Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera semua..
Jeng..jeng..jenggg!!..
Siapa ingat, entri yang lepas kami ada update mengenai ‘Blog Contest’, Ingat
tak? Ingat tak?Sape ingat sila angkat tangan tinggi-tinggi.. Haaaa.. kepada
sesiapa yang terlepas pandang entri lepas, meh baca kat sini dulu http://pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/2013/10/blog-contest-kembali-lagiiiiii.html
Seperti
yang dijanjikan..hari ni blog contest kembali lagi sempena Pameran Pengantin
Malaysia anjuran Urban Vibe Event yang akan diadakan pada 29 November hingga 1
Disember 2013 ini di Shah Alam Convention Centre. Khas buat blogger blogger kat
luar sana yang kreatif dari segi penulisan dan idea penceritaan blog, kami menawarkan
pelbagai hadiah yang menarik dan lumayan untuk anda menangi !! Anda hanya perlu mengikuti semua syarat yang
telah kami tetapkan dengan idea penulisan yang kreatif, bersahaja dan menarik.
Apa tunggu lagiiiii.. jom kita sama-sama baca syarat-syarat “Blog Contest” kali
ini…
❤ Pertandingan
terbuka kepada bakal pengantin yang bakal berniakah selewat-lewatnya pada 31
Disember 2013 di seluruh semenanjung Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas
sahaja.
❤
Peserta perlulah “LIKE” fanpage (http://www.facebook.com/pameranpengantin),dan
menukar ‘profile picture’ anda kepada ‘profile picture’ kami dari tarikh 19
November penyertaan sehingga 8 Disember 2013.
❤
Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan hendaklah menjadi follower blog kami, http://pameran-pengantin-malaysia.blogspot.com/.
Sila letak event poster di atas blog atau side
bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan serta link kepada
blog PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA.
❤ Pertandingan ini mewajibkan peserta membuat 3
(tiga) tugasan berkaitan Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event;
✍ TUGASAN
1:
Tajuk
post “URBAN VIBE EVENT ONLINE CONTEST- Lingkaran Kasih Firdausi (PREVIEW)”
Penyertaan
bermula hari ini, 19 November 2013 hingga 23 November 2013, jam 11:59 malam.
Entry
mestilah tidak kurang dari 300 patah perkataan, yang menceritakan tentang Urban
Vibe Event dan Pameran Pengantin Malaysia, serta pendapat anda tentang PPM
anjuran kami, Sertakan Logo Urban Vibe Event dan logo PPM pada kali ini di
dalam entri tersebut. (Sila
tinggalkan komen di entri ini setelah anda membuat post tersebut).
✍ TUGASAN 2:
Tajuk
post “URBAN VIBE EVENT ONLINE CONTEST- Lingkaran Kasih Firdausi (TRIBUTE PENAJA)”
Peserta
yang hanya melakukan tugasan 1 (satu) boleh menyertai pertadingan seterusnya.
Penyertaan
bermula pada 25 November hingga 28 November 2013.
Entry
hendaklah tidak kurang dari 400 patah perkataan yang menceritakan tentang
penaja kami sempena PPM pada 29 Nov, 30 Nov dan 1 Dis 2013 nanti di Shah Alam
Convention Centre.
Penaja-penaja
hadiah:
✿ Izz Studio, Sue Makeup Artist, Kad Lawo
(Sila tinggalkan komen di entri
ini setelah anda membuat post tersebut)
✍ TUGASAN 3:
Tajuk
post “URBAN VIBE EVENT ONLINE CONTEST- Lingkaran Kasih Firdausi (REVIEW)”
Peserta
yang hanya melakukan tugasan 1 dan 2 boleh menyertai pertandingan seterusnya.
Penyertaan
bermula pada 28 November hingga 8 Disember 2013, jam 4:00 petang.
Entri
anda hendaklah tidak kurang dari 300 patah perkataan menceritakan tentang
pengalam anda ketika berkunjung ke PPM tersebut, serta pendapat anda berkaitan
event kami dari segi dekorasi, aktiviti dan lain-lain yang berkaitan. Nyatakan
juga apa yang anda ingin lihat di PPM anjuran kami pada masa akan datang dan
mengapa anda patut memenangi hadiah-hadiah tersebut.
Sertakan
juga gambar ‘sopan’ anda di photobooth kami atau di mana-mana lokasi yang
mempunyai logo PPM atau Urban Vibe Event sebagai bukti kehadiran anda di PPM
November & Disember nanti. Ingat yaaa.. gambar perlulah sopan J
(Tinggalkan
komen di post amaran Tugasan ke-3 apabila telah selesai)
❤ Hanya mereka yang melakukan ketiga-tiga
tugasan akan dinilai oleh juri iaitu para
penaja. Tugasan ketiga mewajibkan anda hadir ke Pameran kami pada 29 November hingga 1 Disember 2013 (masa dan
waktu adalah pilihan anda sendiri)
❤ Pemenang akan diumumkan pada entri kami yang
akan datang, iaitu bertarikh 16 Disember
2013, hadiah tidak boleh ditukar dengan wang ringgit Malaysia. Sebarang kos pengangkutan atau kos tambahan
lain adalah di bawah tanggungan
anda. Hadiah juga tidak boleh dipindah milik.
❤ Tugasan
anda semua akan diadili oleh para penaja, bukan dari kami selaku penganjur.
Sebarang keputusan adalah muktamad.
✎ Penganjur (Pameran
Pengantin Malaysia by Urban Vibe Event) mungkin akan ‘mengupdate’ syarat
tambaan dari masa ke semasa.
✎ Sebarang
Perubahan tertakluk kepada penganjur
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Hopefully anda dah baca syarat-syarat yang
telah kami tetapkan dengan teliti dan faham dengan jelas mengenai ‘blog contest’
ini. Jangan fikir lama-lama, jom ramai-ramai sertai blog contest ini, dan
silalah berkunjung ke Pameran Pengantin anjuran kami di SACC Convention Centre,
Shah Alam. Apa tunggu lagiiiii..let’s get started!!!!!! ✈✈✈✈
"WISH YOU GUYS
LUCK!!"
Nak join...nak join...
ReplyDeleteJom joinn..cepat2 :)
DeleteAla..npe smpi 2013 je..
ReplyDelete