Tuesday, November 12, 2013

ILHAM UNIK ‘PHOTOBOOTH’ INSPIRASI PERKAHWINAN MASA KINI!!

Assalamualikum, Selamat petang semua..Walau apa jua yang kita lakukan, lapangkan dada dengan kalimah ‘Alhamdulillah’ untuk setiap apa yang telah dikurniakan kepada kita, dan ucapkan ‘Astaghfirullahalazim’ untuk segala apa yang kita buat, lihat dan rasa melalui pancaindera sempurna yang telah dikurniakan.Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur dan mampu bernafas di bumi yang indah ini.Apa kabar bakal-bakal pengantin kita? Di harap semua yang korang rancang untuk majlis yang berbahagia nanti berjalan dengan lancar dan segala persiapan dapat disempurnakan dengan baik.

Suka untuk kami ingatkan, Jommmmmm.. ramai-ramai pakat datang ke event Pameran Pengantin kami nanti di SACC Convention Centre pada hujung bulan ini, bermula pada hari Jumaat, 29 November sehingga Ahad, 1 Disember 2013. Yang mana tarikh wedding masih jauh, mungkin tahun depan, apa salah nya kalau korang datang dan survey pakej-pakej yang menarik yang ditawarkan oleh pempamer kami yang terlibat. Sure, Confirm takkan nyesal kalau datang sebab banyak stage activiti akan dijalankan semasa hari event nanti sebab ramai artis yang terlibat sama untuk menjayakan event kami nanti antara nya kita ada Irma Hasmie dan suami serta Hafiz Hamidun. Datang, jangan tak datang..

Dah bercerita pasal event nanti, untuk entry kali ni kami nak kongsikan mengenai ‘Wedding Photo Booth’, mesti korang dah familiar kan dengan photobooth ni? Mana tak nya sekarang dah ramai yang menggunakan khidmat photobooth untuk menceriakan majlis perkahwinan mereka. Para tetamu dapat mengambil gambar bersama-sama dengan pengantin dan juga sesama mereka yang menghadiri majlis berbahagia pasangan rakan atau saudara mereka. Pasti seronok!! Teruja kan?

Seperti di UK,  fenomena photobooth juga makin digemari dalam majlis-majlis perkahwinan di kalangan masyarakat kita pada masa kini. Keindahan suasana bergambar dengan kemudahan photobooth bukan sahaja memberikan kepuasan, Ia juga memberi peluang pada tetamu-tetamu kita mengeratkan hubungan silaturahim sambil bergambar tanpa bantuan Jurugambar professional malah secara percuma. Konsep ini juga boleh dijadiakan sebagai cenderamata door gift yang sudah menjadi kebiasaan kita di majlis-majlis perkahwinan.
Untuk menghangatkan lagi suasana bergambar di photobooth, anda  juga boleh menyediakan pelbagai jenis prop dan tema. Bagi anda yang berjiwakan kelainan, kini anda boleh memilh antara koleksi props kami, sama ada ‘Vintage & Classic’, ‘Comic & Superhero’, ‘Fairytale Love Story’, mahupun ‘The Royal Wedding’.
Sebenarnya photo booth juga boleh dijadikan tema penarik , bukan sahaja tema perkahwinan.Sebagai contoh, ekspresikan ilham studio dan fun fair yang pasti menjadi tarikan para tetamu majlis perkahwinan anda. Ilham ini boleh diinspirasikan seolah-olah anda berada dalam studio mini dan funfair, ala-ala Charlie Chaplin atau Willy Wonka yang berada dalam dunia coklat. Idea ini memberi kelebihan kepada dekorasi supaya lebih kreatif dan unik, Pahatkan memori indah anda dengan dekorasi photobooth untuk tetamu dan sediakan sahaja ‘props’ yang menarik dan sesuai mengiku tema dan warna majlis anda. Jika meriah anda sediakan, suasana yang dihasilkan juga akan lebih ‘funky’. Untuk kali ini kami ingin kongsikan mengenai dekorasi photobooth yang bertemakan karnival!!

Jom baca tips untuk buat photo booth, bagi anda yang nak buat photobooth pada hari bersejarah anda nanti!

Sediakan ‘props” yang menarik dan comel untuk merakam aksi kandid dan bersahaja tetamu yang bertandang ke majlis.

Hiasan ‘flash’ studio turut dijadikan ‘props’ tambahan untuk mengabadikan potret terindah.

Pilih mana berkenan.. ruangan meja tersusun atur menempatkan ‘props’ seperti ‘masquerade mask’ dan beberapa ‘props’ seperti ‘bubble talk".

Stesen mini carnival.. rakamkan memori indah dengan mainan warna tertentu dengan penuh keseronokan dan kebebasan.








TIPS PENTING!

Tema carnival untuk dekorasi photobooth tidaklah begitu sukar untuk dilakukan sendiri. Memandangkan tema ini sangat unik, bebas untuk menggunakan kretiviti tersendiri untuk menghasilkan stesyen photobooth yang unik mengikut cetusan idea tersendiri.

Sebenarnya terdapat banyak lagi tips bagi photobooth ini mengikut tema yang anda inginkan. Nak dapatkan contoh-contoh photobooth dan props yang boleh digunakan untuk majlis anda, boleh lah berkunjung ke event kami nanti, pastinya terdapat banyak pempamer dari studio fotografi yang berpengalaman untuk anda melihat pakej-pakej istimewa yang bakal ditawarkan oleh mereka nanti!! Jumpa di sanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

No comments :

Post a Comment