini rahsia. Kalau datang event baru boleh bagitahu. *muka nakal* hehe. Oh ya, masa hari jumaat tu nanti,ada 3 sesi cabutan bertuah. Sesi pertama cabutan bertuah tu nanti start pukul 3.00 petang, yang kedua pukul 5.30 petang pastu yang ketiga pukul 8.30 malam.  Last aktiviti hari tu nanti ialah pengumuman booth yang tercantik.(yang participate aktiviti ni hanya para vendors je tau). Hadiah untuk pemenang booth tercantik ni special sikit. Pihak pengurusan Urban Vibe Event bersetuju nak bagi para vendors ni Glass Certificate. Maksudnya sijil tu dicetak atas kaca. So,vendor yang menang pertandingan booth tercantik tu,boleh lah gantung glass certificate tu kat booth korang sepanjang event tu berlangsung. Para vendors boleh la hias booth korang cantik-cantik ikut tema. Hehe.

5 Januari 2013
Hari kedua ni dikira hari kemuncak la sebab Pameran Pengantin Malaysia memang dikenali dengan demonstrasi perarakan pengantin ni. Lengkap semua lah dengan pelaminnya,dengan kompang  ngan silat. Make-up model pengantin perempuan tu nanti di sponsor oleh Emma Pesona Studio. Baju model pengantin dengan pelamin kat stage di sponsor oleh KL Wedding Ministry. Meleteupss la sesangat sebab KL Wedding Ministry punya deco sangat comel dan cantik uolss ^o^ dan demonstrasi ni start pukul 2.30 petang. Pukul 4.30 petang pulak kita akan adakan demonstrasi gubahan bunga tangan oleh Hantaran Qaseh. yeayy (^_^) v *peace*.  Masa malam pulak kita ada aktiviti kuiz untuk visitors. Sesiapa yang dapat jawab betul, dia dapat la hadiah sepecial dari kami. Hehe.


6 Januari 2013
Kalau nak tau dengan lebih lanjut pasal aktiviti hari last ni, datang la ke Pameran Pengantin Malaysia kat Ampang Point nanti. Kehkehkeh. *lariiiiii*


Maafkan saya sebab tinggal kan korang terkontang-kanting macam tu. Kalau korang betul-betul nak tau aktiviti hari last tu, sila lah datang hari Ahad ni ! *mata bersinar-sinar*



truly,
Cik Cekodok Merah Jambu 

Wednesday, January 2, 2013

Warna tema warna favourite saya dan kamu :D


Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai B2B sekalian *senyum tersipu malu*

Saya harini nak bagi tips sikit untuk warna-warna tema pada tahun 2013 ni. Saya ada la buat research sikit kan. Kalau korang nak tau, tahun ni tema warna yang paling hot ialah warna pastel. Tau tak warna pastel sangatlah cute sampai rasa nak kawin sekarang jugak!! *lempang diri sendiri*. Over sesangat. Hm. Okay berbalik kepada tajuk kita ni sebelum saya mula merepek lagi mintak nak dikahwinkan. Amboi,gatal eyy *jeling diri sendiri kat depan cermin*

Contoh warna-warna pastel favourite saya ialah soft pink dengan warna baby blue. *Tarik nafas, hembusss* fuhh. Ni saya sertakan colour palete untuk korang fikir-fikirkan dengan imaginasi korang yang kuat / separa kuat / lemah / sangat lemah (sila pilih tahap imaginasi kalian) hehe ampun ampun~


*Batuk-batuk* Baiklah, ni lah colour palete warna-warna pastel. Saya tengah ketap gigi ni sebab geram sangat tau tengok warna-warna ni berlegar-legar dalam otak. Kalau lah korang faham apa perasaan saya masa search barang-barang kahwin yang berwarna pastel masa kat google image tadi, korang mesti simpati kat saya. Kalau tak simpati, saya mohon untuk di-simpati-kan. Tengok tu, saya melalut lagi.

Ni ada lagi centerpiece yang bewarna pastel. Semua saya curi di google image.
Hambik kau. Warna bunga-bunga tu comel bangat. Ada a few bride-to-be tak tau / confuse nak pilih kaler tema warna apa. Apa kata try warna pastel. Lagipun warna pastel sangat lah evergreen. Tak pernah lapuk okay. Ni ada banyak lagi gambar yang saya curi kat google.



Saya curi sikit je sebab tak tahan dah nak tengok.

Ni pulak centerpiece kat meja makan tetamu. Memandangkan fresh flower adalah mahal, korang boleh la letak centerpiece fresh flowers ni kat meja VVIP. At least nampak la comel kat majlis korang tu nanti. *tetiba terngiang-ngiang bunyi kompang kat telinga saya. Mengada-ngada tau. Sangat*


Ni choice kaler bunga kalau korang tak nak warna pastel yang menyerlah sangat. Kaler ni soft sesangat sebab tu nampak suci je majlis korang tu nanti. Perlu diingatkan ye, kalau korang pilih kaler yang super soft macam ni, korang jangan la pulak pilih kaler baju warna putih / kaler yang hampir kepada putih. Nanti nampak.... suci sangat / dull. Tau! Try pilih kaler baju yang menyerlah-menyerlah sikit warnanya.



Yang ni contoh bunga tangan. Saya amik contoh yang ni sebab korang tau la, kalau letak gambar jenis bunga yang takda dekat Malaysia, nanti korang terbeharap pulak nak dapat bunga macam tu. Sebab tu saya letak bunga ros. Bunga yang memang available. Actually banyak lagi jenis bunga yang florist import dari luar tapi sangat lah mahal. Korang tau je la kan harga bunga ni ikut season. Kalau time perayaan, harga bunga naik naik melambung-lambung sampai korang tak sampai hati nak lambung bunga tangan korang tu nanti. Cehcehceh :p


Saya berdoa agar ada orang boleh buat kek mcm yang di atas sebab ianya teramat lah comel. Geram je tengok. Oleh itu, mari lah kita geram secara berjemaah. *muka nangis*.

Psst.. psstt,
Kalau korang nak tengok banyak contoh-contoh kaler pastel, tunggu Pameran Pengantin Malaysia kitorang kat SACC bulan Februari nanti. Sebab, tema event kitorang masa tu ialah warna-warna pastel !! YEAYYYYYYY! Saya eksited sebab saya suka berada di sekeliling kaler pastel . Boleh cuci mata sambil berangan-rangan. Hurm. Saya suka berangan sesorang sebab berangan tu free. Tak payah bayar. Kan??

Okay, setakat ni, ni je la yang saya boleh bagi. Kalau korang ada nak bagi pendapat ke apa, komen je lah tau. Jangan malu. Saya baik. *krik krik krik*(bunyi cengkerik)



Truly,
Cik Cekodok Merah Jambu<3 nbsp="nbsp">