Sunday, December 26, 2010

Terima kasih, sekalung budi..

Assalamualaikum & Hai kepada semua,

Saya sebenarnya berhutang entri dengan sesorang. Beliau dan pasangan telah banyak membantu kami semua menjayakan Pameran Pengantin Malaysia sejak dari akhir tahun 2009, sewaktu PPM pertama kalinya bertapak di PWTC.

Sejak dari itu, pasangan yang serasi bersama ini sentiasa menghulurkan bantuan kepada kami. Tidak di sangka, rupanya mereka ni blogger yang agak terkenal. Si gadis yang berkulit cerah dan pemalu ini rupanya seorang blogger yang aktif, seaktif kakak-kakak dan abangnya. Betapa seorang yang merendah diri, langsung tidak pernah bercerita mengenai kepopularan atau berbangga diri sehinggalah pada suatu hari, beliau akhirnya memberikan alamat blog kepada saya. Agak terkejut kerana beliau rupanya Sepet , adik kepada Ceeramoon dan Viruspadu.

Seperti yang semua sedia maklum, Sepet & Qery memang tidak boleh di pisahkan. Satu yang saya kagum mengenai mereka, masih berusaha menjaga batas-batas pergaulan walaupun kelihatan mesra di dalam blog. Siapa sangka, Sepet yang kedengaran kecoh di dalam blog sebenarnya seorang gadis yang agak pemalu dan air muka Qery yang kelihatan serius sebenarnya suka berceloteh dan membuat lawak yang menghiburkan, menjadikan kami semua tidak janggal bekerjasama dengan mereka.

Tidak hanya menghulurkan bantuan jika kami memerlukan model untuk tujuan perarakan, Sepet juga amat bermurah hati selalu mempromosi event kami di blognya yang sekarang sudah mencecah lebih 2000 follower. Satu angka yang besar bagi seorang blogger. Alhamdulillah, advetorial Sepet sangat-sangat membantu kami sewaktu Pameran Pengantin Malaysia KLCC Oktober 2010 yang lepas. Buktinya, setiap kali kami masuk Nuffnang, blog Sepet sentiasa menjadi referral teratas dan unique visitor blog PPM juga bertambah-tambah sepanjang periklanan berlangsung dalam blog Sepet.

Sesiapa yang ada produk untuk di iklankan? Jangan segan-silu untuk email Sepet bagi mendapatkan rate yang berbaloi-baloi..


Terima kasih, sekalung budi buat Sepet & Qery


Nota Kaki : Sepet juga baru-baru ini telah melancarkan Sepet's Shop yang menjual bag, perfume dan stockin (ada lagi ke stockin eh?)... Tapi main business Sepet rasanya Handbag yang cantik-cantik dan berkualiti tinggi. Bagi sesiapa yang menggilai handbag, bolehlah browse kedai cik Sepet,ok?

3 comments :

  1. pembetulan pembetulan....
    sebenarnya sepet saja buat2 pemalu supaya dapat memikat hati mak mak yang ada anak2 lelaki bujang pemurah dan $$$$, hahaha!

    kak nad ni saja tauuuuu....

    qery baca ni mula la tu dia nak bangga...dia tu bukan boleh..10 hari cerita tak habis.. :P

    ReplyDelete
  2. mesti la qery bangga, dapat bakal isteri yang cantik & pandai jaga diri :)

    Hey, memang awak pemalu la! Qery yang tak malu..haha! :p

    ReplyDelete
  3. sebenarnya cik sepet yang suruh qery tak malu, sebab takut saya di pikat anak dara orang lain..
    hahahahaha!

    ReplyDelete