Saturday, December 29, 2012

Pengumuman! *angkat tangan sambil melambai-lambai*


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

sambil baca update ni,sila tarik nafas panjang-panjang sebab kami akan buat satu pengumuman yang mungkin korang dah tahu........jeng..jeng..jeng!!


yeayersss!
Akhirnya,buat julung kalinya,kami akan mengadakan Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event edisi yang ke-30 pada Januari tahun hadapan(memandangkan tahun 2013 bakal menjelma,kami dengan perasaan berdebar + excited + tak sabar  nak “jerit-jerit” sikit atau bahasa saintifiknya nak heboh-hebohkan kat semua orang tentang event ni. Almaklumlah,ni kan event sulung untuk tahun 2013.hehe) perasaan ni seolah-olah menerima cahaya mata yang ke-30.(okay,ini sudah over kan)  Baiklah,kami tak nak buang masa korang dengan membaca ke-eksited-an kami di sini so, kami akan sertakan nama-nama vendors yang akan menyertai kami di Ampang Point nanti (ikut kategori ya).

Fotografi
WOW Photo
Exclusive by Izz
Eddie Photovideo
The photolicious
Classic bridal

Butik Pengantin
Butik Pengantin RS
Butik Seri Kasih
Dee Boutiqe Wedding
Symbolique
D’Ratu Bridal Kuala Lumpur

Kad Kahwin
Kad Kahwinmu
Memory Forever
Seri Sireh Avenue
Pesona Ilham Wedding
Love D Heart

Katering
Ekhwan Catering
Nurul Izzah Catering
De’Gemilang Catering 
Shahmie Catering
Wan Nour Catering
Katering Anjung Serai And Services

One-Stop-centre
KL Wedding Ministry
Bora Ombak
MNS(Andaman & Katering)

Dan lain-lain
Premium Beautiful

lihatlah. semua yang join event ni,gempak-gempak belaka. *sila lah excited wahai bride-to-be.herherher. her...*
apa lagi?save the date dan datang lah ke Pameran Pengantin Malaysia di Ampang Point dengan Encik tunang/cik tunang/emak/ayah/adik/kakak/dan seangkatan dengannya ye.boleh lah datang survey-survey harga dan promosi yang ditawarkan sepanjang event tu nanti dan jangan lupa bawak wang tunai untuk book pakej-pakej perkahwinan yang ditawarkan. takut nanti melepas pulak sebab tak dapat book awal.

okay,
Sudah kah kalian ‘like’ fan page Pameran Pengantin Malaysia kami dia Facebook?kalau belum,jangan le tangguh-tangguh lagi !kat sini kami sertakan nama Fan Page kami

“Pameran Pengantin Malaysia –by Urban Vibe event”


hanya dengan tekan button ‘Like’, anda akan dapat banyak updates tentang Pameran Pengantin Malaysia yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

nantikan updates kami untuk Pameran Pengantin Malaysia di Ampang Point melalui Facebook dan blog ye. InsyaAllah kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh update apa yang penting *genggam tangan dengan erat + muka yakin*





Wednesday, December 19, 2012

Perhatian followers dan vendors


Assalamualaikum an salam sejahtera *senyum*

dear followers and vendors,

Pejam celik, pejam celik, tahun depan (2013) genaplah usia Urban Vibe Event 8 tahun. Phew.. Alhamdulillah.. Walaupun 8 tahun merupakan tempoh yang agak lama, pihak Urban Vibe Event dan Pameran Pengantin Malaysia khasnya masih lagi dalam proses pembelajaran dalam usaha untuk mencapai visi dan misi kami untuk menjadi penganjur pameran yang dipercayai. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua vendor-vendor yang sentiasa memberikan sokongan padu dan kepercayaan kepada Urban Vibe Event dan Pameran Pengantin Malaysia khasnya, tidak lupa juga kepada pengunjung-pengunjung dan bakal-bakal mempelai yang sudi mengunjungi Pameran Pengantin Malaysia. Diharapkan dengan kehadiran Pameran Pengantin Malaysia di dalam indsutri perkahwinan di Malaysia ini dapat sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada anda semua. Tanpa anda siapalah kami :)

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada para staff dan pihak pengurusan Urban Vibe Event yang menggembeleng tenaga dalam meningkatkan usaha mereka dalam mencapai kejayaan sehingga ke tahap ini. Memandangkan kami berpengalaman dalam ‘Event Organizing’ seperti Pameran Pengantin Malaysia, kami ingin menyeru semua pihak yang berhasrat untuk menjadi vendor di Pameran Pengantin Malaysia supaya memberi kepercayaan yang padu tanpa sebarang ragu untuk ‘join’ kami kerana sememangnya kami pakar dalam menyusun booth-booth di tempat yang strategik. Selain itu kami juga ingin memberi peluang kepada vendor-vendor yang baru memulakan perniagaan secara kecil-kecilan atau yang sudah lama bertapak untuk melebarkan sayap mereka di dalam bidang masing-masing.

Seterusnya, kami juga mengadakan sessi perkongsian ilmu serta tips-tips berguna kepada para vendor agar sedikit sebanyak dapat membantu mereka meningkatkan mutu perniagaan masing-masing. Kami juga menerima komen-komen para vendor sebaik sahaja selesai event supaya kami dapat menambah baik kualiti perkhidmatan kami untuk manfaat bersama.

Pada tahun hadapan, Pameran Pengantin Malaysia di Ampang Point Shopping Centre yang bermula dari 4 hingga 6 Januari 2013 merupakan Pameran Pengantin Malaysia edisi yang ke-30. Alhamdulillah.. Sudah 30 edisi Pameran Pengantin Malaysia yang telah kami anjurkan. Kami juga berpegang kepada kata-kata kami iaitu TANPA AGENDA YANG TERSEMBUNYI. Kami ikhlas di dalam pekerjaan kami dan tidak hairanlah jika nama Urban Vibe Event agak dikenali dalam kalangan para vendor-vendor yang dihormati.

Akhir sekali, untuk setiap pengunjung, kami sentiasa memastikan bahawa vendor-vendor yang menyertai Pameran Pengantin Malaysia ini merupakan vendor-vendor yang berkualiti serta diiktiraf sesuai dengan produk-produk dan servis-servis yang mereka tawarkan kepada setiap pengunjung-pengunjung yang mengunjungi Pameran Pengantin Malaysia. Rebutlah peluang promosi yang ditawarkan oleh setiap vendor-vendor Pameran Pengantin Malaysia. Buatlah pilihan yang bijak dengan menilai segala aspek-aspek keperluan atau kehendak. Rancanglah dan uruskan segala persiapan perkahwinan seawal yang mungkin dan setiasalah berlapang dada dan bersangka baik.. InsyaAllah.. Allah akan memudahkan segala perancangan anda.. Jika terdapat sebarang kesukaran di pameran-pameran anjuran Urban Vibe Event atau sebarang komen-komen yang boleh meningkatkan mutu penganjuran kami, silalah jangan segan-silu untuk berhubung dengan kami di facebook kami (www.facebook.com/pameranpengantin) atau melalui email kami info@urbanvibe.com.my

Sekali lagi, JUTAAN TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada anda semua dan insyaAllah, kita jumpa di tahun 2013 di Pameran Pengantin Malaysia 2013 di Ampang Point Shopping Centre yang bermula dari 4 hingga 6 Januari 2013 jam 10pg hingga 10mlm, masuk adalah PERCUMA!!


Thursday, November 1, 2012

:: Pemenangnya Urban Vibe Online Contest ::



Sorry For the late Update:

hihihi tanpa membuang masa dengan ini diumumkan pemenangnya adalah:
Tempat ketiga: Narellek
Tempat Kedua:  http://sunflowergo2.blogspot.com/2012/10/urban-vibe-hottest-blogger.html

Tempat Pertama: http://honeylalala.blogspot.com/2012/10/urban-vibe-hottest-blogger.html


So kepada pemenang sila PM fanpage PPM nama penuh & Bank account yer :) hihihi

Thursday, October 18, 2012

Semalam dah kontraktor dah start setup booth.. Malam ni kemeriahan Pameran Pengantin Malaysia 2012 Edisi ke-29 akan bermula dengan kehadiran vendor-vendor yang cute-cute, comel-comel dan ceria-ceria semua untuk mensetup dan mendeko booth Wangsa Walk Mall.. Tinggal sehari lagi ye.. Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event Edisi ke-29, 19-21 Oktober 2012 di Wangsa Walk Mall.. Masuk adalah percuma!!

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menunggu pengunjung di Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event Edisi ke-29 di Wangsa Walk Mall, 19 - 21 Oktober 2012 nanti.. Bagi pengunjung yang membuat tempahan dengan vendor-vendor di pameran kali ini dan membuat bayaran deposit sekurang-kurangnya RM100.00, anda layak untuk mendapat sekeping tiket cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah peralatan elektrik yang menarik.. Jadi, kunjungilah Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event Edisi ke-29 di Wangsa Walk Mall, 19 - 21 Oktober 2012 sambil menikmati promosi-promosi dan diskaun-diskaun yang anda takkan dapat di mana-mana.. Masuk adalah PERCUMA!! :)



Saturday, September 29, 2012

:: Entri Amaran Tugasan Ke-3 ::

ENTRI AMARAN TUGASAN KE-3

 Task 3: tajuk Post”Urban Vibe HOTTEST Blogger Contest(PREVIEW-PWTC)"
Peserta yang hanya melakukan task 1 dan task 2 boleh menyertai pertandingan seterusnya 
Penyertaan bermula 28 Oktober 2012 – 10 November 2012
Entri tidak kurang dari 200 patah perkataan menceritakan pengalaman anda hadir ke Pameran Pengantin Malaysia (28-30 Oktober , di Legar Putra, PWTC) tersebut, serta vendor pilihan anda. . Sertakan sekurang-kurangnya sekeping gambar anda disana.
(Sila tinggalkan komen di entri amaran setelah anda membuat post tersebut)

Hadiah: Tempat Pertama Wang Tunai bernilai RM 500 

Tempat Kedua: Wang Tunai bernilai RM 300.00 
Tempat Ketiga: Wang Tunai bernilai RM 200.00
*** Sebarang hadiah tambahan akan dimaklumkan kemudian
...

Wednesday, September 26, 2012

Jangan lepaskan peluang!!!


The Package has Arrived : Promo Pameran Pengantin by Urban Vibe Event

Sudahkah anda memilih tema untuk majlis bahagia anda?


Pameran Pengantin Malaysia 2012 di PWTC, 28 - 30 September 2012

A'kum wbt b2b semua..

Ini adalah official poster untuk Pameran Pengantin Malaysia 2012 di PWTC, 28 - 30 September 2012, dari jam 10.00pg hingga 9.00mlm. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan promosi-promosi dan hadiah-hadiah menarik untuk di rebut. Sila LIKE kami di www.facebook.com/pameranpengantin 

Tema untuk kali ini ialah "Bila Cinta Bertasbih Rindu". Ianya adalah mengenai betapa bestnye bercinta selepas berkahwin.. Nak tahu lebih lanjut? Silalah datang beramai-ramai ke Pameran Pengantin Malaysia 2012 di PWTC, 28 - 30 September 2012 ini yaaa..


Purchase & Win di Pameran Pengantin Malaysia 2012, PWTC, 28 - 30 Sept 2012

A'kum wbt

Berita baik untuk semua pengunjung Pameran Pengantin Malaysia 2012 di PWTC bermula dari 28 hingga 30 September 2012 kali ini. Kami mengadakan promosi Purchase & Win kepada pengunjung-pengunjung yang membuat tempahan dengan bayaran sekurang-kurangnya RM100!! Jangan lepaskan peluang ini.. Pelbagai hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi, antaranya Grand Prize TV LCD 32 inci, mesin basuh, DVD Player dan pelbagai peralatan elektrik.. sangat sesuai untuk mereka-mereka yang baru kawin.. :)



Tuesday, September 11, 2012

:: Entri Amaran Tugasan Ke-2 ::

ENTRI AMARAN TUGASAN KE-2
 






Task 2: tajuk Post”Urban Vibe HOTTEST Blogger Contest(PREVIEW-Ampang Point)"
Peserta yang hanya melakukan tugasan 1 boleh menyertai pertandingan seterusnya 
Penyertaan bermula 07 September 2012 – 25 Oktober 2012
Entri tidak kurang dari 200 patah perkataan menceritakan pengalaman anda hadir ke Pameran Pengantin Malaysia (7-9 September , di Ampang Point Shopping Centre) tersebut, serta vendor pilihan anda. Sertakan sekurang-kurangnya sekeping gambar anda disana.(Sila tinggalkan komen di entri amaran setelah anda membuat post tersebut)

Monday, September 10, 2012

:: Save The Date (7 - 9 September 2012) ::

Save the DATE !!
Scroll ke bawah untuk Entri terbaru :)



 Assalamualaikum..

B2B semua, PPM seterusnya akan berada di Ampang Point Shopping Centre, pada 7-9 September ini, bermula dari jam 10pg -10 mlm. Pameran kali ini bertemakan "A Striped Affair" yang tentunya akan memberi kelainan kepada dekorasi yang ingin disampaikan terutamanya di pentas utama.. Warna-warna pilihan seperti navy blue, lime green dan light pink akan menyerlahkan lagi dekorasi pameran kali ini.

Terdapat lebih kurang 25 vendor dengan sebanyak 30 tapak sahaja.. Walaupun pameran kali ini berskala kecil kami menjanjikan kepuasan dimana, anda akan disajikan dengan vendor2 yang tak kurang hebatnya...  

Memandangkan Concourse area shopping complex tersebut yang agak terhad keluasannya anda dinasihatkan datang seawal hari jumaat... agar dapat membuat pilihan dengan tenang disamping tepat...

Penganjur juga akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang tentunya akan memberi manfaat kepada anda semua..

Selain itu bagi pengunjung yang membuat tempahan dengan vendor-vendor PPM di pameran tersebut , bg setiap resit yang bernilai RM 100.00 anda berpeluang mendapatkan hadiah-hadiah menarik yang disediakan oleh Urban vibe Event..

apa tunggu lagi.... curilah masa anda untuk datang ke pameran kali ini...

See u there!

Admin
PPM Crew
Urban Vibe Event

Thursday, August 16, 2012

:: Purchase & Win ::


Istimewa kepada semua bakal2 pengantin!!! 
Kepada pengunjung yang membuat tempahan semasa PPM di Ampang Point (7-9 September ini, anda berpeluang mendapatkan ticket cabutan bertuah dari penganjur. Bagi setiap resit RM 100 (bayaran pendahuluan/deposit yang dibayar kpd vendor kami) anda akan mendapatkan 1 ticket.
** Contoh resit RM 200 -anda akan mendapat 2 ticket cabutan bertuah...

Anda mungkin bertuah dan berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik...
Jangan lupa temujanji anda bersama kami hanya di PPM

Tuesday, August 14, 2012

:: Pertandingan Andaman ::

Tema Pertandingan : Bila Cinta Bertasbih Rindu
Konsep : Pengantin SOLEHAH Moden

Terbuka kepada semua juru make up yang HOT di luar sana...
Sertai kami



:: Urban Vibe Online Contest ::


Contest lagi tetapi kali ini pula di fanpage PPM dan terbuka kepada pasangan yang bakal berkahwin selewat-lewatnya 30 Jun 2013..


1) Sila ambil gambar anda & pasangan yang sopan bersama PAPER BAG @ DIREKTORI Pameran Pengantin Malaysia di Sacc Convec (13 - 15 Julai ini)

2) Terbuka kepada pasangan yang bakal berkahwin selewat-lewatnya pada 30 June 2013 dari Semenanjung Malaysia sahaja.

3) Peserta tidak boleh mewakilkan mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini.

4) Sebarang kos tambahan adalah tertakluk kepada penaja.


Cara-cara Penyertaan:

1) Sila "LIKE" page Pameran Pengantin Malaysia-by Urban Vibe Event (sekiranya anda masih belum berbuat demikian)

 2) Peserta perlu menggunakan Gambar Yang diupload sebagai profile picture facebook anda sehingga 18 September 2012 jam 4ptg

3) Sila  "upload" di Fanpage Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event sekeping gambar penuh berwarna anda & pasangan yang terang, jelas bersama PAPER BAG @ DIREKTORI Pameran Pengantin Malaysia di Sacc Convec (13 - 15 Julai ini) (sila pastikan gambar tersebut dalam keadaan sopan, iaitu perbuatan dan pakaian, tidak bersentuhan & tidak menyinggung mana-mana pihak) Gambar Edit juga tidak diterima

4) Sila nyatakan maklumat berikut digambar yang telah di"upload";
            Tarikh Pernikahan:
            Nama Penuh Peserta (salah seorang):
            Tempat Berkahwin:
            Email address(salah seorang):
           
contoh: 

Tarikh Pernikahan: 30 Oktober 2012
            Nama Penuh Peserta (salah seorang): Ali Bin Abu
            Tempat Berkahwin:Kluang, Johor
            Email address(salah seorang): alibu@yahoo.com

*email adalah penting supaya mudah dihubungi pihak penganjur jika ada sebarang kekeliruan

5) Pihak penganjur hanya menerima penyertaan gambar yang mempunyai MAKLUMAT LENGKAP sahaja untuk menyertai pertandingan ini. 

6) Penyertaan bermula dari 13 Julai 2012 sehingga 4 September 2012 pada jam 3 ptg. Sekiranya ada penyertaan baru selepas jam 3 petang 4 September 2012 ia tidak akan diproses

7) Sila beri tempoh selama "24 jam" agar pihak admin dapat memindahkan gambar anda ke album pertandingan

8) "Like" atau undian pada gambar peserta TIDAK akan dikira, sila mengundi atau "like" gambar dari album pertandingan sahaja.

 Maklumat berkaitan Proses Mengundi atau "LIKE"
 
A) Bilakah boleh mengundi?
--------------------------------------
Sebaik sahaja gambar anda telah di”upload” ke “album pertandingan”. Proses undian terbuka sehingga 18 September 2012, jam 3ptg

B) Siapa yang boleh mengundi?
--------------------------------------
Semua adalah dibenarkan mengundi.

C) Bagaimanakah anda bole mengundi?
--------------------------------------

Pilih ikon “Photo” di Fan page ini, dan pilih album pertandingan
anda terus boleh mengundi gambar pilihan anda. Sila “like” gambar pilihan anda didalam album tersebut.

Bagi memastikan rakan anda telah mengundi dari “album pertandingan” sila pastikan anda klik "Share +" dari gambar pilihan Anda dan sebarkan tentang pertandingan ini.

***** UNDIAN HANYA DIKIRA DARI “ALBUM PERTANDINGAN” SEBARANG UNDIAN DARI GAMBAR ALBUM PERSONAL PESERTA TIDAK AKAN DIKIRA
 


:: Urban Vibe HOTTEST Blogger CONTEST ::


Assalamualaikum...

Blogger2 yang HOT sekalian dengan ini, PPM dengan rasminya ingin melancarkan sebuah Contest istimewa untuk anda semua... Terbuka kepada anda sekalian.... Seperti namanya yang HOT itu... Tasknya juga adalah Super Hot berserta hadiah yang tak kurang Hot nya...


 Syarat2nya adalah seperti berikut:

a) Peserta perlulah “like” Fanpage (http://www.facebook.com/pameranpengantin)

b)Peserta hendaklah mempunyai BLOG, dan terbuka kepada semua penulis blog, tiada had umur, status dan jantina dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/ . Sila letak Event Banner(poster seperti di atas) di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA

c) Pertandingan ini mewajibkan peserta membuat 3 tugasan berkaitan Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event;

d) Task 1: tajuk Post”Urban Vibe HOTTEST Blogger Contest(PREVIEW)”
Penyertaan bermula 14 Ogos 2012 – 05 September 2012 jam 2 ptg.
Entri tidak kurang dari 150 patah perkataan menceritakan tentang Pameran Pengantin Malaysia yang bakal berlagsung di Ampang Point Shopping Centre (apa yg anda ingin lihat disana pada 7-9 September). Serta ceritakan tentang contest yang anda sertai.
      (Sila tinggalkan komen di entri ini setelah anda membuat post tersebut)
               
e) PPM akan mengeluarkan entri amaran bagi mengingatkan peserta mengenai tugasan ke-2
Task 2: tajuk Post”Urban Vibe HOTTEST Blogger Contest(PREVIEW-Ampang Point)"
Peserta yang hanya melakukan tugasan 1 boleh menyertai pertandingan seterusnya 
Penyertaan bermula 07 September 2012 – 25 Oktober 2012
Entri tidak kurang dari 200 patah perkataan menceritakan pengalaman anda hadir ke Pameran Pengantin Malaysia (7-9 September , di Ampang Point Shopping Centre) tersebut, serta vendor pilihan anda. Sertakan sekurang-kurangnya sekeping gambar anda disana.(Sila tinggalkan komen di entri amaran setelah anda membuat post tersebut)

f) PPM akan mengeluarkan entri amaran bagi mengingatkan peserta mengenai tugasan ke-3
 Task 3: tajuk Post”Urban Vibe HOTTEST Blogger Contest(PREVIEW-PWTC)"
Peserta yang hanya melakukan task 1 dan task 2 boleh menyertai pertandingan seterusnya 
Penyertaan bermula 28 Oktober 2012 – 10 November 2012
Entri tidak kurang dari 200 patah perkataan menceritakan pengalaman anda hadir ke Pameran Pengantin Malaysia (28-30 Oktober , di Legar Putra, PWTC) tersebut, serta vendor pilihan anda. . Sertakan sekurang-kurangnya sekeping gambar anda disana.
(Sila tinggalkan komen di entri amaran setelah anda membuat post tersebut)

Hadiah: Tempat Pertama Wang Tunai bernilai RM 500 
Tempat Kedua: Wang Tunai bernilai RM 300.00 
Tempat Ketiga: Wang Tunai bernilai RM 200.00
*** Sebarang hadiah tambahan akan dimaklumkan kemudian
...

***PS: Sila guna pakai syarat2 yang dinyatakan di entri ini, kerana terdapat perubahan tarikh jika dibandingkan diposter.
Selamat Mencuba!!


Sunday, July 15, 2012

Online Contest : So Spontan

Assalamualaikum..

kali ini, urban vibe akan membuat online contest secara spontan sahaja..nama pun spontan kan..so tempoh yg untuk online contest ni, sekejap je..bermula dari pukul 10 malam tadi sehingga 12 tengah hari jap lagi. 


nak join contest ni, sangat mudah..tak payah nak perah otak bagai..just nyatakan apa yang kami nak..ini syarat2 untuk menyertai contest ini :


hanya follow sahaja syarat2 yg telah diberikan, setelah selesai membuat entry yg di perlukan anda perlulah tinggalkan link entry anda itu di dalam bahagian comment ye..senang nanti kami nak review..;)


Monday, July 2, 2012

:: Cute & Creative Couple Online Contest :: SCROLL UTK ENTRY BARU!


Syarat2nya:

1) Terbuka kepada pasangan yang bakal berkahwin selewat-lewatnya pada 30 Disember 2012 dari Semenanjung Malaysia sahaja.

2) Peserta tidak boleh mewakilkan mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini.

3) Sebarang kos tambahan adalah tertakluk kepada penaja.


Cara-cara Penyertaan:

1) Sila "LIKE" page Pameran Pengantin Malaysia-by Urban Vibe Event (sekiranya anda masih belum berbuat demikian)

 2) Peserta perlu menggunakan Poster pertandingan sebagai profile picture facebook anda sehingga 10 Julai 2012 jam 4ptg

3) Sila  "upload" di Fanpage Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event sekeping gambar penuh berwarna anda & pasangan yang terang, jelas, kiut-miut & kreatif (sila pastikan gambar tersebut dalam keadaan sopan, iaitu perbuatan dan pakaian, tidak bersentuhan & tidak menyinggung mana-mana pihak) Gambar Edit juga tidak diterima

4) Sila nyatakan maklumat berikut digambar yang telah di"upload";
            Tarikh Pernikahan:
            Nama Penuh Peserta (salah seorang):
            Tempat Berkahwin:
            Email address(salah seorang):
           
contoh: 

Tarikh Pernikahan: 30 Oktober 2012
            Nama Penuh Peserta (salah seorang): Zaiti Bin Ali
            Tempat Berkahwin: Bertam Hulu, Melaka
            Email address(salah seorang): zaity33@yahoo.com

*email adalah penting supaya mudah dihubungi pihak penganjur jika ada sebarang kekeliruan

5) Pihak penganjur hanya menerima penyertaan gambar yang mempunyai MAKLUMAT LENGKAP sahaja untuk menyertai pertandingan ini. 

6) Penyertaan bermula dari 25 April 2012 sehingga 25 June 2012 pada jam 3 ptg. Sekiranya ada penyertaan baru selepas jam 3 petang 25September 2012 ia tidak akan diproses

7) Sila beri tempoh selama "24 jam" agar pihak admin dapat memindahkan gambar anda ke album pertandingan iaitu "Cute & Creative Couple Online Contest Album"

8) "Like" atau undian pada gambar peserta TIDAK akan dikira, sila mengundi atau "like" gambar dari album pertandingan sahaja.

 Maklumat berkaitan Proses Mengundi atau "LIKE"
 
A) Bilakah boleh mengundi?
--------------------------------------
Sebaik sahaja gambar anda telah di”upload” ke
“album pertandingan”. Proses undian terbuka sehingga 2 Julai 2012, jam 3ptg
 

B) Siapa yang boleh mengundi?
--------------------------------------
Semua adalah dibenarkan mengundi.

C) Bagaimanakah anda bole mengundi?
--------------------------------------

Pilih ikon “Photo” di Fan page ini, dan pilih album “Cute & Creative Couple Online Contest”
anda terus boleh mengundi gambar pilihan anda. Sila “like” gambar pilihan anda didalam album tersebut.

Bagi memastikan rakan anda telah mengundi dari “album pertandingan” sila pastikan anda klik "Share +" dari gambar pilihan Anda dan sebarkan tentang pertandingan ini.

***** UNDIAN HANYA DIKIRA DARI “ALBUM PERTANDINGAN” SEBARANG UNDIAN DARI GAMBAR ALBUM PERSONAL PESERTA TIDAK AKAN DIKIRA

Wednesday, April 25, 2012

:: PERTANDINGAN DI PPM JULAI 2012 ::


SABTU (14 JULAI 2012, 12 - 1 TENGAHARI)
PERTANDINGAN DEKORASI KEK SEMPENA ULANGTAHUN KE-7 URBAN VIBE EVENT
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
 * Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18tahun ke atas sahaja, kecuali urusetia
  * Anda perlu membawa kek kosong yang belum dihias (maksimum two tier cake), cupcake tidak dibenarkan
  * Sila bawa icing dan bahan-bahan dekorasi mengikut kreativiti anda, dan perlulah mengikut tema hiasan iaitu "Ulangtahun ke-7 Urban Vibe Event"
  
 CARA PENYERTAAN
1.  Pendaftaran penyertaan boleh dibuat dengan memuat turun borang pertandingan di
@
2.   Yuran penyertaan adalah RM 50.00 bagi setiap peserta, . Sila bank-in kan yuran pendaftaran ke akaun Maybank ke atas nama Urban Vibe Event di nombor akaun 512017001702 dan sila fax atau emailkan slip pembayaran beserta borang penyertaan ke info@urbanvibe.com.my dan nombor fax 0361858018. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 0361856633.
3.  Peserta perlu berdaftar di kaunter urusetia sebelum jam 11pg pada hari tersebut
4.  Masa untuk mendekorasi adalah 1 jam sahaja
5.  Pertadingan akan diadili oleh juri professional
6 Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan dan hadiah utama akan diumumkan kemudian

SABTU (14 JULAI 2012, 4 - 6 PTG)
PERTANDINGAN PENCARIAN MODEL MUSLIMAH PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA by URBAN VIBE EVENT
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
 * Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18tahun ke atas sahaja, kecuali urusetia serta ahli keluarga urusetia Pertandingan Pencarian Model Muslimah Pameran Pengantin Malaysia 2012
* Peserta hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 168cm (bg ketinggian 165 cm perlulah memakai kasut sekurang2nya 3 inci), bertudung dan berperwatakkan menarik
* Mempunyai disiplin yang tinggi dan boleh menerima teguran
* Mempunyai pengalaman dalam bidang peragaan adalah satu kelebihan
 CARA PENYERTAAN
1.     Pendaftaran penyertaan boleh dibuat dengan memuat turun borang pertandingan di
@
2.   Yuran penyertaan adalah RM 50.00 bagi setiap peserta, . Sila bank-in kan yuran pendaftaran ke akaun Maybank ke atas nama Urban Vibe Event di nombor akaun 512017001702 dan sila fax atau emailkan slip pembayaran beserta borang penyertaan ke info@urbanvibe.com.my dan nombor fax 0361858018. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 0361856633.
3.   Pesertaperlua menghantar profil diri termasuk ukuran (dada, pinggang, pinggul) berserta gambar penuh bersaiz 4R sebelum 1 Julai 2012 ke alamat Urban Vibe Event, No 2-60 Jalan SG 3/1, Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
4. Pertandingan akhir akan diadakan di Pameran Pengantin Malaysia 2012, bermula jam 4- 6 petang 14 Julai 2012 (Sabtu) di Shah Alam Convention Centre. Peserta perlu menghadirkan diri ke kaunter urusetia sebelum jam 3ptg hari tersebut.
5.  Peserta perlu hadir dengan lengkap bermake -up dengan mengenakan pakaian tradisional, jubah atau dress yang mencerminkan imej muslimah. Acara akhir akan melibatkan "Catwalk" dan sesi soal jawap bersama juri. Juri akan terdiri daripada pengusaha-pengusaha produk muslimah.
6. Finalis berpeluang terlibat didalam pertunjukkan fesyen anjuran Pameran Pengantin Malaysia  by Urban Vibe Event pada masa akan datang
7. Pemenang Tempat Pertama akan mendapat liputan di Majalah Pesona Pengantin keluaran terbaru.
8.  Hadiah-hadiah Utama yang lain akan diumumkan kemudian
9.  Semua peserta akan menerima sijil penyertaan 


AHAD (15 JULAI 2012, 11.30 - 1.30 TENGAHARI)
PERTANDINGAN ANDAMAN
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
 * Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18tahun ke atas sahaja, kecuali urusetia serta ahli keluarga urusetia.
  CARA PENYERTAAN 
1.  Pendaftaran penyertaan boleh dibuat dengan memuat turun borang pertandingan di
@
2.  Yuran penyertaan adalah RM 100.00 bagi setiap peserta, . Sila bank-in kan yuran pendaftaran ke akaun Maybank ke atas nama Urban Vibe Event di nombor akaun 512017001702 dan sila fax atau emailkan slip pembayaran beserta borang penyertaan ke info@urbanvibe.com.my dan nombor fax 0361858018. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 0361856633.
3.  Peserta perlu berdaftar di kaunter urusetia sebelum jam 10.30pg pada hari tersebut
4.  Model, peralatan mekap dan pakaian serta aksesori adalah dari peserta.
5. Rambut dibenarkan didandan terlebih dahulu, cuma mekap sahaja di atas pentas.
6. Setiap peserta diberi masa satu jam untuk mekap dan tema akan dimaklumkan kemudian.
8. Sebarang keputusan para juri adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
9. Pemenang akan menerima trofi pertandingan berserta hadiah sampingan yang lain
10. Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan

AHAD (15 JULAI 2012, 5.30 - 6.30 PETANG)
PERTANDINGAN UKIRAN BUAH
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
 * Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18tahun ke atas sahaja, kecuali urusetia
  * Anda perlu membawa buah pilihan anda
  * Peralatan mengukir juga menggubah  perlu disediakan sendiri
 CARA PENYERTAAN
1.  Pendaftaran penyertaan boleh dibuat dengan memuat turun borang pertandingan di
@
2.   Yuran penyertaan adalah RM 50.00 bagi setiap peserta, . Sila bank-in kan yuran pendaftaran ke akaun Maybank ke atas nama Urban Vibe Event di nombor akaun 512017001702 dan sila fax atau emailkan slip pembayaran beserta borang penyertaan ke info@urbanvibe.com.my dan nombor fax 0361858018. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 0361856633.
3.  Peserta perlu berdaftar di kaunter urusetia sebelum jam 4.30ptg pada hari tersebut
4.  Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan
5.  Hadiah utama akan dimaklumkan kemudian.