Thursday, February 10, 2011

:: Pemenang Urban Vibe Online Contest- Edisi Ke3 ::

Maaf lah PPM sangat sibuk sejak2 busy nak set up event kat SACC Convec ni., ni pun short entry jer...Juri semua dah baca entry para peserta semua. Semua pun best2 n macam semua pemenang tiada pengalah :P. Sebanyak 5 juri yang telah mengadili pertandingan ini, pening gak kepala sebab semua mempunyai pandangan yang berbeza, tapi ketua juri sudah bersuara, banyak faktor juga dipertimbangkan, Akhirnya keputusan pun dibuat. Kita berharap semua berpuas hati dengan keputusannya. so tanpa membuang masa n membuatkan semua calon2 tertungu2, jom kita umumkan terus pemenang2nya;

Tempat Ke3: jatuh kepada "cik nora" , entry beliau ni memang selalulah meruntun jiwa kan.. huhuhu


Tempat Ke2: pinjam statement cik min pelamin hati "touches the heart", sesuai lah nak  tempat kedua kita hadiahkan kepada cik Nabila"

dan 

Tempat Pertama: Ceritanya menarik, flow cerita ada originality yang membuatkan beliau terpilih sebagai pemenang Tempat Pertama. 

Pemenang Tempat Pertama "Urban Vibe Online Contest Edisi Ke3" jatuh kepada



Tahniah kepada semua pemenang, semoga semua menerima keputusan ini dengan hati terbuka. Yang mana tidak bernasib baik cuba lagi di Online Contest yang akan datang. Lagi Gempakkkkkssss!!! Kepada semua pemenang sila hubungi cik lisa 012 3282944 atau 0126835590 secepat mungkin. Kerana satu sesi penyampaian hadiah akan dilakukan di SACC Convec bersempena Pameran Pengantin Malaysia 2011 pada jam 6ptg hari jumaat 11 Feb 2011. Para peserta yang lain juga dijemput hadir. sila maklumkan kedatangan anda semua yer supaya tempat dapat disediakan kerana tempat adalah terhad.

p/s ; jangan lupa PPM hujung minggu ini di SACC Convec , bermula hari jumaat sehingga ahad dari jam 10 pg sehingga 9mlm. So jumpa disana.


Monday, February 7, 2011

:: Urban Vibe Online Contest Edisi ke 3 ::

Secara rasminya penyertaan Urban Vibe Online Contest Edisi ke-3 sempenan Pameran Pengantin Malaysia di SACC Convec, Shah Alam adalah ditutup. Nantikan keputusannya dan terima kasih kepada semua B2B yang menyertai pertandingan ini.

Saturday, February 5, 2011

*STICKY MODE, please scroll utk updated entry* :: Urban Vibe Online Contest ( Edisi ke-3 ) telah bermula !! ::




1) Pertandingan terbuka kepada bakal pengantin Seluruh Semenanjung Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas sahaja. Tidak di benarkan mewakili mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini.


2) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/ dan add kami di Facebook Pameran Pengantin Malaysia.

3) Entri hendaklah bertajuk 'URBAN VIBE ONLINE CONTEST EDISI KE-3 "..... and they live happily ever after"

4) Sila letak banner badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA. Serta anda juga dikehendaki menggunakan BANNER RASMI "Urban Vibe Online Contest Edisi Ke-3" sebagai Profile Picture di Facebook anda sehingga tarikh tutup pertandingan 5 Februari 2011..

5) Sila "like" page URBAN VIBE EVENT di facebook selaku Penganjur PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA.

6) Sertakan sertakan gambar penuh (anda & pasangan) yang terang dan jelas (Sila pastikan gambar anda berdua sopan dan tidak menyinggung mana-mana pihak)

7) Sila ceritakan kisah percintaan ayah & ibu anda yang menjadi inspirasi kepada anda & pasangan anda yang bertajuk ".... and they live happily aver after"

8) Letakkan gambar perkahwinan @ gambar terkini ayah & ibu anda


9) Namakan penganjur Pameran Pengantin Malaysia dan di manakah lokasi dan tarikh Pameran Pengantin Malaysia seterusnya.

10) Letakkan LOGO penganjur dan LOGO rasmi Pameran Pengantin Malaysia.

11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA. InsyaAllah pihak kami akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan.

Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 5 Februari 2011 sebelum 12 tengah malam.

Hadiah-hadiah merupakan:

Tempat Pertama


Pelamin Mini yang ditaja oleh Pelamin Hati beharga RM1200.00
1 Sesi Make Up yang ditaja oleh Eyra Rizal Touch berharga RM 450.00
Bunga Tangan Fresh Flower berharga RM200.00

Sijil Penyertaan

Tempat Kedua

Bunga Tangan Fresh Flower berharga RM 150.00
Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga

Bunga Tangan Fresh Flower berharga RM 100.00
Sijil Penyertaan

:: surat dari PPM untuk anda B2B Blogger semua ::

Salam dan selamat sejahtera
Hi B2B semua

PPM Crew dengan rasa rendah diri nak invite adik2 semua untuk memeriahkan event kita kali ni yang bertemakan "pink affair". tapi sebelum tu biar PPM citer sikitlah kan, di SACC ni adalah Pameran Pengantin yang ke 17 dianjurkan oleh Urban Vibe Event.
PPM baru sahaja selesai berlangsung dengan meriahnya (7-9 jan 2011) kat Ampang Point Shopping centre baru2 ni temanya "crystal blue", ada 30 booth yang memuatkan 24 peserta, kalau adik2 semua ada singgah kesana mesti perasan tempatnya agak sempit n crowded, tapi tulah sebenarnya cabaran kalau kita buat event di shopping complex, tapi sambutan amat menggalakkan lebih 50000 pengunjung datang ke event kita. Kita juga ada membuat penyampaian hadiah bagi pemenang Urban Vibe Online Contest Edisi Pertama, yang mana dimenangi oleh nora, sarah n bell, malangnya bell tak dapat datang pada hari tersebut huhu. Kita juga telah meraikan pengantin baru fifie n fazry pemenang urban vibe online contest edisi ke2 dalam  satu majlis yang kecil tapi sangat meriah dengan kerjasama penaja2 & sambutan amatlah menggalakkan tau.Entry tak sempat lagi nak update sebab masih tunggu gambar2 dari our official photographer. Selepas mencuba n berjaya kat mid valley exhibition hall, Kl Convec & Pwtc so kali ni kita cuba plak Kat SACC Convec.
Akak harap adik2 semua tak terconfuse dengan pameran atau karnival perkahwinan @ pengantin yang lain, hanya Pameran Pengantin malaysia sahaja dianjurkan oleh Urban Vibe Event selain itu adalah pesaing2 kami yang turut sama memeriahkan industri ini.

Our main highlight for the event february ni ialah main stage kita, yang di deco khas oleh NAS GREAT IDEA menepati konsep kita lah, mungkin adik2 semua dah tahu tema kita kali ni "pink affair" berkonsepkan ala2 fairy tale sikit, entah apa lah pelamin angan en nas kita tu kan? selain itu kita pun harap semua peserta pameran kali ni akan membuat dekorasi menepati tema kita, kerana kita akan mengadakan pertandingan booth tercantik untuk semua peserta pameran. Adik semua berpeluang mengundi tau kalau datang event kita nanti. Selain tu aktiviti utama kita on friday nite 11 feb 2011 at 8.00pm kita akan buat satu wedding demonstration (perarakan pengantin) bertemakan ".... and they live happily ever after" .. pasangan pengantinnya juga sama cantik sama padan "real couple" iaitu liyana & azzuan, Perarakan ni kita addapt sikit ala2 cam citer cinderella, berangan lah sikit kan :P nak kawen kan cam kene berangan sikit kan hehehe. Ni yang adik2 semua tak bole lepaskan peluang, inshaallah kita berharap semuanya menjadi macam yang kita rancangkan, so kita harap sangat semua b2b blogger dapat hadir memeriahkan acara.
Sepanjang 3 hari tu juga ada pertunjukkan fesyen antaranya "Syahrir Nurdin" dan "Dee Boutique (kebaya indonesia). Antara nama2 yang menyertai pameran kali ni plak ada Nas Great Idea, Rins suzana, Arma Abdul Rahman, Haidar Rahman, saidatulnisa, ryns avenue, pelamin hati dan banyak lagi butik pengantin, photographer, kad kahwin, tak lupa jugak catering servis. banyak jugak demostration yang akan kita buat di main stage antaranya make up oleh "nurin make over" & "eyra rizal touch", demo hantaran oleh kak shaja dari "shajaratul design" n macam2 lagi.

Di pintu utama kita ada macam2 offer yang kita nak berikan antaranya; 30 pax sesi manicure & kad keahliaan spa dari "tajrii spa", 200 pengunjung terawal setiap hari berpeluang mengabadikan moment indah bersama pasangan secara percuma yang ditaja oleh "big media works". Selain itu banyak hadiah menarik lain antaranya tajaan sewaan baju utk 3 psg penganti oleh rins suzana, Pre wedding photoshoot worth RM 1500 "the photolicious", catering majlis pernikahan (100pax) dan macam2 ado..


Akak & PPM akan amat mengalu2kan kedatangan adik2 semua bermula dari hari jumaat sehingga hari ahad, dari jam 10pg -9mlm. Sekiranya adik2 semua dapat datang utk menyaksikan demonstrasi perarakan pengantin yang berkonsep ala2 fairytale, Inshaallah mungkin bole reply email akak ni supaya akak bole buat rsvp kerusi kat main stage :P, atau kalau malu2 bole hubungi terus;
lisa
0123282944, kak yana 0126835590, kak nad 0123445672. Kita alu2kan kedatangan anda semua tau. tapi sekiranya tak berpeluang datang pada hari jumaat jangan plak tak datang langsung tau, senang citer contact jer no2 kat atas ni bila adik2 semua datang dapatlah PPM crew berkenalan dengan adik semua penyokong setia PPM ni.

FYI; sebenarnya PPM by Urban Vibe Event tgh merancang satu gathering bersama blogger untuk share idea n pendapat. Tapi kita masih mencari tarikh yang sesuai n berharap adik2 semua akan menyokong rancangan kita. Semoga dgn perjumpaan tersebut PPM akan lebih maju dimasa akan datang. Jom kita fikir2 kan masanya sama ek :P

Akhir kata; PPM Crew mengucapkan terima kasih atas sokongan adik2 semua, dan berharap adik2 semua terus menyokong kami dan war2kan lah PPM februari ni kepada kawan2 dan ahli keluarga. Jangan lepaskan meluangkan masa datang ke PPM dan inshaallah kenalkan lah diri adik2 semua, sebab PPM pun nak tahu dan kenal penyokong2 PPM ni. Semoga PPM dapat membantu adik2 semua membuat persiapan menjelang hari bahagia.

Best wishes;
PPM Crew