Showing posts with label Result. Show all posts
Showing posts with label Result. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

:: Pemenang Urban Vibe Online Contest - Edisi Ke 2 ::

salam.....

Dengan bangganya pada hari ni PPM nak umumkan siapakah gerangannya pemenang "Urban Vibe Online Contest - Edisi Ke 2"... walaupun pertandingan kali ini kurang mendapat sambutan.. pihak kami amat menghargai semua pihak yang bertanding... dan kita benar2 berharap anda semua supporter PPM akan terus bersama kami dan menyokong aktiviti PPM di semua lokasi untuk tahun 2011 dan tahun akan2 datang....

Sebelum tu  nak ingatkan anda semua apakah hadiah2nya...

"Persandingan 'Real Wedding' bertempat di pentas utama Ampang Point Shopping Centre pada tarikh 8 Januari 2011. Segala persiapan pengantin akan di taja sepenuhnya oleh Urban Vibe Event dengan kerjasama para penaja. Hadiah-hadiah berupa ;
Wang Tunai berjumlah RM200.00
Sepasang Baju Sanding  (Lelaki + Perempuan)
Aksesoris lengkap
Make Up sanding (Perempuan)
Bunga Tangan
Pelamin di pentas utama Ampang Point Shopping Centre
Perarakan lengkap dengan iringan kompang, silat dan tarian
Meja Makan Beradap Pengantin
Jemputan tetamu menghadiri mini resepsi seramai 30 orang terdekat pasangan pengantin
Sijil Penyertaan"


so, dengan ini diisytiharkan Pemenang Pertandingan Ampang Urban Vibe Online Contest-Edisi ke2 jatuh kepada








cik fifie.... dari http://dollachantek.blogspot.com/  so dengan ini secara rasminya cik fifie yang mana akan bernikah pada hujung minggu ini akan disandingkan dalam satu majlis resepsi di Ampang Point Shopping Centre bertemakan "crystal blue" pada hari sabtu jam 2.00 ptg. Majlis ini telah mendapat beberapa tajaan, yang mana persalinan pakaian akan ditaja oleh Izz Studio dan perkhidmatan katering ditaja oleh Syahmie Catering beserta wang tunai beserta sijil dari penganjur.. owh cik fifie juga boleh menjemput 30 org ahli keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan majlis tersebut.... nantikannya yer anda semua....  Tahniah sekali lagi kepada cik fifie & bakal suami (bakal yer sebab belum 31 dec lagi tau!!)... tak sabar nak berkenalan dengan anda berdua :P

Note: Pada hari jumaat (7 dec 2010) jam 8mlm akan diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang Urban Vibe Online Contest-Edisi Pertama... dijemput anda semua ramai2... datang memeriahkan acara... 

Majulah PPM untuk semua :P
PPM Crew
Urban Vibe Event


Tuesday, October 26, 2010

PENGUMUMAN "TOP 5" PERTANDINGAN URBAN VIBE ONLINE CONTEST

Salam.

Owh malunya pihak-pihak juri terlewat 11 hari dari tarikh yang dijanjikan.. Harap-harap para peserta dapat memaafkan pihak kami. Kerana faktor kesibukan dan sebenarnya Urban Vibe Event sedang dalam proses untuk berpindah ke ofis baru insyaallah, disebabkan itu internet connection semua dah dipindahkan , jadi tak dapatlah nak online, nasib baik ada broadband yang dtg membantu.

Atas sebab kelewatan membuat pengumuman, kami disini hanya menyenarai pendekkan 5 peserta akhir sahaja, so selepas ini pihak juri akan sekali lagi membuat perkiraan (harap-harap tak ambik masa lama lah!) dan harapan kami juga anda semua peserta tidak lah jemu menanti yer.. tunggu sat je lagi ok!

Dengan ini diumumkan Top Five, jeng! jeng! jeng!
                                                   


Hernyzar; http://hernyzar-helmizan.blogspot.com/2010/09/urban-vibe-online-contest.html


Cik Belle; http://renda-perancis.blogspot.com/2010/09/pameran-pengantin-malaysia-pilihan.html



Eda Eliana; http://riwayatcatalystku.blogspot.com/2010/10/urban-vibe-online-contest.html


Nora a.ka. aira; http://anzcis.blogspot.com/2010/09/urban-vibe-online-contest.html

Noorazeana; http://noorazeana.blogspot.com/2010/09/urban-vibe-online-contest.html


So kepada yang tak tersenarai jangan bersedih hati, Insyaallah pihak kami akan menyemarakkan lagi blog ini dengan contest2 lain yang lebih menggegarkan. Nantikan semuanya dalam pameran pengantin malaysia 2011. Ada kejutan yang akan pihak kami lakukan.. Mungkin ada pasangan bertuah yang akan pihak kami sandingkan didalam satu mini resepsi hihihi mana lah tau kan.... sila angan2... Akhir kata terima kasih diatas sokongan semua blogger2 yang cantik manis ..

Nantikan keputusan akhir ini, insyaallah tak lama lagi nak diumumkan... Jumpa lagi

Urban Vibe Crew