Saturday, July 27, 2013

Nuzul Al-Quran?

Assalamualaikum.. dan heii..Apa kabar semua!!? Macam mana dengan Ramadhan anda? diharap semua mendapat keberkatan Ramadhan ini..hehe..

Semalam baru saja berlalu hari Nuzul Al-Quran(hari turunnya Al-Quran) ..ok kita lupa kejap mengenai perkahwinan..jadi hari ini saya ingin menceritakan sikit la mengenai info mengenainya supaya nanti bolehlah kita mengajar atau ceritakan bila dah kahwin nanti pada anak-anak dan cucu-cucu nanti..

Jadi Nuzul al-Quran ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.. Walau bagaimanapun, wujud percanggahan pendapat dikalangan para ulamak, bila berlakunya tarikh Nuzul al-Quran atau penurunan al-Quran :


  1. Kebanyakan ulama berpendapat, al-Quran diturunkan pada malam al-qadar. Ini berpandukan kepada surah al-Qadr, ayat 1 hingga 5. yang bermaksud: Sesungguhnya, Kami telah menurunkannya al-Quran pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat-malaikat dan al-Roh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
  2. Sebahagian ulama pula mengatakan al-Quran turun pada bulan Ramadan dengan berpandukan kepada surah al-Baqarah, ayat 185. Allah s.w.t. berfirman:“Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil)”.
  3. Sebahagian ulama lain pula berpendapat lailatul qadar adalah pada 17 Ramadan. Ini terkandung dalam surah al-Dukhan, ayat 3, Allah s.w.t. berfirman: Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati, dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Berdasarkan kepada surah tersebut, malam yang diberkati ialah malam al-Quran pertama kali diturunkan. Kebanyakannya menganggap ia jatuh pada tanggal 17 Ramadan.
Apabila dibahaskan, para ulama bersepakat menyatakan bahawa ayat ini menerangkan berlakunya Perang Badar iaitu peperangan pertama bagi umat Islam pada 17 Ramadan. Hari al-furqan. Pada hari itu tentera Islam seramai 313 orang mencapai kemenangan dan dapat mengalahkan tentera kafir seramai 1,000 orang pada hari pertempuran peperangan Badar yang berlaku pada Jumaat 17 Ramadan tahun kedua Hijrah.
Cara Penurunan Al-Quran

Al-Quran tidak diturunkan sekali gus tetapi diturunkan secara berperingkat-peringkat, seperti mana yang terkandung dalam surah al-Furqan, ayat 32, Allah s.w.t. berfirman: Berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?, demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya dengan teratur satu persatu."
Nabi Muhammad s.a.w. hidup di Mekah selama 13 tahun dan Madinah selama 10 tahun. Jadi bagaimana pula al-Quran boleh diturunkan sekali gus 30 juzuk? Baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. semasa hidup dan selepas kewafatannya barulah al-Quran lengkap. Allah s.w.t. turunkan al-Quran (lengkap 30 juzuk) pertama kali dari Luh Mahfuz dan kemudian ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam bulan Ramadan. Setelah melalui kedua-dua peringkat ini, al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. selama 23 tahun.

Martabat Penurunan Al-Quran
Martabat penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. terkandung dalam empat surah iaitu :
  1. al-Alaq iaitu melalui surah al-Alaq ayat 1 hingga 5, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”.
  2. Al-Qalam ialah mengingatkan menerusi ayat satu yang bermaksud: “Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis”. Allah s.w.t. menunjukkan betapa pentingnya pena dalam menyebarkan ilmu. Untuk mengukuhkan ilmu, manusia digalakkan belajar menulis. Pada zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat disuruh menulis di atas pelepah kurma, kulit kambing yang kering dan batu supaya ilmu yang diperoleh tidak hilang.
  3. Al-Muzammil iaitu ketika Nabi Muhammad s.a.w. berjumpa dengan malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu pertama kepadanya, Baginda amat takut hingga menggigil seluruh tubuh badannya. Baginda meminta isterinya Khadijah menyelimutkannya dengan kain yang tebal. Pada masa ini, Allah s.w.t. berfirman: “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali sedikit (daripadanya) , (iaitu) separuh daripada waktu malam atau kurangilah daripada separuh itu sedikit, atau lebihkan sedikit daripadanya. Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil”. (al-Muzamil: 1-4)
  4. Al-Muddathir iaitu Allah s.w.t. turunkan perintahnya melalui surah al-Muddathir, ayat 1 hingga 2, yang bermaksud: Hai orang yang berkemul (berselimut) , bangunlah, lalu berilah peringatan! Ertinya, dengan pengukuhan ilmu dan kemantapan hubungan yang erat dengan Allah s.w.t., berikanlah peringatan kepada orang yang masih belum mengetahui. Kita dapat melihat bagaimana Baginda menghadapi banyak dugaan dan cabaran dalam menegakkan syiar Islam di Mekah,”

Penurunan empat surah di atas, menunjukkan bahawa setelah mempunyai ilmu, perkara yang paling penting adalah mempunyai hubungan yang intim dengan Allah s.w.t. sebelum terjun berdakwah ke dalam masyarakat. Allah s.w.t. perintahkan bermunajat dan bangun solat pada waktu malam untuk menguatkan mental dan rohani iaitu ciri-ciri penting yang perlu ada pada pendakwah. Sejak turunnya ayat ini, Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah meninggalkan qiamullail.

Info ini telah di cedok sedikit demi sedikit di laman sesawang Google.
Psst..Anda Mahu Info Mengenai Pameran Pengantin Malaysia? Like page ini ----> Klik

Selamat Berpuasa dari Penulis,



Saturday, July 20, 2013

Biskut Biskut Puasa?

Assalamualaikum.....w.b.t... :)  Salam sabtu semua....
Apa perancangan anda hari ini??? *takkan tengah tidur lagi kowt..^^ no no no....bangunnn..... :)*

Okay, di hari Sabtu yang sungguh indah ini, admin terfikir pulak...bestnyeerrr kalau dapat buat biskut raya *eh..eh...macam terror je buat kuih kan...ihihihi...*

okay, dengan serta merta otak pun berkata..."eh..why not, try je lah buat..boleh buat sebagai door gift untuk wedding nanti...." *ahaksss...gedik kan...*

Okay lets be serious....
Bukan ape...admin cuma sekadar ingin berkongsi idea di mana raya nanti mesti ramai yang akan mendirikan rumah tangga kan..Lepas tu pulak, pening nak bagi door gift apa kat tetamu....Mungkin hasil air tangan anda yang pertama ni boleh memikat hati semua tetamu...haaaa....confirm lepas ni mereka-meraka akan order kuih dengan anda....*pergghhhh.....(pitam punya ayat)

Kalau rasa tak pernah buat kuih, apa kata kita start dulu dengan biskut yang palinnngggggg simple sekali; contohnya macam biskut-biskut ini.....


Biskut Cornflakes Madu


Nak resipi biskut ni?? Cuba klik kat resipi ini.  *jangan cuba klik tapi klik je lahh...hihi*

Nak cuba yang lain?? Boleh...mungkin anda boleh cuba biskut yang ni pulak....



Okay klik kat sini pulak untuk resipi biskut ini... *terliur meyhhhh....*

Dah buat biskut ni, mesti terfikir nak letak kat bekas macam mana kan.....
Haaaa...ini lah masanya, untuk DIY bekas kuih anda sendiri...... 

Tadaaaaaaaaa........ *ueh?? surprisenyeee.....

Balang Kuih Raya


Okay lahhh.... mungkin idea ni boleh membantu anda untuk menyediakan hidangan atau door gift kepada tetamu anda.....sebenarnya anda lagi kreatif tau... *dengan rendah diri tak berapa pandai nak buat kuih...hihi

So...., jom la cuba nasib...kita buat sendiri okay....jimat segala-galanya..... *promise tau...uhuk uhuk uhuk....^^*


Dari kami yang pandai buat kuih / kek / biskut....okay bai....:



*terima kasih MR.GOOGLE & resepibiskut.blogspot.com


Thursday, July 18, 2013

Candy Buffet yang sangat comel dan sweeeeeeettttt!!

Assalamualaikum semua!!
Hai2..sihatke korang semua??..mcm mana dgn puasa korang?kami di Urban Alhamdulillah setakat ni..okay2 je..hehe

Okay kali ni..kita nak story mory sikit pasal 'Candy Buffet'..Haaa..korang semua mesti pernah dengar kan tentang Candy Buffet..sekarang ni dah jadi trend,ramai pengantin-pengantin yang meletakkan Candy Buffet punya section dekat majlis kenduri mereka...

Oh sweet sangat2..tempat utk Candy Buffet ni memang sangat menarik sebab deco dia sangat cantik, dengan ada candy..ada chocolate..warna-warna yang digunakan pun sangat menarik dan girly..perempuan2 kebanyakannya suka benda2 mcm ni..heheehe

So kat sini ada beberapa contoh gambar candy buffet dan chocolate fountain utk rujukan korang..mana tau boleh bagi idea kat korang kan..hehe..siap bagi link ke website2 yang berkenaan untuk rujukan dan maklumat lanjut berkenaan harga dan macam mana nak details2 yang berkaitan..:)







\















Ha best kan??nampak sweet jee...So korang boleh la letak candy buffet ni dekat majlis kenduri korang!idea yg sgt best dan menarik! hehe..


Okaylah..sampai sini sahaja ye..jumpa lagi di lain masa!!bbyye korang!



Ikhlas,




Saturday, July 13, 2013

Kahwin di bulan Ramadhan..??

Assalamualaikum...hai semua!!
Macam mana dengan puasa korang hari ni??hehe..okay tak?



Haha..So hari ni kita nak cerita sikit pasalllll...ha..nampak tak tajuk entry di atas?? iaitu..
'Kahwin di bulan Ramadhan..'..

Pada abad ke-22 ini..kita sangat jarang mendengar mengenai pasangan yang berkahwin
 pada bulan puasa iaitu bulan Ramadhan..! ^_^  
Sedangkan Saidina Ali dan Fatimah jugak menikah di bulan Ramadhan ...








So kitorangpun buat la sedikit kajian berkaitan hal ini...


1)

Nikah itu boleh dilakukan bila2 saja. Tidak ada bulan tertentu yang dinilai lebih afdol untuk pelaksanaan nikah. Semua bulan, semua hari, dan semua jam nilainya sama untuk pelaksanaan aqad nikah. Penentuan hari atau jam tertentu untuk nikah sepenuhnya karena pertimbangan teknis saja, termasuk nikah pada bulan Ramadhan sama dengan nikah pada bulan selain Ramadhan. Kalau akan dinilai lebih baik di bulan Ramadhan, hanya karena ada hadist bahwa setiap amal kebajikan yang dilakukan pada bulan Ramadhan mendapat pahala lebih besar dibandingkan dengan amal kebajikan yang sama yang dilakukan pada bulan selain Ramadhan..

2)


Pada dasarnya hukum menikah itu tidak pernah ada kaitannya dengan waktu. Tidak pernah ada waktu-waktu yang terlarang untuk menikah. Sehingga kalau mau mengadakan akad nikah jam 02.00 malam di malam Jumat kliwon, terserah saja. Boleh-boleh saja dan sama sekali tidak pernah ada jam atau hari larangan. Memang ada sebagian dari masyarakat kita yang masih membawa-bawa kepercayaan nenek moyang, seperti tidak boleh menikahkan anak pada bulan Rajab, atau bulan Sya''ban atau bulan Muharram.
Keyakinan seperti ini sebenarnya tidak punya dasar dari agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Tidak ada dasar ketentuannya dari Al-Quran dan tidak juga dari hadits. Bahkah tak ada satu pun ulama yang melarang akad nikah pada waktu atau jam tertentu.



Demikian juga, tidak ada ketentuan untuk melarang akad nikah di bulan Ramadhan, baik dilakukan pada siang hari maupun pada malam hari. Baik dalam keadaan puasa atau pun dalam keadaan udzur syar''i.

Sumber :// vanillapink

Pendapat kami la kan..boleh je nikah di bulan Ramaddhan..
boleh je buat majlis pada malam hari..jimat sikit kot sebab sekali je ada makan-makan..
iaitu time berbuka puasa!heheh..dah alang-alang ada ramai orang kan, boleh buat solat Tarawikh
 ramai-ramai..haaa kan lagi bagus,lagi berkat..hehe..

Tapi..pengantin-pengantin kena lah tahan nafsu sikitttt..haha sebab bulan Ramadhan kan..
kang kalau terrrrr pulak..maklumlah pengantin baruu kan.. kang ade pulak yang kena 
bayar kafarah..haa kafarah nya boleh tahan berat jugak..
Jadi..jika anda semua ingin keberkatan dalam melayari rumah tangga..berkahwinlah pada bulan 
Ramadhan...dapat buat ibadah bersama-sama dengan suami..pergi taraawikh sama-sama dengan suami..pahala pun berlipat ganda tau..

Okaylah..sampai sini sahaja! selamat berpuasa kepada semua..^_^


Ikhlas,





Friday, July 12, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Assalamulaikum semua..
Sihatkah korang diluar sana?..hehe
Alhamdulillah kami di Urban Vibe baik-baik sahaja..
Alhamdulillah..setelah beberapa bulan tidak bertemu dengan bulan Ramadhan
akhirnya kita masih diberi kesempatan lagi untuk bertemu kembali dengan 
Ramadhan tahun ini..alhamdulillah kita masih diberi kesempatan umur untuk beribadah 
di bulan yang cukup mulia ini iaitu bulan Ramadhan..

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..semoga Ramadhan kali ini membawa seribu erti dalam diri kita,
dalam hidup kita..tanamkan azam,tekadkan semangat untuk rebut peluang-peluang
beribadah dan beramal di bulan yang mulia ini..

Sempena bulan yang mulia ini juga, kami di Urban Vibe Event, mengucapkan
'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak..' kepada
semua kawan-kawan di luar sana.. :)


ha kat sini kitorang siap tolong buatkan checklist lagi tu untuk kita sama-sama
check..amalan-amalan di bulan Ramadhan ni..just utk reminder sesama kita..:)



 Okeylah..sampai sini sahaja ye kengkawan semua..
puasa tau jangan tak puasa! tak puasa tak boleh raya! hihi..


Ikhlas,




Wednesday, July 3, 2013

Mari sertai Group Interview untuk jawatan 'Junior Marketing Excecutive' di Urban Vibe Event


Assalamualaikum semua..!!
Kami dari team Urban Vibe Event ada berita baik untuk anda semua..
Kami akan mengadakan temuduga untuk mengisi kekosongan jawatan 
'Junior Marketing Excecutive' di Urban Vibe Event..

Jika anda rasa andalah orangnya? Apa tunggu lagi??
Jom sertai Group Interview ini.Anda hanya perlu menghantar resume di hr@urbanvibe.com.my
Penyertaan anda sangat kami alu-alukan..
Terima kasih..:)


Wedding Card yang pelbagai..^_^

Assalamualaikum semua!
Sihat kah anda-andaa di luar sana??hehe..kami di team Urban Vibe
sihat-sihat Alahamdulillah..*cehh mcm la ada org tanya.heheh  

So hari ni nak share sikit pasal wedding card..ataupun bahasa Melayu nya..Kad Kahwin..ada siapa-siapa yang tak tahu ke kad kahwin tu apa?heheh..tipu  sangat la kalau tak tahu kan..haa..
Fungsinya adaalah untuk??untuk memberitahu dan menjemput 
saudara-mara,sahabat-sahabat dan jiran-jiran ke majlis
 perkahwinan kita la..hehe..

So jom kita review..apa jenis-jenis kad kahwin yang selalu digunakan oleh bakal-bakal
pengantin di luar sana..

1) Kad kahwin tema 'klasik' /  'vintage'

PicturePicture

Yang ni selalu juga kita nampak atau dapat kan..kadang tu siap ada bau wangi lagi tu..hehe.
Yang ni jenis corak bunga-bunga tapi bukan berwarna-warni..
dia gunakan satu atau dua sahaja warna..

2) Kad kahwin tema 'floral'


Picture

Picture
Yang ni perempuan-perempuan suka la..hehe..sebab penuh dengan bunga-bungaan
So sweet and romantik gitu kad kahwin kita..ecewah..


3) Kad kahwin tema 'elegant'


Picture


Ok yang ni pulak nampak elegan,nampak mahal dan eksklusif gitu..
harganya mesti mahal sikit..sebab tengok material dia..bukan kertas biasa ye..hehe


4) Kad kahwin tema 'kartun'


PicturePicture

Auww..yang ni saya suka..hehe..sebab coooomeeelllll hehe
simple tapi comel..:)



5) Kad kahwin tema 'laman sosial'


Picture



Yang jenis ni dah jadi trend sekarang..huhu..guna layout yang sama mcm facebook punya layout
Nampak mcm style sikit kan?haha


6) Kad kahwin tema 'gadget (i phone)'




Yang ni memang rare yet style habiss!haha..
saya pernah dapat satu kad jemputan yang jenis ni..memang style tapi...
mahal la of course..sebab material kad nya dari art card jenis tebal gsm dia,
siap matt laminated lagi..huhu


                                                      7) Kad kahwin tema 'urban/moden'

Picture


Picture

Yang jenis ni jarang sikit nampak kan..sebab mostly bakal pengantin suka kad kahwin yang 
cantik ada bunga-bunga gitu..atau pun yang comel-comel ada kartun..hehe


8) Kad kahwin yang jimat/jenis save budjet



Haa yang jenis ni pulak jenis yang 3 fold..maksud nya lipat 3..jadi lebih jimat..
hehe yang ni selalu sangat mak ayah saya dapat bila ada orang jemput datang 
majlis kahwin..ada banyak kad jenis ni kat rumah..


So..amacam??ada dapat ideaa tak macam mana nak buat wedding card you all??
hehe..buatlah pilihan yang bijak ye.dan bersesuaian mengikut bajet anda..hehe


Semua gambar-gambar di atas boleh lah refer di : 
dan pak cik google.hehe


Okeylah..mau undur diri dulu ya ibuk ibuk bapak bapak semua..
Salam..

Ikhlas,