Tuesday, August 23, 2011

:: Online contest Hot di PPM muncul lagi "REAL WEDDING - CUTE COUPLE CONTEST"::

assalam semua!

puasa ker? dah ada baju raya? wah!!! kelas.... eh tapi PPM pun kelas gak... time sumer sibuk2 prepare barang raya ni PPM nak menyibuk gak ni, nak buat online contest... tapi kali ni special lah sebab ia terbuka utk pasangan yang baru berkahwin hanya di Fan page PPM;

Dengan ini dibawakan terhangat dari PPM  

"REAL WEDDING - CUTE COUPLE CONTEST"
Syarat2nya:

1) Terbuka kepada seluruh pasangan yang sudah atau bakal bernikah dari tarikh 1 januari 2011 sehingga 30 jun 2011 diseluruh Semenanjung Malaysia sahaja

2) Peserta tidak boleh mewakilkan mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan ini

3) Peserta & pasangan mestilah berperwatakan menarik

Cara2nya:

1) Sila "like" page Pameran Pengantin Malaysia-by Urban Vibe Event (sekiranya anda masih belum berbuat demikian)

 2) Peserta perlu menggunakan Poster pertandingan sebagai profile picture facebook anda sehingga 18 September 2011 jam 5ptg

3) Sila  "upload" sekeping gambar penuh anda & pasangan yang terang & jelas (sila pastikan gambar tersebut didalam keadaan sopan & tidak menyinggung mana-mana pihak) Gambar Edit juga tidak diterima

4) Sila nyatakan maklumat berikut digambar yang telah di"upload";
            Tarikh Pernikahan:
            Nama Penuh Peserta:
            Nama Penuh Pasangan:
            Email address(salah seorang):
contoh:  Tarikh Pernikahan: 17 September 2011
               Nama Penuh Peserta: Ahmad Bin Kassim
               Nama Penuh Pasangan: Zainab Binti Ali
              *Email address(salah seorang):zainab@yahoo.com
*email adalah penting supaya mudah dihubungi pihak penganjur jika ada sebarang kekeliruan

5) Pihak penganjur hanya menerima penyertaan gambar yang mempunyai MAKLUMAT LENGKAP sahaja untuk menyertai pertandingan ini. 
6) Penyertaan bermula dari 23 Ogos 2011 sehingga 16 September 2011 pada jam 5 ptg. Sekiranya ada penyertaan baru selepas jam 5 petang 23September 2011 ia tidak akan diproses

7) Sila beri tempoh selama "24 jam" agar pihak admin dapat memindahkan gambar anda ke album pertandingan iaitu "Real Wedding-Cute Couple Album"

8) "Like" atau undian pada gambar peserta TIDAK akan dikira, sila mengundi atau "like" gambar dari album pertandingan sahaja.

 Maklumat berkaitan Proses Mengundi atau "LIKE"
 
A) Bilakah boleh mengundi?
--------------------------------------
Sebaik sahaja gambar anda telah di”upload” ke “album pertandingan”. Proses undian terbuka sehingga 18hb September 2011 (Ahad) pukul 5.00 P.M
 

B) Siapa yang boleh mengundi?
--------------------------------------
Semua adalah dibenarkan mengundi.

C) Bagaimanakah anda bole mengundi?
--------------------------------------

Pilih ikon “Photo” di Fan page ini, dan pilih album "Real Wedding-Cute Couple Album"
anda terus boleh mengundi gambar pilihan anda. Sila “like” gambar pilihan anda didalam album tersebut.

Bagi memastikan rakan anda telah mengundi dari “album pertandingan” sila pastikan anda klik "Share +" dari gambar pilihan Anda dan sebarkan tentang pertandingan ini.

***** UNDIAN HANYA DIKIRA DARI “ALBUM PERTANDINGAN” SEBARANG UNDIAN DARI GAMBAR ALBUM PERSONAL PESERTA TIDAK AKAN DIKIRA


dan hadiahnya yang superb adalah:

  • Sebuah "Persandingan 'Real Wedding' bertempat di pentas utama Ampang Point Shopping Centre pada tarikh 24 September 2011. Segala persiapan pengantin akan di taja sepenuhnya oleh Urban Vibe Event dengan kerjasama para penaja. Hadiah-hadiah berupa ;
1)Sepasang Baju Sanding  (Lelaki + Perempuan) lengkap dgn aksesori
2)Make Up sanding (Perempuan)
3)Bunga Tangan
4)Pelamin di pentas utama Ampang Point Shopping Centre
5)Perarakan lengkap dengan iringan kompang, silat dan tarian
6)Meja Makan Beradap Pengantin
7)Jemputan tetamu menghadiri mini resepsi seramai 30 orang keluarga terdekat pasangan pengantin
8)Sijil Penyertaan
wowwwww best kan!!!!!
NOTA PENTING: Hadiah utama adalah untuk kegunaan "Real Wedding" yang bertempat di Ampang Point Shopping Centre pada 24 September 2011 bersempena pameran Pengantin Malaysia anjuran Urban Vibe Event sahaja.
Semuanya tertakhluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang dimenangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan atau terdapat kos tambahan (jika ada).Semua hadiah tidak boleh ditukar dengan nilai wang ringgit atau barangan lain. HARAP MAKLUM!
so apa lagi spread the news u ollss... jumpa kat ampang point nanti OK!

Friday, August 19, 2011

PPM Di Ampang Point Pada Bulan September

Assamualaikum...

Macam mana puasa hari ke-19 ni..harap harap jangan ada yang dah ponteng puasa ye..dan tinggal beberapa hari je lagi bulan ramadhan akan tinggalkan kita untuk tahun ini..jangan lupa, insyaallah besok tinggal lagi 10 hari kita akan berpuasa..jangan nak excited sangat ye nak raya!!!, excited dulu untuk mengadapi malam Lailatulqada...*ok fine ustazah mallisa memulakan pembuka bicara dgn muka insaf dan tawadok*

Nak sambung dengar tazkirah jumaat ke nak sambung dengan Tajuk utama kita..hihihi..oklah kita sambung dengan tajuk utama kita lah..bukan apa, nanti ada pulak yg mcm tak percaya je..bulan bulan puasa ni ada org berangan nak jadi ustazah pulak..hihihi..*gelak tutup mulut dgn tangan*

Ok ok..jom rapat2 tgk nih..bukak kelenda anda semua ye..kita ada dating lagi tau bulan September ni..set ye jangan ada yang lupa pulak..nanti i mengajuk baru tahu...^_^'

Tempat : Tingkat 1, Ampang Point Shopping Center.
Tarikh : 23 - 25 September 2011
Masa : 10 pagi - 9 mlm.
Tema : Summer Love


TARA!!!!!!!!!!!!!!!!!




Summer Love...September 2011

Aktiviti menarik menanti anda, dan..kepada semua..jangan lupa join contest untuk event kali ini..pemenang akan berpeluang bersanding di Event kami di AMPANG POINT..yang penting semua di sponsor..

Nanti kami akan umumkan details mengenai Contest terbaru ini ye..hadiah dah tentu tentu lah gempak kan..:)

ok bye..

Assalamualaikum...:)

Diupdate oleh..

MallisaSaila..

Monday, August 15, 2011

Selamat berpuasa.....

            Assalamualaikum..alhamdulillah.....
Waduh...dah lama jari jemari ini tidak menekan keyboard laptop si artis melampau yg sememangnya melampau itu...ha ha ha...harap pembaca-pembaca blog ini tidak jemu menjengok blog kami...Hari ni masuk hari yg ke-15 umat islam di Malaysia berpuasa..alhamdulillah,allah masih lg memberi kesempatan menyambut Ramadhan Al-Mubarak pd tahun ini di Malaysia dgn aman skali...Tak terasa pun..dah masuk 15 hari dah...dah nak dekat raya dah...bestnya nak raya...
    Tapi dalam bulan Ramadhan ni juga kami sibuk untuk menghabiskan booth yg x terjual lagi bagi Pameran Pengantin Malaysia 2011 di Shah Alam Convention Centre..dah x banyak dah..alhamdulillah,sambutan untuk pameran pada kali ini amatlah memberangsangkan.terutama dari peserta2 kita yg dah mmg regular ngan kami..
      So,kepada bakal2 pengantin yg akan bakal melangsungkan perkahwinan anda,temui kami nnt di pameran pengantin malasia 2011 di Shah Alam Convention Centre...jumpe kami di sana..selamat berpuasa kepada selurah umat islam di malaysia..semoga dapat puasa penuh pd tahun ni ek..ha ha yeeeeeeehhhhhhhhhhaaaaaaaaaaa


ikhlas dari aku'
official moskot
urban vibe event
kami lebih hangat dari yg lain

Wednesday, August 10, 2011

Kuiz Mingguan by Urban vibe Event

Assalamualaikum..

Firstly nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan..dah terlambat ke..eh taklah baru 10 hari puasakan..sempat lagi..:p

Alamak...blog kami semakin bersawang ye..maaf lah..bukannya apa kesebukan melanda semua crew urban..sekarang sedang sebuk dengan event yang akan datang..nak tahu ke next event bile n dimane..eammm...kalau nak tahu kene lah selalu  tunggu update dari kami..yg pasti nya next event ini akan lebih meletop kata koo...eh lupa nak tanya, dah Like ke belom Fan Page kami..ada yang belum ke..ni nak kene ni..haih..

Siapa yang belum Like..like cepat..kalau tak lisa xnak kawan..haaa..kepada yang tak Like lagi mesti tak tahu yang sekarang ni PPM sedang buat kuiz mingguan kat Fan Page..Kuiz setiap hari jumaat ye..kadang2 tu ada jugak kami buat hari Rabu, tgk kepada permintaan penaja lah kan..tapi setiap hari JUMAAT adalah WAJIB..setiap pukul 3.30 petang, tapi sebab bulan puasa nikan kami cepatkan kepada pukul 3.00petang..yeah takut pulak ada yang tak sempat nak join almaklumlah..bulan puasakan ada yang nak masak lah bagai..hihihi..hadiah mmg menarik okey..yelah tgk pulak penaja-penaja kan..semua sporting2..sponser hadiah yg grand2..

kepada mereka mereka yang belum Like fanpage kami cepat like kalau nak hadiah  menarik, boleh lah kurangkan bajetkan..biasalah nak kawin mesti banyak nak pakai duit..mane tahu ada rezeki boleh dapat kurangkan bajet B2B semua..;)


update oleh:

MallisaSaila