Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai
B2B sekalian *senyum tersipu malu*
Saya harini nak bagi tips sikit untuk
warna-warna tema pada tahun 2013 ni. Saya ada la buat research sikit kan. Kalau
korang nak tau, tahun ni tema warna yang paling hot ialah warna pastel. Tau tak
warna pastel sangatlah cute sampai rasa nak kawin sekarang jugak!! *lempang
diri sendiri*. Over sesangat. Hm. Okay berbalik kepada tajuk kita ni sebelum
saya mula merepek lagi mintak nak dikahwinkan. Amboi,gatal eyy *jeling diri
sendiri kat depan cermin*
Contoh warna-warna pastel favourite saya
ialah soft pink dengan warna baby blue. *Tarik nafas, hembusss* fuhh. Ni saya
sertakan colour palete untuk korang fikir-fikirkan dengan imaginasi korang yang
kuat / separa kuat / lemah / sangat lemah (sila pilih tahap imaginasi kalian) hehe
ampun ampun~
*Batuk-batuk*
Baiklah, ni lah colour palete warna-warna pastel. Saya tengah ketap gigi ni
sebab geram sangat tau tengok warna-warna ni berlegar-legar dalam otak. Kalau
lah korang faham apa perasaan saya masa search barang-barang kahwin yang berwarna
pastel masa kat google image tadi, korang mesti simpati kat saya. Kalau tak
simpati, saya mohon untuk di-simpati-kan. Tengok tu, saya melalut lagi.
Ni ada lagi
centerpiece yang bewarna pastel. Semua saya curi di google image.
Hambik kau.
Warna bunga-bunga tu comel bangat. Ada a few bride-to-be tak tau / confuse nak
pilih kaler tema warna apa. Apa kata try warna pastel. Lagipun warna pastel sangat
lah evergreen. Tak pernah lapuk okay. Ni ada banyak lagi gambar yang saya curi
kat google.
Saya curi sikit
je sebab tak tahan dah nak tengok.
Ni pulak
centerpiece kat meja makan tetamu. Memandangkan fresh flower adalah mahal,
korang boleh la letak centerpiece fresh flowers ni kat meja VVIP. At least
nampak la comel kat majlis korang tu nanti. *tetiba terngiang-ngiang bunyi
kompang kat telinga saya. Mengada-ngada tau. Sangat*
Ni choice kaler
bunga kalau korang tak nak warna pastel yang menyerlah sangat. Kaler ni soft
sesangat sebab tu nampak suci je majlis korang tu nanti. Perlu diingatkan ye,
kalau korang pilih kaler yang super soft macam ni, korang jangan la pulak pilih
kaler baju warna putih / kaler yang hampir kepada putih. Nanti nampak.... suci
sangat / dull. Tau! Try pilih kaler baju yang menyerlah-menyerlah sikit warnanya.
Yang ni contoh
bunga tangan. Saya amik contoh yang ni sebab korang tau la, kalau letak gambar
jenis bunga yang takda dekat Malaysia, nanti korang terbeharap pulak nak dapat
bunga macam tu. Sebab tu saya letak bunga ros. Bunga yang memang available.
Actually banyak lagi jenis bunga yang florist import dari luar tapi sangat lah
mahal. Korang tau je la kan harga bunga ni ikut season. Kalau time perayaan,
harga bunga naik naik melambung-lambung sampai korang tak sampai hati nak
lambung bunga tangan korang tu nanti. Cehcehceh :p
Saya berdoa agar
ada orang boleh buat kek mcm yang di atas sebab ianya teramat lah comel. Geram
je tengok. Oleh itu, mari lah kita geram secara berjemaah. *muka nangis*.
Psst.. psstt,
Kalau korang nak
tengok banyak contoh-contoh kaler pastel, tunggu Pameran Pengantin Malaysia
kitorang kat SACC bulan Februari nanti. Sebab, tema event kitorang masa tu
ialah warna-warna pastel !! YEAYYYYYYY! Saya eksited sebab saya suka berada di
sekeliling kaler pastel . Boleh cuci mata sambil berangan-rangan. Hurm. Saya
suka berangan sesorang sebab berangan tu free. Tak payah bayar. Kan??
Okay, setakat ni, ni je la yang saya boleh bagi. Kalau korang ada nak bagi pendapat ke apa, komen je lah tau. Jangan malu. Saya baik. *krik krik krik*(bunyi cengkerik)
Truly,
Cik Cekodok
Merah Jambu<3 nbsp="nbsp">3>
No comments :
Post a Comment