Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Harini saya nak highlight sikit
aktiviti-aktiviti masa dekat Pameran Pengantin Malaysia yang Urban Vibe Event
anjurkan di Ampang Point tu nanti supaya korang dapat rasa feel nak pergi kat
event tu nanti. Hehe *kenyit mata sambil buat tarian hawaii*.
Kalau nak tau, iklan Pameran Pengantin
Malaysia by Urban Vibe Event ni ada keluar kat paper Metro hari tu(Ahad,30
Disember) . Hari ni ada keluar lagi. So,jangan lupa beli ye kalau nak tau
dengan lebih detail lagi.
4 Januari 2013
Aktiviti cabutan bertuah untuk pengunjung
pukul 3 petang. So,kalau korang datang petang tu,boleh lah korang cuba nasib
untuk aktiviti yang cabutan bertuah ni. Mana la tau bertuah kan? Hadiahnya
berupa barangan elektrik. Haaa,mesti nak tau hadiah apa kan? Ini rahsia. Kalau
datang event baru boleh bagitahu. *muka nakal* hehe. Oh ya, masa hari jumaat tu
nanti,ada 3 sesi cabutan bertuah. Sesi pertama cabutan bertuah tu nanti start
pukul 3.00 petang, yang kedua pukul 5.30 petang pastu yang ketiga pukul 8.30
malam. Last aktiviti hari tu nanti ialah
pengumuman booth yang tercantik.(yang participate aktiviti ni hanya para vendors
je tau). Hadiah untuk pemenang booth tercantik ni special sikit. Pihak
pengurusan Urban Vibe Event bersetuju nak bagi para vendors ni Glass
Certificate. Maksudnya sijil tu dicetak atas kaca. So,vendor yang menang
pertandingan booth tercantik tu,boleh lah gantung glass certificate tu kat
booth korang sepanjang event tu berlangsung. Para vendors boleh la hias booth
korang cantik-cantik ikut tema. Hehe.
5 Januari 2013
Hari kedua ni dikira hari kemuncak la sebab
Pameran Pengantin Malaysia memang dikenali dengan demonstrasi perarakan
pengantin ni. Lengkap semua lah dengan pelaminnya,dengan kompang ngan silat. Make-up model pengantin perempuan
tu nanti di sponsor oleh Emma Pesona Studio. Baju model pengantin dengan
pelamin kat stage di sponsor oleh KL Wedding Ministry. Meleteupss la sesangat
sebab KL Wedding Ministry punya deco sangat comel dan cantik uolss ^o^ dan
demonstrasi ni start pukul 2.30 petang. Pukul 4.30 petang pulak kita akan
adakan demonstrasi gubahan bunga tangan oleh Hantaran Qaseh. yeayy (^_^) v
*peace*. Masa malam pulak kita ada
aktiviti kuiz untuk visitors. Sesiapa yang dapat jawab betul, dia dapat la
hadiah sepecial dari kami. Hehe.
6 Januari 2013
Kalau nak tau dengan lebih lanjut pasal
aktiviti hari last ni, datang la ke Pameran Pengantin Malaysia kat Ampang Point
nanti. Kehkehkeh. *lariiiiii*
Maafkan saya sebab tinggal kan korang
terkontang-kanting macam tu. Kalau korang betul-betul nak tau aktiviti hari
last tu, sila lah datang hari Ahad ni ! *mata bersinar-sinar*
truly,
Cik Cekodok Merah Jambu
sedihlah dgn pameran pengantin ni...bila nak buat kat johor besar2 punya....sy tgu je...hehe...
ReplyDeleteheheh sabar yee. kami memang tengah dalam perancangan ni. mohon bersabar<3
ReplyDelete-cekodok-
baik!! sy tunggu dgn sabar..hehe.=)
ReplyDeletearghhhh... tu lah nana pun tunggu pameran pengantin besar2an kat johor. dari belum bertunang, smpai dah nak kawin pun. sedih. :(
ReplyDelete