Saturday, October 2, 2010

Demonstrasi Gubahan Sireh Junjung & Hantaran

Salam...

PPM memang gigih arini yer, kali ni nak citer sikit tentang seni gubahan. Salah satu kelainan PPM yang akan datang ni , kita juga memfokuskan kepada aspek gubahan dan rekaan. Untuk itu kita telah mendapat kerjasama dari dua orang yang handal dalam bidang ini untuk membuat demonstrasi gubahan di pentas utama kita.

Jemari Kreatif
http://jemarikreatif.blogspot.com/
Dimiliki sepenuhnya oleh Puan Siti Hamidah seorang isteri dan ibu yang masih muda , yang sangat meminati seni gubahan hantaran. Idea gubahan beliau yang segar dan menarik membuatkan beliau semakin mendapat tempat di hati bakal-bakal pengantin untuk mengabdikan hasil gubahan beliau didulang hantaran hari bahagia mereka. So jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan hasil kerja Puan Amy,apa bentuk gubahan yang akan dibuat beliau masih lagi rahsia! jeng!jeng! jeng! jadi jangan ketinggalan;

Slot: Demonstrasi Gubahan Hantaran By Jemari Kreatif
Hari: Jumaat (08/10/2010)
Masa: 3.00 - 04.00 petang
Tempat: Pentas Utama, Dewan 4, Kuala Lumpur Convention Centre


Lovely Wedding By Shaja
http://shajaratuldesign.com
Dimiliki oleh Puan Shajaratul Ismail, beliau amat kreatif dan versatile hasil gubahan beliau amat diminati dan juga menjadi pilihan dikalangan VIP.So untuk PPM kali ini beliau akan membuat demonstrasi sireh junjung dan beliau juga akan membawa sample2 hasil kerja beliau yang terdahulu, jadi apa lagi bride 2 be ini lah masanya untuk mendapat idea dan juga tips dari mereka yang handal dalam bidang ini..

Slot: Demonstrasi Gubahan Sireh Junjung dari Pn Shajaratul
Hari: Jumaat (08/10/2010)
Masa: 5.00 - 06.30 petang
Tempat: Pentas Utama, Dewan 4, Kuala Lumpur Convention Centre

Kepada Puan Shaja & Puan Amy terima kasih PPM ucapkan diatas sokongan anda berdua yer... :P

PPM Crew
Urban Vibe Event

No comments :

Post a Comment