Saturday, December 29, 2012

Pengumuman! *angkat tangan sambil melambai-lambai*


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

sambil baca update ni,sila tarik nafas panjang-panjang sebab kami akan buat satu pengumuman yang mungkin korang dah tahu........jeng..jeng..jeng!!


yeayersss!
Akhirnya,buat julung kalinya,kami akan mengadakan Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event edisi yang ke-30 pada Januari tahun hadapan(memandangkan tahun 2013 bakal menjelma,kami dengan perasaan berdebar + excited + tak sabar  nak “jerit-jerit” sikit atau bahasa saintifiknya nak heboh-hebohkan kat semua orang tentang event ni. Almaklumlah,ni kan event sulung untuk tahun 2013.hehe) perasaan ni seolah-olah menerima cahaya mata yang ke-30.(okay,ini sudah over kan)  Baiklah,kami tak nak buang masa korang dengan membaca ke-eksited-an kami di sini so, kami akan sertakan nama-nama vendors yang akan menyertai kami di Ampang Point nanti (ikut kategori ya).

Fotografi
WOW Photo
Exclusive by Izz
Eddie Photovideo
The photolicious
Classic bridal

Butik Pengantin
Butik Pengantin RS
Butik Seri Kasih
Dee Boutiqe Wedding
Symbolique
D’Ratu Bridal Kuala Lumpur

Kad Kahwin
Kad Kahwinmu
Memory Forever
Seri Sireh Avenue
Pesona Ilham Wedding
Love D Heart

Katering
Ekhwan Catering
Nurul Izzah Catering
De’Gemilang Catering 
Shahmie Catering
Wan Nour Catering
Katering Anjung Serai And Services

One-Stop-centre
KL Wedding Ministry
Bora Ombak
MNS(Andaman & Katering)

Dan lain-lain
Premium Beautiful

lihatlah. semua yang join event ni,gempak-gempak belaka. *sila lah excited wahai bride-to-be.herherher. her...*
apa lagi?save the date dan datang lah ke Pameran Pengantin Malaysia di Ampang Point dengan Encik tunang/cik tunang/emak/ayah/adik/kakak/dan seangkatan dengannya ye.boleh lah datang survey-survey harga dan promosi yang ditawarkan sepanjang event tu nanti dan jangan lupa bawak wang tunai untuk book pakej-pakej perkahwinan yang ditawarkan. takut nanti melepas pulak sebab tak dapat book awal.

okay,
Sudah kah kalian ‘like’ fan page Pameran Pengantin Malaysia kami dia Facebook?kalau belum,jangan le tangguh-tangguh lagi !kat sini kami sertakan nama Fan Page kami

“Pameran Pengantin Malaysia –by Urban Vibe event”


hanya dengan tekan button ‘Like’, anda akan dapat banyak updates tentang Pameran Pengantin Malaysia yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

nantikan updates kami untuk Pameran Pengantin Malaysia di Ampang Point melalui Facebook dan blog ye. InsyaAllah kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh update apa yang penting *genggam tangan dengan erat + muka yakin*





Wednesday, December 19, 2012

Perhatian followers dan vendors


Assalamualaikum an salam sejahtera *senyum*

dear followers and vendors,

Pejam celik, pejam celik, tahun depan (2013) genaplah usia Urban Vibe Event 8 tahun. Phew.. Alhamdulillah.. Walaupun 8 tahun merupakan tempoh yang agak lama, pihak Urban Vibe Event dan Pameran Pengantin Malaysia khasnya masih lagi dalam proses pembelajaran dalam usaha untuk mencapai visi dan misi kami untuk menjadi penganjur pameran yang dipercayai. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua vendor-vendor yang sentiasa memberikan sokongan padu dan kepercayaan kepada Urban Vibe Event dan Pameran Pengantin Malaysia khasnya, tidak lupa juga kepada pengunjung-pengunjung dan bakal-bakal mempelai yang sudi mengunjungi Pameran Pengantin Malaysia. Diharapkan dengan kehadiran Pameran Pengantin Malaysia di dalam indsutri perkahwinan di Malaysia ini dapat sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada anda semua. Tanpa anda siapalah kami :)

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada para staff dan pihak pengurusan Urban Vibe Event yang menggembeleng tenaga dalam meningkatkan usaha mereka dalam mencapai kejayaan sehingga ke tahap ini. Memandangkan kami berpengalaman dalam ‘Event Organizing’ seperti Pameran Pengantin Malaysia, kami ingin menyeru semua pihak yang berhasrat untuk menjadi vendor di Pameran Pengantin Malaysia supaya memberi kepercayaan yang padu tanpa sebarang ragu untuk ‘join’ kami kerana sememangnya kami pakar dalam menyusun booth-booth di tempat yang strategik. Selain itu kami juga ingin memberi peluang kepada vendor-vendor yang baru memulakan perniagaan secara kecil-kecilan atau yang sudah lama bertapak untuk melebarkan sayap mereka di dalam bidang masing-masing.

Seterusnya, kami juga mengadakan sessi perkongsian ilmu serta tips-tips berguna kepada para vendor agar sedikit sebanyak dapat membantu mereka meningkatkan mutu perniagaan masing-masing. Kami juga menerima komen-komen para vendor sebaik sahaja selesai event supaya kami dapat menambah baik kualiti perkhidmatan kami untuk manfaat bersama.

Pada tahun hadapan, Pameran Pengantin Malaysia di Ampang Point Shopping Centre yang bermula dari 4 hingga 6 Januari 2013 merupakan Pameran Pengantin Malaysia edisi yang ke-30. Alhamdulillah.. Sudah 30 edisi Pameran Pengantin Malaysia yang telah kami anjurkan. Kami juga berpegang kepada kata-kata kami iaitu TANPA AGENDA YANG TERSEMBUNYI. Kami ikhlas di dalam pekerjaan kami dan tidak hairanlah jika nama Urban Vibe Event agak dikenali dalam kalangan para vendor-vendor yang dihormati.

Akhir sekali, untuk setiap pengunjung, kami sentiasa memastikan bahawa vendor-vendor yang menyertai Pameran Pengantin Malaysia ini merupakan vendor-vendor yang berkualiti serta diiktiraf sesuai dengan produk-produk dan servis-servis yang mereka tawarkan kepada setiap pengunjung-pengunjung yang mengunjungi Pameran Pengantin Malaysia. Rebutlah peluang promosi yang ditawarkan oleh setiap vendor-vendor Pameran Pengantin Malaysia. Buatlah pilihan yang bijak dengan menilai segala aspek-aspek keperluan atau kehendak. Rancanglah dan uruskan segala persiapan perkahwinan seawal yang mungkin dan setiasalah berlapang dada dan bersangka baik.. InsyaAllah.. Allah akan memudahkan segala perancangan anda.. Jika terdapat sebarang kesukaran di pameran-pameran anjuran Urban Vibe Event atau sebarang komen-komen yang boleh meningkatkan mutu penganjuran kami, silalah jangan segan-silu untuk berhubung dengan kami di facebook kami (www.facebook.com/pameranpengantin) atau melalui email kami info@urbanvibe.com.my

Sekali lagi, JUTAAN TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada anda semua dan insyaAllah, kita jumpa di tahun 2013 di Pameran Pengantin Malaysia 2013 di Ampang Point Shopping Centre yang bermula dari 4 hingga 6 Januari 2013 jam 10pg hingga 10mlm, masuk adalah PERCUMA!!