Thursday, May 30, 2013

Batu Feringghi yang sangat indah..^_^

Assalamualaikum semua..hai2..^^..sihatkah kalian di luar sana?
hehe..kami di Urban Vibe alhamdulillah sihat-sihat je..*ecewahh..so mcm mana dengan 
minggu-minggu school holiday korang semua?apa perancangan korang semua?
hehe..kalau yang bekerja tu..hurmmm 
confirm2lah still kerja kan..haha..

Yang bersekolah tu lah gembira sakan sebab dapat cuti dua minggu.grrr best nya...
hihi..Jeles betul..haha apa-apa pun zaman-zaman sekolahku da lama berakhir..tskkkk..sob2..
rindu la pulak time2 sekolah dulu.hikhik.

So cuti-cuti sekolah ni mesti ramai ibu bapa yang plan nak 
bawa family pergi bercuti ke..balik kampung ke..or kemana-mana la kan..
Yela bila lagi kan,time2 ni lah nak bawak family pergi berjalan-jalan makan angin 
atau melawat nenek dan atuk di kampung..hehe..*hurmm rindu pulak kat kampung

So for us di Urban Vibe..kitorang pergi berjalan-jalan melancong ke.......



Yeayyy..Batu Feringghi, Penang..Terima kasih banyak-banyak kepada management 
kerana menaja percutian kami..hikhik..
Seronok sangat..Banyak aktiviti yang best and extreme korang boleh buat! 
haha..serious, memang fun..dan memang suggest kat korang untuk bercuti kat sini..
Kat sini kitorang menginapdi Holiday Inn..
memang syok bilik hotel dia.hehe.

Antaranya, untuk aktiviti pantai korang boleh naik banana boat, 
paraasailing dan juga jetski..Banana boat tu apa??
ala..yang naik atas benda yang bentuk mcm pisang tu..lepas tu bot 
kat depan tarik pakai tali laju-laju.haha that's why la 
nama dia banana boat kot.haha.

Yang parasailing tu pula...haa..terbang atas pantai.wahaha..
memang syok habis....mula-mula memang takut nak naikkk..
hihi..tapi bila dah kat atas..fuhh bebas sangat rasa..seram rasa nak turun tapi 
lama-lama best pulak..haha..tiba-tiba rasa sekejap 
gila dah kena turun.hahah.

Apa-apa pun korang layan dulu gambar-gambar kat bawah okay..hehe
*sila klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.hihi


Dalam perjalanan ke Batu Feringghi..



Tadaaaa!! Ni lah Hotel Holiday Inn Batu Feringhi.
Kitorang tidur kat sini selama 3 hari 2 malam..
   

Bilik hotel yg sangat selesa..:)


Swimming pool kat bawah..kt sebelah sana tu dah nampak pantai..
Dekat sangat.. :)


Pandangan dari swimming pool..:)


(Dari kiri)  1) Bangunan KFC yang sangat classic kat Penang.hihi. 2) Sampai je kat sana bangunan tinggi2 gak boleh tahan.. 3) Ada arch basikal dengan orang dkt tengah2 jalan..unik..4) Night market betul-betul kat bawah area hotel kitorang..5) Jalan-jalan di Taman Rama-Rama..6) Entrance Taman Rama-Rama


Ni semua gambar-gambar sekitar Taman Rama-Rama tu..


Okay yang ni pulak gambar di sekitar pantai..(Dari kiri) 1) Aktiviti banana boat..hehe..2) Ha yang ni la parasailing..memang best! 3)hehe ada pulak budak-budak ni main tanam-tanam dalam pasir. hehe 4) Tu dia parasailing terbang jauhhhh  5) Okay get ready nak lari laju-laju pastu terbang tinggi..wuuu.. 6) Dua orang gadis sedang bersiap sedia nak terbang..hhehe..



Close up gambar tourist nak terbang dengan parasailing.


(Dari atas)  1) Ni pulak time makan pasembur..hehe..sedap la jugak kan..sebelum ni tak pernah pun rasa pasembur tu..tapi lebih kurang mcm rojak ke kot ek rasa dia..2)Ramai gila yang makan kat sini ouh..


Dua orang kanak-kanak riang dan comel sedang bermandi-manda dalam kolam..hehe


Okay kalau tadi kita bercerita tentang aktiviti sekitar pantai dan kolam renang.
Sekarang nak  cerita pulak aktiviti darat.hehe.
Aktiviti yang adventure dan boleh dikatakan extreme jugak.Hehe.

Hari kedua lepas je balik dari Taman Rama-Rama, 
kitorang ternampak satu tempat ni.Namanya Escape.
Ingat kan tempat apa, rupanya, Extreme Park.Woohoo..
Escape ni baru je bukak dalam November tahun lepas kalau tak silap.
Ada aunty kedai kat dlm tu cakap, sekarang dorg tengah nak buat water world.So dijangka 2014 siap sepenuhnya Extreme Park ni.

Dalam ni ada mcm2 aktiviti boleh buat antaranya 
Flying Fox,Tubby Racer,Climbing,jalan atas tali antara pokok-pokok yang tinggi, 
dan mcm2 lagi lah..hehe
Survey2 harga, RM 60 untuk satu hari bermain tapi untuk Malaysian dlm RM 48 dapat.Haa main la kat situ sampai puas.hehe.
So tengok harga pun ok,kitorang pun decide nak pergi hari Ahad tu.Heee
Cabar diri sendiri nak buat aktiviti yg extreme ni even tak pernah buat pon sebelum ni..
Teringin sangat nak buat tapi tak pernah dpt peluang..
So da dpt peluang mcm ni kitorang pun apa lagi..
rembat lah chance yang ada. Heee..



So inilah Escape,Penang.


Ni pulak peta lakaran di dalam Escape. Check point untuk aktiviti2 yang korang nak buat.


Ni gambar tourist,gambar kitorang tak dapat nak ambil cantik2 sebab kamera tak bawa.Takut jatuh time nak buat aktiviti.Hehe.Ambil pakai fon kamera je..huhu


Ni aktiviti Tubby Racer. Lepas dah penat tarik pelampung berat tu naik ke atas,then abang2(instructor) kat atas tu tolak kitorang.apa lagi menjerit sakan la waktu turun tu..Heehe.


Ni pulak terjumpa lakaran Escape ni kat Pak Cik Google..Heee


Ni ada tree climbing..tapi kitorang tak sempat buat yg ni..sebab nk balik dah..
huhu tsskkk tskk..T.T


Ha yang ni pulak gambar dari bawah..atas tu tali-tali yang tergantung 
untuk para pelawat buat aktiviti..hehe


See the tali-tali yang banyak tu?hehehe...


Yang ni lagi syok..terjun mcm nak bunuh diri..tapi bukan nk bnuh diri kat sini ye..
tp nak buat aktiviti yang mencabar fizikal dan mental..howyeahh..
haha tapi yang ni ada safety..kikiki..




Ni contoh gambar flying fox.Sumber dari http://crazykyn.blogspot.com/2013/02/escape-penanggggggg-d.html sebab gambar sendiri tgh terbang takde..huhu.


The best flying fox rasanya..!!hahah. Seriusly sebelum ni da la tak pernah try buat flying fox..dtg2 sini je terus buat flying fox yang tinggi gila n jauh route dia..perghh memang terbaik lah!haha..fuhh memang best sgt!



Yang ni pun kitorang buat.hahah.seronok gila walaupun penat tak ingat dunia.hihihi.

Seriously best sangat2 kat sini.
Kalau dpt peluang pegi sini memang confirm2 akan pergi Escape lagi.
Tak jauh pun dari Batu Feringhi.Lokasi dia dekat Teluk Bahang dan tempat dia tepi jalan je.
Takkan sesat punya lah kalau nak ke sini.Tapi make sure dtg sini pagi-pagi lah, 
baru dpt main banyak game sampai puas.
Kalau mcm kitorang, x sempat main byk game pun..huhu.
Dapat 3 jam je, lepas tu dah siap2 nak balik KL dah..

Hari terakhir memang kitorang jalan puas-puas..haha.sampai KL pukul 2 pagi..
siang nya terus masuk office sambung kerja..-.-' 
hhaha memang terbaikk..hihik.



Selamat jalan Pulau Pinang!..Jumpa lagi di lain masa..:D


p/s : actualy banyak lagi gambar-gambar best2 tapi x larat upload banyak2.hikhik.
so memang sangat di suggest kan untuk korang datang bercuti kat sini okay..;)
tapi upset sikit tak dapat naik Bukit Bendera sebab ramai sangat org.
yela time cuti sekolah kan..memang padat lah.hehe

Okay lah semua..jumpa lagi...bye2..assalamualaikum...^_^


psssstttt...jangan lupa ye Pameran Pengantin Malaysia 2013, PICC Putrajaya..7-9 Jun 2013..



Ikhlas dari kami,

Sumber gambar dari  : googleanggun, kyn's baby diary, sketsa kehidupan





Wednesday, May 22, 2013

Suka, Sebarkan dan Menang Emas ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...^^ wahhhh
Hari ni rasa semacam pulak excitednya..hewhewhew..
Okay hari ni kejap lagi ada briefing untuk para exhibitor kita untuk Pameran Pengantin Malaysia 2013.
Dekat PICC nanti..:) Yela sebelum start event nanti kita nak briefing la sikit kan berkenaan pameran nanti..rules and terms..apa yang para exhibitor kena ikut dan apa-apa yang berkaitan dengannya lah..:)

Okay..
apa-apa pun meh2 sini tengok poster ni..


Ha...mai mai semua..jom la join contest ni..hadiah best tauuuuuu!!!!..Dinar emas tau..wahhh..

Emas tu! bukan senang dapat kat tempat lain!...cuma masuk contest ni berdasarkan syarat-syarat yang simple je..Antaranya :

- Kena tukar page facebook korang semua daripada private ke public. yela kan senang sikit pekerja kami nak stalker korang.hehe. takdelah, ia sebenarnya untuk memudahkan kami mencari pemenang. kalau page private macam mana kami nak nampak korang menangkan?

- Seterusnya "Like" fanpage Pameran Pengantin Malaysia dengan poster "like share and win" ni..haa mudah je kan? tekan like je.tekan laa sepuluh ribu kali pun bukan jadi masalah pun kan.hehehe

- Kemudian "Share" kan poster ini dari wall fanpage Pameran Pengantin Malaysia sahaja..haa kalau share daripada kawan-kawan tu kira tak aci ar..kami nak korang share dari wall Pameran Pengantin Malaysia jugak barulah korang semua boleh menang!.

- Last kali "Share" kan poster ini kepada rakan-rakan anda. Share yang paling banyaklah kami akan memilih dia jadi pemenang..ala tekan share lepastu korang tag je semua kawan-kawan facebook korang semua.

haaaa kan senang je..bukan suruh berlari pusing stadium merdeka 10 kali. Cuma tekan Like dengan Share je..Kalau lagi banyak share peluang untuk menang tu lagi besarlah kan. Kemudian, da memang nanti jangan lupa la share-share sikit percent emas tu kat kami.heheheheh..gurau je,..

Sebelum saya terlupa contest ini dibuka sehingga 15 Jun 2013..So cepat cepat cepat!.kalau anda tidak menang nanti jangan salahkan pula ibu mengandung..

*Temui kami Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event di Dewan Perdana PICC, Putrajaya bermula  pada 7-9 Jun 2013 dari jam 10 pagi sehingga 9 malam. JUMPA ANDA DI SANA YA!!


sesuci murni ikhlas dari hati nurani penulis,

Friday, May 17, 2013

' Kemanisan Bercinta Selepas Nikah'

Assalamualaikum semua!!!^^..hye hye..*sambil ngunyah keropok cikedis adik bagi. hikhik.
So korang semua dah makan belum malam ni??haa kalau belum pergi cepaat makan takut kang masuk angin pulak dah susah kan?hehe

Hari ni tiba-tiba rasa macam nak cerita tentang cinta.Entahlah maybe sebab tak lama sahaja lagi nak start Pameran Pengantin Malaysia kan, and very2 excited untuk talk show 'Kemanisan Bercinta Selepas Nikah' tu nanti..Jadi feel tentang ala-ala cinta, dah terasa-rasa dah terbayang-bayang je dalam fikiran ni...hewhewhew

Hurm..kalau korang semua perasan kan,anak muda-mudi zaman sekarang,bila tiba bab-bab bercinta ni..macam - macam pe'el nya.macam2 ragam nya..Tapi..kebanyakan ragam nya, lebih menjurus ke arah negatif..:(..sedihnya rasa..sedih sangat rasa bila zaman sekarang ada antara pasangan-pasangan yang bercinta ni,belum halal lagi,pun tapi gaya mcm org yg dah kahwin je nengok nya..T.T melebih2 pulak tu dari org yg dah kahwin..

Kadang tu tengok selamba je peluk2 depan public..tak malu dgn org ramai..org yg tengok pulak jadi malu, kan? ..kadang tu dia siap jeling lagi dekat org2 awam yg nengok dia ngn pakwe/makwe dia tu.Patutnya kita la yg jeling kat dia kan...Ni terbalik pulak..kadang ada yang tak malu siap bercium pipi lagi tu..paling tak boleh terima,Melayu pulak tu..sedihnya tengok...:(...Kita sebagai orang Melayu, kita ada adab..tingkah laku kita semua kena jaga..dan yang paling penting sangat2, kita ni kan org Islam..kenalah sangat berjaga-jaga dengan setiap apa yang kita buat.kita ada batasan yang perlu dijaga..janganlah hanya Islam di mulut tapi bukan di hati..bukan pada tingkah laku..bukan pada adab..pada perangai..pada cara hidup kita..tak nak lah jadi mcm tu..:(....

Hmm..tapi apa pun..jangan lupa tau..save the date for our exhibition 7-9 Jun ni nanti okay!! ^_^..
Dan jom kita meneguk sedikit ilmu dan pengetahuan mengenai 'Bercinta' ni..bercinta bagaimana yang mendapat pahala dan diredhai Allah..dalam talk show nanti yang bertajuk 'Kemanisan Bercinta Selepas Nikah'..dengan moderator nya, Heliza Helmi..dan ahli panelnya, Hilal Asyraf, Corrie Lee dan isterinya, Fazima, dan juga Imam Muda Asyraf...^_^




Alahai..seronoknya kalau bercinta selepas nikah ni...hurm..nak bercinta, nak pegang-pegang tangan ke nak apa ke tak ada orang nak marah..dapat pahala lagi adalah..kan?^^

Cium isteri dapat PAHALA..
tengok isteri dapat PAHALA..
senyum pada isteri dapat PAHALA..
pegang tangan isteri dapat PAHALA..
peluk isteri dapat PAHALA..
sentuh isteri dapat PAHALA..
kenyet mata pada isteri dapat PAHALA..
saat akad nikah dapat PAHALA..
suami peluk isteri dapat PAHALA..
renung isteri dapat PAHALA..
suami bekerja cari rezeki dapat PAHALA..
suami bernafsu tengok isteri dapat PAHALA..
suami marah (menegur) isteri dapat PAHALA..
suami imamkan isteri lagi berlipat kali ganda dapat PAHALA..
suami ajar fardhu ain pada isteri dapat PAHALA..
main kenyit-kenyit dengan isteri dapat PAHALA..
senang nya dapat pahala untuk pasangan suami isteri ni..hehe..






Okeylah semua..jumpa lagi nanti ye..bye2..~~



Yang Ikhlas,







Wednesday, May 15, 2013

Nikah,Talkshow dan Selebriti????

Assalamualaikum..hye semua ^_^..ehem2..*eksited sesangat nak update blog hari ni.hihi..pasai apa tau? nak tau ke?..hehe..jeng3 :P.

Okaylah bersempena dengan event kami yang tidak lama sahaja lagi iaitu Pameran Pengantin Malaysia 2013 kali ke-33, di PICC, Putrajaya, 7-9 Jun 2013 ini, kami ada berita baik untuk anda semua..! ^_^..

Kami, Urban Vibe Event akan menyambut ulangtahun kami yang ke-8..weeee..:)..oleh yang demikian, pelbagai aktiviti yang menarik dan best akan dijalankan pada hari pameran nanti...Apa dia aktivitinya?? hehe..meh sini  sebelum nak cerita lebih panjang lagi..ha meh tengok dulu gambar seorang wanita yang cantik comel dan kecik molek ni..mesti semua orang kenal kan..?hehe







Siapa lagi kalau bukan Heliza Helmi..^_^....okay sekarang tengok pulak gambar kat bawah ni...hehe ^_^






Ha..kenal kan??hehe..Corrie Lee dan isterinya, Fazima..Ha nanti2 dulu..ade lagi gambar nak tunjuk kat korang ni..hihi..cer tengok gambar seterusnya kat bawah ni..






Ha...siapa ni..?Imam Muda Asyraf la..tak kan tak kenal? hehe...dan lagi satu..





Haa..Hilal Asyraf..pengasas http://langitilahi.com/ dan juga penulis buku..


Okay sekarang jom kita sambung lagi cerita..hehe..Pada hari pameran kami nanti yang akan berlangsung 7-9 Jun 2013  ni, kami akan mengadakan satu slot iaitu slot bual bicara sebagai salah satu daripada aktiviti sepangjang pameran nanti. Bual bicara ini akan mengambil tempatnya pada hari Ahad, 9 Jun 2013 iaitu hari terakhir pameran kami. 

Slot bual bicara itu nanti bertajuk 'Kemanisan Bercinta Selepas Nikah'..ahaaa... best tak best tak?..weee...sukanya..tajuk yang sangat best...dan bertambah-tambah lagi best nye kan, tau tak apa?? heee..da tengok, kan, gambar2 kat atas tadi? haaa..mereka lah antara panel jemputan kita nanti..weeee..^_^..seronoknya..

Heliza Helmi sebagai moderator dan Corrie Lee, isterinya, Fazima, Imam Muda Asyraf dan juga Hilal Asyraf sebagai ahli panelnya..Pelbagai isu akan dikupas berkenaan dengan tajuk 'Kemanisan Bercinta Selepas Nikah' ini antaranya tentang apa sebenarnya cinta..destinasi cinta..cinta ke syurga..cinta duniawi..pahala dan kemanisan cinta selepas nikah..dan banyak lagi..






Ha..syok nye kan..??heehe..

So..apa tungu lagi??? Pastikan korang semua save the date, dan pergi beramai-ramai ke pameran kami..Pameran Pengantin Malaysia 2013, PICC, Putrajaya.. 7-9 Jun 2013..Mari beramai-ramai kita meriahkan Pameran Pengantin Malaysia 2013 kali ke-33 nanti......^_^





Dari Ustazah Fatimah Syarha , "Rindu yg disubur-suburkan selepas nikah akan berbuah pahala yang tak sudah-sudah. Cinta terasa lebih indah selepas nikah." :)







Yang Ikhlas,








Thursday, May 9, 2013

Doa Mendapat Jodoh Yang Baik

Assalamualaikum..salam sejahtera.
Dan selamat malam..*huarghhh sambil tenyeh-tenyeh mata dan menguap yang tak sudah..tapi semangat ni nak menulis kat blog sebelum pejam mata untuk tidur.heheh..

Actualy tadi saya borak-borak dengan mak saya..pasal abg saudara saya yang dah berumur 32 tahun tapi masih belum bertemu jodoh..^_^

Satu family risau yelah..sebab umur dah meningkat, tapi calon belum nampak2 pun lagi..Hurm..dalam bab jodoh ni..saya pun tak berani nak ckp sangat..Sebab berkaitan jodoh ni hanya Allah sahaja tahu dan Dia yang telah menetapkan jodoh kita..^_^ . Cuma sebagai manusia, kita tak boleh la nak biar jodoh tu datang sendiri je..kita kena tetap mencari dan berusaha..

Dan dalam Islam pun dah menetapkan ciri-ciri jodoh macam mana yang kita kena cari tu.Betul tak? hehe...*sambil tersenyum depan laptop..Saya kesian juga kat abg saudara saya tu..tapi nak buat macam mana..dalam pada dia mencari, dia mesti kena berserah dan tawakal pada Allah..tentang urusan jodoh..mungkin belum masa nya lagi untuk Allah pertemukan abg saudara saya tu dgn jodoh dia..betul tak?? hehe..mesti kena yakin dengan setiap perancangan Allah..mungkin Allah nak beri dia masa secukupnya untuk dia persiapkan diri dari segi rohani jasmani fizikal dan mental sebelum dia melangkah ke alam perkahwinan nanti..*cehhh mcm org da kahwin je ayat aku ni.wakaka

Okaylah okaylah oleh kerana mata sudah tak tahan lagi..mengantuk tahap dewa..hihuhihu..ternampak-nampak dah bantal peluk ku..huwarghh...Kat sini saya nak share satu doa buat kalian-kalian semua yang sedang berusaha mencari jodoh..ataupun yg sdg terdesak.Ehh*. Ha boleh lah amalkan doa ni.. Semoga kalian mendapat jodoh-jodoh yang baik-baik belaka..Aminn.. ^_^



Tidur dulu ye semua..bye2..see ya next time!




Ikhlas dari kami,



Wednesday, May 8, 2013

Busana Indah Pengantin Versi Peplum

Assalamualaikum semua..selamat pagi!hey :D..hari ni..kita nak bercerita tentang fesyen peplum..yang semakin menjadi trend utama dalam pemilihan pakaian di antara penggemar-penggemar fesyen.

Peplum.Hari ni kalau kita perhatikan, trend peplum semakin berleluasa dan menjadi kegemaran buat penggemar-penggemar fesyen. Dari peplum yang disuai padankan dengan kain yang menjadi peplum baju kurung, peplum yang disesuaikan untuk keluar bersiar-siar yang dipadankan dengan skirt atau pun seluar ataupun palazzo.

Haa taklupa juga peplum yang disuai padankan menjadi pakaian untuk ke pejabat, dan yang paling menarik sekali peplum yang diubah dan diolah * cehh ayat  menjadi busana pengantin ataupun untuk bertunang. Seriously, memang cantik sangat busana pengantin edisi peplum, lagi-lagi bila sang pengantin nya begitu cantik dan jelita di hari bahagia. Apa-apa pun jom kita layan dulu gambar-gambar busana pengantin versi peplum ni. Boleh juga dijadikan idea buat bakal-bakal pengantin di luar sana...Hehe.
















Ahhh..sangat-sangat cantik..wondering.hmm bila lah agaknya dapat merasa pakai baju cantik macam ni.hehe.tapi serrrrrriously cantik sangat. :)..Tapi kan..sebenarnya peplum ni dari dulu lagi dah ada tau..cuma sekarang menjadi trend dan diperbaharui lagi mengikut aliran fesyen dan disesuaikan dgn gaya hidup masa kini.

Tak caya? tengok gambar kat bawah ni.hehe.


Okeylah..see ya next time..

Sumber maklumat dari :
https://www.facebook.com/ammarahijabi/photos_stream
http://blogsigadis92.blogspot.com/2013_01_01_archive.html
http://diagonallife.blogspot.com/2012/08/the-peplum-topdress.html
https://www.facebook.com/pages/HarizTeam-Wedding-Services/177056045684841
http://www.maeraismail.com/p/my-wedding.html
http://hazanis.blogspot.com/2013/01/busana-pengantin-edisi-peplum.html



Ikhlas dari :