Friday, December 6, 2013

We Rock You! Pameran Pengantin Malaysia SACC Convention Centre


Assalamualaikum semuaaaaaa!!! Selamat hari Jumaat warga Urban Vibe Event ucapkan kepada semua..Fuhhhh.. Alhamdulillah, event kami , Pameran Pengantin Malaysia di SACC Convention Centre dah berakhir dengan jayanyaaaa!!! Terima Kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, especially untuk para sponsor kita yang bermurah hati menaja hadiah dan peralatan untuk menjayakan Pameran Pengantin pada kali ini serta vendor-vendor yang terlibat dan berusaha keras untuk mendapatkan customer yang sedang membuat persiapan untuk meniti hari bahagia mereka. Terima Kasih dan Tahniah kami ucapkan.. dannnn.. tidak lupa juga kepada pengunjung yang tidak putus-putus datang sepanjang hari pameran berlangsung. Korang memang Havoc!! Hehe..

Hari ni kami sangat teruja untuk kongsikan gambar sekitar hari pameran berlangsung, iaitu pada 29 November, 30 November dan hari penutup pameran pada 1 Disember. Kepada sesiapa yang terlepas atau tak sempat untuk mengunjungi pameran kami, hari ni kami nak sajikan mata anda dengan banyaaakkk gambar untuk tatapan semua.  Cekidauutttttt…
29 November 2013

Taraaaaaaa.. cantik tak stage kami? Cantk tak? Terima Kasih kami ucapkan kepada KS Entourage kerana sudi menaja pelamin yang cantik ini sebagai stage aktiviti kami sepanjang pameran berlangsung. Siapa-siapa yang belum ada planner untuk pelamin, boleh la hubungi KS Entourage dengan segera!! Pasti pelamin anda vogue semasa hari persandingan nanti. Kelassss gitu. Tak caye, cer try J

Ada lagiii?? Adaaaa..




Siap ada bunga-bunga sakura lagi uolss..korang suka tak?
Pada sesiapa yang berkunjung ke pameran kami, mesti korang familiar dengan DJ Saiful ni kan, sangat peramah, rajin dan bijak mengacara majlis bagi pihak kami, pada bakal pengantin yang nak ada PA System atau DJ untuk majlis perkahwinan anda, rasanya tak salah kalau kami cadangkan DJ Saiful dari Seri Bergema Sound System. Pasti majlis anda akan lebih berseri lagi dengan ada nya lagi-lagu kahwin serta DJ yang mampu mencuit hati anda dan tetamu yang hadir.




Dannnn..tidak lupa jugaaa.. kita ada penampilan khas dari Ustaz Ebit Lew secara solo pada petang Jumaat yang indah, dalam sesi bual bicara yang membentangkan cerita mengenai “Romantiknya Rasulullah”. Bagi yang hadir ke pameran kami dan sempat bersama Ustaz Ebit Lew apa komen anda mengenai sesi bual bicara ini? Seronok jugak kan kalau ada sesi ilmiah, boleh refresh balik apa yang kita sedia tahu dan menambahkan lagi ilmu kita. Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan yang tidak terhingga. Terima Kasih Ustaz kerana sudi hadir bersama-sama kami.

Gambar yang ini pula, salah satu dari sponsor kami yang sangatt baik hati, dari ASMR EQUINE SERVICES, diorang sponsor kami untuk kereta kuda perarakan pengantin dan bawak hulubalang dan dayang-dayang mereka untuk menjayakan aktiviti perarakan pengantin pada hari ke dua pameran berlangsung. Untung pasangan model pengantin kami, dapat bersanding untuk kali kedua dan berarak naik kereta kuda berhias lagi..Kelasss gitu
Okayhh…sebelum kita bukak cerita untuk hari kedua pameran, jom kita jengah siapa para pempamer kita yang turut sama ada dalam Pameran Pengantin Malaysia pada kali ini.. memang sangat sesuai untuk bakal pengantin datang bertapak ke pameran kami kerana anda boleh memilih sendiri butik-butik , photographer, catering, spa kecantikan dan pelbagai produk lagi yang disajikan oleh para pempamer yang mengikuti pameran ini.




Woot woott.. kita adaaaa. Ari Wedding Couture. Terbeliak mata tak tengok baju-baju Ari Wedding? Rugi sapa yang tak datang tengok sendiri. Hehe..

Kita juga adaaaa.. Shahmie Catering, korang..serious..serious korang kena rasa masakan catering dari Shahmie Catering. Kompem korang menambah-nambah.. Sedappp.. lauk kena dengan selera. Memang perrgghh laa.. tak caya nanti cuba..
Inilah diaaa..pemenang tempat pertama yang kami pilih untuk dekorasi booth paling cantik.. cantik kann? Macam cantikkkk jeee.. Siap ada jurai-jurai berantai, bling bling lagi..

Tak lupa jugaaa.. booth dari De N Shima Bridal. Nampak fresh kan dekorasi diorang? Wahhh.. brader tuu… suka dia kita amik gambar yeeee..! J Thanks, korang memaanggg sporting!
Butik Pengantin Duhassia in Da Houszeeeeeeeeee..!!
Yuhuuuuu.. ini lah dia, abang-abang hensenggg kita dari KS Entourage, penaja pelamin stage kami yang vogue the vast.. Eh2, Cik Seha pun ada jugak menyelit? Hehe..Thanks korang!!


Feewwiittt.!!! Korang mesti familiar kan dengan brader ni? Retis niii.. haaa.. sape kata retis reti berlakon je..Pum pang pum pang, dah ada business sendiri.. Sape-sape yang datang ke pameran kami, mesti korang dah jumpa dengan brader Shajiri di butik  Anita Wedding Galore kan? Tersengih-sengih brader shajiri amik gambar. Hehe..
Turut sama menyertai Pameran Pengantin Malaysia…AJ Bling Star
Kita juga ada Kad Lestari, haaa..kat sini anda-anda yang bakal menjadi pengantin baru boleh dapatkan kad-kad kahwin yang comel dan menarik.
SACC Convention Centre turut mengambil bahagian dalam Pameran Pengantin Malaysia

Wahhh..tengok tu, ramai kan orang dekat booth Wan Nur Catering? Pilih..pilih pakej menarik,murah dan sedapp!! Yang penting deco fresh flowers tu memang cantik..



Copppp..sebenarnya raaaaammaaaiii lagi pempamer yang turut serta dalam Pameran Pengantin pada kali ini, seperti Nurul Izzah Catering, Exclusize by Izz, Kashfi Zulkufli, Skoodeng Photography, Elyza’s Home, Nur Nadia Catering, Feel Motion Picture dan banyaakkk lagi.. Maaf kalau kami tak sebutkan di sini kerana terdapat lebih kurang 101 booth dan disertai oleh 91 buah syarikat wedding planner yang fofuler dari Malaysia.
30 November 2013
Nowwwww.. guys, we move to the next chapter, selak muka surat baru, kami nak kongsi kan gambar untuk hari kedua pameran pulak.. hari kedua lagi gempak, ramai yang datang kerana semestinya hari Sabtu ramai yang bercuti hujung minggu dan ada masa untuk cari kelengkapan untuk hari perkahwinan. Enjoiceeeeeeee!!!!
Tadaaaaaaaaaa!!! Hari yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh para hadirin. Cewahhhh.. Segak bergaya si kacak pengantin lelaki dan cantik berseri sang pengantin perempuan dengan mengenakan busana pengantin yang sangatlaahh cantik, tajaan dari Dwen Raha Kuala Lumpur. Kita juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Sue Shauki Make Up Team kerana sudi menaja solekan yang cantik sehingga pasangan model pengantin kita Nampak makin segak dan jelita di hari perarakan ini. Nanti korang tengok ya, baju dari Dwen Raha dan Solekan pengantin dari Sue Shauki!! Jangan lupa juga, bunga tangan yang cantik tajaan dari Kashfi Zulkufli..Suka kami tengok si jelita model perarakan ni, manis dan cantik sangat, sesuai dengan pasangan bagai pinang di belah dua. Semoga korang berdua bahagia sehingga ke akhir hayat, doa daripada kami semua!!
Pung pak ke pung pak!! Haaa.. dah bunyi kompang.. moh leee kita sama-sama tengok gambar semasa perarakan pengantin, diorang dah sah berkahwin tau, tapi di sandingkan semula oleh kami. Sape nak disandingkan lagi ? angkat tangan cepat-cepat.. kami nak sponsor ni..Ceewwaahh!! Sweet kan kan kan.. J






STOOOPPPPPPPPPP!!! Pause sekejap. Hehe.. jangan lupa jugakk.. semasa perarakan kita pun ada selawat dari pasukan qasidah, Hufaz yang dibawa khas, merdu sangat-sangat alunan selawat dari mereka.. Okay, okay.. sambung tengok gambar seterusnya..
 
Ceeehhhh..masing-masing tertunduk malu pasangan pengantin kita ni..Sooo Sweet korang ni J



Alahaiii..cantik nya la kan, pengantin perempuan ni, si suami pun apa kurangnya, segak!


Anggota Hufaz mengalunkan selawat dan Qasidah..seriously, sedap suara diorang ni.. merdu dan tenang je bila dengar..




Pasukan Kompang Gema Al-Ikhwan yang sentiasa bersama kami untuk acara perarakan pengantin. Thanks korang!!
Korang nak dengar tak qasidah dari Hufaz? meh sini dengar, kitorang belanja :)

Apa? Gambar pengantin tadi? Haaa..mesti korang tak puas tengok kan..kan.. ada lagi, jum tengok pasangan pengantin kita ni bersanding..








Jeng..jeng..jenggggg.. sebelum tuuuuu.. kita tengookkkk gambar kek ni.. sedap nyeeeee.. Rasa macam nak makannnn jerrr.. kek ni tajaan dari CakeBross yang akan dipotong oleh kedua mempelai..
Fuiihhh..nak makan pun rasa sayanggg! Cantik sangat..
Kat bawah lagi lagii.. gambar depa potong kek pulak.. hihi..




 
Ececehh..sooo sweet suap menyuap kek.. aauumm..sedapnyaaa..





Sapuuu..sapuuu jangan tak sapuuu.hehehe..
Jengggg!! Hujan pulak petang Sabtu tu, hujan rahmattt.. bila hujan dah berhenti baru la pengantin kita ni dapat berarak menaiki kereta kuda.. Seronoknyaaaa!!!


Cewaahhh..retis Urban Vibe kita, Cik Seha mengiringi kedua mempelai kita untuk menaiki kereta kuda..


Amboiii..seronok sangat pengantin kita ni J korang memang sporting!

Niiii haaa.. Kak Sue kita yang tengah preggy, menawann.. Kak Sue ni la yang makeup kan model pengantin kita ni, sape nak di makeup kan oleh Kak Sue, cuba lah contact beliau, sangat peramah dan baik orangnya..Thanks Kak Sue..




Okay, ni last ya untuk  hari ni, banyaakkk lagi gambar yang kami nak kongsikan bersama anda sekitar Pameran Pengantin Malaysia.. Tunggguuuuu untuk entry akan datang, kita ada selebriti seperti Irma Hasmie dan suami serta Hafiz Hamidun!!! Nak tengok gambar diorang? Nantikan entry kami yang akan datang.. Moh leee.. kita pulang dari bekerja.. rehatkan minta anda di hujung minggu ini dengan aktiviti riadah yang sihat dan jaga diri semuaaa.. sampai jumpa di entry seterusnyaaaa.. gud byeeeeeeeeeeee!


Salam sayang,
Pameran Pengantin Malaysia
 
 







No comments :

Post a Comment