Tuesday, October 26, 2010

PENGUMUMAN "TOP 5" PERTANDINGAN URBAN VIBE ONLINE CONTEST

Salam.

Owh malunya pihak-pihak juri terlewat 11 hari dari tarikh yang dijanjikan.. Harap-harap para peserta dapat memaafkan pihak kami. Kerana faktor kesibukan dan sebenarnya Urban Vibe Event sedang dalam proses untuk berpindah ke ofis baru insyaallah, disebabkan itu internet connection semua dah dipindahkan , jadi tak dapatlah nak online, nasib baik ada broadband yang dtg membantu.

Atas sebab kelewatan membuat pengumuman, kami disini hanya menyenarai pendekkan 5 peserta akhir sahaja, so selepas ini pihak juri akan sekali lagi membuat perkiraan (harap-harap tak ambik masa lama lah!) dan harapan kami juga anda semua peserta tidak lah jemu menanti yer.. tunggu sat je lagi ok!

Dengan ini diumumkan Top Five, jeng! jeng! jeng!
                                                   


Hernyzar; http://hernyzar-helmizan.blogspot.com/2010/09/urban-vibe-online-contest.html


Cik Belle; http://renda-perancis.blogspot.com/2010/09/pameran-pengantin-malaysia-pilihan.html



Eda Eliana; http://riwayatcatalystku.blogspot.com/2010/10/urban-vibe-online-contest.html


Nora a.ka. aira; http://anzcis.blogspot.com/2010/09/urban-vibe-online-contest.html

Noorazeana; http://noorazeana.blogspot.com/2010/09/urban-vibe-online-contest.html


So kepada yang tak tersenarai jangan bersedih hati, Insyaallah pihak kami akan menyemarakkan lagi blog ini dengan contest2 lain yang lebih menggegarkan. Nantikan semuanya dalam pameran pengantin malaysia 2011. Ada kejutan yang akan pihak kami lakukan.. Mungkin ada pasangan bertuah yang akan pihak kami sandingkan didalam satu mini resepsi hihihi mana lah tau kan.... sila angan2... Akhir kata terima kasih diatas sokongan semua blogger2 yang cantik manis ..

Nantikan keputusan akhir ini, insyaallah tak lama lagi nak diumumkan... Jumpa lagi

Urban Vibe Crew

Thursday, October 21, 2010

Gambar-gambar sekitar TFIPPM2010 di Kuala Lumpur Convention Centre












Pameran Pengantin Malaysia 2011

A'kum wbt

Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung-pengunjung dan terutamanya kepada para exhibitors yang telah memeriahkan Pameran Pengantin Malaysia 2010 di KLCC baru-baru ini.

Dengan ini, kami ingin mengumumkan bahawa Pameran Pengantin Malaysia 2011 akan diadakan di Ampang Point Shopping Centre bermula dari 7 Januari 2011 hingga 9 Januari 2011. Jadi, sila tandakan pada diari anda tarikh2 tersebut ye.. Kami akan terus mengupdate dari masa ke semasa perkembangan serta aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan di sana.. dan jangan lupa, terdapat beberapa kejutan yang bakal membuatkan anda terkejut menunggu anda di Ampang Point Shopping Centre.. Jangan lupa ye..

Pameran Pengantin Malaysia 2011 (Edisi ke 16), 7 hingga 9 Januari 2011, 10.00pg hingga 10.00mlm dan masuk adalah percuma!!

Jumpa di sana..

PPM Crew
Urban Vibe Event

Saturday, October 9, 2010

PERMOHONAN MAAF

Kepada semua peserta pertandingan "Urban Vibe Online Contest" , PPM ingin memohon maaf kerana tidak dapat mengeluarkan keputusan pertandingan tersebut, ini disebabkan ada dikalangan juri masih gagal membuat penilaian, atas faktor tersebut pihak kami memohon maaf dan hanya akan mengumumkan keputusan tersebut pada 15 Oktober 2010 dan hadiah masih seperti yang dijanjikan.

Pihak PPM dan Urban Vibe Event benar-benar memohon maaf diatas perkara tersebut. Sekiranya mana-mana blogger yang datang bertandang ke PPM di Kuala Lumpur Convention Centre pada hujung minggu ini, janganlah segan-segan memperkenalkan diri kepada crew kami.

Sekali lagi kami memohon maaf diatas kesulitan ini

PPM Crew
Urban Vibe Event

Friday, October 8, 2010

Pemilihan Top Ten 'Urban Vibe Online Contest' sedang di jalankan

Assalamualaikum & Hai,

Pihak pengurusan ingin memohon maaf atas kelewatan pengumuman 'Top Ten' bagi peserta 'Urban Vibe Online Contest'. Pengumuman akan di adakan di blog rasmi PPM tidak lama dari sekarang. So, nantikan sama-sama ye!

Monday, October 4, 2010

Aktiviti "The First International Pameran Pengantin Malaysia 2010 (TFIPPM)"

Salam,

Jangan lupa datang beramai-ramai ke TFIPPM hujung minggu ini. Pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung selama tiga hari ini. Luangkan masa anda untuk sama-sama memeriahkan Pameran kali ini. Check out Our activities ok!

                                               Sila klik gambar untuk imej yang lebih jelas

PPM Crew
Urban Vibe Event

Demonstrasi Andaman By Emma (Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Andaman PPM 2010-MVEC)

Salam..

Masihkah anda semua ingat siapakah pemenang tempat pertama Pertandingan Andaman Yang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre pada 6-10 Julai 2010 yang lalu. Tak lain tak bukan beliau adalah Pn Emma, so jom citer profile dia sikit;



Nama : Nurul Emarina Bt Sukaime
T.Lahir : 22 Feb 1986 di Tawau Sabah
Status : Berkahwin dan mempunyai seorang anak
Kerjaya Tetap: Setiausaha di Jabatan Kerajaan di Putrajaya.
Pengalaman: Mula berkecimpung dalam arena mekap selama 2 tahun. Memiliki butik kecil di beri nama D'iman Bridal Couture.. Bidang andaman ini telah menjadi sebahagian dari impian beliau semenjak kecil lagi , apatah lagi mendapat seorang suami yang amat menyokong dan menjadi tulang belakang kepada beliau untuk mencapai impiannya. Kelahiran bayi comel Nur Imanina Qaisara melengkapkan lagi kehidupan mereka sekeluarga. Nak tau macam2 tentang Pn emma dan cerita andaman beliau , layari lah link ini yer!

Nantikan Demonstrasi Puan Emma pada hari ahad, jam 12 tengahari, so jangan lupa yer!

PPM Crew
Urban Vibe Event

Contest telah tamat secara rasminya, Ahad 3 Oktober 2010, 12 tgh mlm

Assalamualaikum & Hai pada contestant semua,


Kami ingin menyusun sepuluh jari kiranya entri ini lambat di update.. Maaf, masa kami sangat penuh di isi dengan persiapan Pameran Pengantin Malaysia bertempat di KLCC minggu ini. Berdebar juga jantung di buatnya, berharap agar pameran di KLCC ini akan memuaskan hati semua exhibitor dan para pelawat yang menghadirkan diri ke pameran kami.

Para peserta yang di hormati sekalian, tahukah anda semua, Pameran Pengantin Malaysia buat pertama kalinya bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, yang mana sebelum ini kami bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, PWTC dan beberapa shopping mall yang ternama di kawasan Lembah Kelang.

Di pameran kali ini, pertama kalinya aktiviti seumpama 'Lelongan Amal' di adakan bersempena PPM @ KLCC nanti. Insya Allah, kalau sambutan menggalakkan, akan kami adakan edisi seterusnya di pameran yang lain.

Sebagai peneraju utama Pameran Pengantin Malaysia, Urban Vibe Event sedaya upaya menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik supaya para pelawat yang datang tidak pulang dengan tangan yang kosong. Di sebabkan itu, keisetimewaan pameran pada kali terdapat juga 'Demo Gubahan Sirih Junjung' oleh Lovely Wedding by Shaja, 'Demo Gubahan Hantaran' oleh Jemari Kreatif, 'Demo Andaman' oleh Eyra Rizal Touch, 'Demo Andaman' oleh pemenang pertandingan andaman MVEC yang lepas iaitu Puan Ema, Alunan Gamelan Tradisional, 'Pertunjukan Fesyen' oleh butik Muslimah No. 1 di Malaysia ; Butik Udaimatunnur.

Bagi yang berminat menyertai pertandingan, kami juga menyediakan pertandingan 'Gubahan Bunga Tangan Pengantin', pertandingan 'Gubahan Hantaran', pertandingan 'Andaman Muslimah Moden'. Seperti yang anda semua maklum, Pertandingan Andaman Pengantin adalah pertandingan yang wajib di adakan sepanjang tempoh pameran. Bagi juru andam yang berminat, bolehlah menghubungi pihak kami untuk pertanyaan yang lebih lanjut. Bagi para raja sehari yang ingin melihat sendiri gubahan D.I.Y, dan melihat sendiri proses bagaimana juru andam mempersiapkan pengantin dari atas ke bawah, silalah datang beramai-ramai untuk menyaksikan aktiviti-aktiviti yang menarik ini.

Tidk ketinggalan kepada bakal pengantin bukan Melayu, khasnya golongan Cina, pertunjukan fesyen oleh butik 'Monliza Wedding Castle' akan di adakan pada hari Ahad 10 oktober 2010.

Jadi, bakal pengantin semua, tandakan tarikh bermakna ini dan beritahu semua bakal raja sehari yang ingin melangsungkan perkahwinan nanti supaya datang beramai-ramai ke Pameran Pengantin Malaysia bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre 8-10 Oktober 2010.

Bagi para peserta Urban Vibe Online Contest, terima kasih kami ucapkan atas sokongan anda semua. Nantikan kehadiran para juri kami melawat blog anda semua. Sekian, Terima Kasih.


Yang benar,
Nadia H.
Pengarah Urusan
Urban Vibe Event

Saturday, October 2, 2010

Demonstrasi Gubahan Sireh Junjung & Hantaran

Salam...

PPM memang gigih arini yer, kali ni nak citer sikit tentang seni gubahan. Salah satu kelainan PPM yang akan datang ni , kita juga memfokuskan kepada aspek gubahan dan rekaan. Untuk itu kita telah mendapat kerjasama dari dua orang yang handal dalam bidang ini untuk membuat demonstrasi gubahan di pentas utama kita.

Jemari Kreatif
http://jemarikreatif.blogspot.com/
Dimiliki sepenuhnya oleh Puan Siti Hamidah seorang isteri dan ibu yang masih muda , yang sangat meminati seni gubahan hantaran. Idea gubahan beliau yang segar dan menarik membuatkan beliau semakin mendapat tempat di hati bakal-bakal pengantin untuk mengabdikan hasil gubahan beliau didulang hantaran hari bahagia mereka. So jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan hasil kerja Puan Amy,apa bentuk gubahan yang akan dibuat beliau masih lagi rahsia! jeng!jeng! jeng! jadi jangan ketinggalan;

Slot: Demonstrasi Gubahan Hantaran By Jemari Kreatif
Hari: Jumaat (08/10/2010)
Masa: 3.00 - 04.00 petang
Tempat: Pentas Utama, Dewan 4, Kuala Lumpur Convention Centre


Lovely Wedding By Shaja
http://shajaratuldesign.com
Dimiliki oleh Puan Shajaratul Ismail, beliau amat kreatif dan versatile hasil gubahan beliau amat diminati dan juga menjadi pilihan dikalangan VIP.So untuk PPM kali ini beliau akan membuat demonstrasi sireh junjung dan beliau juga akan membawa sample2 hasil kerja beliau yang terdahulu, jadi apa lagi bride 2 be ini lah masanya untuk mendapat idea dan juga tips dari mereka yang handal dalam bidang ini..

Slot: Demonstrasi Gubahan Sireh Junjung dari Pn Shajaratul
Hari: Jumaat (08/10/2010)
Masa: 5.00 - 06.30 petang
Tempat: Pentas Utama, Dewan 4, Kuala Lumpur Convention Centre

Kepada Puan Shaja & Puan Amy terima kasih PPM ucapkan diatas sokongan anda berdua yer... :P

PPM Crew
Urban Vibe Event

Eyra Rizal Touch Our Official make Up Artist - The First International PPM 2010

Salam

Sangat tegar PPM arini back to back update.. kali ni nak citer sikit tentang kita punyer Official Make Up Artist, dan dia adalah EYRA RIZAL TOUCH , jom kita check out portfolio ownernya dulu;



Nama: Eyra Rizal

Portfolio:
-BACKSTAGE STUDIO MAKEUP MACAM2 AZNIL
-BACSTAGE STUDIO MAKEUP JANGAN LUPA LIRIK
-BACKSTAGE STUDIO MAKEUP OLALA PHOTOSHOOT & SHOW
-KALAMULLAH RECORDING TV9
Beliau memulakan langkah dalam industi ini semenjak 2 tahun yang lepas, dan mula membuka kelas semenjak 2009 dan beliau juga gigih membentuk 'team' atas nama Eyra Rizal Touch semenjak tahun 2009 dan terus berkembang.
boleh check out information tentang eyra rizal touch di website dan blognya..

Bersempena PPM kali ini, Eyra Rizal juga akan mengadakan demonstrasi andaman di pentas utama, pada hari jumaat, bermula jam 08.00 mlm sehingga 09.00 mlm di dewan  4, Kuala Lumpur Convention Centre. Kepada adik2 yang masih tercari2 juru mekap untuk sentuhan hari bahagia, boleh lah saksikan demonstrasi ini dan tak lupa juga yang mana berminat untuk mendaftar kelas yang disediakan oleh Eyra Rizal Touch boleh berjumpa beliau di sana..

PPM Crew
Urban Vibe Event


Butik Muslimah No 1 Di Malaysia- Udaimatunnur By Syahirah

Salam...

Urban Vibe Event & Pameran Pengantin Malaysia (PPM) sangat berbesar hati di atas kesudian En Ismail Abdul Rahman Pemilik Butik Muslimah No 1 Di Malaysia di Malaysia untuk bekerjasama bagi mengadakan Pertunjukkan Fesyen Pakaian Pengantin Muslimah dari koleksi terbaru beliau yang belum lagi disiarkan di mana-mana majalah (Fresh lagi ni!!) di Pameran pengantin yang bakal diadakan dia Kuala Lumpur Convention Centre minggu hadapan. So sebelum tu tengok sikit Info berkaitan Udaimatunnur ni;



 Profile;
Nama Pemilik; Ismail Bin Abdul Rahman
Pengasas; Butik Syahirah yang kini dikenali sebagai Udaimatunnur "Cahaya Putih"
                Anak Tudung Ikat & Manik serta Lilitan Tudung
Impian; Imej Pengantin Wanita bertudung agar sentiasa kelihatan cantik dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Tentunya rekaan-rekaan udaimatunnur yang sopan dan tidak jarang menepati aspek pengantin muslimah yang sebenar...
Menaja Artis & Selebriti: Yatt, Maizawati & akan datang (Bienda)
Oh adik2 semua ziarah lah link ke  Udaimatunnur ni ok!

Antara koleksi2 Udaimatunnur yang direka oleh En ismail;



                                                                                        Picture: Courtesy Of Udaimatunnur
                                                                                           Model: Amrina Aziz


 Nak tengok banyak lagi, check out lah link tadi ok!

 So apa lagi kepada semua bakal pengantin sila booked calendar anda pada hari sabtu , 9 Oktober jam 3.00 petang!.. anda mungkin berpeluang menjadi pengantin pertama yang memakai koleksi terbaru Udaimatunnur apa lagi jangan lupa bawa pasangan anda... PPM pun sangat excited menunggu fesyen show ni ok jumpa nanti yer....

     PPM Crew
Urban Vibe Event