Tuesday, September 2, 2014

Perlu Bijak Pilih Warna Tema Kahwin

Kebanyakan bakal pengantin mengakui masalah paling ketara ialah memilih baju pengantin yang ingin dipakai ketika majlis akad nikah dan hari persandingan



Walau apa juga pendapat, pelbagai faktor harus diambil kira. Antaranya warna kulit, ukuran badan serta bajet yang akan menentukan jenis dan gaya padanan bersesuaian serta warna tema pakaian.

Antara panduan yang boleh diikuti:
  
Pilih warna lembut untuk majlis pernikahan 

Untuk majlis pernikahan, sebaiknya pilih warna lembut dan tidak terlalu terang. Warna Putih (Pearl White) yang biasa dipakai dan warna selamat. Jika mahukan kelainan, pilih warna merah jambu lembut, kelabu, keemasan atau coklat bagi menandakan anda akan menghadiri majlis pernikahan. Warna ini sesuai untuk semua jenis kulit. 

Dapatkan panda­ngan pakar perunding majlis perkahwinan 

Sebaiknya sebelum memilih tema majlis atau menempah baju, pastikan anda mendapatkan pandangan pakar daripada jurusolek atau perunding majlis perkahwinan supaya warna dipilih bersesuaian dengan personaliti anda.

Kebiasaannya apa yang disukai mempelai tidak semestinya cantik pada pandangan mata ramai.  

Pilihan warna sepadan

Sekiranya anda sudah menetapkan tema pakaian, pilih rona tudung dan kasut sepadan dan tidak berbeza dengan warna busana bagi mengelak anda nampak janggal pada hari bahagia. 

Ada juga mempelai yang ingin memakai warna tudung berbeza tetapi pastikan ia masih di dalam ton warna yang sama, begitu juga dengan kasut. Ini kerana bagi mempelai yang mengenakan layah, ia cukup menaikkan seri pengantin terutama apabila berjalan memasuki pintu utama dewan menuju ke pelamin. 

Pandangan Photographer

Sekiranya anda takut dikenakan cas atau mahu khidmat nasihat, Photographer upahan adalah yang terbaik. Kerana mereka tahu apakah yang sesuai kerana di mata mereka mencari kesesuaian objek dengan mengambil kira warna dan lokasi bergambar.


Dapatkan khidmat nasihat dari pakar kerana:
- Mengurangkan risiko majlis anda dari memilih padanan warna yang salah
- Jimatkan masa dan tenaga serta wang ringgit
- Modal tidak menjadi besar JIKA memilih padanan yang betul
- Majlis anda akan nampak cantik dan kemas.

No comments :

Post a Comment