Friday, April 29, 2011

:: PPM di Selayang Mall (***EDISI BUDGET) on Pakej Deal/Sponsorship/Activity/

Hi semua B2B dah ready ker sumer nak datang PPM kat Selayang Mall 6-8 Mei ni. Dah list kan dah contoh2 soalan yang nak ditanya dengan vendor2 nanti. PPM cadangkan bawak lah senarai semak supaya memudahkan anda sumer taklah sampai2 di PPM nanti rambang mata menengok pelamin2 yang superlicious cantik dan kebaboom, dah lah tu kenyang perut plak  lepas merasa sumer makanan2 yang dibawa oleh vendor2 kat sana...sampai dah jadi lupa nak tanya apa, nak survey apa... ish! ish! ish! rugi lah anda2 sumer ni tau tak.... naper rugi??? ha meh sini kakak nak citer.....

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA *** EDISI BAJET
nampak tak ***Edisi Bajet tu, nananana itu lah dia keistimewaan PPM kali ni... Untuk tahun 2011 ni macam yang kita war-warkan PPM betul2 nak buat macam2 perubahan untuk tahun 2011 antaranya untuk mengadakan "PPM edisi bajet" sebagai salah satu event tahunan, yang mana akan menampilkan pakej2 atau harga yang semua mampu miliki. Ini juga bagi membantu B2B yang mempunyai budget terhad membuat persiapan perkahwinan mereka maklumlah B2B sumer modal kahwin sekarang bukan sikit2 kan... so dengan adanya "PPM edisi bajet" ni mungkin penjimatan dapat dilakukan. 

Roughly tawaran harga di PPM kali ini seperti berikut;
"HARGA MAMPU MILIK" YANG BOLEH ANDA MILIKI 
Tawaran Pakej dari Butik Pengantin : dari "SERENDAH" RM 5,000 ke bawah
Tawaran Pakej Fotografi : dari "SERENDAH" RM 1500 ke bawah
Tawaran Katering : dari "SERENDAH" RM 10 ke bawah (sekepala)
Tawaran Kad Kahwin : dari "SERENDAH" RM 0.35 ke bawah (sekeping)

yup! sebegitu rendah tawarannya sepanjang 3 hari pameran berlangsung, tapi TAWARAN INI HANYA BOLEH DIDAPATI SEPANJANG 3 HARI INI SAHAJA TAU. Selepas 3 hari ni PPM tak pastilah, butik2, fotographer, atau vendor2 yang lain tu akan still offer harga yang sama. Tapi rasanya sumer pun memang tau kan harga pameran tak kan sama dengan harga di show room atau di kedai mereka... apa maknanyatu? memang kene datang lah ke PPM kali ini kan!...

Selain itu ada macam2 lagi aktiviti sepanjang 3 hari pameran berlangsung..... aktiviti wajib PPM iaitu demonstrasi perarakan pengantin akan dibawakan oleh Dina Halim ,pada jam (2ptg 7 Mei) dan untuk acara memotong pulut, pulut yang sedap lagi terbaikkk akan dibawakan khas oleh Anjung Serai Catering. Yang penting dah tau blum ni, si cantik manis amy ameera adalah MUA official PPM kali ni, so kalau nak berjumpa lebih dekat dgn cik amy ni kenelah datang, cik amy pun akan buat demonstrasi juga pada hari ahad (8 Mei jam 12tgh). Selain tu ada juga beberapa make up artis lain yang akan membuat demonstrasi iaitu kak Anna joe (1ptg 6 Mei) & kak annasha (5ptg 6 Mei). Bagi yang masih tercari2 MUA hari bahagia anda bolelah grab peluang ini yer...

Bagi yang ingin melihat fesyen2 perkahwinan terkini, bole saksikan pertunjukkan fesyen yang akan dibawakan oleh, Mentari Kreatif (4-5ptg 7 Mei), Davency Wedding Workshop (1-2ptg 8 Mei) & D'intan Collection (4-5ptg 8 Mei 2011).

Sepanjang 3 hari PPM berlangsung, kita juga akan disajikan dengan keasyikkan persembahan gamelan TERMURAH DI MALAYSIA yang dibawakan oleh Kumpulan Adunan Gamelan Irama Melayu (AGIM), yang tentunya menjadi tarikan istimewa disini.

Pelbagai hadiah menarik juga boleh B2B yang dtg miliki dgn menjawap soalan2 kuiz yang mudah2 antaranya;

a) 100pax pakej katering hari pertunangan yang ditaja oleh Asyiq's Bridal
b) 3 buah album (edisi terhad) yang ditaja oleh Haidar Rahman
c) Mini Pelamin yang ditaja oleh D'intan Collection
d) Sewaan sepasang baju songket bernilai RM 550 yang ditaja oleh Dina Halim
e) Dekorasi 5 dulang hantaran yang ditaja oleh Teratai Kencana 
f) 5 buah album yang ditaja oleh EddiePhotovideo

So dari Team PPM kami benar2 mengharapkan sokongan anda untuk sama2 memeriahkan event kali ini, dan kami mendoakan semoga anda semua berjaya mendapatkan "Best Deal" untuk merealisasikan impian perkahwinan anda...

Much LOVE from PPM

Monday, April 18, 2011

:: PPM akan menyerang ::

Assalam...
Dah lama tak menaip bagi laluan kat team members yang lain, kalau asyik2 org tu jer yang mengupdate karang cam nampak giler koser plak kan :P. Sumer rindu ker kat M.k ecececeh... M.k busy selain buat kuih dan sibuk berjual masa rehat, sibuk2 kan diri dgn preparation event PPM ni, next project mei ni tapi biasalah dr awal2 lagi dah sibuk infact skrg ni pun sumer PPM Crew dah sibuk bukan shj utk persiapan event bulan mei nanti malahan dah start brainstorm and kene attend meeting julai nyer project tau.
Nak bg info sikit ni; event mei ni (6-8 Mei Selayang Mall Shopping Centre) sumer dah tau ker temanya "apple green". Kenapa kita buat kat selayang mall? Ini kerana kita dah lihat & survey potensi Selayang Mall Shopping Centre sebelum membuat keputusan utk mengadakan PPM yang pertama kat Selayang Mall. Utk PPM mei ni kita dah war-warkan ia adalah special edition yang mana kita buat pengkhususan (mak aiii bahasa :P) utk "edisi bajet" yang mana, kita advise peserta2 (vendor) menawarkan pakej2 atau harga2 yang sesuai dgn pengantin yang mempunyai bajet yg rendah dgn erti kata lain (harga mampu milik).. kenapa PPM tampil dgn idea ni, btol tak kalau PPM cakap bajet nak kawin skrg mmg besar kan tak sumer b2b ada bajet yang besar, dan sesetengah b2b tu takut nak approach butik2, catering2 sebab takut tak terjangkau dek poket harga yang ditawarkan. So dgn adanya edisi bajet ni PPM telah mensarankan kpd semua vendor2 utk tampil dgn "harga mampu milik" tapi pada masa yang sama jika ada b2b yang mempunyai lebih kemampuan bole jer kalau nak request pakej harga yang lebih tinggi sekiranya berkemampuan.. antaranya yang akan turut serta Dina Halim Bridal Boutique, D'ratu Bridal, Aura Raja Sehari, Anjung Serai catering & Nurul Izzah Catering.

Event Julai ni pun ada sumer dah tau ker? (PICC, Putrajaya 8-10 Julai), tema warnanya "Pretty in Red - Snowy White" dengan tema "Mirror-mirror On The Wall'... ok sekarang cuber teka adaptasi dari princess disney yang mana tu??? jawap sendiri ok! Dan dgn rasminya diumumkan pelamin utama & runway akan di deco oleh yang tak asing lagi "NAS GREAT IDEA"... hihihi kita org dah tengok dah sketch En Nas memang terbaboooooom lah... itu baru sketching nya .... memang gerenti gempak lah.... PPM dah lama bekerjasama dgn En nas & team dorang ni mmg professional and sangat lah mudah bertimbang rasa... En Nas pun akan ada sepanjang 3 hari pameran berlangsung nanti.. dengar2 En nas pun nak buat fashion show wah! bikin panas ini memang gerenti gempaxs...:P

Akhir kata semoga semua b2b sudi luangkan masa dtg ke pameran kita nanti. dan terus menyokong "Pameran Pengantin by Urban Vibe Event".

Note; Friendlist FB PPM dah full sesaper yang x dapat nak add tu bole click "like" kat fanpage kita orang yer


lots of love;
M.K
PPM Crew
Urban Vibe Event

Friday, April 15, 2011

ce cite,ce cite....bende yg jadi kat pwtc


 Assalamualaikum...
Waduh letih bangat dong eventnya pwtc.....lagi skali kita adakan Pameran Pengantin Malaysia di PWTC.
ramai jugak pengunjung2 yang hadir pd hari 2..alhamdulillah..semua berjalan lancar..biasa ar kan setiap satu majlis x mungkin 100% sempurna...mesti ada cacat celanya....tp kebanyakan peserta Pameran Pengantin Malysia pada kali ini berpuas hati....Kami sendiri dr pihak Urban Vibe Event amat2 berterima kasih kpd peserta2 Pameran pd kali ini...
...Dgn adanya pelamin comel yg di hias cantik oleh Pelamin Hati ini menabahkan lagi keserian Pamearn kami..waduh makasih ya team Pelamin Hati(Ibu Min,Bapak Ihsan n sama Bapak Botak)kerana menjayakan majlis ini dgn penuh etika..(ayat bodek...ha ha ha)..aktiviti lain jg di persembah oleh peserta2 pameran pd kali ini jg menarik pengunjung yg hadir di PWTC..ada fesyen show,pertandingan andaman,kuiz dan pelbagai lg
   Insyaallah,dgn sokongan yg padu oleh peserta2 Pameran Pengantin Malaysia..kami akan adakan lg edisi ke 18 di selayang mall pd 6-8 may 2011....edisi budget tau..so sape2 yg nak majlisnya cantik,comel n tebaboom meletup gitu tp budget agak kurang bleh lah kunjungi kami di selayang mall ye...
  Akhir kata,kepada peserta2,tenaga2 kerja yg terlibat secara langsung @ tidak langsung pd Pameran Pengantin Malaysia 2011(1-3 April 2011,PWTC) pd kali ini,beribu2 leman n jutaan terima kasih kami ucapkan kerana terus menyokong kami untuk menjayakan majlis pd kali ini..dan x lupa juga kepada crew Pelamin Hati,korang mmg best.....lain kali bleh korang belanja aku nasi lemak New Village lg...hi hi hi..Wokehhhh...Majulah sukan untuk negara..Salam Satu Malaysia......Jumpe anda lagi untuk Pameran Penganti Malaysia 2011 yg akan datang....yihaaaaaaaaaaa


Post By
Official Maskot(Urban Vibe Event)
aku lebih hangat daripada biasa

Thursday, April 14, 2011

:: Senyum Sesame Sendiri ::

As-salam kepada semua para blogger... Artis Terlampau punye turn nk update blog!! da lame nk update tp selalu jer banyak keje luar jumpe client la , itu la ini la .....okeh2 ni info projek terbaru yang PPM Crew sibok2-kan diri. Event kali ni adelah Edisi Budjet sape2 pon bole kahwin maaaaa :)
harap korang semua bole free kan mase waktu tu untuk singgah Selayang Mall pada tarikh ni.

Theme :: Green Apple :)
Venue :: Selayang Mall
Date :: 6 ~ 8 May 2011
Time :: 10 am - 10 pm


Kalau ade sesape yang berminat untuk menyertai event PPM jgn la segan untuk hubungi sy di no.
  012-2333 877  utk mem-booking tapak pameran.Untuk pengetahuan korang cmua event pada kali ini kami ade beberapa butik baru yang fresh akan menyertai kami, kalau korang nak tau sape kene la datang kalau nk citer lebey2 nnt da x best pulak.

Okey mari kte flash back event PPM yang di SACC @ Shah Alam Convention Center, disini dengan murah hati ingin sy kongsikan beberape picture yang telah di~snapkan oleh Official Photographer kami. khas untuk tatapan korang cmua.




Nas Great Idea

 
 
 
 
 
 
 

Grand giler kan?? hehehe okey ni pulak picture Crew PPM. 









okey bye~bye jumpe lagi ni next update by Artis Terlampau :)



Diupdate dengan penuh Kasih Sayang oleh :: Artis Terlampau
Crew Urban Vibe
Urban Vibe Event



Wednesday, April 13, 2011

::Terima Kasih Daun Keladi::

Salam...

Sunyi je blog ni sekarang...bukannya crew urban ni pemalas..masing masing berebut rebut nak update taw..nak nak si artis telampau..tapi..lepas je event kat PWTC hari tu crew urban kesebukan untuk event yang akan datang pulak..

Alhamdullilah..Pameran Pengantin Malaysia yang berlangsung di Ruang legar PWTC pada 1-3 April 2011 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya dengan sokongan semua exhibitor dan bakal bakal pengantin. Pihak Urban Vibe Event juga ingin mengucapkan terima kasih dengan sokongan yang telah diberikan.*big hug* 

Nanti kami upload gambar gambar semasa di PWTC..sekarang gambar-gambar tue belum sempat lagi nak edit..jangan lupa temu janji kita yang akan datang..Pameran Pengantin Malaysia  di Selayang Mall n Putrajaya International Convention Centre(PICC)  dan pastinya kami akan berikan yang terbaik..=)

Update Secara Serius :
Pengurup Wang Berlesen(PWB)
Crew Urban Vibe.

Monday, April 4, 2011

:: Updated Info Untuk PPM di PWTC ::

::Sticky Mode::
 Sila scroll ke bawah untuk entry terbaru...=)

hi semua . Ni short update, activity di PPM PWTC nanti! Jangan Lupa Date kita next week OK!
 1-3 April 2011, dari jam 10pg - 9mlm, di legar putra, PWTC.