Friday, March 30, 2012

:: Apa Ada Dengan Cinta??? ::

hi semua Assalaamualaikum....
Kellllasssss tajuk kan!... macam ni punya "headline"... Macam mana dengan Percintaan anda semua??? alololo... jaga batasannya ok... Cinta pd Allah, Rasul, Parents & keluarga itu yang utama... Jangan iikutkan hati nanti memakan diri............

Wah...

Admin sebenarnya nak update promo terbaru yang mmg takdelah kaitan dgn tajuk di atas... hehehe.. 

jangan buat-buat lupa (6-8 April 2012 di Dewan Perdana, PICC, Putrajaya) bersama kami sempena Pameran Pengantin Malaysia yang berkonsepkan "fantasi puteri gunung ledang"

 Apa lagi... Jumpa disana..

Wednesday, March 21, 2012

:: PEMENANG!!! (akhirnya)-URBAN VIBE ONLINE CONTEST-Cinta Seputih Salju::

Penantian itu satu penyiksaan ??? Bukan kah begitu anda semua...

Akhirnya setelah berminggu2 tertangguh pengumuman pemenang2 Pertandingan Urban Vibe Online Contest- Cinta Seputih Salju dengan ini PPM tak sabar2 sangat nak umumkan!!! Anda semua tau tak wahai para peserta, PPM pun tak lena tidur malam selagi tak buat pengumuman.... Almaklumlahkan sponsor2 kita semua HOT!!!! sibuk sangat mereka ni... tapi sabar lah kan!!! HADIAHNYA PUN KAN HOTTTTT!!!!

Pertandingan kali ni mmg agak memenatkan ye tak?? task 1 bermula dengan 12 orang peserta, hanya 10 org yang melakukan task 2, adik linda & adibahrisha tidak meneruskan cabaran task 2 kerana kesibukkan mereka.... dan akhirnya hanya tinggal 9 finalis apabila nurul liyana tidak dapat meneruskan task 3. Rata2 penarikkan diri peserta sebab kesibukkan...  tapi dr PPM sendiri kita amat menghargai usaha kesemua peserta dari task1 sehingga task 3....

Terima kasih PPM ucapkan kepada semua 9 finalis (Izyan, Sara, Nurul, Amiza, Nursyahidah, Rina, Nabila, Nora & Zafema) di atas komitmen anda semua... segala teguran dan pendapat akan PPM ambik kira bagi penambahbaikkan PPM pada masa akan datang... Sayangnya hanya ada 3 hadiah untuk dimenangi... sob sob*** kalaulah PPM boleh dapatkan hadiah saguhati kan best.... sob sobbb sedih sangat sebab tak dapat carik hadiah saguhati yang best.... tapi semua finalis anda semua adalah dihati :)...

Dengan ini diumumkan....


                              Tempat Ketiga: Pre Wedding worth RM 1500.00 + Persandingan worth RM 2500.00 + album + frame tajaan 
Dimenangi oleh 

                         Tempat Kedua: Sewaan baju L & P bernilai RM 5K oleh 
   Dimenangi oleh 

                            Tempat Pertama: Pelamin rumah bernilai RM 5K 
                 berserta dekorasi 9 dulang hantaran tajaan
 AWC
Dimenangi oleh

******* Keputusan Juri (dari panel penaja) adalah muktamad, sebarang kos pengangkutan @ penginapan adalah tertakhluk kepada penaja.

tahniah dari PPM kepada semua Pemenang... sila PM inbox FB: PPMfull contact no anda semua... Kepada peserta lain terima kasih yang tak terhingga atas sokongan semua... diharap anda semua tak serik tau :)

Saturday, March 17, 2012

:: BORANG-BORANG PERTANDINGAN ::

BORANG PERTANDINGAN FOTOGRAFI


BORANG PERTANDINGAN PENCARIAN MODEL MUSLIMAH
  

woot woot jangan lupa sertai pertandingan hanya di Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event
 

Saturday, March 10, 2012

:: PENGUMUMAN- SABAR JE LAH ::

Assalamualaikum
Kepada semua peserta "Urban Vibe Online Contest- Cinta Seputih Salju" ini adalah pengumuman penting.....

(1) Contest ini bukan tipu punyer tau hadiah dah tentu ada tetapi.... (rujuk no 2)
(2) Ad diantara penaja2 yang sgt busy belum sempat check entry anda sekalian, so harap kita semua sama2 bersabar dan bagi mereka masa... (rujuk no 3)
(3) Insya Allah next week kita akan umumkan siapakah pemenang....
(4) Semua penaja jangan lupa kami semua menunggu disini :)

Sekian terima kasih...

Admin

Friday, March 9, 2012

Borang Pertandingan Andaman Pameran Pengantin Malaysia 2012 di PICC

Berikut adalah borang Pertandingan Andaman Pameran Pengantin Malaysia 2012 di PICC.

1. Waktu pertandingan adalah pada 8 April 2012 bermula jam 11.30pg. Tetapi peserta adalah dinasihatkan supaya tiba awal satu jam untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
2. Tema pertandingan adalah "Fantasi Puteri Gunung Ledang".
3. Yuran pendaftaran ialah RM100.00 untuk satu penyertaan.
4. Model, peralatan mekap dan pakaian serta aksesori adalah dari peserta.
5. Rambut dibenarkan didandan terlebih dahulu, cuma mekap sahaja di atas pentas.
6. Adalah dinasihatkan supaya pakaian-pakaian model mestilah dalam keadaan yang sopan.
7. Setiap peserta diberi masa satu jam untuk mekap.
8. Sebarang keputusan para juri adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
9. Sila bank-in kan yuran pendaftaran ke akaun Maybank ke atas nama Urban Vibe Event di nombor akaun 512017001702 dan sila fax atau emailkan slip pembayaran beserta borang penyertaan ke info@urbanvibe.com.my dan nombor fax 0361858018. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 0361856633.