Monday, September 10, 2012

:: Save The Date (7 - 9 September 2012) ::

Save the DATE !!
Scroll ke bawah untuk Entri terbaru :)



 Assalamualaikum..

B2B semua, PPM seterusnya akan berada di Ampang Point Shopping Centre, pada 7-9 September ini, bermula dari jam 10pg -10 mlm. Pameran kali ini bertemakan "A Striped Affair" yang tentunya akan memberi kelainan kepada dekorasi yang ingin disampaikan terutamanya di pentas utama.. Warna-warna pilihan seperti navy blue, lime green dan light pink akan menyerlahkan lagi dekorasi pameran kali ini.

Terdapat lebih kurang 25 vendor dengan sebanyak 30 tapak sahaja.. Walaupun pameran kali ini berskala kecil kami menjanjikan kepuasan dimana, anda akan disajikan dengan vendor2 yang tak kurang hebatnya...  

Memandangkan Concourse area shopping complex tersebut yang agak terhad keluasannya anda dinasihatkan datang seawal hari jumaat... agar dapat membuat pilihan dengan tenang disamping tepat...

Penganjur juga akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang tentunya akan memberi manfaat kepada anda semua..

Selain itu bagi pengunjung yang membuat tempahan dengan vendor-vendor PPM di pameran tersebut , bg setiap resit yang bernilai RM 100.00 anda berpeluang mendapatkan hadiah-hadiah menarik yang disediakan oleh Urban vibe Event..

apa tunggu lagi.... curilah masa anda untuk datang ke pameran kali ini...

See u there!

Admin
PPM Crew
Urban Vibe Event

No comments :

Post a Comment