Assalamualaikum
koranggggg!! What a nice Monday! Setuju ke idokkk.. kitorang kat ofis hari ni
agak busy sebab hari ni Megasale yang kami war-warkan sedang berlangsung!! Yang
duk atas katil bermalas-malasan lagi tu, come onn.. bangun buat aktiviti yang
berfaedah sikit.. hehe.. tak lupa yang sedang bekerja, kami kira hari ni hari
‘Monday Blues’ anda kan? Kami pun macam tu jugak, tapi.. still kena pergi kerja
kan.. Semangat!
Korang semua, ingat lagi
tak hari tu kami ada update pasal Pameran Pengantin Malaysia yang kami adakan
di SACC Convention Centre? Sape yang pergiii? Angkat tangan tinggi-tinggi nak
tengok ni, sayang korang tau! Thanks banyak-banyak sebab support event kami..
hari tu kami janji nak update entry untuk hari ketiga pameran kan? Haaaa..ni
nak tunaikan la ni janji hari tu.. Nak tengok gambar Irma Hasmie dan Hafiz
Hamidun tak? Siapa kat sini yang minat dengan selebriti kita ni? Untuk tatapan
korang semua, jeng jeng jengggg.. ini lah dia gambar-gambar aktiviti sepanjang
pameran yang berlangsung pada hari terakhir..
Ha.. haa. Haa… sebelum
itu, ini lah diaaaa..pemenang tempat pertama booth vendor yang terrrcanntiikk..
jatuh kepadaaa.. Mahligai Creative!! Yeaaayyyy!! Cantik uollsss diorang punya
decoration.. hopefully pameran akan datang korang akan buat lagi
gempak dan terbeliakkk mata juri nak memilih ya! Hehe.. Congratulation.. !
Kita juga adaaaaaaaaaaa..
Shahmie Catering!! Tahniah kami ucapkan buat Shahmie Catering, pemenang tempat
kedua untuk booth vendor tercantik..
Andddddd.. the third place goes toooo..
Something Sweet by Mimi!! Congratulation!!!
Wahhh!! Brader Shajiri
kitaa..bukan main seronok lagi menyanyi ..hehe.. Sodap jugak! Ingatkan boleh
berlakon je.. berlakon boleh, business boleh, nyanyi pun boleh! Kelassss
gituuu..
Nyanyi Cik Seha, jangan
tak nyanyiii..
Client-client Urban Vibe
mesti kenal dengan Cik Umi kita ni kan, selaku Marketing & Sales untuk
Pameran Pengantin Malaysia.. Haaa.. kebetulan hari ni dah start megasale, apa
tunggu lagi cepat-cepat contact Cik Umi kita ni untuk urusan sewa booth pameran
pengantin yang akan datang!
Alhamdulillah, aktiviti
untuk sesi pagi berjalan dengan lancar dan masih ramai lagi pengunjung yang
datang pada hari terakhir pameran.. Masing-masing sibuk membuat urusan ‘closed
deal’ dengan customer.. CAiyokk! Caiyokk!! Pada sesi sebelah petang pula kita
ada bual bicara yang bertajuk “Kutub Utara, Kutub Selatan” bersama selebriti Irma
Hasmie dan suami, Redza Shah, Ustaz Syed Mohammad NorHisyam Al-Idruss (Wah-wah
panjangg nya nama ustaz kita), serta
Ustaz Muhammad bin Abdullah (Al-Amin). Sesuai sangat-sangat lah topik yang
dibincangkan, kerana topik yang diketengahkan ini berkisar mengenai ibu kandung
dan ibu mertua.. masing-masing penting bagi kita, tetapi kita haruslah bijak
menguruskan tanggungjawab kita terhadap kedua ibu tak kira la, ibu sendiri atau
pun ibu mertua.. Untuk pasangan muda yang bakal berkahwin, memang elok la kalau
korang dengar topik yang dibincangkan ini..Hati ibu ni sensitif tauuu..jangan
buat main, nak dapat restu terbaik katanya, berbaik-baiklah dengan kedua belah
ibu, korang jugak yang akan dapat manfaatnya nanti! Hehe..
Kak Irma kita ni ceria
sangat orangnya!
Ustaz Syed Mohammad NorHisyam Al-Idruss manis orangya..
Ustaz Muhammad bin Abdullah (Al-Amin). .seriusnya muka ustaz bukak tudung botol tu..hehe.
Selepas sesi bual bicara, kita ada penampilan khas perdari Hafiz Hamidun yang mengalunkan 3 buah zikir terapi Sangat merdu suara Saudari Hafiz..
Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kepada semua yang terlibat
menjayakan Pameran Pengantin Malaysia 2013, SACC Convention Centre. Yeaaaa!! Kami
akan berada di PWTC pada 3 hingga 5 Januari 2014. Jumpa korang semua dekat sana
ya!
No comments :
Post a Comment