Friday, January 3, 2014

Pameran Pengantin Malaysia - Opening 2014

Assalamualaikum semuaaaaa dan salam Jumaaaat!!

Okay, hari ni kita nak bukak chapter baru untuk Pameran Pengantin Malaysia.. Dalam beberapa hari lagi ni, kita nak masuk lembaran tahun baruuu!! Yehuuuuu!!! Sekejap je kan 2013 ke 2014, pejam celik- pejam celik , tup tup dah nak tahun baru.. Apa azam korang semua untuk tahun baru ni? Ada yang nak kawin awal tahun ni? dah sedia ke? Hehe.. Pastikan korang dah bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum menempuh alam yang baru..

Nak habaq mai kat korang ni, especially yang tengah dok merancang nak kahwin tu.. yang tengah nak buat persiapan kahwin, Urban Vibe Event nak ajak korang semua datang ke event Pameran Pengantin Malaysia 2014, pada 3 Januari hingga 5 Januari 2014 bertempat di Ruang Legar, PWTC. kali ni kita ada lebih kurang 77 buah booth dari vendor yang pelbagai seperti butik pengantin, katering, photo dan video, kad-kad kahwin dan banyaaakkk lagi. Dan hari ni lah Pembuka tirai !


Sebelum tu kami ingin Berterima Kasih banyak kepada Penaja-penaja kami antaranya The Fotokraft yang telah meminjamkan kami gambar pengantin untuk dijadikan tema Pameran Pengantin Malaysia ni.Cuun sangat pasangan tu..lepastu Terima Kasih Juga dekat Kusha Weddings & Event sebab telah deko pentas cantik lagi menawan dekat Legar Putra ni..Tak Lupa juga kepadaaaa Kashfi Zulkufli Creation taja Kuiz untuk pengunjung..

Untuk pembukaan ni kitorang nak bagi korang tengok kecantikan booth-booth yang ada ni supaya anda terpegun jap..Hehe



Nilah rupe Pentas Utama Dekorasi oleh Kusha Weddings & Event.Cantik tak?








sebenarnya baaaanyak lagi yang kami nak tunjuk.taaapi tak suprise laa nantikan.so nak tengok lagi anda kena staaaay tuned di blog ni..Hee~

Japp jap..sebelum tu kitorang nak bagitau korang yang minggu ni banyak jugak event berlangsung dekat PWTC ni..jadi di sini dengan rasa prihatinnya dekat korang..kitorang suggestkan untuk korang kalau boleh nak pengangkutan awam la kalau boleh. Untuk memudahkan korang jugak.takut nanti korang sangkut jem ke.tak jumpa parking ke.stress pulak kan.so kami nak memudahkan korang semua naiklah LRT atau Bas Awam ataupun Teksi dalam masa yang sama ia juga dapat menyihatkan lagi tubuh badan anda.Hehe..

Siap sediakan map lagi dekat korang.Nampak tak keprihatinan kami kat korang? nampak?..Hehe

Untuk aktiviti pula, kita ada Visitor Quiz,Purchase and Win, Perarakan Pengantin daaan yang paling Istimewa kita Talk Show Oleh Imam Muda Asyraf..haa suke tak,suke tak?? petang tadi baru sahaja berlangsung Visitor's Quiz nama die "You Deserve To Win"..Dengar nama pun dah boleh tau senang je nak menang.Hehe..Visitor's Quiz tadi di taja oleh Kashfi Zulkufli Creation..soalan tak susah pun tapi hadiah dia bukan main gempaq! hadiah dia sepasang Kasut Pengantin Khas daripada Kashfi Zulkufli bernilai  RM500 !!


ni peserta yang paling bertuah hari ini.free-free je menang.

tengah teruja ni menang kasut! sape la yang tak teruje ye dak?
Nak tau lagi update mengenai Pameran Pengantin Malaysia korang boleh terus pergi klik PameranPengantinMalaysia..sebenaqnya banyak lagi benda yang kami nak tunjuk tapi cukup laa setakat ni je hari ini..esok terdapat aktiviti yang cooool so korang kena stay tune la.nanti kitorang update lagi yekk!
Yang boleh maii tu mai la cepat-cepat banyak benda yang korang boleh dapat kat sini..kitorang tunggu korang sampai hari ahad ni..
datang tauuuu ~

Psst/..Pameran Pengantin Malaysia 2014 di PWTC pada 3-5 Januari bermula jam 10 pagi - 9 malam dan masuk adalah percumaaa


No comments :

Post a Comment