Lama tak update blog ni.. Maaf, kebizian memang sentiasa melanda Team Urban Vibe.. hehe.. Nak-nak pulak this year gap PPM agak dekat.. So preparation untuk PPM memang kami buat seawal yang mungkin. This week to be exact on Thursday, Insya Allah akan keluar iklan paper PPM @ PWTC di Harian Metro..
Pada sesiapa yang belum tahu tema bagi PPM kali ini, akan saya terangkan serba sedikit mengenainya di entri ini.
Tema kali ini adalah ala-ala 'Beauty and The Beast'. Bagi sesiapa yang carzee about princesses character macam saya ni, memang la sangat adore percintaan unik si cantik dan si Beast tu kan..Cerita yang memberikan pengajaran pada setiap insan yang bahawasanya percintaan tu bukanlah sesuatu yang indah-indah belaka, bukanlah sesuatu yang sempurna setiap masa. Antara banyak-banyak puteri dongeng, tentunya Cinderella yang paling di idam-idamkan bagi si gadis. Tapi bila di kaji semula, percintaan Beauty and The Beast ni agak realistik dengan kehidupan kita ni. Kerana keunikan percintaan ini, ia telah dipilih untuk di persembahkan melalui perarakan kami di PWTC nanti.
Atas sebab itu juga, kami pihak Urban Vibe akan menampilkan perkahwinan yang bewarna tema 'Mystique Purple' (hitam dan ungu) bagi warna tema keseluruhan dan di harap semua vendor yang terlibat dapat memberikan kerjasama dan bersunguh-sungguh melaksanakannya bersama kami!
Warna tema yang dipilih adalah untuk menyerlahkan elemen 'Gothic' dan si cantik dan Beast nanti bukanlah kehodohan dari segi paras rupa, apa yang kami selitkan di sini adalah lebih kepada percintaan antara dua darjat yang berbeza. Pada kami, untuk sekali-sekala keluar dari safe zone yang mana selalunya kebanyakan warna majlis perkahwinan di raikan dengan warna-warna lembut dan ceria adalah satu pilihan yang baik. Oleh yang demikian, bolehlah bakal pengantin sekalian melihat dengan sendiri dan menjadi lebih yakin kalau-kalau ada yang berminat untuk menerapkan warna hitam dalam majlis perkahwinan masing-masing.
Untuk keluar dari kebiasaan juga, perarakan kali ini akan di iringi muzik slow/ballad rock yang akan di pilih dari pemenang dalam 'Battle of the Band' yang julung-julungnya di adakan oleh kami, khas untuk Pameran Pengantin di PWCT nanti. So guys, do help us to spread the news ya! Borang pertandingan as below ;
Would like to share a love quote yang sesuai untuk tema kali ini :
True love does not come by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly
Urban Vibe Event support cinta sejati yang tidak mengenal rupa dan percintaan yang sejati tidak semestinya sentiasa sempurna. Hargailah pasangan anda seadaanya kerana sesungguh Tuhan telah mencipta setiap pasangan sebagai pelengkap antara satu sama lain.
Regards,
Nadia H.
No comments :
Post a Comment